Halaman

Khamis, 27 Januari 2011

To All Engineers

From forwarded email....

To all engineer.....


Isnin, 24 Januari 2011

Affiliate Yang Tidak Dibayar- Wajarkah?

Hai semua pembaca,

Hari ini saya ingin nak meluahkan sedikit kekecewaan berhubung dengan sistem affiliate ni....kalau para pembaca perasan, saya ada sedikit2 buat promosi di blog ini pada tag 'product review'... bukan apa, saja berkongsi kebaikan produk di samping ada sedikit komisyen.

Yang dijanjikan, setiap yang terjual melalui promosi di blog / link kita, akan dibayar RM 10... namun, janji tinggal janji. Sudah puas saya menghantar email dan bertanya, namun janji pemilik produk untuk meneliti semula pertanyaan saya hanya tinggal sekadar begitu sahaja...hingga kini, masih belum dapat apa2 bayaran...

Mengikut akaun affiliate saya, sudah 15 jualan produk telah berjaya dilaksanakan melalui link saya sejak tahun 2009 hingga awal tahun ini...namun tak pernah saya dapat apa2...

Kalau diikutkan hati, mahu sahaja saya delete sahaja post saya...namun tah kenapa sebahagian lagi hati saya berkata, tak mengapalah...biarkan sahaja...masing2 ada habuan masing2...so now, saya just fikir tak mengapalah....kalau beliau rasakan ini adalah tanggungjawabnya, ini adalah hutangnya pada saya, jika ada rezeki saya...adalah...jika tak ada...saya berserah sahaja pada Allah...mungkin rezeki saya tiada di bidang affiliate ni...

Tapi, pesanan saya pada para pembaca sekalian agar berhati2 dengan sistem ini. Jika anda ada laman web yang menyediakan affiliate ini, make sure anda sentiasa pantau dan update bayaran pada rakan2 affiliate anda...bukan apa, mereka telahpun bersusah payah tulis yang baik2 berkenaan produk anda, tapi lepas anda dapat pelanggan, anda tak ambil kisah tentang rakan affiliate anda....tak byk sedikit, mereka membantu perniagaan anda...

Lagi satu, jika kita telah berjanji...walau apa cara sekalipun, perlu ditunaikan...hutang masih tetap hutang sehingga pemiutang menghalalkannya...sekurang kurangnya mintalah halal....saya pun tak kisah sangat, kita kan bersaudara...namun bila email2 dan pertanyaan saya di web dibiar begitu sahaja...sedikit sebanyak mencalar hati saya...saya hanya insan biasa...

Keindahan Matematik

Cuba renungkan..

1 x 8 + 1 = 9
12 x 8 + 2 = 98
123 x 8 + 3 = 987
1234 x 8 + 4 = 9876
12345 x 8 + 5 = 98765
123456 x 8 + 6 = 987654
1234567 x 8 + 7 = 9876543
12345678 x 8 + 8 = 98765432
123456789 x 8 + 9 = 987654321

1 x 9 + 2 = 11
12 x 9 + 3 = 111
123 x 9 + 4 = 1111
1234 x 9 + 5 = 11111
12345 x 9 + 6 = 111111
123456 x 9 + 7 = 1111111
1234567 x 9 + 8 = 11111111
12345678 x 9 + 9 = 111111111
123456789 x 9 +10= 1111111111

9 x 9 + 7 = 88
98 x 9 + 6 = 888
987 x 9 + 5 = 8888
9876 x 9 + 4 = 88888
98765 x 9 + 3 = 888888
987654 x 9 + 2 = 8888888
9876543 x 9 + 1 = 88888888
98765432 x 9 + 0 = 888888888

Hebatkan?

Dan cuba lihat simetri ini:

1 x 1 = 1
11 x 11 = 121
111 x 111 = 12321
1111 x 1111 = 1234321
11111 x 11111 = 123454321
111111 x 111111 = 12345654321
1111111 x 1111111 = 1234567654321
11111111 x 11111111 = 123456787654321
111111111 x 111111111 = 12345678987654321

Sekarang tengok ini

101%

Dari sudut pandangan matematik :

Apakah ia sama dengan 100%?

Adakah ia bermaksud LEBIH dari 100%?

Kita selalu mendengar orang berkata dia beri lebih dari 100%?

Kita selalu dalam situasi di mana seseorang mahukan kita BERIKAN SEPENUHNYA 100%

Bagaimana nak MENCAPAI 101%?

Apakah nilai 100% dalam hidup?

Mungkin sedikit formula matematik di bawah boleh membantu mendapatkan jawapannya.

Jika:

ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTU VWXYZ

Digambarkan sebagai:
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26.

Jika:

KERJA KERAS
11 + 5 + 18 + 10 + 1 + 11 + 5 + 18 + 19 + 1= 99%

H-A-R-D-W-O-R- K
8+1+18+4+23+15+18+11 = 98%

Dan:

Knowledge
11 +14 +15 +23 + 12 5 +4 +7 + 5 = 96%

Serta

SIKAP
19 + 9 + 11 + 1 + 16 + 4 + 9 + 18 + 9= 96%

Dalam Bahasa Inggeris;

A-T-T-I-T-U-D-E
1+20+20+9+20+21+4+5 = 100%

Sikap diri atau attitude adalah yang utama untuk mencapai 100%. Jika kita bekerja keras sekalipun tetapi jika tiada attitude masih belum dapat 100% lagi.

Tapi

LOVE OF GOD
12 +15 +22 +5 +15 + 6 +7 +15 +4 = 101%

atau

SAYANG ALLAH
19 + 1 + 25 + 1 + 14 + 7 + 1 + 12 + 12 + 1 + 8 = 101%

Walaupun begitu, ini mungkin hanya kebetulan sahaja.

Cited from www.isuhangat.net

Rabu, 19 Januari 2011

Ikhlas Dalam Beramal


(Sumber : http://wadah73.blogspot.com/2010/04/ikhlas-dalam-beramal.html)


Hadis qudsi oleh Abu Umamah r.a menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda bahawa Allah telah berfirman yang maksudnya:"Hambaku selalu dekat kepadaku dengan ibadat-ibadat yang sunat sehingga Aku cinta kepadanya maka akulah pendengaran yang didengarkannya dan penglihatan yang dilihatnya, dan lidah yang digunakannya berkata-kata dan hati yang digunakan untuk berfikir (yakni semua pencaindera dan perasaannya selalu ingat kepada Allah dalam segala-gala pada harkatnya). Maka apabila dia berdoa Aku terima dan apabila dia meminta Aku beri dan bila mengharap pertolongan Aku tolong. Dan ibadah yang Aku sangat suka dilakukan oleh hamabaku ialah tulus ikhlas untuk ku"( Hadis Riwayat At-Thabarani)

Hadis tersebut menimbulkan rasa bimbang di hatiku. Bagaimana boleh kita yakin bahawa kita ikhlas dalam segala ibadat? Ikhlas ialah rahsia Allah dan dia berhak memberi kepada sesiapa sahaja yang dikehendakinya. Aku makin bimbang apabila diperdengarkan pula dengan sabda rasul SAW tentang para mukhlis (orang yang ikhlas) yang bermaksud:"Semua manusia binasa melainkan orang alim. Semua orang alim binasa melainkan orang alim yang mengamalkan ilmunya, semua orang yang beramal dengan ilmunya binasa melainkan dia sertakan dengan ikhlas. Sedangkan orang yang ikhlas pun masih berada di tepi bahaya yang besar"

Takutnya aku bila mendengar hadis tersebut. Orang yang ikhlas pun masih tidak selamat? Betul-betul aku rasa bimbang apabila bercakap tentang ikhlas. Biasa kita dengar orang berkata "Aku ikhlas" apabila melakukan sesuatu. Bagaimana kita boleh begitu yakin sedangkan ia merupakan rahsia Allah? Kadang-kadang aku sendiri tersasul menyatakan diri ini ikhlas apabila membantu seseorang.

Aku bukanlah Rabia'tul Adawiyah, kekasih dan wali Allah. Ibadahnya menjadikan dia bertambah tawaduk, hina dan pasrah apabila berhadapan dengan kebesaran Allah. Dia rela tidak mendapat cinta seorang lelaki kerana kecintaannya kepada Allah dan rasul melebihi segala cinta yang ada di dunia yang fana ini. Ibadahnya semata-mata kerana kecintaan sejati dan abadi terhadap Allah SWT. Dia tidak beribadat kerana mengharapkan syurga atau takut untuk masuk neraka. Siapalah aku berbanding dengan dia?

Dalam buku Rabia'tul Adawiyah Dan Cinta, menemukan aku dengan kisah-kisah ketaqwaan Rabia'tul Adawiyah.Dalam buku tersebut diceritakan bahawa pernah satu ketika beberapa orang yang soleh datang ke rumah Rabia'tul Adawiyah dan terjadilah soal jawab mengenai masalah menyembah Allah. Tanya Rabia'tul Adawiyah kepada tetamu-tetamunya, "Mengapa kamu menyembah Allah?" Jawab tetamu yang pertama " Saya menyembah Allah kerana takut dimasukkan ke dalam api neraka kelak." Jawab tetamu kedua pula "Saya menyembah Allah kerana takut dimasukkan ke dalam api neraka kelak dan ingin di masukkan ke dalam syurga." Rabia'tul Adawiyah menarik nafas panjang dan berkata,"Alangkah buruknya hamba yang menyembah Allah hanya kerana mengharapkan syurga dan ingin menghindari api neraka."

Selepas terdiam dia bertanya,"Sekiranya tidak ada syurga dan neraka, apakah kamu tidak menyembah Allah? Kalau begitu akan aku bakar syurga dan kupadamkan api neraka buatmu." Hadirin berpandangan dan berkata, "Kalau begitu jelaskan kepada kami mengapa anda menyembah Allah?" Saya menyembah Allah kerananya. Nikmat yang dianugerahkannya kepada saya sudah cukup menggerakkan hati saya untuk menyembahnya."

Begitulah maksud ikhlas. Menyembah Allah hanya kerananya. Segala pekerjaan kita akan dikira sebagai ibadah sekiranya kita sertai dengan niat semata-mata kerana Allah Taala.
Niat merupakan sebab utama untuk melahirkan amal atau perbuatan. Diterima atau tidak amal seseorang adalah kerananya semata-mata kerana Allah. Allah sentiasa mengawasi niat hamba-hambanya tanpa hijab. Sesungguhnya Allah swt akan melindungi hamba-hambanya yang ikhlas, beriman dan beramal soleh. Mereka tidak akan dilupakan untuk mendapatkan naungan nya di dunia dan diakhirat kelak.
Kita hendaklah selalu memohon agar Allah swt memberikan keikhlasan dalam setiap amalan yang kita kerjakan.Berkata Imam al-Junaid r.a, "Ikhlas ialah rahsia antara Allah dan hambanya yang tidak diketahui oleh malaikat untuk menulisnya, tidak syaitan untuk merosakkannya dan tidak pula hawa nafsu untuk menggodanya," "Perbandingan orang yang berzikir dengan orang yang tidak berzikir adalah seperti orang yang hidup dengan orang yang mati. Orang yang tidak berzikir itu adalah seperti orang mati"


Sumber :dipetik dari buku Rindu Menggamit ke Pintu syurga (penulis: sabariah Md Udin)

Selasa, 18 Januari 2011

Solat Fardhu Yang Dilupakan...


Sepanjang saya bertugas sebagai pendidik, saya sering sahaja bertanya kepada pelajar pelajar saya, " adakah kamu bersolat?" " adakah cukup solat 5 waktu mu?" tapi jawapan yang di terima sangat mengecewakan...kebanyakkannya telahpun meninggalkan solat. Langsung tidak lagi bersolat. Dan yang paling menyedihkan, sudah lupa akan tanggungjawab solat dek kerana kesibukan dunia pelajar mereka..

Sungguh, saya berasa sangat sedih..paling terbaru saya bersembang dengan beberapa orang pelajar saya semalam. Mereka pelajar pandai, namun sudah terlupa akan kewajiban yang satu ini. Salah seorang mengatakan kerana mungkin sebab memikirkan umur yang masih muda, maka pasti punya masa untuk berubah. Ada yang kata akan berubah selepas berkahwin. Dan ada pula yang kata, kesedaran itu telah ada, ilmu agama yang dipelajari dari kecil telah cukup, cuma hati yang belum tergerak untuk berubah.

Apakah yang telah mempengaruhi seseorang untuk meninggalkan solat? Tentu kita menjawab syaitan...Namun, syaitan dan nafsu itu, cuma dapat mempengaruhi sahaja. Namun keputusan akhir itu adalah di tangan kita. Kita yang memilih samada untuk meninggalkan solat, atau mengerjakan solat. Melewatkan solat atau mengawalkan solat. Allah telah memberi hak kepada kita, iaitu hak untuk memilih. Dan dengan pilihan itu lah kita akan diadili oleh Allah nanti.

Tiada apa yang dapat memaksa kita dalam menentukan pilihan kita. Memilih untuk menjadi muslim atau kafir, memilih untuk di sayangi oleh Allah atau dibenci, memilih untuk mengejar masa atau mensia siakan masa, memilih untuk berjaya atau sebaliknya....Di sekeliling kita hanya mampu pengaruhi keputusan kita, namun kitalah orangnya yang akan memilih pilihan pilihan tersebut. Selain dari itu, yang lain adalah ketentuan Allah...

Cuba renungi petikan arikel di bawah ini.... (http://berpesan-pesan.blogspot.com/2009/02/bahana-meninggalkan-solat.html )

Barangsiapa yang (sengaja) meninggalkan solat fardhu lima waktu :

-Subuh - Allah SWT akan mencampakkannya kedalam neraka Jahannam selama 60 tahun* di akhirat. (1 tahun diakhirat=1000 tahun didunia=60,000 tahun)

Zuhur - Dosa sama seperti membunuh 1000 orang muslim.

Asar - Dosa sama seperti meruntuhkan Ka'abah

Maghrib - Dosa sama seperti berzina dengan ibubapa sendiri.

Isyak - Allah SWT berseru kepada mereka :- "Hai orang yang meninggalkan solat Isyak, bahawa Aku tidak lagi redha engkau tinggal dibumiKu dan menggunakan nikmat-nikmatku, segala yang digunakan dan dikerjakan adalah berdosa kepada Allah SWT."

Antara azab bagi mereka yang meninggalkan solat:

Dunia

Allah SWT menghilangkan berkat dari usaha dan rezekinya.
Allah SWT mencabut nur orang-orang mukmin (soleh) daripada (wajah) nya.
Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.

Sakaratul Maut
Ruh dicabut ketika ia berada didalam keadaan yang sangat haus.
Dia akan merasa amat azab/pedih ketika ruh dicabut keluar.(su'ul khatimah)
Dia akan dirisaukan akan hilang imannya.

Alam Barzakh

Dia akan merasa susah (untuk menjawab) terhadap pertanyaan (serta menerima hukuman) dari Malaikat Mungkar dan Nakir yang sangat menggerunkan.
Kuburnya akan menjadi cukup gelap.
Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang-tulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari)
(Siksaan binatang-binatang bisa seperti ular, kala jengking dan lipan)

Hari Qiamat

Hisab keatasnya menjadi sangat berat
Allah SWT tersangat murka kepadanya.
Allah SWT akan menyiksanya dengan api neraka.

Oleh itu, apakah pilihan kita?

Isnin, 3 Januari 2011

10 Benda Tak Dapat Dibeli Dengan Wang


DUIT, di zaman materialistik sekarang ini, semua orang mahukan duit. Orang dewasa, remaja bahkan kanak-kanak kecil sekalipun kenal dengan sekeping kertas yang diberi nama “duit”. Memang duit penting dalam kehidupan, tanpa alat tukar ini kita tidak boleh memenuhi keperluan hidup. Duit membuatkan manusia melakukan perkara yang diharamkan, manusia menjadi rakus kerana duit, manusia pecah amanah, rasuah, merompak, melacur malah membunuh manusia lain kerana duit. Kejayaan orang di zaman kini juga diukur dengan banyaknya duitnya.Tetapi walau bagaimana pentingnya duit, masih ada benda yang tidak boleh dibeli dengan duit.




1.Masa

Duit tidak akan dapat mengembalikan masa yang telah berlalu. Setelah hari berganti, maka masa 24jam tersebut akan hilang dan tidak akan mungkin akan kembali lagi. Oleh itu gunakan setiap kesempatan yang ada untuk menyatakan perhatian dan kasih sayang anda kepada orang yang sangat anda sayang dan anda cintai, sebelum waktu itu berlalu dan anda menyesalinya.Begitu juga dengan tanggungjawab dengan Allah, jika kita terlepas waktu Subuh pagi tadi, ia tidak dapat ditukar dengan berapa juta pun wang untuk kembali ke waktu Subuh tadi.


2.Kebahagiaan

Memang kedengaran pelik, tapi inilah kenyataannya. Duit memang boleh membuat anda merasa senang kerana anda boleh bercuti mewah, memberi laptop dengan kemudahan yang sangat canggih, atau membeli kereta dan rumah mewah 8 tingkat sekalipun. Tetapi duit tidak boleh menghadirkan sececah kebahagiaan dari dalam lubuk hati kita. Berapa ramai orang kaya yang tidak boleh tidur walaupun dalam aircond yang sejuk dan dalam bilik yang super mewah yang katilnya berharga berpuluh ribu ringgit.


3. Kebahagiaan Anak

Untuk membeli makanana dan pakaian yang bagus-bagus untuk anak tercinta memang memerlukan duit. Tetapi anda tidak boleh menggunakan wang untuk memberikan rasa aman, tanggungjawab, sikap yang baik serta kepandaian pada anak anda. Hal ini memerlukan waktu dan perhatian yang anda curahkan untuk mereka dan amalan baik yang anda ajarkan. Duit memang membantu kita memenuhi aspek penjagaan, tapi waktu telah membuktikan bahawa keperluan asas tiap anak adalah berapa banyak masa yang diberikan orangtuanya, bukan “duitnya”.

4. Cinta
Cinta tidak boleh dibeli dengan wang, akuilah hal ini benar. Memang dengan duit kita boleh membuat orang tertarik, tapi cinta berasal dari rasa saling menghargai, perhatian, berbagi pengalaman dan kesempatan untuk berkembang bersama. Itu sebabnya banyak pasangan yang berkahwin kerana duit, tidak bertahan lama atau pun tidak merasa bahagia.

5. Persahabatan

Untuk diterima oleh lingkungan pergaulan dengan sahabat, anda tak perlu duit. Apabila anda ingin diterima, fokuskan tenaga anda untuk membuat diri anda berharga bagi lingkungan sekitar dengan menjadi teman dalam suka dan duka.

6. Kesihatan

Kita memerlukan duit untuk membiayai rawatan dan membeli ubat, tapi duit tidak boleh membeli bagi menggantikan kesihatan yang hilang. Itu sebabnya pepatah ada menyatakan “lebih baik mencegah daripada mengubati” .

7. Kejayaan

Beberapa orang memang ada yang mencapai kejayaan dengan menyogok, tapi ini adalah pengecualian. Kejayaan hanya berasal dari kerja keras, kemahuan, dan rezeki yang tertulis. Ada aspek kecil dari usaha menuju sukses yang boleh didapatkan dengan duit, misalnya mengikuti kursus atau membeli peralatan, tapi kejayaan lebih banyak berasal dari usaha yang anda lakukan sendiri.

8. Bakat

Kita dilahirkan dengan bakat tertentu. Dengan duit, yang boleh kita lakukan adalah mengasah bakat tersebut, misalnya belajar muzik. Namun para pakar mengatakan, untuk menjadi pakar di bidangnya, kita memerlukan bakat semulajadi.

9. Sikap yang baik

Banyak orang yang kaya raya tapi sikapnya kasar,sombong dan cakap besar. Tak sedikit juga orang yang sederhana yang tutur katanya sopan dan menunjukkan rasa hormat pada orang lain. Jadi, jumlah duit yang dimiliki bukan penentu sikap seseorang.

10. Kedamaian

Bila wang boleh membeli kedamaian, barangkali kita tak lagi mendengar tentang perang. Tetapi yang sering terjadi sebaliknya, duitlah yang menjadi sumber pertikaian dan permusuhan

Rabu, 1 Disember 2010

Sejarah Filem Melayu Klasik Dalam Warna-Warni (1953-1967)

Tempoh hari, saya ada menonton biografi Allahyarham Tan Sri P Ramlee. Dari situ saya mula menonton filem2 melayu klasik dari perspektif yang berbeza...dan salah satunya adalah filem2 yang berwarna warni dan warna2 tak berapa terang (yang menjadi kemusykilan saya satu masa dulu)...

kini persoalan itu telah terjawab setelah terjumpa beberapa blog yang sangat menarik dan informatif...salah satunya adalah seperti blog di bawah...jom kita kongsi info ini bersama...

sumber -- http://shawbrother.multiply.com/journal/item/5/Sejarah_Filem_Melayu_Klasik_Dalam_Warna-Warni_1953-1967


Filem Melayu pertama diwarna-warnikan (Gevacolor) ialah "Buluh Perindu" keluaran Cathay-Keris dan diarahkan oleh B.S. Rajhans. Filem keluaran tahun 1953 ini dibintangi oleh Rosini, Bakaruddin, Shariff Medan, Salleh Ghani, M.Amin, Norsiah Yem dan Raden Sudiro.


FILEM BULUH PERINDU (1953)


Gambar menunjukkan perlakon utama "Buluh Perindu" ,Rosini & Bakaruddin bergandingan dalam filem tersebut .

Gambar kanan menunjukkan barisan krew "Buluh Perindu".Turut kelihatan pemilik Cathay-Keris, Ho Ah Loke.

Dalam tahun 1956, KM. Basker telah diberi kesempatan mengarahkan filem "Ribut" dalam warna-warni (Gevaert Color) keluaran Malay Film Productions (MFP).Filem keluaran 1956 ini turut dibintangi oleh Ahmad Mahmud, Saadiah, Haji Mahadi, Mustarjo, Aziz Sattar, Rosnani dan Siti Tanjung Perak.

FILEM RIBUT (1956)




Gambar kiri menunjukkan credit title filem tersebut.Gambar kanan menunjukkan adegan Haji Mahadi berkelahi dengan isteri-isterinya sambil disaksikan Rosnani.


Malay Film Productions (MFP) melangkah setapak lagi dengan menerbitkan Filem "Hang Tuah" dalam warnawarni (Eastman Color).Oleh kerana Shaw Brothers mengharapkan sesuatu kemenangan, pengarah dari India, Phani Majumdar telah didatangkan dari India ke Singapura untuk mengarahkan filem tersebut.Filem keluaran Januari 1956 ini dibintangi oleh P.Ramlee, Ahmad Mahmud, Saadiah, Haji Mahadi, Zaiton dan ramai lagi.


FILEM HANG TUAH (1956)

Gambar kiri menunjukkan P.Ramlee (Hang Tuah) bergandingan bersama Zaiton (Tun Teja). Gambar kanan menunjukkan Haji Mahadi sebagai Sultan Melaka.

Selepas itu Cathay-Keris melangkah setapak lagi dengan memfilemkan novel Harun Aminurrashid, " The Virgin Of Borneo" (Cinta Gadis Rimba) yang diarahkan oleh L.Krishnan dan dibintangi oleh S.Roomai Noor,Narang dan M.Amin.


FILEM CINTA GADIS RIMBA (1958)

Gambar kiri menunjukkan barisan krew "Cinta Gadis Rimba".Gambar kanan menunjukkan L.Krishnan bersama Tun Temenggung Jugah semasa penggambaran "Cinta Gadis Rimba".





Kemudian disusuli pula "Mahsuri" yang diarahkan oleh B.N. Rao.Filem keluaran Cathay-Keris ini dibintangi oleh S.Roomai Noor, Kasma Booty, Nordin Ahmad, Mahmud June dan Siti Tanjung Perak. Kisah Mahsuri ini merupakan karya Tunku Abdul Rahman.


FILEM MAHSURI (1959)




Gambar kiri memaparkan adegan peperangan di Kota Kuala Muda. Gambar kanan menunjukkan Nordin Ahmad bergandingan bersama Mahmud June.



Malay Film Productions (MFP) meneruskan usaha mewarna-warnikan beberapa filem lagi seperti filem " Melanchong Ka-Tokyo ".Filem arahan Ramon A.Estella ini dibintangi oleh Saadiah, Aziz Jaafar, S.Kadarisman, Normadiah, Ibrahim Pendek dan
Omar Suwita

FILEM MELANCHONG KA-TOKYO (1964)


Gambar kiri memaparkan S.Kadarisman bergandingan bersama pelakon dari Jepun.. Gambar kanan menunjukkan Saadiah berpakaian Kimono dalam filem tersebut.





Filem terakhir Malay Film Productions (MFP) dalam warnawarni adalah filem "Raja Bersiong". Filem yang menelan belanja RM750,000 ini adalah hasil karya Perdana Menteri Malaysia pertama, Tunku Abdul Rahman.Walaubagaimanapun, filem tersebut gagal mencapai box-office dan menyebabkan kerugian kepada MFP.Ini mendorong Shaw Brothers (tuan punya MFP) menutup studio MFP pada 1967. Filem arahan Jamil Sulong ini dibintangi oleh Ahmad Mahmud, Zaiton, Aziz Jaafar, Normadiah, Ibrahim Pendek dan Omar Suwita.


FILEM RAJA BERSIONG (1967)




Gambar kiri memaparkan credit title filem tersebut. Gambar kanan menunjukkan Ahmad Mahmud sebagai Raja Bersiong.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails