Halaman

Khamis, 5 Julai 2012

Karnival Jelajah Sihat di Politeknik Seberang Perai

Alhamdulillah, PSP sentiasa meriah dengan aktiviti -aktiviti dalaman dan juga dari agensi luar. Minggu ini sahaja berlangsung dua program besar serentak iaitu Kolokium Politeknik Zon Utara 2012 dan Konvensyen KIK Politeknik Malaysia.

Untuk pengetahuan semua, pada hujung minggu ini pula terdapat program "Karnival Jelajah Sihat" anjuran Pejabat Kesihatan Seberang Perai Tengah. Pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk semua dan masuk adalah percuma. (klik gambar untuk paparan yang lebih besar)


Antara Kanak-kanak dan Anak-anak

Betapa saya sangat tersentuh dengan tulisan penulis...saya kongsikan di sini untuk renungan pembaca sekalian...
Source : www.saifulislam.com
“Eh, comelnya. Geram betul tengok baby ini!” kata Nina.
“Tu la. Rasa nak picit-picit. Ceria bukan main!” balas Azli, si suami.
“Masa umur macam inilah yang sweet. Sentiasa bermain. Tak banyak ragam” ujar Nina.
Tangannya pantas menimang-nimang Aiman. Anak jirannya itu baru mencecah usia setahun. Gemar ketawa apabila diagah.
“Tapi… ” Azli menyambung. Tidak bersambung.
Kata-katanya terhenti.
Nina juga terdiam. Seperti faham apa yang hendak Azli nyatakan.
Semasa mereka baru dikurniakan seorang cahaya mata, terasa dunia ini bagai Syurga. Belum pun habis keindahan suasana berbulan madu, rumahtangga yang baru dibina bertambah serinya dengan kehadiran cahaya mata mereka. Sanak saudara dan rakan-rakan berkerumun. Semua orang menumpang gembira.
Semua itu kenangan.
Apabila mereka kini menjadi ibu dan bapa kepada lima orang anak, suasana hidup banyak berubah.
Anak-anak itu semasa bayi memang comel. Tetapi apabila masuk ke usia kanak-kanak, mereka sentiasa menjerit, berkejar ke sana sini, merosakkan pelbagai barangan elektrik di rumah, bergaduh dan menjadikan suasana aman di rumah sendiri seperti sesuatu yang mustahil. Penat bekerja, balik ke rumah penatnya bersambung dengan kerenah anak-anak, ‘bekas’ makhluk yang pernah comel itu!
Rupa-rupanya, sukakan kanak-kanak tidak sama dengan sukakan anak-anak.
Sukakan kanak-kanak, kita suka bahagian yang menyukakan sahaja. Bahagian comelnya, bahagian suka bermainnya, bahagian suka diagah, bahagian pandai bergaya di hadapan kamera. Semuanya indah dan menjadi kenangan.
Tetapi kita tidak boleh menjadi ibu bapa yang baik jika hanya suka dengan kanak-kanak. Kita kena suka dengan anak-anak.
Anak-anak itu, sukanya tidak bersyarat. Suka semasa mereka comel, suka semasa mereka buat perangai. Suka semasa mereka tidak banyak meragam, suka semasa mereka tidak habis-habis membuat ragam. Semasa menjadi kebanggaan, semasa mencetus keaiban. Semasa menghiburkan, semasa memeningkan.
Kanak-kanak hanya beberapa tahun di peringkat usia.
Anak-anak, semenjak lahir, selagi hayat dikandung badan.
Semasa mereka comel, mereka anak-anak.
Semasa mereka kanak-kanak, mereka anak-anak.
Semasa mereka remaja, mereka anak-anak.
Semasa mereka dewasa, mereka anak-anak.
Semasa mereka menjadi ibu bapa kenapa anak-anak pun, mereka masih anak-anak.
Sebab itu sangat penting untuk ibu bapa mematangkan diri, seiringan dengan proses kematangan kanak-kanak yang anak itu meniti dewasa. Cabaran semasa mereka kecil, berbeza dengan cabaran semasa mereka dewasa. Baik atau buruk, mereka tetap anak-anak. Mengasihi anak-anak semasa mereka menghiburkan kita, itu mudah. Namun tetap mengasihi anak-anak semasa mereka terjebak dalam kesilapan hidup yang mengundang keaiban dan kesusahan, mungkin ada ibu bapa yang kecundang.
Justeru, jangan berhenti berdoa.
Anak-anak bukan selamanya kanak-kanak.
Mereka akan dewasa.
Mereka akan menguji kita, sebagai ujian Allah untuk diri kita juga.
Mereka secara fitrahnya adalah penyejuk hati. Namun kepanasan tekanan hidup, hiruk pikuk gelagat, mesti disembuhkan dengan doa penyejuk hati. Seperti ungkapan al-Quran:
Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa. [Al-Furqan 25: 74]
Sampai harinya, hiruk pikuk itulah kerinduan kita.
Semasa lantai rumah sunyi daripada bunyi anak-anak berlari.
Kecuali sesekala, masa memberi peluang, mereka pulang.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com

Jumaat, 29 Jun 2012

50 produk, inovasi ciptaan politeknik dipatenkan

BUKIT MERTAJAM — Sebanyak 50 produk penyelidikan dan penciptaan inovasi baharu yang dihasilkan oleh pensyarah serta pelajar politeknik di seluruh negara dipatenkan tahun ini.
Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, Mejar (K) Md. Nor Yusof berkata, harta intelek dalam bentuk produk dan inovasi baharu itu akan ditawarkan kepada sektor swasta dan pengusaha untuk dikomersialkan.
"Tahun lepas sebanyak 20 produk telah dipatenkan dan sasaran kita pada tahun ini ialah sekurang-kurangnya 50 produk serta inovasi baharu dipatenkan tetapi sehingga enam bulan pertama ini, kita telah berjaya mencapai sasaran berkenaan.
Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan majlis penutup Seminar dan Pertandingan Bola Sepak Robot Persekutuan Bola Sepak Robot Antarabangsa (Fira) Malaysia 2012 di Politeknik Seberang Perai di sini, hari ini.— BERNAMA

Rabu, 27 Jun 2012

Pertandingan ROBOT SOCCER FIRA 6TH FIRA MALAYSIA CUP 2012 di Politeknik Seberang Perai

     Politeknik Seberang Perai (PSP) pada tahun ini telah terpilih sebagai penganjur bagi Seminar Dan Pertandingan ROBOT SOCCER FIRA 6TH FIRA MALAYSIA CUP 2012. Program ini berlangsung selama seminggu bermula dari 25 Jun 2012 hingga 29 Jun 2012. Sebanyak 21 kumpulan dari 20 politeknik seluruh Malaysia telah menyertai ditambah dengan penyertaan 2 team dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).


    Dua kategori telah dipertandingkan iaitu Mirosot 5 Vs 5 dan SimuroSot 5 Vs 5. Selain daripada itu, terdapat pameran dan juga klinik berkaitan dengan robot diadakan khusus untuk pengunjung. Untuk hari ini, sebanyak 9 buah sekolah sekitar PSP telah sudi datang bertandang. Selain daripada menyaksikan pertandingan secara langsung, penerangan juga telah diberikan oleh pelajar-pelajar politeknik sendiri kepada pengunjung. Pengalaman menarik ini adalah sesuatu yang baru kepada mereka. Keyakinan berkomunikasi mereka bertambah baik dan ini dapat dilihat dari segi kecekapan mereka melayani setiap pertanyaan yang diajukan. Walaupun agak keletihan oleh kerana sambutan pengunjung yang amat menggalakkan, namun mereka tetap bersemangat untuk terus memberikan pendedahan dan menarik minat para pengunjung untuk lebih mengenali dunia robot.

Berikut adalah beberapa gambar sepanjang hari ini (27 Jun 2012).


Padang untuk Pertandingan Mirosot 5 Vs 5

Perlawanan PSP melawan PUO sedang berlangsung

Pensyarah Teknikal PSP dan Setiausaha Program sedang menyaksikan perlawanan berlangsung

PSP di dalam akhbar Metro 27 Jun 2012


      Untuk rakan-rakan PSP, tahniah di atas penganjuran yang julung kali diadakan di sini. Saya sendiri selaku AJK Pertandingan mengakui telah banyak belajar dan menimba pengalaman hasil dari penglibatan di dalam program ini. Saya amat akui bahawa semangat kerjasama PSP sangat tinggi. Ada AJK yang sanggup berkampung dan tak balik rumah, ada yang balik lewat malam, ada yang lupa nak makan pun ada! 


Tahniah PSP !

Khamis, 14 Jun 2012

Amalan yang boleh merosakkan otak




Antara perkara yang boleh rosakkan otak adalah :



1. Terlebih makan
Makanan memang perlu untuk otak kita bekerja. Tapi kalau terlebih makan, ia akan membebankan pembuluh darah otak dan akan mengurangkan kuasa mental otak. Amalkan lah sunnah Rasulullah yakni berhenti makan sebelum kenyang.

2. Tutup muka ketika tidur
Amalan menutup muka ketika tidur akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen. Amalan ini boleh membawa kepada kerosakan otak.

3. Merokok
Asap rokok boleh mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit 'Alzheimer'. Jadi, mulai sekarang, SAY NO TO ROKOK!!!

4. Banyak tidur
Tidur bagus untuk merehatkan otak. Akan tetapi, jika tidur terlebih-lebih boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati. Jadi, amalkan tidur enam jam sehari. Itu dah cukup untuk merehatkan otak kita.

5. Pencemaran udara
Otak kita merupakan organ yang paling banyak guna oksigen. Jadi, jika adanya pencemaran udara, ia boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan otak menjadi kurang aktif.

6. Kurang berimaginasi
Kurangnya berimaginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan dan keaktifan otak menurun. Berfikir merupakan salah satu cara yang terbaik untuk melatih otak kita.
 
7. Tidak mengambil sarapan pagi
Apabila kita skip sarapan kita, paras gula dalam darah akan jadi rendah. Makanya, akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikan otak kurang aktif. Jadi, kepada sesiapa yang on diet, jangan sesekali skip sarapan ye.

8. Jarang berfikir
Jarang berfikir menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, adakan perbincangan dengan rakan-rakan tentang topik yang boleh menjana kecerdasan otak kita. Make sure topik yang dibincangkan itu boleh menambah keberkesanan otak kita. Jangan dok fikir benda-benda yang negatif. Tak moh tak moh. Itu boleh menyebabkan otak kita tidak sihat.

kesimpulannya, selalu lah amalkan perkara-perkara yang boleh menambah keberkesanan untuk otak kita bekerja. Jauhkan perkara-perkara yang boleh merosakkan otak kita.

Kelebihan berzikir dari sudut sains


source:  http://www.ohbelog.com/read/29308/0/ 

Otak sebenarnya ialah satu himpunan aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi secara sempurna. 

Ketika otak berfungsi, berlaku perubahan kimia di dalamnya yang melibatkan pergerakan ion-ion atau atom-atom yang membawa cas. Setiap hari empat belas juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan enam belas juta saraf tubuh yang lain.
 


Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas. Ukuran isyarat otak yang terhasil daripada aktiviti elektrik yang dapat dikenal pasti melalui kaedah electroencephalography (EEG).








Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimah-kalimah Allah S.W.T seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. 


Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.
 


Otak mula memahami perkara baru, melihat daripada perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedangkan sebelum berzikir otak tidak sebegini. Otak yang segar dan cerdas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.






Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. Kajian dilakukan di University of Washington dengan menggunakan ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.

Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks. 


Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang kali, aktiviti saraf otak merebak ke kawasan-kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama.
 


Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.
 
Jika ia mengaitkan tentang kecerdasan otak, maka betullah sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

“Orang yang berzikir kepada Allah S.W.T ditengah-tengah orang yang lalai ibarat sebuah pepohonan yang hijau ditengah-tengah pepohonan yang kering.”

Rabu, 13 Jun 2012

Should I buy a car or a bicycle?

Hmm...what do you think?


hmm...cam ne boleh jadi camni?

Source : forwarded email...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails