Penyakit ini semakin merebak di seluruh dunia. Kenali penyakit ini dan ketahui ada kaedah alternatif bagi merawati pesakitnya.
(Sumber : http://kumpulanperubatanelektronikterengganu.blogspot.com/2009/08/blog-post.html )
INFLUENZA A H1N1
INFLUENZA TIPE A, B DAN C
Virus Influenza Tipe A boleh menjangkiti manusia, kuda, babi, anjing laut, ikan paus dan binatang lain. Namun, burung liar adalah tempat mereka bersarang.
Virus tipe A ini dibahagi kepada beberapa Sub-tipe berdasarkan dua jenis protein yang ada pada permukaannya. Protein ini disebut sebagai Hemaglutinin (HA) dan Neuroaminidase (NA).Terdapat 15 jenis sub-tipe Hemaglutinin (HA) dan 9 sub-tipe Neuroaminidase (NA), serta pelbagai kombinasi dari kedua jenis protein ini dapat ditemui.
Hanya beberapa Virus Influenza tipe A yang biasanya menyerang manusia, iaitu:
1. H1N1
2. H1N2
3. H3N1
4. H3N2
Manakala beberapa sub-tipe yang bersifat umum terdapat pada haiwan seperti H7N7 dan H3N8 yang menyebabkan penyakit influenza pada kuda.Sub-tipe Virus Influenza tipe A dinamakan berdasarkan jenis protein HA dan NA, misalnya H1N2 adalah Virus Influenza tipe A yang mempunyai jenis protein HA1 dan protein NA2. Begitulah juga Virus Avian H5N1 adalah Virus Influenza Tipe A yang mempunyai protein HA5 dan NA1.
Virus Influenza Tipe B umumnya ditemui pada manusia. Namun tidak seperti Virus Tipe A, Virus ini tidak diklasifikasi berdasar sub-tipe. Walaupun Virus tipe B ini dapat menyebabkan epidemi, tetapi tidak dapat menyebabkan pandemi.Virus Influenza Tipe C menyebabkan sakit ringan pada manusia dan tidak menyebabkan epidemi atau pandemi. Virus ini juga tidak diklasifikasi berdasar sub-tipe.
STRAIN
Virus Influenza B dan beberapa Sub-tipe Virus A dibahagi pula kepada Strain. Ada pelbagai Strain pada Virus Tipe B dan Sub-tipe A. Strain baru Virus Influenza akan menggantikan strain yang lama.Perubahan Strain ini terjadi secara “shift” atau “drift”. Ketika strain virus baru ini muncul, maka sistem pertahanan tubuh (antibody) yang terbentuk kerana jangkitan virus Influenza strain yang lama, tidak dapat memberikan perlindungan lagi kepada jangkitan strain baru.
VIRUS INFLUENZA DAN VIRUS INFLUENZA BURUNG
Manusia boleh dijangkiti virus Influenza tipe A, B atau C. Tetapi jenis Virus Influenza A yang umumnya menyerang manusia adalah virus Influenza subtipe H1N1, H1N2 dan H3N2. Hanya Virus Influenza A sahaja yang menyerang binatang sejenis burung dan unggas. Burung liar secara semula jadi adalah tempat tinggal beberapa subtipe Virus Influenza A. Namun burung liar ini tidak sakit walaupun mereka dijangkiti Virus Influenca A kerana ia memiliki antibody yang luar biasa. Tetapi, binatang sejenis burung seperti Ayam, itik burung boleh dijangkiti Virus Influenza A sehingga boleh menyebabkan kematian.
VIRUS INFLUENZA BURUNG
Virus subtipe H5 dan H7 adalah Virus Influenza Burung. Virus Avian Influenza boleh diklasifikasi sebagai Virus yang berpotensi tinggi (HPAI) dan Virus yang berpotensi rendah (LPAI). Pembagian ini berdasar bentuk genetik Virus. Umumnya HPAI dikaitkan dengan tingkat kematian tinggi pada binatang sejenis burung dan unggas.Manakala LPAI menyebabkan sakit ringan atau tanpa gejala pada ayam. Tetapi virus LPAI juga boleh berubah menjadi HPAI sehingga boleh menyebabkan kematian ke atas binatang sejenis burung dan unggas.
INFLUENZA A H1N1
Influenza A H1N1 adalah penyakit pernafasan akut yang berjangkit di kalangan babi dan disebabkan oleh virus influenza A.Di kalangan babi, virus ini tersebar melalui titisan air pernafasan dan hubungan secara langsung atau tidak langsung. Pada virus Influenza A H1N1 ini berlaku kombinasi gen, sehingga virus terbabit berubah menjadi gen virus baru yang dikenali sebagai Virus Influenza A H1N1.Ini bermakna, Virus Infleuenza A boleh menjalani mutasi (perubahan genetik) dan menghasilkan virus influenza jenis baru yang lebih berbahaya. Ini akan mencetuskan kejadian epidemik dan pandemik influenza.Sebenarnya, virus influenza ada pelbagai jenis. Pada manusia ada virus influenza H3N2, H3N1, H1N1. Pada babi ada virus H1N1 dan pada burung ada virus H5N1.Jika virus influenza H5N1 dan virus influenza H1N1 itu bertemu ia akan menjadi virus influenza yang lebih ganas sehingga menyebabkan 80% kematian dan memakan masa yang lama untuk dipulihkan.
GEJALA INFLUENZA A H1N1
1. Demam
2. Batuk
3. Sakit tekak
4. Sakit-sakit badan
5. Sakit kepala
6. Badan berasa sejuk
7. Tidak bermaya dan lesu
8. Merasa loya
BAGAIMANA INFLUENZA A H1N1 BOLEH BERJANGKIT
Manusia selalunya dijangkiti Influenza A H1N1 melalui hubungan langsung dengan babi atau persekitaran yang dijangkiti virus Influenza A H1N1.Biasanya mereka yang dijangkiti Infleunza A H1N1 telah mempunyai penyakit sebelumnya seperti asma, resdung, paru-paru berair, resdung dan selesema berpanjangan.Mereka yang dijangkiti virus Influenza A H1N1 boleh menyebarkan penyakit ini selagi mereka mempunyai gejala penyakit dan boleh berlanjutan selama 7 hari daripada tarikh mendapat jangkitan.Kanak-kanak, terutamanya yang masih kecil, berpotensi menyebarkan penyakit ini pada tempoh yang lebih panjang.
CARA MENGELAKKAN VIRUS INFLUENZA A H1N1 MEREBAK
Elakkan penyebaran kuman Influenza A dengan mengambil langkah-langkah berikut:
1. Jika anda batuk atau bersin sila tutup hidung dan mulut anda dengan tisu atau sapu tangan.
2. Buang tisu yang telah digunakan di bakul sampah.
3. Basuh tangan dengan sabun dan air bersih.
4. Amalkan kebersihan diri. Basuh tangan dengan kerap menggunakan sabun dan air, terutamanya selepas anda batuk.
5. Elakkan berhubung rapat dengan mereka yang sakit.
6. Jika anda sakit kerana selesema, duduk di rumah dan hadkan hubungan dengan orang lain bagi memastikan anda tidak menjangkiti mereka. Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut anda.
RAWATAN DI KUMPULAN PERUBATAN ELEKTRONIK
Oleh kerana Virus Influenza A H1N1 adalah sejenis virus selesema yang merebak daripada manusia kepada manusia lain dan menunjukkan simptom sama seperti demam dan selesema berpanjangan, maka fungsi CD4, imun sistem dan antibody juga turut lemah dan menurun.Antara cara Perubatan Elektronik merawat pesakit Influenza A H1N1 ialah dengan mengambil DNA pesakit terbabit seperti rambut, air liur, darah dan urin supaya pihak kamai dapat mengkodkan gelombang asal Virus Influenza A H1N1 menggunakan alat terkini yang dikenali sebagai ‘OPAM MACHINE’ secara automatik sehingga gelombang asal Virus Influenza A H1N1 dapat dimusnahkan.
Di samping itu, pihak kami akan menjadikan gelombang Virus Influenza A H1N1 tadi sebagai penawar dalam bentuk gelombang elektromagnetik yang berpotensi tinggi (125,000 kali lebih kuat dari Nano) dan halus (25,000 kali lebih halus dari darah) sehingga penwar gelombang elektromagnetik tersebut dapat menembusi sel-sel yang dijangkiti Virus Influenza A H1N1 lalu memusnahkannya.
Biasanya penawar gelombang elektromagnetik yang berpotensi tinggi ini akan ditransferkan ke dalam ubat dalam bentuk tablet atau air supaya dapat dimakan oleh pesakit Influenza A H1N1 sebanyak 3 kali sehari.Cara gelombang elektromagnetik yang berpotensi tinggi berfungsi ialah apabila pesakit Influenza A H1N1 memakan ubat penawar Virus Influenza A H1N1, gelombang elektromagnetik yang dibekalkan akan dihantar ke sistem saraf tunjang atau central nerve system.
Seterusnya central nerve system akan memancarkan gelombang penawar Virus Influenza A H1N1 ke dalam sel-sel tubuh sehingga dapat memusnahkan (antidote) gelombang asal Virus Influenza A H1N1.Apabila gelombang asal Virus Influenza A H1N1 musnah, secara automatiknya jisim (jasad) Virus Influenza A H1N1 juga turut termusnah. Antara lain, kami di Kumpulan Perubatan Elektronik juga mempunyai penawar gelombang elektromagnetik yang mampu menguatkan sel darah putih jenis CD4, penawar gelombang elektromagnetik antibody dan penawar gelombang elektromagnetik yang mampu menghalang Virus Influenza A H1N1 terus merebak ke sel-sel lain.
Tujuan pihak kami mengambil rambut pesakit Influenza A H1N1 ialah supaya Perubatan Elektronik dapat memperbaiki sistem saraf tunjang (Central Nerve Sistem) sehingga ia berfungsi dengan baik dan efisien.Tujuan pihak kami mengambil air liur pesakit Influenza A H1N1 ialah supaya Perubatan Elektronik dapat mengimbangi pelbagai hormon dalaman sehingga segala anasir jahat dapat dinyahkan.Tujuan pihak kami mengambil darah pesakit Influenza A H1N1 ialah supaya Perubatan Elektronik dapat melancarkan peredaran darah sehingga darah dapat mengghantar oksigen secukupnya ke seluruh tubuh.
Tujuan pihak kami mengambil urin pula ialah supaya Perubatan Elektronik dapat memperbaiki sistem perkumuhan sehingga virus jahat dan toksid dapat disingkirkan melalui sistem perkumuhan seperti peluh, pernafasan, pembuangan air besar dan pembuangan air kecil.Sebenarnya, tujuan pihak kami mengambil DNA pesakit Influenza A H1N1 ialah supaya kami dapat membuat ubat khusus kepada pesakit terbabit sehingga kerosakan DNA benar-benar dapat dipulihkan.
Di samping itu, kami akan melakukan ‘Life Auto-Nosode’yang sebaik-baiknya dilakukan setiap hari selama 30 minit hingga sejam supaya kami dapat memancarkan gelombang elektromagnetik yang berpotensi tinggi ke dalam tubuh pesakit Influenza A H1N1 secara langsung sehingga sistem imun dan sistem saraf tubuh benar-benar berfungsi kembali seperti biasa.Natijahnya, antara fungsi utama Perubatan Elektronik ialah berusaha menguatkan sistem antibody dan imun sistem manusia ke atas pesakit Influenza A H1N1 supaya ia bebar-benar kuat sebagaimana anti body dan imun sistem yang terdapat pada burung liar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan