Halaman

Memaparkan catatan dengan label Berita PSP. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Berita PSP. Papar semua catatan

Isnin, 9 Julai 2012

Selamat Datang Pelajar Baharu ke Politeknik Seberang Perai



Minggu ini adalah minggu Pendaftaran Pelajar Baharu dan Senior PSP. Alhamdulillah, lebih kurang 700-800 orang mendaftar di politeknik ini. Kepada pelajar baharu, selamat datang diucapkan... Tanamkan azam untuk mencipta kejayaan di sini.


Kepada yang senior pula, pendaftaran adalah mengikut Penasihat Akademik (PA) masing-masing. Sebelum itu, jangan lupa mendaftar sendiri E-Enroll di www.politeknik.edu.my dan membayar yuran pendaftaran di Bank Islam...lepas laksanakan dua perkara ini, baru datang jumpa PA masing-masing. Bukan apa, nanti terkejar-kejar pula..dengan nak daftar kursus lagi, kalau carry kursus..kena create jadual lagi..cari pensyarah untuk tandatangan lagi...sebab Isnin minggu depan dah start kuliah...Hmm..dah lama cuti, jangan lewat datang pula ke kuliah ya? :) 

Selamat Belajar semua...

Khamis, 5 Julai 2012

Karnival Jelajah Sihat di Politeknik Seberang Perai

Alhamdulillah, PSP sentiasa meriah dengan aktiviti -aktiviti dalaman dan juga dari agensi luar. Minggu ini sahaja berlangsung dua program besar serentak iaitu Kolokium Politeknik Zon Utara 2012 dan Konvensyen KIK Politeknik Malaysia.

Untuk pengetahuan semua, pada hujung minggu ini pula terdapat program "Karnival Jelajah Sihat" anjuran Pejabat Kesihatan Seberang Perai Tengah. Pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk semua dan masuk adalah percuma. (klik gambar untuk paparan yang lebih besar)


Jumaat, 29 Jun 2012

50 produk, inovasi ciptaan politeknik dipatenkan

BUKIT MERTAJAM — Sebanyak 50 produk penyelidikan dan penciptaan inovasi baharu yang dihasilkan oleh pensyarah serta pelajar politeknik di seluruh negara dipatenkan tahun ini.
Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, Mejar (K) Md. Nor Yusof berkata, harta intelek dalam bentuk produk dan inovasi baharu itu akan ditawarkan kepada sektor swasta dan pengusaha untuk dikomersialkan.
"Tahun lepas sebanyak 20 produk telah dipatenkan dan sasaran kita pada tahun ini ialah sekurang-kurangnya 50 produk serta inovasi baharu dipatenkan tetapi sehingga enam bulan pertama ini, kita telah berjaya mencapai sasaran berkenaan.
Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan majlis penutup Seminar dan Pertandingan Bola Sepak Robot Persekutuan Bola Sepak Robot Antarabangsa (Fira) Malaysia 2012 di Politeknik Seberang Perai di sini, hari ini.— BERNAMA

Rabu, 27 Jun 2012

Pertandingan ROBOT SOCCER FIRA 6TH FIRA MALAYSIA CUP 2012 di Politeknik Seberang Perai

     Politeknik Seberang Perai (PSP) pada tahun ini telah terpilih sebagai penganjur bagi Seminar Dan Pertandingan ROBOT SOCCER FIRA 6TH FIRA MALAYSIA CUP 2012. Program ini berlangsung selama seminggu bermula dari 25 Jun 2012 hingga 29 Jun 2012. Sebanyak 21 kumpulan dari 20 politeknik seluruh Malaysia telah menyertai ditambah dengan penyertaan 2 team dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).


    Dua kategori telah dipertandingkan iaitu Mirosot 5 Vs 5 dan SimuroSot 5 Vs 5. Selain daripada itu, terdapat pameran dan juga klinik berkaitan dengan robot diadakan khusus untuk pengunjung. Untuk hari ini, sebanyak 9 buah sekolah sekitar PSP telah sudi datang bertandang. Selain daripada menyaksikan pertandingan secara langsung, penerangan juga telah diberikan oleh pelajar-pelajar politeknik sendiri kepada pengunjung. Pengalaman menarik ini adalah sesuatu yang baru kepada mereka. Keyakinan berkomunikasi mereka bertambah baik dan ini dapat dilihat dari segi kecekapan mereka melayani setiap pertanyaan yang diajukan. Walaupun agak keletihan oleh kerana sambutan pengunjung yang amat menggalakkan, namun mereka tetap bersemangat untuk terus memberikan pendedahan dan menarik minat para pengunjung untuk lebih mengenali dunia robot.

Berikut adalah beberapa gambar sepanjang hari ini (27 Jun 2012).


Padang untuk Pertandingan Mirosot 5 Vs 5

Perlawanan PSP melawan PUO sedang berlangsung

Pensyarah Teknikal PSP dan Setiausaha Program sedang menyaksikan perlawanan berlangsung

PSP di dalam akhbar Metro 27 Jun 2012


      Untuk rakan-rakan PSP, tahniah di atas penganjuran yang julung kali diadakan di sini. Saya sendiri selaku AJK Pertandingan mengakui telah banyak belajar dan menimba pengalaman hasil dari penglibatan di dalam program ini. Saya amat akui bahawa semangat kerjasama PSP sangat tinggi. Ada AJK yang sanggup berkampung dan tak balik rumah, ada yang balik lewat malam, ada yang lupa nak makan pun ada! 


Tahniah PSP !

Khamis, 17 November 2011

Pengarah Politeknik Seberang Perai Meninggal Dunia

Hari ini, pada 17 November 2011 pada pukul 2.45ptg, Pengarah Politeknik Seberang Perai Pulau Pinang iaitu En. Ahmad Rani bin Ali Hanafiah telah menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang, beliau akan di kebumikan di kampung beliau di Linggi N.Sembilan.




En. Ahmad Rani bin Ali Hanafiah 
Al-fatihah.












Kehilangan besar bagi warga PSP.....tiada kata-kata yang dapat menggambarkan kesedihan ini.



Jumaat, 24 September 2010

Tahniah PSP - Tempat Ketiga 15th FIRA Robot World Cup Bangalore, India 2010

15th FIRA Robot World Cup Bangalore, India 2010 PSP TEMPAT KETIGA


Pasukan Malaysia di Bangalore,India

Pada 15-19 September 2010 yang lalu, Politeknik Seberang Perai Pulau Pinang (PSP) bersama dengan Politeknik Ungku Omar Ipoh telah menyertai pertandingan 15th FIRA Robot World Cup Bangalore, India 2010.

Pasukan PSP (Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang) tempat Ketiga

Pasukan PSP diterajui oleh seorang pensyarah ;En. Sazali Bin Husin dan tiga orang pelajar Diploma Kejuruteraan Elektronik semester akhir iaitu : Amir Hamzah Bin Abu Bakar, Abdul Salam Bin Ali dan Muhammad Akram Amin Bin Mohd Noor telah berjaya mengharumkan nama negara dengan memperolehi tempat ketiga bagi kategori Robot Mirosot 5 Vs 5 dalam pertandingan tersebut.

Pasukan PSP dan Pasukan China
Pasukan PSP sebelum itu telah berjaya menjadi juara kumpulan sebelum kalah dgn mata 3-7 kepada pasukan dari China di pusingan yang seterusnya. Juara bagi kategori ini adalah pasukan dari Slovakia dan tempat kedua adalah pasukan dari China.

Ini adalah satu pencapaian yang amat membanggakan dan ditambah lagi dengan peserta negara nagara lain adalah pelajar peringkat PHD dan ijazah sarjana muda, manakala peserta Malaysia adalah pelajar peringkat Diploma sahaja.

Pelajar PSP juga berani bergaul dan berbual bersama professor dan pelajar dari negara negara lain. Ini merupakan pengalaman manis mereka dan kejayaan ini adalah untuk semua.

Piala yang dimenangi Pasukan PSP

Untuk pengetahuan semua, FIRA atau Federation of International Robot-soccer Association adalah persatuan sedunia ditubuhkan pada Jun 1997 dan pertandingan FIRA Cup pernah berlangsung di Australia, Brazil, China, Perancis dan Korea. Tujuan pertandingan robot ini diadakan adalah untuk memahami dan menghayati konsep sains dan teknologi yang digunakan dan percaya dengan minat yang ada, ia akan menyuntik kemahiran sains dan kejuruteraan untuk tujuan pembangunan insan secara am nya.

Persatuan ini mengendalikan pertandingan robot dalam beberapa kategori. Bagi kategori Mirosot, peserta perlu menggunakan teknik kecerdikan buatan (Artificial Intelligence) dan membina sharp sensing and precise real-time control pemain soccer mereka. Pertandingan ini sama seperti soccer biasa cuma peraturan sedikit berbeza dan pemainnya adalah ROBOT! Robot ini bergerak dan bermain dengan pasukan lawan dengan sendiri tanpa bantuan manusia (human off). Seperti pertandingan FIFA World Cup soccer, tiada siapa yang tahu pasukan manakan yang akan memenangi pertandingan sehinggalah wisel penamat.


Pertandingan Mirosot 5 Vs 5
Semoga dengan adanya penyertaan aktif PSP dalam bidang Robot soccer ini, Politeknik Seberang Perai khususnya dan politeknik politeknik Malaysia yang lain am nya akan dapat melonjakkan diri di mata dunia.

Tahniah PSP!

Link - link yang berkaitan : http://www.fira.net/








LinkWithin

Related Posts with Thumbnails