Halaman

Sabtu, 25 Julai 2009

Jangkitan Kuman Di Paru Paru Anakku


Saya baru sahaja balik setelah tiga hari berada di wad kanak kanak Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang. Anak kedua saya yang baru berusia 9 bulan telah mengalami jangkitan kuman dalam paru paru. Alhamdulillah, keadaan anak saya beransur pulih.

Kepada pembaca yang mempunyai anak yang batuk dan selesema, jangan lupa untuk perhatikan cara pernafasan mereka. Jika dadanya berombak dan pernafasan laju dan berbunyi, janganlah bawa ke klinik biasa. Kerana ia menunjukkan kemungkinan paru paru mereka sedang mengalami masalah. Ini kerana jika oksigen yang diperlukan berkurangan, kemungkinan yang terburuk adalah berdepan dengan risiko kematian. Baca info di bawah untuk ketahui lebih lanjut berkenaan jangkitan kuman dalam paru paru.

(sumber: http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Kanak-kanak/JangkitanParu-parukanak_kanak.php)

Jangkitan Kuman Di Paru-paru

Pengenalan




Sistem pernafasan manusia terbahagi kepada bahagian atas dan bahagian bawah. Bahagian bawah terletak di dalam dada dan terdiri daripada saluran pernafasan dan pundi-pundi udara (air sacs). Jangkitan kuman di paru-paru boleh melibatkan saluran pernafasan (bronchitis) dan pundi-pundi udara (pneumonia). Secara amnya, jangkitan kuman di tisu paru-paru dikenali sebagai pneumonia. Ia adalah jangkitan kuman yang biasa di kalangan kanak-kanak kecil dan orang-orang tua. Ia disebabkan oleh virus atau bakteria. Kadangkala ia juga disebabkan oleh jangkitan awal pada sistem pernafasan di bahagian atas (batuk dan selsema) yang merebak ke bahagian bawah sistem pernafasan. Jangkitan kuman ini boleh melibatkan keadaan yang tidak serius hinggalah kepada keadaan yang membahayakan nyawa.

Tanda-tanda dan gejala

Ini bergantung kepada sebab, umur dan penyakit-penyakit yang berkaitan dengan seseorang kanak-kanak itu. Secara amnya, kanak-kanak akan mengalami :

■Demam panas
■Batuk dengan atau tanpa kahak
■Sakit dada
■Tiada selera makan, tidak mahu makan
■Rasa tidak sihat, sering merengek
■Pernafasan laju atau susah bernafas
■Muntah atau cirit-birit

Adakah jangkitan kuman paru-paru ini serius?

Jangkitan kuman paru-paru boleh menjadi sangat serius dalam masa yang singkat terutamanya di kalangan kanak-kanak kecil. Kanak-kanak boleh mengalami kekurangan air (dehidrasi) atau kekurangan oksigen. Kanak-kanak yang mengalami tanda-tanda berikut perlu dimasukkan ke hospital:

■Pernafasan laju
■Sukar untuk bernafas
■Bibir menjadi biru
■Batuk berdarah
■Tidak boleh makan atau minum atau tidak kencing

Apakah rawatan untuk jangkitan di paru-paru?
Jenis rawatan bergantung kepada tahap jangkitan. Kebanyakannya adalah tidak serius dan disebabkan oleh virus, oleh itu sistem pertahanan badan memainkan peranan utama untuk melawan penyakit ini. Apabila jangkitan kuman ini disebabkan oleh bakteria, antibiotik akan diberi oleh doktor.
Untuk jangkitan yang tidak serius, ubat boleh diberi dalam bentuk pil.
Anda Boleh mencuba rawatan ini dirumah:

■Paracetamol
■Rehat yang secukupnya
■Minum air yang banyak
Sekiranya jangkitan menjadi lebih serius ubat akan diberikan melalui suntikan.
Jika jangkitan kuman di paru-paru ini berlarutan atau menjadi kritikal, anak anda perlu dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan oksigen, antibiotik dan sokongan perubatan yang lain.

Apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan jangkitan kuman ini?

Mengekalkan amalan cara hidup sihat. Amalan kebersihan diri dan persekitaran yang baik. Teruskan penyusuan susu ibu. Mengambil immunisasi boleh mencegah jangkitan kuman di paru-paru. Contohnya:

■Vaksin batuk kokol (pertussis) dan demam campak (measles) - wajib untuk semua kanak-kanak di bawah Program Immunisasi Kanak-Kanak Negara (National Childhood Immunization Programme)
■Vaksin influenza (untuk kanak-kanak tertentu yang berisiko tinggi contohnya masalah pernafasan yang kronik, penyakit jantung dan masalah kurang pertahanan badan)
■Vaksin pneumococcal (juga untuk kanak-kanak yang berisiko tinggi contohnya kanak-kanak yang tiada limpa, sakit buah pinggang yang kronik dan kanak-kanak yang menerima rawatan yang melemahkan sistem pertahanan badan)
Jika anda merasa anak anda termasuk dalam golongan kanak-kanak berisiko tinggi, sila dapatkan nasihat doktor.


41 ulasan:

  1. sama sama.. sharing is caring :)

    BalasPadam
  2. anak saya mengalami jangkitan paru2 yg kronik sehingga dktor mngambil tulang sum2nya.. apakah rawatan yg paling berkesan utk anak saya? :.-(

    BalasPadam
  3. saya tidak pasti berkenaan rawatan. saya berdoa dan berharap agar sakitnya berkurangan dan tidak berpanjangan..

    BalasPadam
  4. anak saya pun baru2 ni di dr suspek ada jangkitan kuman dekat paru2.... risau nya....

    BalasPadam
  5. saya faham benar perasaan puan...saya juga pernah merasainya...jgn lupa, anak kena minum air masak banyak..

    BalasPadam
  6. anak saya sudah 6 kali masuk hospital..di sebabkan jangkitan ini...risau di hati hanye tuhan yg tahu....tapi skg begantung pada pam ....sya berdoa semoga cepat sembuh

    BalasPadam
    Balasan
    1. anak saya pun dulu keluar masuk hospital..alhamdulillah semasa dia berusia 3 tahun, asma telah beransur ansur kurang dan sekarang tidak perlu kepada pam biru dan coklat lagi..sekarang dalam usianya 4 tahun, saya amalkan beri anak minum minyak kelapa dara, madu Iran dan susu kambing Higoat. Alhamdulillah, kesihatan anak bertambah baik..

      Padam
    2. anak sya pn sma 2x pnh masuk wad,skrg bergantung gan pum.tpi lpas cucuk vaksin pneumoccol dh kurang skt.Alhamdulillah ank sya shat skrg.

      Padam
  7. Salam,
    ank buah saya sekarang dimasukkan ke icu dsebbkan jangkitan kuman pada paru2nya,sehingga ke hari ini sudah 4 hr dia tidak sedarkn diri.umur nye baru 2 minggu,sy xtahu ingin berkata apa,cuma adakah bayi ini akn dpt disembuhkan?kerana perkabaran tbaru yg sy terima,mukanya sudah pucat.bolehkah sy tahu kenapa ini terjadi kerana dia tidak mengalami simptom2 diatas kecuali pada mlm kejadian semasa dia ingin menyusu dia telah muntah darah n darah keluar melaui hidung,adakah disebabkan persekitaran yg tidak bersih ataupun darah yg kotor?

    BalasPadam
  8. saya rasa anak buah puan bukan mengalami jangkitan biasa seperti yang anak saya dan rakan rakan lain alami. saya tidak rasa bahawa ia adalah faktor persekitaran yang kotor. pasti ada sebab lain. saya berdoa semoga semuanya selamat.

    BalasPadam
  9. bolih ke manusia hidup dengan menggunakn sebelah paru-paru sahaja? paru-paru sebelah lagi dah keras

    BalasPadam
  10. Salam.sy ade ank brumur 1.4bln die bt0k b'pjgn la..da dkat sbln.ble bwk hospital keraja'n dktr ckp ade simptom asma tpi kate'ye kanak2 y 2thn kebwh xkn dpt asma.tpi sy isaw la ble die pnt die akn bt0k n dade b'bnyi seprti bkahar..tpi die aktif n xmragam cume kurg mkn..bhaye ke kalau dibia kn?

    BalasPadam
  11. salam...anak saya berumur 5 bulan...ape yang merisaukan tgah malam nak ke pagi je suhu badan dia naik/dman bila siang ok .....agak kerap berulang..adakah ini tanda2 jangkitan kuman jugak..???

    BalasPadam
  12. salam sejahtera kwn2..berkenaan dengan batuk berpanjangan,apa yang saya buat dahulu..jika dah makan ubat tak ok, saya akan bawa pada klinik yang boleh sedut kahaknya..sebab, selagi tak sedut, selagi tu la dia dok batuk...then as prevention,saya bagi anak saya makan madu khaula..alhamdulillah, anak jarang dapat batuk dah..

    BalasPadam
  13. berkaitan dengan demam mlm, anak saya dulu pun selalu jadi camtu..memang sebab jangkitan juga...tapi kalau kita cepat bagi ubat seperti saranan doktor, insyaallah ok..cuma lebihkan minum air masak...sebab air juga boleh turunkan panas badan..

    BalasPadam
  14. assalamualaikum anak saya turut terkena jangkitan berkenaan sehingga dirawat hospital PICU alor setar dalam keadaan kronik menyebabkan sel darah telah terkena jangkitan berkenaan..anak saya sekarang terpaksa menggunakan rawatan pakar-pakar bagi memulihkan keadaan dan dortor menyatakan keadaan anak saya dalam kritikal...punca jangkitan masih dalam pemerhatian doktor..

    BalasPadam
  15. Salam..ank sya skng brusia 2 thun 7 bln.. mngidap paru2 kronik sjak lahir..msa lahir ank sa lemas trtelan air ketuban,2 mggu ank sya koma dh 2bln 18 ari ari ank sya brada d nicu...ank sya trpaksa pakai oksigen kt umah shingga umur 9 bln..sdhnya hanya allah yg tau..tp alhamdulillah skng ank syg bransur sht..msh jmpa pakar 4 bln skali..ape yg merisaukan sy bila ank sy dmam..batuk n selsema akn mnyusul..sy rsau pkirkan pnyakitnya,adakah bleh sembuh sepenuhnye..

    BalasPadam
  16. salam boleh tak terangkan rawatan di hospital yg doktor beri pada bayi kita anak saya 51 hari sekarang di ada jangkitan kuman pada paru2 saya macam tak boleh terima kenyataan ni...

    BalasPadam
  17. salam, sekiranya anak kita ada jangkitan kuman di paru paru, doktor akan bagi gas 4jam sekali, dan masuk air di tangan baby...ni pengalaman saya...

    BalasPadam
  18. saya baru saja kehilangan ank lelaki yg berumr 9bln pd 21.4.2013 akibat jangkitan kumn dlm paru.beliu dmsukkn dihospital selayang pada 12.4.13 dwad kanak2 biasa sahja dan pada 21.4.d pndahkn ke nicu dan pada hari itulah beliu tlh meninggalkn saya buat selama2nya

    BalasPadam
    Balasan
    1. takziah kepada puan miza sekeluarga atas pemergian putera tercinta. semoga puan sentiasa tabah..

      Padam
  19. Sy nk tny pndpt korans smua.. Akak syg bru lpas bersalin.. msuk hari daa 9hari.. Tp mlm klmarin dia mngadu sesak nafas.. Keesokkan hariny akak sy pergi klinik.. dan kna msuk wad icu.. Dan skrg akak sy still dlm icu.. Cuma, Sy xfhm knp ini blh terjdi pdny.. pls give ur opinion..

    BalasPadam
  20. Sy nk tny pndpt korans smua.. Akak sy bru lpas bersalin.. msuk hari nir daa 9hari.. Tp mlm klmarin dia mngadu sesak nafas.. Keesokkan hariny akak sy pergi klinik.. dan kna msuk wad icu.. Dan skrg akak sy still dlm icu.. Cuma, Sy xfhm knp ini blh terjdi pdny.. pls give ur

    BalasPadam
  21. Salam..nak tanya..anak sy baru dibawa ke hospital sebab ada jangkitan dalam paru2..hari kedua dia dimasukkan ke icu..doktor ckp agak kritikal dan diberi antibiotik..anak sy baru umur 10hari..minta pendapat semua adakah baby sy tu boleh beransur pulih atau sebaliknya..huhu

    BalasPadam
  22. Anak saya baru 1 bulan sudah 1 minggu masuk wad nicu kerana sesak nafas

    BalasPadam
  23. Anak sy selsema berpanjangan lebih sebulan. Dada bunyi berkahak.. 3 kali pergi klinik x sembuh.. baru2 ni pergi kecemasan hospital kerajaan sebab kahak banyak sgt sukar bernafas hidung tersumbat.. doc bagi neb sahaja dan benarkan balik. Balik batuk x hilang kahak masih banyak dan susah lagi utk menyusu dan tidur. Kemudian sy terus ke kpj kuantan jumpa dr siti pakar kanak2. Terus admit wad dan result darah ada jangkitan kuman paru2 dan jenis sensitif. Tukar susu isomil.. gas 4 jam sekali.. antibiotik.. ubat batuk dan selsema.. sedut kahak 2 kali sehari.. skrg beransur pulih tiada bunyi kahak.. esok mungkin discaj. Semoga anak cepat sembuh.. pengasuh anak sendiri semput dan batuk2. Xtahu nak tukar pemgasuh x

    BalasPadam
  24. Anak sy pon terkena jangkitan kuman dlm paru2 akibat tertelan air ketuban wlpn sy melahirkan secara caeser,akibat kecuaian doc dan staff yg asyik bergurau ketika operations...seminggu anak sy d tempatkan dlm wad baby..kini dah 44 hari...since bawak balik rumah sampai skarang dia bernafas dgn kasar dan laju...bunyi kahak lg...kembung perut...pastu bila popo najis dia mcm ada biji dan jalur darah halus...dulu bau najis baby mcm perut ikan...skarang dh kurang cuma time dia bernafas buat sy risau...baby x menyusu dada sbb xnk sy dh try mcm2 cara sampai dia nangis mcm kena pukul...last sampai skarang sy terpaksa pump dan campur dgn susu fm sbb xsempat nk pump,baby plak kuat menyusu...ape lg yg perlu sy lakukan..

    BalasPadam
  25. Anak sy pon terkena jangkitan kuman dlm paru2 akibat tertelan air ketuban wlpn sy melahirkan secara caeser,akibat kecuaian doc dan staff yg asyik bergurau ketika operations...seminggu anak sy d tempatkan dlm wad baby..kini dah 44 hari...since bawak balik rumah sampai skarang dia bernafas dgn kasar dan laju...bunyi kahak lg...kembung perut...pastu bila popo najis dia mcm ada biji dan jalur darah halus...dulu bau najis baby mcm perut ikan...skarang dh kurang cuma time dia bernafas buat sy risau...baby x menyusu dada sbb xnk sy dh try mcm2 cara sampai dia nangis mcm kena pukul...last sampai skarang sy terpaksa pump dan campur dgn susu fm sbb xsempat nk pump,baby plak kuat menyusu...ape lg yg perlu sy lakukan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam kepada semua ...anak saye sudah 5 hari di icu .anak saye di jankiti kuman paru paru ..boleh tak terang kan sampai berape lame anak saye di icu

      Padam
    2. anak saye baru 8 bulan . kawan semua doakan anak saye cepat sembuh ye.

      Padam
    3. salam kepada semua ...anak saye sudah 5 hari di icu .anak saye di jankiti kuman paru paru ..boleh tak terang kan sampai berape lame anak saye di icu

      Padam
    4. dear nadia,mcm mana keadaan ank sekarang..just nk tau perkembangan bby yg pernah mempunyai masalah nie..

      Padam
    5. Slm ank sy 8hri xsdarkn dri..msuk tiub dlm bdan..sb dye xmampu barnafas sendri..8hari xsdar di icu..minum pakai tiub...sb jangkitn kuman pada paru..skrg bru dua minggu klur hospitl..tp dye btuk dn sesema skli...sy sdut sesema di hidung ny pkai alat penyedut..sy harap batuk dan sesemany cpt hilang..

      Padam
  26. bagaimana cara untuk merawat bayi dan anak demam , kuning , asma , sawan , resdung dan jangkitan kuman paru - paru dan hati...
    TRANSFER FACTOR....
    https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1013558215443630&substory_index=0&id=703463253119796

    BalasPadam
  27. Kepada saudara saudari yg mempunyai anak anak yg mempunyai masalah pernafasan yg "critical" silalah bawa ke hospital dgn segera & dapatkan bantuan & nasihat dari pakar.

    BalasPadam
  28. memang risau kalau anak-anak sakit ni..bersengkang mata kita di buatnya.

    Dulu masa baru lahir pun anak saya di sahkan ada
    Jangkitan Kuman Di Paru-Paru

    BalasPadam
  29. Anak says baru 5 bulan....tapi sejak lahir dia ada berbunyi visil...nacam org yg kena asma ...itupun lepas mandi...Musim sejuk..kadang kadang malam pun ada.adakah INI jgtn kuman?

    BalasPadam
  30. Anak sy bru 22 hari.. Mse umur die 13 hari, die kne jangkitan kuman di paru2 dan dimasukan di nicu selama 3 hari.. Hari ke 4 dia dimasukan ke wad biasa dan sudah off oksigen.. Pada hari ke 5 di wad biasa, doktor on balik oksigen dan menambah dos antibiotik dan sy telah diberitahu anak sy terkena jangkitan kuman dalam darah.. Sehingga la sekarang ni..doakn anak sy cepat sembuh ye..

    BalasPadam
  31. Kalau ada jangkitan kuman paru paru.. Tetapi pesakit mengalami cirit birit selepas makan ubat yg doktor bagi. Adakah perlu teruskan makan ubat tsbut? Sebab smasa mnerima ubat tsbt doktor suruh habiskan ubat tsbt

    BalasPadam
  32. Assalamualaikum slm sejahtera warga group📢
    💐 Jom viralkan berita baik ni 📢

    1) Ni tentang hidup pesakit kanser stage 1-stage 4 ambik penawar yang harga berpatutan tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.Sebelum tu nak pesan,jangan abaikan temujanji doktor kalau ada.

    2)Dah ramai yg sembuh dengan asbab penawar ni yg berunsurkan ubatan bahan semulajadi yg selamat diambil. Walaupon bahan semulajadi tapi amat berkesan sambil merawat bukan sekadar melegakan untuk sementara waktu.

    3)Saya rasa xlengkap kalau saya explain satu persatu setiap jenis ubat ni.Lebih baik tanya sendiri pengasasnya sebab tiap penyakit ade ubt yang khusus. Baik bertanya sendiri pada pengasasnya dan beritahu anda sakit apa.Dia akan explain semuanya. Dia pon byk berdepan dgn pesakit knser sdri.

    4) Selain kanser pon blh jugak cuba dan dah terbukti pon dengan testimoni. Contohnya
    *-Denggi, Kencing Tikus, Batu Karang, Gastrik, Gout , Asthma*Kerosakan paru2 akibat merokok,Paru2 berair,kerosakan hati dan hepatitis,Saraf,buah pinggang rosak (berperanan menambahkan zat2 tubuh badan, menguatkan pertahanan badan melawan penyakit.
    memperlahankn pertumbuhan penyakit)

    5) Bagi yang ada sakit KENCING MANIS pon boleh mendapatkan rawatan alternatif ini , contohnya
    kencing manis seperti *kaki berlubang dan bernanah

    Ini perkongsian dari pengalaman sy sdri yg mengikuti perkembangan pejuang2 kanser ni,sy sdri pon guna produk die dh 3thn.

    Sy nak share ubat ni pd org lain jugak, tiada penyakit yang tiada ubat selain daripada mati, cubalah sebab setiap penyakit ada harapan sembuh.Kelemahan hati + putus asa akan lebih memudarat kan penyakit.TAPI JANGAN ABAIKAN APOINTMENT DOKTOR kalau ada.

    Nanti kalau nak ikhtiar dgn ubatan dia,blh la join group whatsApp pejuang2 kanser,pengasas ada dalam group tu jugak, boleh la kenal2 pesakit die yg dh sembuh mcm yg sy knl,contohnye:
    ~~~~~~~~
    ▪ Pn. Hayati abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
    Skg dia dh sembuh walaupon doktor bgtau dia boleh hidup 1tahun je lagi.
    Dia mengarang sebuah buku berkenaan pengalaman sendiri melawan kanser dengan mengambil penawar jus ini sebagai rawatan alternatif selari dengan rawatan doktor (nk buku nti blh order)
    ~~~~~~~~
    ▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
    Skg dah sembuh dr kanser jus ni diambil selari dgn rawatan hospital.Apoinment x miss
    ~~~~~~~~
    ▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
    Gurunya beritahu dia tak pernah nampak macam pesakit kanser tahap 4, sebab selalu nampak cergas.Asbab jus yang beri tenaga dan merawat.Dia minum jus ni dari kanser tahap 4 sehingga sembuh.
    ~~~~~~~~
    ▪Nani Faiza - kanser Usus Tahap 4 dan ketulan kanser 10cm telah merebak ke hati, bersabar dan setia merawat dengan jus herba ni,sekarang dah sembuh sepenuh nye. sel kanser dah tak ada.
    ~~~~~~~~
    ▪Pn. Rugayah Jilani -
    Pesakit kanser payudara tahap 3B ketulan 10×10cm- dah sembuh .
    ~~~~~~~~
    ▪Pn. Noridah Md Dom - Pesakit kanser ovari tahap 3 merebak ke tyroid dan lymph- Dah dapat kesan positif ,makin pulih.
    ~~~~~~~~

    ▪Puan Nor Sabariah
    - Ada asthma sejak 11tahun dulu
    -Selalu jatuh sakit sebab sesak nafas dan semput ,adakalanya kalau semput sampai tak mampu berdiri dan kena merangkak untuk bergerak
    -Sering bergantung pada inhaler setiap pagi
    -Setiap kali batuk teruk akan sesak nafas dan akan ke klinik untuk sedut gas
    -Lepas minum jus herba, dia xsemput lagi bila batuk. Dah xpergi klinik lagi sedut gas, setiap waktu pagi xperlu guna inhaler macam dulu.
    ~~~~~~~~
    9) Pesakit yang dah sembuh dari kanser menjalani kimo dan wajib minum jus kalau tak nanti effect dari kimo sangat ketara lemah nya jika tak ambil langsung.

    NOTE :
    Ia BUKAN HERBA YG MEMANASKAN BADAN macam produk2 lain yang masukkan herba2 biasa. Ia boleh diambil sebagai suplement.

    Call order wasap@call
    En mohd zuhairi 0174687570
    0174687570

    #sharing is caring


    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails