Halaman

Memaparkan catatan dengan label Product Reviews. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Product Reviews. Papar semua catatan

Rabu, 2 Mei 2012

Testimoni Minyak Kelapa Dara

Minyak kelapa dara mempunyai 1001 khasiat yang selama ini mungkin tidak kita ketahui. Saya sendiri sebelum mengenalinya memandang sinis kepada minyak ini...yelah..nama pun seperti kurang komersial saja..tak seperti minyak ikan kod, pati buah itu, pati buah ini..harga pula murah saja...yang saya tahu, minyak kelapa dibuat masak saja..tak lebih dari itu..itu pun arwah opah saja yang rajin buat...sekarang ni kat kampung dah tak ada dah...macam tak ada klas saja guna minyak kelapa...orang biasa guna minyak sawit, minyak bunga matahari, minyak zaitun...

TAPI...

Setelah mengenali dan merasai sendiri kehebatan minyak kelapa dara...pergantungan kepada ubatan dan produk kimia moden sudah banyak berkurangan. Dengan kos di bawah RM40, saya dapat menjimatkan wang beratus-ratus ringgit semata-mata untuk mendapatkan kulit sehebat jenama mewah antarabangsa. Jimat kos penjagaan rambut, jimat kos ubat-ubatan. Juga jimat dari segi makanan kesihatan kerana sebelum ini saya mengambil beberapa jenis makanan kesihatan untuk fungsi yang berbeza-beza. Juga saya tidak perlu risau mudarat akan  pemberian vitamin-vitamin kimia kepada anak-anak kecil. Saya telah lama memberikan mereka minyak kelapa dara dan ternyata ia jauh lebih bermanfaat daripada vitamin2 kimia tersebut.

Berat badan juga dapat diturunkan dengan mudah bila mengambil minyak kelapa dara beserta senaman. Masalah muka saya yang sentiasa rasa gatal gatal dan merenyam terutama selepas makan makanan laut juga telah jadi sejarah. Alhamdulillah, Allah kurniakan Minyak Kelapa Dara ini untuk kita...

Di pasaran ada banyak jenis, tapi saya hanya setia pada nufera sahaja 

Untuk bacaan lanjut, boleh lawati laman beberapa web berkaitan yang menarik iaitu seperti:




Jumaat, 13 April 2012

Ancaman keselamatan Android

sumber :  http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0408&pub=Utusan_Malaysia&sec=Megabait&pg=me_01.htm 


Kadang-kala peralatan canggih boleh diubah menjadi perumah kepada penjenayah keselamatan maya.
Tetapi bagaimana pengguna dapat mengelakkan ‘jangkitan’ dan ‘perebakan’ yang berlaku dalam telefon pintar atau komputer tablet?
Biasanya apabila anda berfikir mengenai virus, spyware atau apa-apa ancaman keselamatan siber, tentu saja anda terfikirkan mengenai komputer peribadi.
Kerana majoriti serangan siber biasanya berlaku dalam komputer peribadi.
Malware di telefon mudah alih? Atau komputer tablet? Bolehkah berlaku?

Sememangnya boleh berlaku terutamanya jika peralatan mudah alih anda menggunakan sistem operasi seperti Android.
Menurut Juniper Networks, contoh malware Android meningkat dengan mendadak sehingga 472 peratus dalam tempoh Julai sehingga November 2011.
Penggodam telah mengisytiharkan perang terhadap Android dan sebagai pengguna mungkin mereka terkena tempiasnya.
Bak kata Sun Tzu dalam Seni Peperangan, ‘jika anda kenal musuh anda, anda boleh menang beratus-ratus peperangan tanpa kalah’.
Di sini terdapat lima musuh utama yang perlu pengguna Android ketahui dan bagaimana untuk mengalahkan mereka dalam permainan ini.

SMS Trojans

Menurut laporan Juniper yang sama, hampir separuh aplikasi seakan-akan Android yang berniat jahat yang beredar sekarang adalah SMS Trojan yang menghantar mesej teks dalam latar belakang (tanpa pengetahuan pengguna) kepada beberapa nombor telefon yang dimiliki penggodam.
Akibatnya sebagai pengguna anda terbeban dengan bil bulanan yang melambung.
Jalan terbaik untuk menghentikan SMS Trojan adalah dengan mengelak terkena jangkitannya.
Justeru gunakan bantuan keselamatan Android yang direka khusus bagi memerangi semua serangan yang menimbulkan ancaman.
Jangan menggunakan aplikasi yang kelihatan mencurigakan atau kelihatan amat sempurna dan baik.

Carrier IQ

Penghujung tahun 2011, penyelidik mendapati rootkit pembangun perisian Carrier IQ beroperasi pada berjuta-juta peralatan mudah alih.
Walaupun kelihatan tidak mencurigakan, kod berkenaan dilaporkan merekodkan lokasi termasuk kata laluan.
Malangnya semua ini berlaku tanpa pengetahuan pengguna dan tanpa pilihan melumpuhkan penggunaanya.
Bagi mengawal ancaman berkenaan dapatkan Carrier IQ Test, aplikasi percuma yang dapat mengesan dan membuang perisian yang tidak dibenarkan.

Aplikasi Preloaded

Biasanya telefon pintar atau tablet didatangkan dengan bonus seperti aplikasi, perisian yang tidak termasuk dengan Android tetapi telah ditambah oleh pengilang.
Disember tahun lalu, penyelidik mendapati terdapat aplikasi preloaded yang mendedahkan keselamatan pengguna seperti yang biasa digunakan untuk mencuri data peribadi atau mencuri dengar perbualan telefon.
Atau lebih teruk lagi kerana kebanyakan aplikasi ‘diadun’ bersama-sama OS dan tidak boleh dibuang.
Jika pengguna menggunakan Android 4.0 (Ice Cream Sandwich), mereka boleh menyembunyikan dan melumpuhkan aplikasi bloatware.
Hanya dengan masuk ke Settings, Device, Apps, pergi ke All kemudian aplikasi yang mahu dibuang dan tekan Disable.

Kedai palsu Google Play

Awal tahun, Google telah mengubah Android Market kepada Google Play di mana ia menggabungkan beberapa perkhidmatan seperti aplikasi, muzik, e-book.
Bagaimanapun penjenayah siber mula mencipta domain Google Play palsu bagi menipu pengguna memasang aplikasi berbahaya.
Cara melawan ancaman berkenaan adalah dengan menjadi lebih pintar.
Jangan memasang aplikasi Google Play dengan memuat turun sendiri tapi ikutlah peraturan biasa untuk mengemaskini peralatan OS.
Perisian keselamatan Android boleh mengesan dan membuang segala aplikasi mencurigakan yang mungkin dipasang tanpa pengetahuan.
Jadi lebih baik gunakan anti-malware pada peralatan mudah alih.

Peringatan palsu

Jika anda mendapat mesej daripada bank berbunyi ‘Akaun anda bermasalah! Kemaskini kata laluan.’
Pergi ke link berkenaan membawa pengguna ke laman web yang sama dengan bank yang anda selalu lawati.
Jika pengguna masuk ke akaun berkenaan, ia akan membuka laluan menjadi mangsa jenayah siber mencuri semua data peribadi pengguna.
Jangan sekali-kali masuk ke link yang terdapat di dalam e-mel atau mesej teks walaupun kelihatan memang sama.
Pastikan anda buka perayauan dan sambung kepada institusi kewangan secara terus dan pastikan URL bermula dengan https:// dan kini beberapa institusi kewangan yang mempunyai pelbagai langkah-langkah keselamatan bagi menjaga hak pengguna.
Dan jika pengguna masih ragu-ragu mengenai keselamatan, hubungi institusi kewangan untuk berurusan secara terus.

Isnin, 26 April 2010

Penawar Sakit Ketika Buang Air Kecil

salam sejahtera semua,

lama sungguh saya tak update, saya benar2 minta maaf. kesibukan dalam tugas hakiki menyebabkan saya perlu meninggalkan seketika blog saya. namun tetap jga rindu untuk update...

dalam saya tak update ini, saya sebenarnya telah mengalami sakit yang sebelum ini tak pernah saya rasai. sakit tersebut ialah sakit ketika buang air kecil....hmmm nampak cam kelakar je kan? tapi bila dah rasa barulah kita tahu nikmat lawas membuang air kecil.

keadaan tersebut berlaku apabila saya terlalu sibuk hingga menunda untuk pergi ke tandas. tandas tak jauh pun, cuma beberapa langkah sahaja dari meja saya. Entahlah, nak dijadikan cerita...selepas seminggu, saya pun dapati saya mula mengalami masalah nak buang air. dah la sakit, tak lawas pula. sekejap saja sudah nak kena pergi tandas lagi...sungguh2 saya insaf ketika itu. mana tak nya..buang air kecil selama ini tak pernah saya fikirkan kesulitannya, kini saya rasainya.

Alhamdulillah, saya berjumpa dengan satu petua. iaitu minuman dari daun misai kucing. tapi, mana la saya nak cari pokok ni. dah tu kena jemur pula seminggu. akhirnya saya terfikir akan banyak produk teh misai kucing. lantas terus saya pergi beli. alhamdulillah, lepas sahaja saya minum SATU KALI sahaja, terus tak sakit dah. ALHAMDULILLAH...

Pokok Misai Kucing memang banyak khasiatnya. Rasanya elok juga kita bertukar kepada teh yang menyihatkan ini. Tambahan pula rasanya yang lebih sedap. cubalah sendiri...


Rabu, 24 Februari 2010

Al Quran Dan Terjemahan Kata demi Kata (word by word)

Betapa nikmat membaca al-Qur'an kalau faham kata per kata dari setiap ayat seperti orang Arab ..."

selalunya kita membaca makna ayat hanya dari kitab terjemahan sahaja. bagi orang biasa seperti saya, tentu sahaja tak tahu sepatah apa pun bahasa arab,pastinya hanya mampu membaca tanpa tahu makna perkataan arab tersebut. namun kini ada terjemahan by perkataan di samping terjemahan by ayat dan sebab ayat diturunkan.

di dalamnya ada juga review dari pakar2 agama di Malaysia dan indonesia.

untk info lebih lanjut,klik sahaja pada banner kat sebelah kanan blog ini...

saya dah dapatkannya, kini giliran anda pula.

PERTAMA DI DUNIA

- maksud di bawah setiap ayat al-Qur'an

- mempermudah kita memahami erti dan isi al-Qur'an

- dilengkapi Asbabun Nuzul yang memperkayakan al-Qur'an ini



Kelebihan Tafsir Quran Per Kata

- Tafsir umum yang ringkas, bukan sekadar terjemahan, disusun berdasarkan kata per kata dari setiap ayat al-Qur’an

- Mudah dibaca dan difahami, baik secara terpotong-potong kata per kata atau pun secara ayat per ayat.

- Disusun dengan merujuk kepada buku-buku Tafsir yang mu’tabar

- Dilengkapi dengan Asbabun Nuzul, iaitu informasi tentang keadaan dan latar belakang turunnya setiap ayat.

- Dilengkapi juga dengan terjemahan.

- Sesuai untuk bacaan setiap hari.

Sila layari http://www.bacaquran2u.com/index.php?ref=inaazs81

Selasa, 7 Julai 2009

Malas Dengan Rangkaian Kecantikan?

Anda semua nak cantik? Tapi malas betul nak pakai itu ini kan? Yelah...mana la ada banyak masa untuk tujuan tu...pagi dah terkocoh kocoh bersiap ke pejabat. Dalam pada nak pakai bedak, anak dah guling guling mintak dukung, malam...hmmm..lepas penat masak dan makan serta solat, kekadang tertidur tak sedarkan diri...waduh waduh..tu juga la yang terjadi kat saya yang berumur 28 tahun dan beranak 2 orang ni..

Setelah penat jelajah internet ni akhirnya saya jumla la satu produk...produk ni satu dan dia tunggal saja...merangkumi pembersih, penyegar, scrub, toner, krim pencerah siang malam,bedak asas, krim jerawat,jeragat dan anti penuaan...Hmmm...tak caya? Dan yang penting, tak der bahan kimia dan tak perlu basuh..Menarik kan? Teruskan membaca...artikel seterusnya saya ambil dari http://ecpiwater.wordpress.com/2009/04/09/ecpi-anggun/

(sumber : http://ecpiwater.wordpress.com/2009/04/09/ecpi-anggun/)



ECPI Anggun diformulasikan dengan menggunakan inovasi teknologi spacetime (gabungan teknologi jisim dan inovasi teknologi tenaga gelombang) yang menggabungkan keseluruhan elemen dandanan dan perawatan kecantikan di dalam satu produk sahaja. ECPI Anggun menggabungkan 85 jenis bahan yang terdiri daripada herba terpilih, sari buah-buahan, multivitamin serta dipertenagakan dengan ribuan tenaga gelombang dari bahan-bahan yang telah diperakui kehebatannya bagi di dalam penjagaan dan perawatan kecantikan. Inovasi teknologi ini menjadikan ECPI Anggun sebagai produk pelbagai guna yang memenuhi keperluan kehidupan masakini.






Fungsi ECPI Anggun

Dandanan Kecantikan
ECPI Anggun produk lengkap yang menjadikan proses dandanan sangat mudah. Sesuai untuk kehidupan masakini.
Pembersih Muka
Bertindak memerangkap serta menyerap kotoran serta minyak pada kulit muka dengan cara yang sangat berkesan. Menjadikan kulit kelihatan bersih dan segar.


Skrub
Bertindak sebagai skrub bagi menanggalkan sel-sel kulit mati serta menghalus dan melicin kulit.


Pelembab
Kombinasi bahan semulajadi dengan tenaga gelombang bertindak meransang fungsi kulit bagi mengawal kelembapan kulit secara semulajadi


Penyegar
ECPI Anggun bertindak mengembalikan serta mengekalkan keremajaan kulit anda. Membina keanjalan kulit agar sentiasa segar dan sihat sepanjang masa.


Bedak Asas
Bahan-bahan yang digunakan juga dirumuskan bagi menghasilkan bedak asas secara semulajadi. Gosok perlahan-lahan secara berterusan dan ia akan menimbulkan kesan yang meratakan warna kulit muka anda secara semulajadi.


Perawatan Masalah Kulit
ECPI Anggun kaya dengan bahan serta tenaga gelombang yang dapat membantu mengatasi semua permasalah berkaitan kulit
1. Membantu mengatasi masalah jangkitan virus
2. Membantu mengatasi masalah jangkitan bakteria
3. Membantu mengatasi masalah jangkitan fungus
4. Membantu mengatasi masalah alergi
5. Membantu mengatasi masalah gigitan serangga
6. Membantu mengatasi masalah resdung
7. Membantu mengatasi masalah gatal-gatal kulit
8. Membantu mengatasi masalah panau
9. Membantu mengatasi masalah kurap
10. Membantu mengatasi masalah jerawat
11. Membantu mengatasi masalah jeragat
12. Berperanan sebagai agen anti ageing
13. Mengurangkan garis-garis kedutan
14. Meiembutkan dan melicinkan kulit
15. Meningkatkan keanjalan kulit
16. Melindungi kulit dari pancaran matahari
17. Menegangkan kulit
18. Mencerahkan kulit
19. Menanggalkan kulit mati
20. Menghilangkan kesan parut
21. Melancarkan perjalanan darah
22. Meransang fungsi kulit
23. Mengembalikan keseimbangan fungsi kulit
Harga sebotol ECPI Anggun Pesona ialah RM89.90


Saya dah guna dah...dah hampir 2 bulan. Memang mudah sangat, cuma goncang sebelum guna dan titiskan beberapa titik ke tapak tangan sebelum sapu ke muka. Mula mula guna memang pedih, gatal...rasanya pun agak masin. Mungkin disebabkan kandungan garamnya. Tapi lepas gua beberapa minggu, dah tak rasa camtu lagi...tapi buka cam rasa macam pakai produk pengelupasan. Tak ada rasa terbakar...kena matahari pun tak rasa apa...

Tapi lepas sebulan saya pakai, saya rasa kulit semakin ok (tak kusam) jerawat walaupun ada tapi tak la mengganggu...yang jelas muka jadi berseri...hubby pun perasan...so saya rasa ok lah kalu saya introduce product ni kat semua. Tapi pantang product ni jangan dekatkan ia dengan peralatan elektronik dan cahaya matahari...

so kengkawan yang berminat boleh berhubung dengan saya atau beli di pusat2 jualan Gresundheit atau ke http://ecpiwater.wordpress.com/

Selamat mencuba....


Khamis, 2 Julai 2009

Lagi Berkenaan Perubatan Elektronik

Hari ini saya nak kongsikan dengan para pembaca berkenaan dengan Perubatan Elektronik. Setelah mendapat kebenaran dari Dr (EM) Zulkarnain Bin Sulaiman MD (Open International University) untuk menyiarkan artikel beliau di dalam blog saya, maka pun tanpa berlengah dan sungguh teruja, telah mengkompilasikan artikel artikel beliau berkenaan perubatan elektronik. Selebihnya pembaca kena baca sendiri di blog beliau (http://kumpulanperubatanelektronikterengganu.blogspot.com). Beliau juga sudi untuk menjawab kemusyukilan pembaca.

Berikut adalah kompilasi artikel beliau:
(sumber : http://kumpulanperubatanelektronikterengganu.blogspot.com)

(Terima kasih Dr (EM) Zulkarnain Bin Sulaiman)

Satu-satunya kaedah rawatan terkini yang menggabungkan semua jenis perubatan moden, tradisional, holistik dan sains theo fizik moden dalam usaha menyembuhkan semua jenis penyakit serta mengembalikan kesihatan secara semulajadi menurut fitrah kejadian manusia.

Sangat berkesan - Tanpa dadah - Tanpa Steroid - Tanpa bahan toksik
- Tanpa bahan kimia - Tanpa kesan sampingan - Bersih - Suci - Halalan Thoyyiba

Apa itu Perubatan Elektronik?

Perubatan elektronik merupakan kaedah perubatan terkini yang dihasilkan melalui proses 'Electromagnetic Coding' ke atas bahan-bahan yang diperlukan bagi merangsang dan memperbaiki sistem organ yang meliputi sistem psikologi, saraf, tulang, otot, limpatik, pernafasan, penghadaman, peredaran darah, perkumuhan, endrokrin, pembiakan dan sistem otak.

Serangan penyakit atau gangguan terhadap fungsi organ juga ditunjukkan melalui gangguan terhadap 'Wave Patten' dan 'Wave Lenght' sesuatu organ.

Bahan-bahan yang diperlukan bagi merangsang fungsi organ dan gelombang sesuatu penyakit dikodkan secara 'Electromagnetic Coding' bagi digunakan samada di dalam bentuk 'Constructive Wave Interference' atau 'Destructive Wave Interference'

Bagaimana Perubatan Elektronik Mengembalikan Kesihatan Menurut Fitrah Manusia

Di dalam tubuh manusia terdapat racun dan penawar terhadap segala penyakit bagi memastikan kesihatan tubuh badan. Kesemuanya ini dikawal oleh 'Central Nerve System' (CNS) yang bertindak mengawal dan mentadbir perjalanan kesihatan tubuh badan seseorang.

Contohnya apabila tangan kita terluka, 'Central Nerve System' (CNS) akan menghantar maklumat kepada organ yang berkaitan untuk membekukan darah di kawasan tersebut.
Keupayaan sistem tubuh badan merawat diri sendiri, bertepatan dengan fitrah kejadian manusia. Di mana, manusia adalah makhluk Tuhan yang diciptakan dengan sebaik-baik kejadian dalam keadaan serba lengkap.

Walaubagaimanapun, dengan pengambilan makanan yang mengandungi bahan kimia dan toksik, udara yang dipenuhi partikel, pencemaran udara yang berluasa, lubang ozone yang dikatakan membesar dilangit, pelbagai radiasi, sayur-sayuran dan buah-buahan yang disuburkan dengan bahan kimia, kandungan klorin yang tinggi di dalam air, malahan pelbagai vitamin yang kebanyakannya adalah bersifat sintetik dan bukan dari makanan semulajadi serta kurangnya rangsangan terhadap penawar di dalam badan, menyebabkan daya ketahanan sensitiviti 'Central Nerve System' menjadi lemah. CNS yang lemah dan kadar toksid yang tinggi menyebabkan organ gagal mengeluarkan enzim yang mencukupi bagi menyahkan bahan berbahaya yang ada di dalam badan.

Beza Perubatan Biasa (berasaskan jisim)

1. Menggunakan teknologi yang berasaskan ilmu biologi dan kimia
2. Hubungan yang terpisah di antara jasmani dan rohani
3. Menahan dan membenam penyakit
4. Merawat simtom penyakit
5. Menggunakan konsep `Stationary Interference’ dan `Constructive Interference’
6. Menggunakan bahan atau jisim yang dipercayai mampu merawat sesuatu penyakit.
7. Peningkatan tenaga yang diperlukan bergantung kepada jumlah jisim yang digunakan.
8. Penggunaan bahan mengandungi bahan kimia, steroid atau bahan yang mempunyai unsur unsur tersebut.
9. Bertindakbalas melalui proses osmosis

Beza perubatan Elektronik

1. Menggunakan teknologi berasaskan ilmu sains Theo Fizik
2. Rawatan terhadap sesuatu penyakit mengambil kira keseluruhan aspek jasmani dan rohani.
3. Mengeluarkan dan membongkar penyakit
4. Merawat punca penyakit
5. Menggunakan konsep Constructive Interference And Destructive Interference serta Damping Off
6. Menggunakan tenaga gelombang ‘Electromagnetic’ sesuatu remedi dan kod penyakit
7. Peningkatan sesuatu tenaga boleh dilakukan tanpa melibatkan penggunaan jisim
8. Tidak mengandungi bahan kimia atau bahan yang mempunyai unsure unsur tersebut.
9. Tidak mempunyai kesan sampingan
10. Bertindak melalui proses `Potential Difference’
(OPAM Machine)
Mengapa perlu beralih kepada Perubatan Elektronik

Kerana Perubatan Elektronik tidak menggunakan sebarang dadah, steroid, bahan toksik dan bahan kimia yang boleh mendatangkan kesan sampingan.

Penggunaan bahan kimia, steroid atau dadah dalam perubatan hanya untuk menahan sakit sesuatu penyakit dan hanya tertumpu kepada pemulihan terhadap simptom sesuatu penyakit tanpa merawat punca penyakit tersebut.

Penggunaan bahan kimia, steroid, dadah atau bahan bertoksid juga akan menyebabkan gangguan terhadap 'Central Nerve System' (CNS) yang akan mengakibatkan kemunculan penyakit baru (kesan sampingan) akibat kegagalan 'Central Nerve System' (CNS) di dalam mengawal fungsi organ dengan baik.
Sebaliknya, Perubatan Elektronik pula bertindak merangsang 'Central Nerve System' (CNS) bagi mengaktifkan dan merawat fungsi organ serta meningkatkan sistem imun tubuh badan secara semulajadi.

Pendekatan Perubatan Elektronik lebih kepada mengeluarkan toksid dan penyakit yang terdapat di dalam badan seorang pesakit, dengan membunuh akar umbi sesuatu penyakit tersebut.
Perubatan Elektronik juga laksana scanner yang mampu mengesan penyakit yang telah lama terpendam mahupun penyakit yang mendatang.

Selasa, 30 Jun 2009

Pil Perancang Dari Makjun? Ada Ke?


Haa..jangan tak percaya, ada tau! … Ini adalah pilihan kepada mereka yang tak mau makan pil perancang yang biasa atau tak mahu apa apa suntikan. Juga untuk mereka yang tak mahu pakai apa apa alat atau implan kat badan mereka demi tujuan merancang keluarga. Sebelum ini, saya juga ada guna kaedah ini iaitu pil perancang. Namanya Noriday…dah nama pun macam tu, maka kena la saya makan hari hari …naik tak mau dibuatnya…
Memang saya akui, saya tahu side effect nya…tapi sebelum ini saya betul betul tak ada pilihan lain.. Apa yang saya takuti iaitu side effect memang akhirnya saya alami. Antara side effect yang saya alami adalah period jadi tak menentu, sehingga satu tahap period saya datang selang seminggu selama 3 ke 4 hari. Mood saya jadi tak menentu, nak marah saja. Badan? Tak pernah pernah berat saya cecah 60kg kalau tak mengandung, ni sekarang dah lebih 65kg. Bila balik kg, siap kawan lama tak kenal lagi (ini sudah lebeh..!)

Maka dengan perasaan bercampur campur, saya pun menjelajah la internet ni hingga jumpa tread Makjun Anggun Bistari di www.wanitamelayu.com/forum. Baru lah saya tahu akan kewujudan makjun ni di pasaran. Namun, makjun ini tidak dijual sewenang wenangnya. Ia resepi buatan orang kampung dan hanya boleh di dapati dari pengedar pengedar yang dilantik sahaja.

Apa itu Makjun Anggun Bistari?

(Sumber : http://mab-online.blogspot.com/)
MAB adalah produk tradisional dibuat dari herba, rempah ratus dan madu. kegunaan MAB pada asasnya adalah untuk family planning. Walaubagaimana pun MAB juga bertindak sebagai ubat multipurpose dalam penjagaan kesihatan dalaman/kecantikan wanita terutamanya bagi yang telah berumahtangga. MAB juga merupakan salah satu alternatif bagi orang yang kurang selesa dengan kaedah family planning moden. Keberkesanannya dalam family planning adalah 100% sekiranya anda mengikut aturan makan yang betul. MAB juga boleh diambil oleh orang yang berumur 18 tahun ke atas berkahwin/belum berkahwin dan orang-orang tua(warga emas). MAB dijamin bersih, suci lagi halal tanpa perlu diragui lagi bagi org islam.

Komposisi

Kacip FatimahSerapatSendudukInaiMaduManjakaniHabbatus Sauda/jintan hitam

Konsep & Tindakbalas MAB

Apabila anda mengambil MAB, ianya akan bertindak merawat penyakit terlebih dahulu. proses ini dinamakan tindakbalas awal. MAB akan bertindak membetulkan sistem dalam badan supaya ianya berfungsi dengan baik. Bahagian yang akan berlaku proses rawatan adalah seperti pada bahagian peranakan/mencairkan lemak/kolestrol/toksin dalam darah. apa yang MAB buat adalah ia akan mencairkan darah period lama, nifas lama yang tidak keluar habis semasa tempoh berperiod/berpantang (bagi yang bersalin).
Darah ini biasanya berwarna hitam/coklat. Banyaknya darah yang keluar adalah bergantung kepada tahap kesihatan masing-masing. Jika anda sudah lama tidak berperiod/period pendek bermakna banyaklah darah kotor yang disimpan dalam peranakan tersebut. Pada peringkat ini,anda akan didatangi kekerapan period yang tidak menentu kerana MAB sedang merawat peranakan anda.Selepas selesai tempoh itu, anda akan melalui peringkat keserasian dengan MAB. Pada tahap ini, period akan kembali normal, maksudnya apabila habis saja 21 biji, besoknya period akan datang.
Pada tahap ini, MAB sudah serasi dengan anda kerana proses rawatan sudah selesai..Selain dari darah kotor seperti di atas, lemak/kolestrol/toksin dalam badan/darah akan dipecahkan dan dibuang bersama najis air besar. Pada masa ini anda akan mengalami kekerapan membuang air besar dan melepaskan angin (kentut)Darah period yang lama ini seharusnya dikeluarkan kerana ianya memberi implikasi kepada anda dalam jangka masa panjang. Antara risikonya ialah terdedah kepada fibroid/cyst/barah pangkal rahim. Jika darah lama ini dapat dikeluarkan insyaAllah risiko kepada penyakit tersebut adalah rendah. Dengan kata lain, MAB adalah satu ikhtiar utk mengelakkan kemunculan penyakit tersebut.


Kebaikan Makjun Anggun Bistari.

Merancang Keluarga
Merawat keputihan
Awet muda
Memelihara peranakan
Membuang darah kotor melalui period
Menambah tenaga
Teraturkan period
Mencantikkan kulit/menegangkan payudara
Mengawal berat badanMelawaskan buang air besar
Memulihkan/melambatkan monopaus
Menstabilkan hormon wanitaMelancarkan peredaran darah
Mengawal kolestrol dalam darahI
khtiar utk mendapatkan zuriatf
Family planning

MAB Sebagai Family Planning Semulajadi

1) Apabila kita makan MAB ianya ia akan meningkatkan temparature (suhu) badan dalam tempoh 24 jam. Suhu ini akan membuat satu invironment pada sekitar rahim kita (tempat pertemuan benih lelaki n perempuan) dimana pada suhu ini ianya akan membuatkan benih lelaki dan perempuan tidak aktif untuk bercantum (persenyawaan) untuk membentuk embrio (janin). Dengan kata lain chances utk pregnt adalah zero pada suhu ini.
2) Untuk pengetahuan dari ilmu kajian biologi benih(ovum) yg dihasilkan cuma ada hayatnya (umur) sehingga 24 jam sahaja. Jika benih ini tidak dapat bersenyawa dalam tempoh 24 jam ini maka ianya akan mati sendiri. Ini ada ketetapan umur benih sejak azali lagi yang Allah jadikan.
3) Jadi relate dgn maklumat diatas sebabt u lah MAB hanya dibuat berfungsi setakat 24 jam sahaja. Tujuannya supaya menyamai umur benih. Jadi dlm zon yang tidak selesa tu ia tidak berupaya utk combine dgn couplenya maka lepas tempoh 24 jam ia pun matilah sendiri n pada hujung bulan (time rest 7 hari) ia akan direduce melalui period. Jadi kalau dalam tempoh 24 jam tu kalau ia berjaya combine maka proses persenyawaan akan berlaku dan akhirnya membentuk embrio (janin).... so pregnt lah tu. Coz inilah MAB ni kena makan ikut aturan dgn gap masa yg betul. +/- 2 jam adalah dikira 100% selamat. Jika tak ikut displin ni maka selepas 24 jam suhu badan akan normal dan benih akan kembali aktif n dlm zon yang selesa maybe ia berupaya untuk melakukan persenyawaan maka terpregntlah bagi org yg makan main2/lupa/tak ada displin.
4) So satu biji itulah dose yang betul utk membuat temperature yang tepat. Jika dilebihkan dose nnt blh membawa risiko lain pula kecuali kes lupa shj.So... itulah konsep family planning yg mudah utk difahami. Tidak ada chemical dlm membuat protek just ramuan rempah2 n herba tertentu sudah memadai.

Jadi kalau pembaca berminat nak beli, boleh la msg saya atau lagi senang pergi saja ke laman web pengedar kat bawah. Jika nak berurusan terus dengan pengasas pun ok juga. Boleh tengok testimoni kawan kawan yang dah berjaya dalam family planning ni..

Sila lawati :

http://www.mab-online.blogspot.com/
http://www.wanitamelayu.com/forum/showthread.php?t=13049
Selamat Mencuba

Selasa, 23 Jun 2009

Green Tea...do love it today !



Green Tea...? What is so special about it? Why Green tea..?

For me...of couse for better health. Also can reduce fat and colestrols and plus... reduces weight too (it works for me !)..but green tea is not suitable for pregnant moms..Why? Eventhough Green tea is rich in antioxidants, and has a host of health benefits relating to dental health, blood sugar levels, cholesterol, and weight loss, researchers have found, whilst examining the active constituent of green tea, the epigallocatechins, or EGCG for short, that it may affect the way the body uses folate. Folate is important for pregnant women as it prevents neural tube birth defects in babies.

Good to read further http://www.buzzle.com/editorials/1-24-2006-87222.asp

But i want to share about the goodness of green tea for us who not pregnant infant but pregnant fat in their bodies ..(have big body like a pregnant mom..hehehe..like me!)


Here is the article that taken from http://en.wikipedia.org/wiki/Green_tea about health effect by taking Green Tea.

It is because Green tea contains polyphenols which are thought to improve health, particularly catechins, the most abundant of which is epigallocatechin gallate. In vitro and animal studies as well as preliminary observational and clinical studies of humans suggest that green tea can reduce the risk of cardiovascular disease and cancer as well as beneficially impact bone density, cognitive function, dental caries, and kidney stones. However, the human studies are sometimes mixed and inconsistent.[5] Green tea also contains carotenoids, tocopherols, ascorbic acid (vitamin C), minerals such as Cr, Mn, Se or Zn, and certain phytochemical compounds. It is a more potent antioxidant than black tea,[6] although black tea has substances which green tea does not such as theaflavin.

Green tea consumption is epidemiologically associated with reduced heart disease, and animal studies have found that it can reduce cholesterol. However, several small, brief human trials found that tea consumption did not reduce in cholesterol in humans. In 2003 a randomized clinical trial found that a green tea extract with added theaflavin from black tea reduced cholesterol.[7]

In a study performed at Birmingham (UK) University, it was shown that average fat oxidation rates were 17% higher after ingestion of green tea Extract than after ingestion of a placebo.[8] Similarly the contribution of fat oxidation to total energy expenditure was also significantly higher by a similar percentage following ingestion of green tea extract. This implies that ingestion of green tea extract can not only increase fat oxidation during moderately intensive exercise but also improve insulin sensitivity and glucose tolerance in healthy young men.

In a study performed at the Technion, it was shown that the main antioxidant polyphenol of green tea extract, EGCG, when fed to mice induced with Parkinson's and Alzheimer's disease, helped to protect brain cells from dying, as well as 'rescuing' already damaged neurons in the brain, a phenomenon called neurorescue or neurorestoration. The findings of the study, led by Dr. Silvia Mandell, were presented at the Fourth International Scientific Symposium on Tea and Human Health in Washington D.C., in 2007. Resulting tests underway in China, under the auspices of the Michael J. Fox Foundation, are being held on early Parkinson's patients. [9]

In a recent case-control study of the eating habits of 2,018 women, consumption of mushrooms and green tea was linked to a 90% lower occurrence of breast cancer.[10]


Where to get my lovely green tea..There are many green tea labels that we can choose. One is from BOH . But my favorite one is Oriyen Green Tea from Cosway.


It is certifed organic and have Halal Approvent from JAKIM. The taste? Don't worry about it, if u want to serve it sweet, just put a little sugar. But for me, the green tea itself is ok since i wanna reduce my weight. After 1 week taken twice a day, u will feel that your body feel fresh and less heavy.

Do love it today !

Isnin, 22 Jun 2009

Perubatan Elektronik

Anda pernah dengar tak Perubatan Elektronik?

Hmm..sebelum ni, saya pun tak pernah dengar. Tapi sejak saya pindah ke Penang ni, saya dapati ada satu Klinik Perubatan Elektronik.. Isk macam best je...so saya pegi lah beli ubat batuk, ubat demam dan ubat selsema untuk anak2 saya. Bila 1st time tengok tu cam tak caya je kat ubat tu...bulat2 putih dan kecil. Rasa pun manis cam gula gula. Cuba tengok gambar kat bawah ni...



(source : http://kumpulanperubatanelektronikterengganu.blogspot.com/)



(Gambar ini saya ambil dari salah satu blog klinik perubatan elektronik, sama cam yang saya dapati di klinik perubatan elektronik, penang)


Bila saya beri ubat ni, memang tak de masalah langsung, sebab rasanya yang manis...Actually ni bukan ubat yang biasa kita ambil dari doktor, tapi glukos (if i`m not mistaken) yang telah dimasukkan tenaga.


Mula mula tu batuk anak anak saya makin la teruk..tapi atas nasihat doktor, saya teruskan sahaja. Alhamdulillah, banyak dah kurang batuk selsema mereka..saya teruskan dengan beri The One Junior dan Air ECPI. (nanti saya tulis apa dia air ECPI dan The One Junior).


Sebab saya mula beralih ke perubatan elektronik adalah kerana saya nak cuba sesuatu yang baru, yang tak ada kena mengena dengan isu penggunaan dadah dalam ubat untuk meredakan simptom penyakit dan bukannya merawati penyakit..


Cuba baca artikel di bawah berkenaan perubatan elektronik:


Berikut merupakan beberapa isu yang menjadi asas terhadap kajian teknologi perubatan elektronik.


1. Asas Tenaga

Kajian terhadap teknologi konvensional menunjukkan jisim (mass) digunakan sebagai punca kepada sesuatu tenaga. Asas teknologi ini bertepatan dengan teori relativiti yang dikemukan oleh Albert Enstein E = mc2. Persamaan ini menunjukkan tenaga hanya boleh terhasil dengan adanya jisim (mass). Peningkatan tenaga perlu diikuti oleh peningkatan jumlah jisim yang digunakan. Persamaan ini didapati tidak tepat memandang-kan tenaga juga boleh terhasil dari unsur yang bersifat "microscopic particle" (e=hf) seperti yang dijelaskan oleh Max Planck. Kajian ini menjelaskan bahawa tenaga juga boleh terhasil dari unsur yang tidak bersifat jisim (mass).

2. Kesan Sampingan

Penggunaan jisim sebagai punca tenaga merupakan antara punca kepada berlakunya masalah kesan sampin­gan. Kajian memperlihatkan bukan semua kandungan yang terdapat di dalam jisim baik untuk kesihatan. Di dalam herba yang dianggap baik pun terdapat juga unsur-unsur yang boleh merbahayakan kesihatan, seperti "steroid" dan sebagainya, Peratusannya yang kecil menyebabkan ia tidak mendatangkan sebarang kesan merbahaya di dalam jangka masa pendek tetapi boleh mendatangkan kesan membahaya pada jangka-masa panjang. Penggunaan ubatan seperti antibiotik, X-ray, vaksinasi dan seumpamanya juga telah dibuktikan memberi kesan yang buruk kepada sistem imun.

3. Mekanisma Rawatan

Kaedah perubatan konvensional hanya menyentuh aspek anatomi dan physiologi sahaja, manakala aspek spiritual tidak diambil kira. Kajian menunjukkan setiap kejadian terdiri dari dua unsur iaitu jisim dan gelom-bang, sama seperti unsur yang terdapat di dalam semua hidupan iaitu jasad dan roh. Kajian terhadap ilmu perubatan homeopathy yang diasaskan oleh Samuel Hahneman berasaskan kitab Ibnu Sina juga menjelaskan tubuh manusia terdiri dari dua unsur iaitu tubuh kasar dan tubuh halus. Beliau juga menjelaskan bahawa gangguan terhadap tubuh halus juga akan memberi kesan terhadap tubuh kasar. Ini menunjukkan rawatan secara total perlu melihat kepada keseluruhan unsur sesuai dengan fitrah kejadiannya.


4. Rawatan Terhadap Simptom

Pemulihan secara total perlu mengambil kira rawatan terhadap puncanya dan bukan terhadap simptomnya semata-mata. Rawatan terhadap simptom hanya bersifat sementara sahaja, contohnya rawatan terhadap penyakit diabetes dengan menggunakan insulin sintetik hanya bersifat sementara. Pesakit terpaksa bergan-tung kepada ubat sehingga akhir hayatnya. Punca yang tidak dirawat akan menyebabkan ia bertambah kronik dan mewujudkan pelbagai penyakit baru dalam jangkamasa panjang.

5. Masalah Penyakit Yang Tiada Penawar

Kaedah perawatan moden telah mengklasifikasikan sesetengah penyakit sebagai tiada ubat. Pendapat ini amat bercanggahan dengan apa yang telah disabdakan Nabi Muhammad s.a.w bahawa "Semua penyakit pasti ada ubatnya kecuali maut dan tua". Kegagalan menemui penawar bukan bermaksud tiada penawar, mungkin kaedah yang digunakan tidak bertepatan dengan fitrahnya.


6. Kajian Terhadap Fitrah Kejadian Manusia

Manusia terdiri dari dua unsur iaitu unsur jasad dan roh. Proses kehidupan ditunjukkan melalui gabungan kedua-dua unsur ini, manakala proses kematian ditunjukkan melalui perpisahannya. Hubungan yang sama juga terdapat pada unsur jisim yang mempunyai kembarannya (duality) dalam bentuk gelombang. Keupayaan unsur gelombang bertindakbalas terhadap unsur jisim menjadikannya sebagai dasar kepada teknologi perubatan elektronik.


*dipetik dari manual perniagaan Gesundheit Laboratories & Pharmaceutical Sdn Bhd

Untuk bacaan lanjut

http://kumpulanperubatanelektronikterengganu.blogspot.com/

www.gesundheitlabs.com

Rabu, 3 Jun 2009

Bengkung Moden

Dah lama saya tak komen pasal produk...Hari ni saya nak review mengenai bengkung moden. Macam mana agaknya ya? Sila lihat gambar di bawah.

Saya telah gunakan semasa berpantang selepas bersalin anak kedua. Masa yang pertama dahulu, saya guna bengkung tali kasut (bengkung tradisional) saja. Berbeza dengan yang dahulu, masa untuk pakai dan buka bengkung dapat dijimatkan. Tak perlu adjust banyak kali untuk dapatkan tahap ketat yang diperlukan. Tak terlucut atau longgar semasa pemakaian dan semasa buat kerja.


Perut rasa sangat selesa kerana seolah olah ada penahan bila banyak melakukan pergerakan. Jika dahulu, saya selalu tak sempat pakai bengkung kerana anak asyik meragam. Dengan bengkung ini, tak sampai 2 minit, dah siap pakai...tak risau tersalah masuk lubang.

Sebenarnya, bengkung ini direka khas untuk ibu ibu yang bersalin secara pembedahan. Ini kerana luka pembedahan membataskan pemakaian bengkung. Namun begitu, bengkung ini juga sesuai untuk ibu ibu yang bersalin normal. Juga sangat sesuai untuk ibu ibu yang berpantang seorang diri ataupun yang mempunyai anak yang selang umurnya agak rapat.

Saya merasainya sendiri betapa sibuknya menjalani waktu berpantang dengan perlu menjaga anak yang baru berumur setahun dan adiknya yang baru lahir serta diri sendiri yang perlu dijaga. Nasib baik juga ada suami, keluarga mertua yang sangat membantu. Dengan adanya bengkung ini, pergerakan menjadi mudah dan cergas walaupun dari minggu pertama berpantang lagi.


Jika melihat pada harganya, mungkin juga kita akan berfikir 10-20 kali. Tapi percayalah, jika anda menggunakan bengkung ini, pastinya tak menyesal. Bengkung ini memang amat membantu anda semasa dalam pantang. Tambahan pula, lepas pantang pun masih boleh guna. Saya pernah guna bengkung getah dari farmasi. Sangat tak selesa. Gatal bila berpeluh. Terlipat lipat bila duduk. Namun bengkung ni menyerap peluh, tak panas dan tidak pula mendatangkan gatal serta tidak terlipat lipat bila kita duduk.

Lagi satu, pemilik web ini sangat prihatin akan masalah pelanggannya serta sentiasa berkongsi maklumat dan tips secara pengguna. Pembelian bengkung ini juga selalunya disetakan dengan tawaran hebat beserta dengan produk produk lain yang semestinya akan kita guna sewaktu semasa dan selepas bersalin seperti sup haruan, herba mandian dan lain lain. Dengar khabar, Kak Faz (pemilik website) perkenalkan tungku elektrik. Tungku ni pula menyamai kehebatan tungku batu dan habanya tahan 1 jam!


Saya menyarankan produk ini kerana saya dah pernah guna... Kesimpulannya, memang best...tak rugi beli. Untuk membeli produk ni, saya sarankan berhubung terus dengan tuan punya laman web tersebut iaitu Kak Faz atau boleh klik banner di sudut kanan blog saya, atau terus saja klik banner di bawah ini.










Rabu, 18 Mac 2009

Jana duit mudah dengan Survey

salam sejahtera semua,

saya baru sahaja berjinak jinak dengan survey internet ni. ada yang berbayar, ada yang free. ada juga yang free tapi lepas tu kena bayar untuk dapatkan bayaran...entahlah..

tapi kali ni saya nak kongsikan dengan semua satu link yang mungkin menarik hati semua iaitu:

http://www.AWSurveys.com/HomeMain.cfm?RefID=inaazs81


apa yang perlu dilakukan adalah daftar sahaja melalui link di atas dan jawab survey. Surveynya mudah saja. tak percaya, try la dahulu...welcome survey sahaja dah $6.00




Bayaran pula adalah dalam bentuk Paypal. pendaftaran Paypal adalah free di Paypal.com

sehingga sekarang, saya dapat dalam $28.00. tapi kalu nak keluarkan kena tunggu jadi $75 dahulu. so, kena la tunggu, tapi bukan tunggu saja...mereka akan beri dari masa ke semasa survey2 yang baru, then lepas jawab..kita kumpul la sikit sikit dari situ..


saya juga pernah daftar dan bayar sampai RM300 lebih untuk surveyscout.com. mereka bagi senarai / database company yang buat survey. so kita daftarkan email kita di syarikat pilihan kita dengan harapan mereka akan hantar survey ke email kita.
namun sayangnya, yang mereka hantar tu kebanyakannya spam..naik penuh email saya dibuatnya. sampai tak tahu yang mana satu betul dan mana satu spam...dan kalu saya cuba jawab survey pun, nanti akan dinyatakan kita akan layak untuk masuk dalam lucky draw mereka ataupun kena beli barang mereka dahulu baru mereka beri bayaran...
isk..isk..mengarut betul...
hasilnya saya dapat banyak spam. sedih juga la..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails