Halaman

Isnin, 14 Februari 2011

BEBERAPA KESILAPAN IBU BAPA DALAM MENDIDIK ANAK-ANAK

(gambar hiasan : sumber google.com)
Pengenalan

Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t. kepada kita hamba-hambaNYA. Firman ALLAH s.w.t. :

“Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar.”
(Al-Quran Surah At-Taghabun, 64 : 15)

Sebagai ujian, ianya akan dipertanggungjawabkan. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat. Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda :

“Tahukah engkau siapakah orang yang mandul.” Berkata para sahabat : “Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak.” Lalu Rasulullah SAW berkata : “Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia.”
(Maksud Al-Hadith )

Ini mungkin disebabkan beberapa kesilapan dalam mendidik anak-anak.


1. Kesilapan pertama: Kurang berdoa

1.1 Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah
* Saidul (penghulu) Istighfar
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 : 8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 : 38)
* Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)

1.2 Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah
* Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2 : 128)
* Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25 : 74)
* Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

2. Kesilapan kedua : Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti :
* menakutkan anak-anak dengan sekolah
* menakutkan dengan tempat gelap
* menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
* menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur

3. Kesilapan ketiga : Tidak tegas dalam mendidik anak-anak
* tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak
* terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.

4. Kesilapan keempat : Menegur anak secara negatif
* mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah).
* membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.

5. Kesilapan kelima : Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual).
* ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani

6. Kesilapan keenam : Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. :
Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra’ : “Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka.” Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata : “Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.” (Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

7. Kesilapan ketujuh : Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas
* ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati kehendak syarak bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.

8. Kesilapan kelapan : Susunan rumahtangga yang tidak kemas. Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.

9. Kesilapan kesembilan : Kurang menghidupkan sunnah di rumah seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama, dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.

10. Kesilapan kesepuluh : Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak. Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunnah.

11. Kesilapan kesebelas : Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang seperti para ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan akhlak Islam.

12. Kesilapan keduabelas : Bertengkar di depan anak-anak. Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibubapanya.

13. Kesilapan ketigabelas : Membenarkan orang yang tidak elok sahsiyahnya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang masih membesar.

14. Kesilapan keempatbelas : Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.

15. Kesilapan kelimabelas : Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak. Sebagai ibubapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.

Wallahu a’lam.
(Kuliah Mingguan Surau An-Nur , 15 Safar 1419 bersamaan 10 Jun 1998)
(Oleh Ustaz Khalid bin Haji Mohd Isa)

Khamis, 10 Februari 2011

OTITIS MEDIA

sumber : http://www.kumpulanperubatanelektronikterengganu.blogspot.com/


FUNGSI TELINGA

Telinga terdiri dari tiga bahagian iaitu telinga luar, tengah dan dalam. Telinga luar mengandungi struktur tulang rawan, kulit dan daun telinga. Telinga tengah mengandungi gegendang yang membantu mengarahkan suara masuk ke saluran pendengaran manakala telinga dalam mengandungi satu ruangan yang sangat kecil yang bertemu dengan tengkorak. Di dalam ruang ini ada tiga tulang kecil.

Ketiga bahagian ini bekerjasama menangkap gelombang suara dan menjadikannya bunyi yang jelas dan nyata.

Biasanya, gelombang suara diterima oleh telinga luar. Telinga luar sendiri terdiri dari daun dan liang telinga. Daun telinga menampung suara, yang kemudian disalurkan ke liang telinga.Dari liang telinga, suara kemudian masuk ke telinga tengah melalui gegendang telinga. Di belakang gegendang telinga, terdapat tulang pendengaran yang bentuknya menyerupai rantai. Tulang-tulang ini saling berhubungan pada sendi dan berfungsi menghantar gelombang suara sehingga menggetarkan gegendang dan sampai ke telinga dalam.

Di telinga dalam terdapat alat penerima yang disebut rumah siput. Di dalam rumah siput terdapat saraf-saraf halus, cairan, dan organ yang mengembang. Gelombang suara yang dihantar ke gegendang dan tulang telinga akan menggetarkan cairan dalam rumah siput, sehingga membuat organ yang mengembang bergerak dan menyentuh saraf-saraf kecil pendengaran. Proses yang tadinya menggunakan tenaga mekanik kemudian diubah menjadi tenaga elektrik, dan disampaikan ke otak sehingga kita mendengar suara.


Sementara itu, sebagai alat keseimbangan tubuh, prosesnya lebih kompleks. Proses ini terjadi di telinga dalam. Telinga dalam juga bekerjasama dengan organ lain seperti mata, hidung, otak dan sebagainya. Jika ada organ telinga yang tidak berfungsi, maka keseimbangan tubuh kita juga turut akan hilang.


Kadang-kadang telinga kurang mendapat perhatian jika dibandingkan dengan jantung atau otak, namun fungsi telinga sebenarnya sangat penting kepada kita. Jika organ tersebut terganggu kerana jangkitan kuman contohnya, ia akan menjejaskan pendengaran kita dan jika tidak dirawat akan mengancam nyawa kita seperti meningitis atau barah otak.

Otitis Media Akut (OMA) atau telinga yang berair dan mengeluarkan bau tak sedap, merupakan penyakit yang membuat telinga sengsara.Otitis Media Akut merupakan radang yang menyerang telinga tengah. Untuk mengetahui apa yang dimaksud dengan telinga tengah, cuba perhatikan organ pendengaran kita.

Otitis Media Akut (OMA) boleh diakibatkan karena alergi, pembesaran adenoid atau boleh juga akibat dari resdung, batuk dan selesema.

RAWATAN DI KUMPULAN PERUBATAN ELEKTRONIK DAN CARA MEMBUANG KOTORAN TELINGA

Ketika salah seorang pengidap otitis media mengeluh kerana telinganya sering berdesing atau bernanah dan ketika dia bertanya tentang puncanya, biasanya kami di Perubatan Elektronik akan bertanya cara beliau membersihkan telinga sebelum ini.Dalam jawapannya beliau mengatakan bahawa beliau sering membersihkan telinganya hampir setiap hari menggunakan cotton bud. Beliau melakukanya setiap hari kerana telinganya sering terdapat lendir dan kotoran. Oleh itu, beliau mengorek telinganya sehingga ia benar-benar bersih dari abuk.

Adakah tindakannya itu benar? Biasanya orang ramai menganggap tahi telinga itu bersifat kotor dan jijik. Adakah benar tahi telinga itu harus dibersihkan setiap hari dan adakah kotoran yang terdapat di dalam telinga tidak memiliki sebarang fungsi?Memang benar, lubang telinga itu hendaklah dibersihkan dari sebarang kekotoran, namun ianya hendaklah dilakukan dengan cara yang betul.

Jika anda mengorek lubang telinga anda menggunakan cotton bud hendaklah tidak terlalu dalam kerana ia akan menjejaskan gegendang telinga, kerana daun telinga diciptakan untuk menghalang segala kotoran bahaya. Daun telinga juga dicipta khas supaya segala abuk atau serangga tidak boleh menembusi ruang dalam telinga dengan mudah.Tugas menghalang segala kekotoran pula dilakukan oleh rerambut kecil yang berada disekitar lubang telinga.

Sebenarnya, tahi telinga berfungsi sebagai perangkap kotoran dan anasir jahat yang ingin memasuki lubang telinga. Biasanya, orang sering salah anggap dan menyangka tahi telinga sebagai kotoran yang perlu dibersihkan setiap hari.

Padahal, fungsinya sangat penting kerana secara semula jadi segala kotoran yang masuk ke dalam telinga akan kering dan akan keluar sendiri.

Sebaik-baiknya, anda dikehendaki hanya membersihkan di bahagian luar telinga sahaja. Kerana dengan mengorek terlalu dalam akan menyebabkan pembengkakan atau pendarahan. Ini akan menyebabkan pendengaran menurun kerana gelombang suara tidak dapat disalurkan dengan baik.


Mengorek telinga terlalu dalam juga akan menyebabkan saraf telinga yang berhubung dengan saraf tubuh akan terjejas. Sebab itu, kadangkala seseorang itu mengalami batuk-batuk atau telinga berdesing bahkan keadaan muka menjadi senget ketika mengorek telinga terlalu dalam.

Salah satu saraf yang terdapat di telinga ialah saraf muka. Saraf ini berada di belakang liang telinga. Fungsinya menggerakkan otot muka dan sebagai sebahagian yang mengawal pendengaran.

Walaupun saraf ini dilindungi tulang rawan, namun jika ia dijangkiti kuman atau gangguan lain sudah mengenainya, maka boleh mengakibatkan muka menjadi serot, mata sukar untuk ditutup, dan sebagainya yang disebut kelumpuhan saraf muka (Bell Palsy).

Infeksi akibat mengorek terlalu kuat dan dalam boleh menyebabkan bisul atau nanah. Biasanya, Infeksi boleh terjadi di liang telinga, kelenjar rambut, bahkan sehingga ke bahagian telinga tengah di belakang gegendang.

Selain itu, jika mengorek telinga terlalu kuat dan dalam boleh menyebabkan saluran pernafasan dan hidung terjejas dan akhirnya akan menyebabkan resdung.Di dalam telinga terdapat banyak saraf yang halus. Sebab itulah telinga sangat sensitif. Ketika kita mengidap sakit gigi atau resdung, telinga juga akan berdesing, kerana telinga kita dipenuhi dengan pelbagai saraf deria rasa. Saraf ini akan mengalihkan rasa sakit di daerah lain sehingga ke telinga.

Antara penyebab pendengaran menjadi lemah adalah kerana mendengar muzik terlalu kuat terutama yang sering menggunakan eyephone dan kerap ke disko sehingga menyebabkan sel-sel rambut menjadi mati dan tidak berfungsi.

Penyakit seperti darah tinggi dan diabetes juga boleh menyebabkan pendengaran terjejas, kerana pembuluh darah yang berada di sekitar telinga menjadi rosak sehingga oksigen dan tenaga tidak dapat dibekalkan dengan secukupnya.


Biasanya, jika anda mengalami Otitis Media dan mendapat rawatan di Kumpulan Perubatan Elektronik, kami akan membekalkan anda ubat yang mampu memperbaiki fungsi saraf telinga dan fungsi rerambut yang ada di sekitar lubang telinga supaya fungsi kedua belah telinga kembali seperti sediakala.


Di samping itu, kami juga akan membekalkan ubat penawar elektromagnetik dalam bentuk pil untuk dimakan dan dalam bentuk air yang perlu dititikkan ke dalam telinga sebanyak tiga kali sehari. Ini bertujuan supaya segala gelombang penyakit dapat dimusnahkan dan kerosakan DNA tubuh dapat diperbaiki dengan seberapa segera.

Selasa, 8 Februari 2011

Cancer Warning for Talcum Powder

Source : http://www.sihatselalu.com.my/2009/02/cancer-warning-for-talcum-powder.html


GEORGE TOWN, 17 Feb 2009 : Be careful the next time you sprinkle yourself with talcum powder or inhale it as it has been found to cause cancers and tumours, said the Consumers’ Association of Penang (CAP).

Magnesium silicate hydroxide, also commonly known as talc, is the main ingredient in baby, medicated and designer perfumed body powder.

CAP president S.M. Mohamed Idris said the latest findings from the United States suggested that women who used talcum powder were 40% more likely to suffer from ovarian cancer.

"Talc particles are capable of moving up the reproductive system and becoming embedded in the ovary lining. Researchers have found talc particles in ovarian tumour and they have also discovered that women with ovarian cancer used talcum powder on their genitals more frequently than healthy women," he told a press conference at the CAP headquarters here Tuesday.

He said that researchers from Harvard Medical School in Boston studied over 3,000 women and found that those using talcum once a week had a 36% chance of getting ovarian cancer, while those using talcum daily had a 41% chance.

Talcum, Mohamed Idris added, was also a health risk when exposed to the lungs as the puffy white cloud of powder ended up being inhaled by babies.

"Talc can cause the baby’s airways to swell and lead to pneumonia, and has been linked to asthma in children. Statistics show that several thousands infants die or become seriously ill each year due to inhalation of baby powder," he said.

He urged the Health Ministry to place a warning on products containing talc and to stop the marketing of baby powder containing talc.

"Consumers should revert to using the traditional ‘bedak sejuk,’ which is made of rice flour or powder made from corn flour," he added.

Source : The Star

Selasa, 1 Februari 2011

Penyakit dalam kapal terbang

TEKANAN udara semasa pesawat berlepas dan mendarat boleh mengganggu kestabilan telinga tengah.

MEMILIH untuk menaiki kapal terbang ke destinasi pilihan tentunya memberi keterujaan apatah lagi jika ia pengalaman pertama.

Namun, dalam keseronokan untuk terbang, masih ada perkara yang perlu diambil berat demi memastikan keselesaan anda sebagai penumpang di sepanjang penerbangan.

Ini kerana boleh dikatakan hampir semua penumpang kapal terbang tidak dapat lari daripada merasai tekanan di bahagian dalam telinga ketika pesawat hendak berlepas mahupun mendarat.

Gangguan sindrom telinga pesawat yang juga dikenali sebagai airplane ear atau barotrauma ini boleh mengakibatkan telinga berdengung dan rasa sakit di bahagian dalam telinga.

Penulis sendiri sering berdepan gangguan yang sama setiap kali menaiki kapal terbang, adakalanya kesakitan tersebut boleh mengundang masalah lain seperti pening dan loya.

Apa yang lebih teruk, keadaan ini boleh berlarutan selepas beberapa jam pesawat mendarat.

“Apa yang anda alami bukan perkara biasa. Biasanya, penumpang hanya mengalami sedikit tekanan dan telinga berdengung, tetapi selepas pesawat mendarat, ia sudah hilang sepenuhnya.

“Mungkin kesihatan yang kurang baik ketika menaiki kapal terbang memburukkan lagi tekanan telinga pesawat yang dialami,” ulas Perunding dan Pakar Bedah Telinga, Hidung dan Tekak (ENT) Hospital Pantai Ampang, Kuala Lumpur, Dr. Raymond Tan Suan Kuo.

Ditafsirkan sebagai kecederaan pada bahagian telinga tengah, gejala tersebut disebabkan oleh perubahan tekanan udara sewaktu dalam penerbangan.

“Tekanan telinga pesawat boleh berlaku di kedua-dua belah telinga.

Seperti dicucuk

“Ia akan lebih serius apabila penumpang terbang ketika sedang mengalami selesema, hidung tersumbat, alahan hidung, tekak atau jangkitan resdung.

“Gejala yang sama juga boleh berlaku jika memandu di kawasan pergunungan atau berada di tempat yang tinggi serta ketika menyelam skuba,” jelas Raymond.

Menurutnya lagi, tekanan udara yang tidak seimbang di antara telinga tengah dan tekanan udara persekitaran boleh menghalang gegendang telinga bergetar secara normal.

“Apabila tekanan udara persekitaran berubah secara mendadak, saluran eustachia yang menghubungkan bahagian tekak dan telinga tengah tidak dapat memberi reaksi pantas yang boleh menyeimbangkan tekanan menjadi punca gangguan ini terjadi.

TEKANAN berada di tempat tinggi boleh membuatkan telinga kanak-kanak berdengung dan sakit. Tekanan yang melampau pula mampu mengakibatkan telinga tengah bocor.


“Telinga akan berdengung dan akan lega jika mengunyah atau menelan makanan,” ujarnya.

Bagaimanapun, bagi penumpang yang mengalami tekanan yang disusuli rasa sakit seperti bahagian dalam telinga dicucuk dengan benda tajam, Raymond memberitahu itu bukan gejala biasa.

“Jika saluran eustachia tersebut tersumbat atau mempunyai masalah lain seperti jangkitan kuman, tekanan di telinga tengah boleh mendatangkan masalah yang lebih besar.

“Pendengaran akan mulai merosot, telinga tidak selesa, berdengung, pendarahan daripada telinga yang boleh menyebabkan pening dan kesakitan dalam telinga yang berpanjangan,” katanya.

Apa yang lebih membimbangkan, gangguan ini boleh mendatangkan risiko besar kepada kanak-kanak berusia tiga tahun ke bawah.

“Tekanan ini mampu membocorkan telinga tengah dan mengakibatkan lebih banyak masalah. Telinga mereka akan sakit dan rasa tidak selesa, itu menyebabkan mereka kuat menangis.

“Segera periksa telinga anak anda selepas tangisan mereka reda. Jika ada lelehan nanah atau darah, bawa segera anak berjumpa doktor untuk rawatan lanjut,” ujarnya.

Nanah

Kebocoran telinga tengah boleh mengakibatkan masalah yang lebih besar kerana ia berfungsi sebagai dinding penutup bahagian dalam dan luar telinga, sama seperti jika perut anda bocor hingga menampakkan usus dan isi perut.

“Apabila disahkan ada kebocoran pada telinga tengah, ritma kehidupan mereka turut terganggu.
“Pesakit tidak boleh berenang kerana air yang memasuki telinga akan menyebabkan telinga mendapat jangkitan kuman.

“Jika itu berlaku, telinga mudah bernanah. Pesakit juga sentiasa terdedah kepada pencemaran seperti habuk dan terpaksa menanggung kesakitan apabila mendengar bunyi yang kuat. Pembedahan perlu dijalankan untuk menutup semula kebocoran tersebut,” tambahnya.

PEMERIKSAAN telinga perlu segera dilakukan sekiranya gejala telinga pesawat tidak berkurangan.

Bagaimanapun, sekiranya telinga bocor ini dialami oleh kanak-kanak, mereka terpaksa menunggu hingga usia 16 tahun untuk dibedah.

“Kanak-kanak adalah golongan paling berisiko untuk mendapat tekanan telinga pesawat yang membawa kebocoran telinga dalam.

“Jika kebocoran terjadi, pembedahan tidak terus dilakukan kerana bahagian dalam telinga kanak-kanak masih kecil dan perlu menunggu umur sekurang-kurangnya 16 tahun untuk dibedah.

“Saranan saya, pastikan anda mempunyai sesuatu untuk dikunyah seperti asam atau gula-gula getah ketika berada di kawasan tinggi.

“Gangguan tekanan telinga pesawat biasanya timbul daripada masalah kesihatan yang lain. Jika anda merancang untuk menaiki kapal terbang atau menyelam skuba, pastikan kesihatan anda berada di tahap yang baik.

“Pesakit resdung dan penghidap selesema atau jangkitan hidung berisiko untuk mendapat tekanan yang lebih teruk berbanding penumpang yang sihat,” nasihatnya.

Isnin, 31 Januari 2011

PEMBUNUHAN BAYI SEMAKIN MENGGILA !

sumber : http://kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2011&dt=0130&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm

Apakah perasaan anda melihat bayi di atas? Akhbar kosmo hari ini melaporkan lagi kes pembunuhan bayi. Bayi di atas ditemui di dalam longkang di Batu Pahat. Alangkah kejamnya dengan membuangnya di kawasan yang tiada orang dan dibiar kesejukan dan lemas. Betapa hati keibuan saya terasa sungguh sayu melihat bayi yang tidak berdosa disiksa sebegitu rupa. Jika benar2 tidak inginkannya, berilah kepada orang lain. Jangan dibunuh! Masih ramai yang sudi menjaganya sekiranya si ibu bapa tidak mahukannya. Pembunuhan tidak akan dapat memadamkan dosa, tapi lebih menambah derita. Penderitaan kekesalan tidak akan ada ubatnya.

Di dalam benak saya, sekiranya si ibu bapa tidak sekejam itu, mungkin hari ini bayi itu masih hidup lagi...

Sungguh kejam perlakuan mereka. Ada yang sanggup membakar bayi di tempat pembuangan sampah, ada yang melemparkannya di sungai, ada yang menanamnya hidup hidup, ada yang membuangnya di tepi jalan raya, yang meninggalkannya di dalam kotak dan di dalam beg...Apa sudah jadi dengan masyarakat kita hari ini? Pergaulan yang tidak terkawal sehingga perzinaan dan akhirnya pembunuhan! Saya hanya mampu berdoa kepada Allah SWT agar pembunuh pembunuh ini akan mendapat balasan yang berat di dunia, di kubur dan di akhirat....

Kepada yang masih belum terjebak, jagalah diri sebaik mungkin...sekiranya telah berlaku juga, bertaubatlah...dan jangan diteruskan kepada langkah terakhir menjadi pembunuh.

Semoga roh2 si kecil ini akan tenang di syurga bersama Allah SWT.

Masalah Pembelajaran ‐ Disleksia

Info: http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Kanak-kanak/MasalahPembelajaran.pdf

Apa itu Disleksia?

• Disleksia adalah sejenis masalah pembelajaran khusus yang kerap berlaku.

• Kanak-kanak Disleksia mempunyai masalah menguasai tugasan sekolah walaupun
mereka telah berusaha bersungguh-sungguh.
o Mempunyai keupayaan intelek yang normal
o Telah mendapat ransangan dan pembelajaran yang mencukupi


Masalah asasnya adalah perbezaan cara otak berfungsi dalam menghubungkan simbol
visual dengan bunyi.

• Mereka mungkin mengalami kesukaran
o Membaca
o Menulis
o Memahami
o Mengeja
o Mengira

• Dianggarkan 4 – 8 % pelajar sekolah yang bermasalah disleksia

• Kanak-kanak lelaki lebih ramai bermasalah Disleksia berbanding perempuan.

Apakah ciri-ciri Disleksia?

1. Diperingkat pra sekolah mereka mungkin :
o Lambat bertutur
o Mengalami kesukaran sebutan atau rima
o Sukar menulis nama sendiri
o Payah mengenal bentuk atau warna
o Sukar memberitahu cerita yang telah didengarinya

2. Di alam persekolahan, kanak-kanak Disleksia mungkin :


o Gagal menguasai tugasan sekolah seperti membaca, menulis, mengeja atau
mengira

o Tidak suka membaca dan mengelak dari membaca di kelas

o Kesilapan semasa membaca huruf, perkataan atau nombor (Bacaan terbalik) :
􀂃 15 dengan 51
􀂃 “was” menjadi “saw”
􀂃 ‘b’ dengan ‘d’‘

o Kurang koordinasi seperti sukar mengikat tali kasut

o Keliru dengan konsep masa seperti ‘semalam’, ‘ hari ini’ , ‘esok’

o Kesukaran memahami, mengingati dan mengikuti arahan

o Selalu tersalah letak atau hilang barang atau kerja sekolah


Adakah individu Disleksia mempunyai keistimewaan?

• Antara orang ternama yang juga mengalami Disleksia termasuklah ahli politik (Lee
Kuan Yew), pelakon (Whoopi Goldberg), artis (Leonardo da Vinci) dan saintis
(Albert Einstein)
• Ramai yang berdaya imaginasi tinggi, amat kreatif dan mampu berfikir dari pelbagai sudut / dimensi

• Bijak dengan kemahiran tangan atau sukan.

Masalah yang mungkin dialaminya

• Salah sangka dan digelar sebagai malas, bodoh atau lembab

• Pembentukan imej diri yang sihat terjejas dan mengalami rasa rendah diri

• Jika tidak dikenalpasti dan dibantu diperingkat awal boleh menyebabkan

o Gangguan emosi (seperti kemurungan)

o Masalah tingkahlaku (seperti melawan, kecelaruan tingkahlaku)

o Rendah pencapaian akademik (menyebabkan keciciran sekolah)

Membantu anak-anak bermasalah Disleksia

Langkah-langkah untuk membantu mereka termasuklah :

1. Bantu kanak-kanak dan keluarga mengendali permasalahan ini dan bina keyakinan
diri anak

2. Rawat penyakit lain yang mungkin berkait seperti Gejala Hiperaktif dan Kurang Daya
Tumpuan

3. Pertingkatkan potensi pembelajaran anak melalui :
o Terapi pertuturan
o Latihan pendengaran dengan bantuan komputer
o Pendekatan pelbagai deria (Menggunakan deria lain untuk membantu pembelajaran)

1. Deria sentuhan (menggunakan lakaran atas kertas pasir)
2. Deria pendengaran (menggunakan ritma atau bunyi perkataan/ huruf)
3. Merasa pergerakan bibir
4. Menulis huruf atau perkataan

4. Langkah-langkah pemulihan :
o Bantu anak menguasai maklumat secara beransur ansur
o Pengulangan semasa mengajar (konsep ajar berlebihan)
o Gunakan video atau kaset untuk belajar

5. Program pemulihan khusus :
o Ada sekolah yang mempunyai program pemulihan khusus untuk Disleksia

Kumpulan sokongan

Persatuan Dyslexia Malaysia
No 6, Persiaran Kuantan
Setapak
53200 Kuala Lumpur
Telefon / Fax : 03-40255109
Email : dyslexiaft@time.net.my

Prospect Rainbow Center
1D Jalan Pantai Molek,
Penang.
Tel: 04 - 8900870

Jumaat, 28 Januari 2011

Semakin Ramai Lelaki Islam Tidak Bersolat Jumaat

Sumber gambar : hassan1663.blogspot.com

Hari ini, saya telah berjalan jalan ke sebuah shopping kompleks yang agak popular di Penang ini...Hari Jumaat waktu rehat agak panjang berbanding hari biasa, maka memang kebiasaannya ramai pekerja2 wanita akan ambil kesempatan untuk membeli pelbagai barang keperluan. Saya wanita berkerjaya, isteri dan ibu, memang faham benar dan memang ini sahajalah masa yang ada untuk diri sendiri tanpa perlu memikirkan hal hal yang lain.

Namun, tumpuan saya terganggu melihatkan kelibat ramai lelaki2 yang muncul ketika orang lain sebenarnya sedang sibuk di masjid. Ada yang datang dengan famili, ada yang bawa anak, ada yang dengan pasangan (jelas sekali bukan pasangan berkahwin) dan ada juga yang datang berkumpulan.

Saya melihat kepada jam di tangan, (ketika itu sedang makan di restoran segera), telah menunjukkan jam 1.30ptg...lelaki2 di situ masih leka menjamah makanan...saya terfikir, mungkin sebab waktu Zohor sekarang masuk lambat, maka mereka makan dahulu. Saya makan lambat2 dan akhirnya jam sudah menunjukkan pukul 2.00ptg....mereka masih di situ juga...fikir saya, mungkin kerana waktu rehat mereka singkat, maka mereka tidak boleh pergi masjid...

Namun, setelah 2.10ptg, mereka masih juga di situ dengan beberapa orang yang berpakaian pejabat...saya akhirnya hanya mampu menggelengkan kepala...dalam hati saya, Sah mereka tidak solat Jumaat!

Sedihnya melihat sebahagian lelaki lelaki di zaman ini. Mereka diamanahkan sebagai pemimpin, namun secara terang terangan mempamer kelakuan sedemikian tanpa rasa malu. Tertama bapa bapa yang membawa anak2 mereka, teladan apakah yang sedang ditunjukkan? Juga kepada yang sedang bercinta, tidakkah teman wanita mereka tergerak hati untuk menegur keadaan ini?

Jika pun mereka itu adalah musafir, rasa saya tak perlulah menonjolkan diri secara terang terangan pada waktu itu, sekurang kurangan pada masa solat Jumaat demi menghormati solat tersebut. Juga sekurang kurangnya mereka dapat menghindarkan diri mereka dari terfitnah oleh mata mata yang memandang.

Solat Jumaat yang ditinggalkan secara sengaja, tidak akan sama walaupun diganti dengan solat zohor...Sekiranya (kepada yang sengaja meninggalkan solat jumaat) mereka tidak malu kepada manusia, malulah kepada Allah...malulah kepada makanan yang sedang dijamah sedang diri tidak mahu bersujud untuk bersyukur kepada Allah SWT. Fikirkanlah....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails