Halaman

Rabu, 1 Disember 2010

Sejarah Filem Melayu Klasik Dalam Warna-Warni (1953-1967)

Tempoh hari, saya ada menonton biografi Allahyarham Tan Sri P Ramlee. Dari situ saya mula menonton filem2 melayu klasik dari perspektif yang berbeza...dan salah satunya adalah filem2 yang berwarna warni dan warna2 tak berapa terang (yang menjadi kemusykilan saya satu masa dulu)...

kini persoalan itu telah terjawab setelah terjumpa beberapa blog yang sangat menarik dan informatif...salah satunya adalah seperti blog di bawah...jom kita kongsi info ini bersama...

sumber -- http://shawbrother.multiply.com/journal/item/5/Sejarah_Filem_Melayu_Klasik_Dalam_Warna-Warni_1953-1967


Filem Melayu pertama diwarna-warnikan (Gevacolor) ialah "Buluh Perindu" keluaran Cathay-Keris dan diarahkan oleh B.S. Rajhans. Filem keluaran tahun 1953 ini dibintangi oleh Rosini, Bakaruddin, Shariff Medan, Salleh Ghani, M.Amin, Norsiah Yem dan Raden Sudiro.


FILEM BULUH PERINDU (1953)


Gambar menunjukkan perlakon utama "Buluh Perindu" ,Rosini & Bakaruddin bergandingan dalam filem tersebut .

Gambar kanan menunjukkan barisan krew "Buluh Perindu".Turut kelihatan pemilik Cathay-Keris, Ho Ah Loke.

Dalam tahun 1956, KM. Basker telah diberi kesempatan mengarahkan filem "Ribut" dalam warna-warni (Gevaert Color) keluaran Malay Film Productions (MFP).Filem keluaran 1956 ini turut dibintangi oleh Ahmad Mahmud, Saadiah, Haji Mahadi, Mustarjo, Aziz Sattar, Rosnani dan Siti Tanjung Perak.

FILEM RIBUT (1956)




Gambar kiri menunjukkan credit title filem tersebut.Gambar kanan menunjukkan adegan Haji Mahadi berkelahi dengan isteri-isterinya sambil disaksikan Rosnani.


Malay Film Productions (MFP) melangkah setapak lagi dengan menerbitkan Filem "Hang Tuah" dalam warnawarni (Eastman Color).Oleh kerana Shaw Brothers mengharapkan sesuatu kemenangan, pengarah dari India, Phani Majumdar telah didatangkan dari India ke Singapura untuk mengarahkan filem tersebut.Filem keluaran Januari 1956 ini dibintangi oleh P.Ramlee, Ahmad Mahmud, Saadiah, Haji Mahadi, Zaiton dan ramai lagi.


FILEM HANG TUAH (1956)

Gambar kiri menunjukkan P.Ramlee (Hang Tuah) bergandingan bersama Zaiton (Tun Teja). Gambar kanan menunjukkan Haji Mahadi sebagai Sultan Melaka.

Selepas itu Cathay-Keris melangkah setapak lagi dengan memfilemkan novel Harun Aminurrashid, " The Virgin Of Borneo" (Cinta Gadis Rimba) yang diarahkan oleh L.Krishnan dan dibintangi oleh S.Roomai Noor,Narang dan M.Amin.


FILEM CINTA GADIS RIMBA (1958)

Gambar kiri menunjukkan barisan krew "Cinta Gadis Rimba".Gambar kanan menunjukkan L.Krishnan bersama Tun Temenggung Jugah semasa penggambaran "Cinta Gadis Rimba".





Kemudian disusuli pula "Mahsuri" yang diarahkan oleh B.N. Rao.Filem keluaran Cathay-Keris ini dibintangi oleh S.Roomai Noor, Kasma Booty, Nordin Ahmad, Mahmud June dan Siti Tanjung Perak. Kisah Mahsuri ini merupakan karya Tunku Abdul Rahman.


FILEM MAHSURI (1959)




Gambar kiri memaparkan adegan peperangan di Kota Kuala Muda. Gambar kanan menunjukkan Nordin Ahmad bergandingan bersama Mahmud June.



Malay Film Productions (MFP) meneruskan usaha mewarna-warnikan beberapa filem lagi seperti filem " Melanchong Ka-Tokyo ".Filem arahan Ramon A.Estella ini dibintangi oleh Saadiah, Aziz Jaafar, S.Kadarisman, Normadiah, Ibrahim Pendek dan
Omar Suwita

FILEM MELANCHONG KA-TOKYO (1964)


Gambar kiri memaparkan S.Kadarisman bergandingan bersama pelakon dari Jepun.. Gambar kanan menunjukkan Saadiah berpakaian Kimono dalam filem tersebut.





Filem terakhir Malay Film Productions (MFP) dalam warnawarni adalah filem "Raja Bersiong". Filem yang menelan belanja RM750,000 ini adalah hasil karya Perdana Menteri Malaysia pertama, Tunku Abdul Rahman.Walaubagaimanapun, filem tersebut gagal mencapai box-office dan menyebabkan kerugian kepada MFP.Ini mendorong Shaw Brothers (tuan punya MFP) menutup studio MFP pada 1967. Filem arahan Jamil Sulong ini dibintangi oleh Ahmad Mahmud, Zaiton, Aziz Jaafar, Normadiah, Ibrahim Pendek dan Omar Suwita.


FILEM RAJA BERSIONG (1967)




Gambar kiri memaparkan credit title filem tersebut. Gambar kanan menunjukkan Ahmad Mahmud sebagai Raja Bersiong.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails