Halaman

Rabu, 1 Julai 2009

Kaedah Merancang Keluarga


(sumber : http://www.geocities.com/alam_penyakit/KaedahPencegahKehamilan.htm )

Kenapa merancang kehamilan bayi anda.

Kaedah pencegah kehamilan merupakan satu keperluan penting bagi merancang saiz dan masa yang tepat untuk mendapatkan anak. Ini adalah penting terutama bagi mereka yang baru bersalin atau mempunyai masalah kesihatan mengandung untuk mengelak dari mengandung. Selain itu apabila seseorang mencapai usia akhir baligh sekitar 10 tahun bagi wanita, ini beerti dari segi biologi tubuh mereka telahpun bersedia untuk berfungsi sepenuhnya untuk mengandung dan melahirkan anak.

Bagaimanapun mengandung terlalu awal dikatakan boleh menambah risiko mendapat barah pangkal rahum. Selain itu mungkin terdapat wanita yang telahpun berkahwin tetapi masih ingin menumpukan kepada karear mereka dan belum bersedia untuk menimang cahaya mata. Bagaimanapun adalah perlu diingat bahawa mengandung terlalu lewat, melebihi umur 40 tahun, meningkatkan komplikasi kepada bayi seperti penyakit Sindrom Down "Down Syndrome". Sekiranya masih hendak mengandung, berbincanglah dengan doktor anda dengan teliti.

Wanita yang terlalu kerap bersalin turut berhadapan dengan risiko mendapat masalah penyakit reput tulang (Osteoporosis) apabila usia telahpun lanjut, terutama dikalangan mereka yang tidak mengambil kalsium yang secukupnya ketika mengandung.


Kaedah mencegah kehamilan.

Terdapat pelbagai jenis kaedah pencegah kehamilan yang berada di pasaran bergantung kepada keperluan dan kesesuaian dengan pengguna. Pada masa kini, kebanyakan kaedah pencegah kehamilan lebih khusus kepada wanita. Sungguhpun begitu, amat penting bagi kedua-dua pasangan untuk bersama-sama memahami kaedah pencegah kehamilan dan keberkesanannya agar kaedah pencegah kehamilan dapat digunakan dengan berkesan. Penggunaan kaedah pencegah kehamilan yang tidak betul mengurangkan lagi keberkesanannya. Kedua-dua pasangan juga perlu menyedari bahawa walaupun dengan penggunaan kaedah pencegah kehamilan yang betul masih terdapat risiko berlakunya kehamilan.

Selain itu, kebanyakan kaedah pencegah kehamilan juga tidak dapat menghalang penyebaran penyakit kelamin. Oleh itu hubungan rambang hendaklah dielakkan sebagaimana dituntut dalam ugama. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan, remaja melayu merupakan jumlah paling ramai yang hamil diluar nikah. Ini mungkin disebabkan mereka jahil akibat yang akan berlaku disebabkan perbuatan mereka seperti masalah kehamilan atau masalah penyakit kelamin. Maklumat yang diberikan diharap akan membolehkan mereka membuat keputusan yang sewajarnya.

Diantara jenis-jenis kaedah pencegah kehamilan yang terdapat dipasaran adalah seperti berikut :-

Alat Instrauterin (Intra-Uterine Device - IUD)

Diafram

Bahan Pembasmi Sperma "Spermisida"

Implan `Norplant'

Kaedah semula jadi (Natural Family Planning)

Kondom

Pembedahan Bilateral Tubal Ligation



Pembedahan Vasectomy

Pil Perancang Keluarga "Kontraseptif"

Span (Sponge)

Suntikan Progestin dan Progesteron

Tudung servik (Cervital Cap)

Amatlah penting anda berbincang dengan doktor tentang penggunaan kaedah yang bersesuaian dengan usia, dan rancangan berkeluarga anda. Sesetengah kaedah merancang keluarga tidak dapat diubah kembali seperti pembedahan Bilateral Tubal Ligation, atau pembedahan Vasectomy. Sesetengah kaedah merancang keluarga seperti IUD, atau Diafram mempunyai jangka masa terhad dan perlu dibuka setelah tamat tempoh. Penyalahgunaan dan menggunakan kaedah tersebut melebihi tempoh yang ditetapkan akan menimbulkan kerumitan "komplikasi" pada masa akan datang apabila anda merancang untuk menimang anak.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails