Halaman

Rabu, 3 Jun 2009

Bengkung Moden

Dah lama saya tak komen pasal produk...Hari ni saya nak review mengenai bengkung moden. Macam mana agaknya ya? Sila lihat gambar di bawah.

Saya telah gunakan semasa berpantang selepas bersalin anak kedua. Masa yang pertama dahulu, saya guna bengkung tali kasut (bengkung tradisional) saja. Berbeza dengan yang dahulu, masa untuk pakai dan buka bengkung dapat dijimatkan. Tak perlu adjust banyak kali untuk dapatkan tahap ketat yang diperlukan. Tak terlucut atau longgar semasa pemakaian dan semasa buat kerja.


Perut rasa sangat selesa kerana seolah olah ada penahan bila banyak melakukan pergerakan. Jika dahulu, saya selalu tak sempat pakai bengkung kerana anak asyik meragam. Dengan bengkung ini, tak sampai 2 minit, dah siap pakai...tak risau tersalah masuk lubang.

Sebenarnya, bengkung ini direka khas untuk ibu ibu yang bersalin secara pembedahan. Ini kerana luka pembedahan membataskan pemakaian bengkung. Namun begitu, bengkung ini juga sesuai untuk ibu ibu yang bersalin normal. Juga sangat sesuai untuk ibu ibu yang berpantang seorang diri ataupun yang mempunyai anak yang selang umurnya agak rapat.

Saya merasainya sendiri betapa sibuknya menjalani waktu berpantang dengan perlu menjaga anak yang baru berumur setahun dan adiknya yang baru lahir serta diri sendiri yang perlu dijaga. Nasib baik juga ada suami, keluarga mertua yang sangat membantu. Dengan adanya bengkung ini, pergerakan menjadi mudah dan cergas walaupun dari minggu pertama berpantang lagi.


Jika melihat pada harganya, mungkin juga kita akan berfikir 10-20 kali. Tapi percayalah, jika anda menggunakan bengkung ini, pastinya tak menyesal. Bengkung ini memang amat membantu anda semasa dalam pantang. Tambahan pula, lepas pantang pun masih boleh guna. Saya pernah guna bengkung getah dari farmasi. Sangat tak selesa. Gatal bila berpeluh. Terlipat lipat bila duduk. Namun bengkung ni menyerap peluh, tak panas dan tidak pula mendatangkan gatal serta tidak terlipat lipat bila kita duduk.

Lagi satu, pemilik web ini sangat prihatin akan masalah pelanggannya serta sentiasa berkongsi maklumat dan tips secara pengguna. Pembelian bengkung ini juga selalunya disetakan dengan tawaran hebat beserta dengan produk produk lain yang semestinya akan kita guna sewaktu semasa dan selepas bersalin seperti sup haruan, herba mandian dan lain lain. Dengar khabar, Kak Faz (pemilik website) perkenalkan tungku elektrik. Tungku ni pula menyamai kehebatan tungku batu dan habanya tahan 1 jam!


Saya menyarankan produk ini kerana saya dah pernah guna... Kesimpulannya, memang best...tak rugi beli. Untuk membeli produk ni, saya sarankan berhubung terus dengan tuan punya laman web tersebut iaitu Kak Faz atau boleh klik banner di sudut kanan blog saya, atau terus saja klik banner di bawah ini.










3 ulasan:

  1. macam mana nak beli ek? saya amat2 berminat coz akan bersaliln c-zer gak kali ni

    BalasPadam
  2. hai Rizziela, sori tak perasan mesej awak..anda pergi sahaja ke laman web tersebut (www.bengkungmoden.com) dan boleh baca beberapa arahan mudah di sana...namaun jika kurang faham, boleh terus call sahaja kak Faz, dia sedia membantu... :)

    BalasPadam
  3. salam.nk tny pasal bengkung tu,masih ok&tahan lama smpai skrg ke?ms pkai perut kmas&flat or jd geleber gak bila duduk.?sbb nk beli jgk ni tp dh lama abis pntang,tp nk pkai utk pg kja..

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails