Rabu, 27 Julai 2011
Isnin, 25 Julai 2011
Gila Keje
Dari: Dato’ Dr Fadzilah Kamsah
” Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria, ada datang dengan perasaan “biasa” dan ada datang dengan perasaan serba tak kena .”Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan “biasa” saja, hasilnya adalah “biasa” saja, sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa.
Bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita. Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah… “
Jadi renungkan lah….
1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggungjawab ‘DATANG BEKERJA’ tapi hampa, hasilnya macam kita ‘ TAK DATANG’ kerja
2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler, rupanya kita hanya ‘KELAM KABUT’ .
3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN , tapi rupanya kita BUSY BODY.
4. Adakala kita rasa kita OPENMINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENGAJAR’AN.
5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS , rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS .
6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA-NGADA .
7. Adakala kita suka bertanya ‘KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE’, adalah lebih baik kita tanya ‘APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT ?’
Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA, maka lakukanlah segera….tapi manusia tetap manusia.. sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik… adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?
Maka untuk itu , mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita dan tingkat kerjasama dalam kerja, tak rugi kita semai rasa ‘kekeluargaan’ dalam tugasan … kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain.
Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat.. kita withdraw kat akhirat nanti… tapi kalau kita asyik dengki mendengki.. nasib la sebab sudah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih..
Renungi lah, berapa ramai kawan kita dan berapa ramai lawan kita, nescaya itulah kayu pengukur diri yang sebaiknya…
“Mengkritik tidak bererti menentang,
Menyetujui tidak semestinya menyokong,
Menegur tidak bermakna membenci,
dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.”
p/s: Dapat dari forwarded email
sumber:http://brightnur.wordpress.com
Besarkah Nilai Pengorbanan Isteri?
Besar atau kecilnya nilai sesuatu itu selalunya akan terasa bila ia
hilang atau sudah tiada……….
Dengan sekian banyak perkara yang isteri lakukan untuk suami, sepatutnya suami adalah orang yang paling tahu dan paling faham akan pengorbanan isterinya. Malah bukan sekadar faham, tetapi juga paling banyak memberi penghargaan kepada isteri atas segala pengorbanan si isteri.
Bagaimana hendak mengukur besarnya nilai pengorbanan isteri? Bagaimana pengorbanan isteri ini hendak dirasakan oleh suami sebagai pengorbanan? Besar atau kecilnya nilai sesuatu itu selalunya akan terasa bila ia hilang atau sudah tiada. Misalnya, berharganya nilai kesihatan dalam hidup akan benar-benar dirasai waktu ditimpa sakit. Kerana itu dikatakan bahawa ‘mahkota’ sihat hanya dapat dilihat oleh orang yang sakit. “Kesihatan adalah ibarat mahkota yang terletak di atas kepala orang yang sihat, tetapi tiada yang dapat melihatnya kecuali orang yang sedang sakit,”, demikian kata hukamak. Kalau begitu, nilai pengorbanan isteri akan benar-benar dirasai hanya bila isteri tiada di sisi atau terlantar sakit. Waktu itu suami akan benar-benar terasa kehilangan. Terasa seperti putus sebelah tangan atau pincang sebelah kaki. Sebab itu ramai suami yang cukup bimbang jika isteri sakit. Siapa hendak hidangkan makanan, siapa hendak sediakan pakaian waktu hendak pergi kerja, siapa hendak uruskan anak-anak, siapa hendak buat itu dan buat ini. Waktu itu suami akan sangat berterima kasih kepada isteri yang selama ini membantu membereskan banyak urusan dan melakukan pelbagai kerja di rumah.
Baru terasa bahawa si isteri yang dianggap mempunyai banyak kelemahan atau kekurangan itulah yang menjadikan kehidupan suami lebih terurus. Dalam serba kekurangannya, si isteri itulah yang menjadi penyeri dan pelengkap dalam rumah tangga. Bila dia tiada di sisi, hilang segala seri. Terasa pincang perjalanan rumahtangga. Waktu itu baru terasa bahawa tidak patut isteri ini dimarah-marah kalau dia buat silap.
Sedikit ‘demerit’, kesalahan atau kealpaan yang dibuatnya tidak patut membuatkan suami lupa pada segala susah payah dan pengorbanannya. Dan sepatutnya isteri ini sentiasa diberi kalungan penghargaan. Sebab itu, Rasulullah s.a.w tetap mengenangkan Siti Khadijah selepas ketiadaannya walaupun baginda telah berkahwin dengan Siti Aisyah yang lebih muda, cantik dan cerdik.
“Ya Allah selamatkanlah suami kami, sejahterakanlah kesihatannya. Permudahkanlah urusannya dengan sesama manusia. Jadikanlah ia hamba yang sentiasa mendamba kasihnya kepadaMu ya Allah. Tautkanlah sepenuh kepercayaan dan amanah antara kami bersama. Panjangkanlah umur suami kami, juga umur kami agar sempat kami mendidik generasi kami menjadi insane soleh.”
Para suami………Bukan mudah untuk kami menggadaikan maruah kalau bukan kepada kalian yang sah dinikahi. Pengorbanan ini hanya sanggup kami lakukan atas ikatan yang memang Allah muliakan…..Ketahuilah para suami, gembiralah hati ini bila berlakunya perubahan pada diri biarpun terpaksa memual loya berbulan-bulan. Meskipun kami tahu diri akan bertarung dengan maut di saat melahirkan, namum detik itu dinanti-nantikan dengan penuh gembira. Apa tidaknya, sesekali berbonjol perut disenggul siku anak dalam kandungan terasa indahnya menyaksikan kejadian Tuhan……………..
Air mata kami mengalir bila ada suami yang saban pagi sepanjang tempoh berpantang mengusap wajah isteri dengan tuala suam panas sambil menghulurkan batu tungku, “terima kasih di atas pengorbanan sayang. Terima kasih melahirkan anak kita.” Oh, alangkah bahagianya bila semua suami mengungkapkan kata-kata indah itu pada kami. Kalian rela membuangkan sejauh-jauhnya ego dan rasa malu dalam menutur bicara itu. Bukan kami mengharap dibalas emas berbungkal di atas pengorbanan ini tapi bisikan kasih, sayang itu cukup bererti buat kami.
Ya Allah….. Terasa agungnya kebesaranMu tatkala para suami menadah tangan memohon keampunan di atas kelemahan-kelemahan isterinya, meredhai jodoh yang telah diamanah untuk dididiknya, mensyukuri nikmat dan harga sebuah kesabaran sepanjang hidup bersama………
(sumber: forwarded email)
Khamis, 21 Julai 2011
Berhati-hati melayari Internet
SERINGKALI kita melihat pautan-pautan di laman web atau video yang menggunakan imej-imej seksi ketika melayari laman sosial kegemaran seperti Facebook.
Ayat-ayat yang digunakan pula berbaur seks dan sangat jelas untuk difahami bagi menambahkan lagi keinginan seseorang untuk melihatnya.
Terdorong oleh nafsu, butang diklik tetapi tiada apa yang berlaku. Sebenarnya tanpa disedari, anda telah diserang dengan aktiviti phishing.
Phishing adalah cubaan untuk mendapatkan maklumat sensitif pengguna yang dimasukkan ke dalam komputer peribadi tanpa disedari.
Aktiviti tersebut semakin kerap dapat dilihat di laman-laman sosial sejajar dengan kenaikan kadar penembusan Internet terutama laman sosial di Malaysia.
Menurut syarikat yang menjalankan kajian pemasaran Internet, comScore, Malaysia adalah negara kedua paling tinggi aktiviti penembusan rangkaian sosial di Asia Tenggara iaitu sebanyak 91 peratus selepas Filipina.
Link jahatTambahan pula, menurut Peneraju Perniagaan Norton rantau Asia Selatan, Symantec, Effendy Ibrahim, Laporan Jenayah Siber Norton 2010 menemui 65 peratus pengguna internet di Malaysia tidak meletakkan seting akaun laman sosial mereka kepada tahap paling tinggi.
“Ia menjadikan informasi lebih mudah dilihat pada bila-bila masa. Selain itu, kajian turut menemui kebanyakan penjenayah siber menggunakan laman sosial sebagai tempat menghantar link ringkas ke laman web yang berniat jahat,” ulasnya lagi.
Link-link ringkas itu dianggap berniat jahat kerana ia akan membawa pelayar Internet ke laman web yang berbeza seperti dipaparkan, manakala destinasi sebenar link tersebut disembunyikan daripada pengetahuan pelayar Internet.
Kebanyakan link tersebut menggunakan paparan dan imej yang seksi bagi menarik pelayar Internet supaya mengklik link ringkas tersebut.
Tambah Effendy, dalam tempoh masa tiga bulan pada tahun 2010, dua pertiga link-link jahat itu berada dalam paparan News Feed laman sosial, manakala 73 peratus daripadanya telah diklik sebanyak 11 kali atau lebih.
“Ia membuktikan penggunaan link-link yang dipos itu sangat efektif,” ujarnya ringkas.
Sehingga bulan Mac 2011, kata Effendy, CyberSecurity Malaysia telah mengenalpasti sekurang-kurang 900 laman phishing yang menyasarkan kepada institusi kewangan.
Tujuannya adalah untuk mendapatkan maklumat perbankan dan laporan mendapati secara purata sebanyak 260,000 identiti telah didedahkan pada tahun 2010.
Dakwa Effendy lagi, dalam pemerhatian mereka, informasi kad kredit yang berharga itu didagangkan di pasaran gelap online pada harga serendah 30 sen perdata sahaja.
Jenayah siber secara dalam talian akan meningkat setiap tahun dan sukar dihapuskan sama sekali. Symantec telah mengesan sebanyak 286 juta ancaman baru pada tahun 2010.
Ia bersamaan sembilan ancaman baru untuk setiap saat sepanjang tahun.
Jenis link
DENGAN hanya satu klik, penjenayah siber mudah mencuri segala maklumat pelayar Internet.
Sementara itu, Setiausaha Persatuan Pembekal Kandungan Mudah Alih Malaysia (MMCP), Johary Mustapha, 33, berkata, terdapat dua jenis link yang sering dipapar dalam laman sosial atau sesawang seseorang itu.
“Kedua-duanya bersifat mengelirukan dengan paparan wanita seksi atau berbentuk soalan kuiz tetapi berbeza tahap bahaya.
“Salah satunya adalah semata-mata bertujuan untuk pengiklanan sahaja. Ia dapat dikesan apabila arahan akhir yang diberi adalah memasukkan nombor telefon sebagai pengesahan,” ulasnya ketika dihubungi Infiniti baru-baru ini.
Menurut Johary, pautan itu dilakukan oleh syarikat-syarikat yang dianggap sebagai kreatif memanipulasi orang ramai supaya melawat laman web mereka.
Tambahnya, link sebegitu tidak akan merosakkan atau mendatangkan bahaya kepada pengguna jika ditekan berbanding dengan jenis pautan yang lagi satu.
Pautan kedua dianggap merbahaya kerana ia menyebabkan gangguan Adware walaupun masih menggunakan teknik yang sama sebagai tarikan.
Link tersebut boleh dikesan apabila setiap kali pelayar Internet menekan butang pautan untuk menonton video atau sebagainya tetapi, tiada apa yang berlaku.
Malah, dalam sesetengah pautan, ia mengkehendaki pengguna memuat naik perisian atau fail dengan alasan jika menonton video akan menjadi lebih cepat.
AKTIVITI phishing dilakukan bertujuan sama ada untuk membuat pengiklanan atau yang lebih berbahaya untukmendapatkan maklumat penting anda.“Serangan Adware sangat berbeza dengan virus, ia tidak akan memberi kesan kepada komputer atau telefon bimbit tetapi, berkemampuan mengumpul semua data yang pengguna masukkan,” katanya.
Data-data seperti kata laluan untuk Log In laman sosial, kata kunci, nombor akaun bank yang lebih dikenali sebagai Cookies boleh dikumpul dan dihantar kepada individu yang mencipta link tersebut.
Ujar Johary lagi, pengguna dinasihat supaya berhati-hati dengan arahan memuat naik fail yang mempunyai nama domain .exe dan .bat kerana apabila sesuatu perisian secara tidak sengaja dipasang, pengambilan data menjadi lebih mudah.
“Serangan Adware boleh dikesan apabila setiap kali laman web dibuka, amaran Pop-up akan muncul,” ulasnya lagi.
Bagaimanapun, Johary menambah bagi perbankan internet, tahap keselamatannya tinggi hingga ke tahap dua atau tiga seperti memerlukan pengguna membuat pengesahan melalui telefon bimbit.