Halaman

Rabu, 1 Julai 2009

Merancang Keluarga - IUD

(sumber: http://www.geocities.com/alam_penyakit/KaedahAlatInstrauterinIUD.htm#Kaedah%20pencegah%20kehamilan )

Kaedah Alat Instrauterin (IUD)

Kaedah-kaedah pencegah kehamilan merupakan satu keperluan penting bagi merancang saiz dan masa yang tepat untuk mendapatkan anak. Ini adalah penting terutama bagi mereka yang baru bersalin atau mempunyai masalah kesihatan mengandung untuk mengelak dari mengandung. Salah satu cara mencegah kehamilan adalah dengan penggunaan Alat Instrauterin (IUD).

Alat Instrauterin (IUD) ini merupakan satu alat diperbuat dripada plastik berbentuk `T' dan dimasukkan ke dalam uterus oleh doktor. Terdapat dua benang halus pada satu hujung yang tergantung kearah serviks. Wanita boleh merasai benang alat Instrauterin (IUD) melalui pemeriksaan sendiri. (Sila berbincang dengan doktor anda.) Benang ini berfungsi untuk pemeriksaan bagi memastikan alat IUD masih berada di dalam keadaan yang betul dan tidak tertanggal atau jatuh. Benang ini juga digunakan untuk menarik alat IUD keluar apabila tidak lagi diperlukan.


Alat Instrauterin (IUD) adalah alat fleksibel yang mengganggu pergerakan sperma dalam ruangan uterin. Alat Instrauterin (IUD) bertindak dengan membuatkan badan menyangka terdapat bayi di dalam kandungan. Ini menghalang berlakunya kesuburan dan juga menghalang benih melekat pada dinding rahim.
Terdapat dua jenis IUD iaitu:-


Paragard Copper T 380A yang melindungi terhadap kehamilan selama 10 tahun. Terdapat lilitan dawai tembaga pada lengan "T". Paragard Copper T 380A boleh dikeluarkan oleh wanita pada bila-bila masa yang dikehendaki. Selepas 10 tahun, Paragard Copper T 380A perlu dikeluarkan oleh doktor terlatih.
Progestasert Progesterone berbentuk "T" yang perlu diganti setiap tahun. Progestasert Progesterone mengandungi hormon progestin yang dibebaskan secara perlahan-lahan.

Bagaimana IUD berfungsi.

Apabila IUD berada dalam kedudukan yang betul, kemungkinan untuk mengandung menjadi tipis. Kenapa ini terjadi tidaklah difahami sepenuhnya, tetapi kemungkinannya IUD itu membuat badan menyangka terdapat janin dan akan bertindak balas untuk menghentikan proses persenyawaan yang baru. Selain itu kemungkinan IUD menyebabkan telur bergerak pada kadar berlainan oleh itu menghalang proses persenyawaan.

Dawai tembaga pada T tembaga mungkin toksik kepada sperma olehitu menghalang sperma daripada sampai kepada telur. Dengan IUD Progestasert, hormon yang dibebaskan meningkatkan lendiran serviks dengan itu menghalang pergerakan sperma. IUD juga mengubah dinding rahim menyebabkan telur yang disenyawakan gagal melekat pada dinding rahim.

Alat IUD berfungsi dalam pelbagai cara. Tiada siapa yang faham sepenuhnya bagaimana alat IUD berfungsi untuk mencegah kehamilan. Maklumat di atas menjelaskan bagaimana alat IUD berfungsi mengikut kefahaman pada masa kini.


Pemasangan alat IUD
Untuk menggunakan IUD seseorang perlu mengikut langkah berikut :-

Pergi berjumpa doktor untuk pemeriksaan untuk memastikan samada selamat bagi anda menggunakan IUD. Anda akan ditanya mengenai sejarah perubatan dan diperiksa termasuk ujian bagi sesetengah penyakit kelamin.

Doktor akan memastikan masa yang sesuai untuk pemasangan IUD. Alat IUD boleh dipasang bila-bila masa asalkan anda tidak mengandung. Sesetengah doktor lebih gemar memasang IUD ketika masa haid untuk memastikan wanita tidak mengandung. Tambahan lagi, serviks lebih renggang pada masa ini, dan meletakkan alat IUD lebih mudah bagi wanita. Sesetengah yang lain gemar memasang pada pertengahan bulan kerana ini mengurangkan risiko jangkitan. Serviks juga lebih terbuka pada pertengahan kitaran bulan ketika masa subur. Sebaik sahaja IUD diletakkan, anda mungkin mengalami kekejangan atau merasa pening. Untuk beberapa bulan pertama, adalah normal untuk berhadapan dengan haid yang tidak menentu, pendarahan haid yang lebih banyak, atau merasa pening.

Anda harus sering memeriksa benang IUD sebelum melakukan hubungan dan selepas habis haid. Anda juga perlu memeriksa benang IUD sekiranya mengalami kekejangan luar biasa ketika haid. Gunakan jari yang bersih untuk memeriksa benang IUD berhampiran dengan serviks. Pada pertengahan kitaran haid, serviks mungkin berada pada kedudukan lebih tinggi, dengan itu lebih sukar diperiksa. Sekiranya kedudukan benang tidak berubah, IUD berada dalam kedudukan yang betul. Sekiranya anda gagal merasai benang atau merasa plastik, alat IUD mungkin terkeluar dari kedudukannya dan anda boleh hamil. Amat jarang alat IUD terkeluar daripada rahim tanpa disedari. Sekiranya anda merasa IUD terkeluar, anda dinasihat untuk mengelakkan daripada melakukan hubungan seks sehingga diperiksa. Sekiranya tidak, gunakaedah mencegah kehamilan yang lain.

Berjumpa dengan doktor untuk mengeluarkan IUD sekiranya :-

Tamat tempoh masa :-

10 tahun bagi Paragard Copper T 380A
1 tahun untuk Progestasert Progesterone
Anda mengandung atau ingin mengandung.
Anda ingin berhenti memakai IUD.
Berjumpa doktor sekiranya anda mendapat tanda-tanda amaran :-

Kesan sampingan

Setiap IUD mempunyai kesan sampingan yang berlainan. Kesan sampingan bagi Paragard Copper T 380A adalah :-


Haid yang lebih lama, lebih banyak, atau tidak menentu. Keadaan ini boleh membawa kepada masalah kekurangan darah "anemia".
Kekejangan masa haid yang menyakitkan.

Kesan sampingan bagi IUD Progestasert Progesterone adalah :-


Haid tidak menentu, atau pendarahan yang ringan antara tempoh haid. Keadaan ini disebabkan oleh hormon progestin.
Kekejangan masa haid yang menyakitkan. Bagaimanapun IUD Progestasert Progesterone sering mengurangkan kehilangan darah haid dan kekejangan.

Masalah penggunaan Alat Instrauterin (IUD)
Terdapat beberapa masalah yang boleh berlaku disebabkan oleh penggunaan IUD termasuk :-


Jangkitan atau keradangan pelvik.
Ia biasanya berlaku pada beberapa minggu pertama pemasangan. Ini biasanya disebabkan oleh penyakit kelamin yang sediaada ketika IUD dipasang. Keadaan ini perlu dirawat dengan teliti. Sekiranya tidak dirawat ia boleh mengakibatkan kemandulan atau lebih teruk lagi mengakibatkan kematian.

Bocor atau koyak pada rahim atau serviks.
Masalah ini berlaku ketika pemasangan dan yang amat jarang berlaku.
Penyingkiran IUD.
Tanda IUD terkeluar termasuk cecair faraj, sakit atau kekejangan pada perut, haid tidak menentu, perbezaan pada panjang benang IUD, dan Alat IUD dapat dikesan pada serviks.

Keguguran
Sekiranya seseorang wanita mengandung ketika pemasangan IUD, terdapat peluang sebanyak 50% keguguran.

Mengandung luar rahim "Ectopic Pregnancy"
Wanita yang memakai IUD berkemungkinan berhadapan dengan mengandung luar rahim "Ectopic Pregnancy" sekiranya dia mengandung berbanding dengan wanita yang tidak memakai IUD.


Tanda-tanda amaran.


Tanda-tanda amaran mengenai masalah pemakaian IUD adalah seperti berikut :-


Lambat haid, pendarahan haid tidak menentu atau banyak yang tidak normal (mungkin disebabkan oleh mengandung atau jangkitan.)
Sakit perut, sakit ketika melakukan hubungan seks (mungkin disebabkan jangkitan mengandung luar rahim "ectopic pregnancy infection"
Rasa kurang sihat, demam, sejuk (kemungkinan jangkitan)
Tali IUD hilang atau berubah panjangnya. (kemungkinan IUD hilang, atau beralih kedudukan.)

Terdapat beberapa sebab apabila doktor akan menasihatkan untuk mengelak penggunaan IUD. Kebanyakannya bersangkut paut dengan keradangan pelviks (PID) ketika beberapa bulan awal selepas pemasangan. Ini termasuk :-


Penyakit kelamin semasa atau yang lalu, atau jangkitan pelviks atau masalah sejarah mengandung luar rahim yang lalu.
Faktor risiko jangkitan penyakit kelamin seperti jumlah pasangan hubungan seks juga dipertimbangkan oleh doktor. Sekiranya wanita mempunyai rancangan untuk mengandung pada masa hadapan, doktor mungkin menyarankan kaedah yang lain. Ini disebabkan sekiranya berlaku radang pelvik, kemandulan mungkin berlaku.
Selain itu sekiranya wanita normal telahpun berhadapan dengan masalah pendarahan, sebab sebenar pendarahan perlu dikenal pasti sebelum pemasangan IUD.

Memastikan keberkesanan IUD.

Dianggarkan 0.8 bagi pengguna Paragard Copper T 380A dan sehingga 2 peratus bagi pengguna Progestasert Progesterone IUD akan mengalami kehamilan yang tidak dirancang dalam tahun yang pertama. Selain itu terdapat kegolongan kecil wanita yang berhadapan dengan masalah pendarahan haid disebabkan oleh penggunaan Alat Instrauterin (IUD).

Untuk memastikan kaedah IUD berkesan pemakainya digalakkan untuk mengambil langkah seperti berikut :-

Sering memeriksa benang IUD
IUD perlu ditukar mengikut jadual yang disyorkan.
10 tahun bagi Paragard Copper T 380A
1 tahun untuk Progestasert Progesterone
Pantau sebarang tanda jangkitan terutama pada beberapa bulan pertama.

Kelebihan dan kekurangan IUD.

Ada yang gemarkan penggunaan IUD disebabkan :-

Tidak menghalang hubungan seks.
Berkesan untuk menghalang kehamilan.
Mudah digunakan dan tahan sehingga 10 tahun bagi Paragard Copper T 380A

Ada yang tidak gemarkan kaedah IUD disebabkan :-

Boleh menyebabkan pendarahan yang lebih banyak
Boleh menyebabkan masalah kesihatan yang mengakibatkan kemandulan.
Tidak menghalang daripada penyakit kelamin.
Memerlukan pengawasan doktor ketika pemasangan dan pengeluaran IUD.

Penggunaan Alat Instrauterin (IUD) tidak mampu menghalang daripada jangkitan penyakit kelamin. Penggunaan Alat Instrauterin (IUD) hanyalah bertujuan untuk merancang kehamilan semata-mata.
Bagi wanita yang tidak sesuai menggunakan Alat Instrauterin (IUD), masih terdapat cara-cara lain bagi mengelakkan kehamilan yang tidak dirancang. Anda perlu berbincang dengan doktor agar dapat memastikan kaedah yang digunakan bersesuaian dengan diri anda.

8 ulasan:

  1. KALAU ALAT IUD TERKELUAR ADAKAH BOLEH DIGUNA PAKAI SEMULA MAKSUD SAYA DI PASANG SEMUA OLEH PENGGINA YANG SAMA.

    BalasPadam
  2. skrg saya gunakan iud,dlm 3 bln lepas haid saya teratur.tiba-tiba bulan ni saya lambat 2 minggu. adakah saya mengandung atau masakah perubahan hormon saya lambat datang haid.

    BalasPadam
  3. sakit tak semasa memasang iud.takut la nak pasang.nak mkn ubat dan implan takut gemuk.

    BalasPadam
  4. Saya sudah memasangkan iud.adakah normal ada pendarahan sedikit selepas pemasangan iud dan hari kedua?boleh tolong jelaskan?

    BalasPadam
  5. Salam, setahu saya masa pemasangan IUD adalah pada waktu period yang tak heavy…so mmg akan ada darah.

    BalasPadam
  6. sy br psang iud utk sessi ke2 dlm masa 6 thn. ok je..period mmg la heavy skit tp yg pnting ia mmg brkesan mcgah khamilan.

    BalasPadam
  7. ada kh normal jika sedikit pendarahan berlaku slps 2-3 hari pmasangan iud?

    BalasPadam
  8. Saya telah memasang iud hampir 2thn..kebelakangan ini ok shj kelancaran haid dan tempoh hari yg normal. Masalah skrg ini..saya telah dtg haid pd 4/2/2014, tp pd 15/2/2014 selepas saya bersama dgn suami..darah keluar sikit2..adakah itu darah haid atau sebaliknya? Mohon penjelasan drp pihak tuan/puan/doktor..terima kasih.

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails