Saya baru sahaja balik setelah tiga hari berada di wad kanak kanak Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang. Anak kedua saya yang baru berusia 9 bulan telah mengalami jangkitan kuman dalam paru paru. Alhamdulillah, keadaan anak saya beransur pulih.
Kepada pembaca yang mempunyai anak yang batuk dan selesema, jangan lupa untuk perhatikan cara pernafasan mereka. Jika dadanya berombak dan pernafasan laju dan berbunyi, janganlah bawa ke klinik biasa. Kerana ia menunjukkan kemungkinan paru paru mereka sedang mengalami masalah. Ini kerana jika oksigen yang diperlukan berkurangan, kemungkinan yang terburuk adalah berdepan dengan risiko kematian. Baca info di bawah untuk ketahui lebih lanjut berkenaan jangkitan kuman dalam paru paru.
(sumber: http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Kanak-kanak/JangkitanParu-parukanak_kanak.php)
Jangkitan Kuman Di Paru-paru
Pengenalan
Jangkitan Kuman Di Paru-paru
Pengenalan

Sistem pernafasan manusia terbahagi kepada bahagian atas dan bahagian bawah. Bahagian bawah terletak di dalam dada dan terdiri daripada saluran pernafasan dan pundi-pundi udara (air sacs). Jangkitan kuman di paru-paru boleh melibatkan saluran pernafasan (bronchitis) dan pundi-pundi udara (pneumonia). Secara amnya, jangkitan kuman di tisu paru-paru dikenali sebagai pneumonia. Ia adalah jangkitan kuman yang biasa di kalangan kanak-kanak kecil dan orang-orang tua. Ia disebabkan oleh virus atau bakteria. Kadangkala ia juga disebabkan oleh jangkitan awal pada sistem pernafasan di bahagian atas (batuk dan selsema) yang merebak ke bahagian bawah sistem pernafasan. Jangkitan kuman ini boleh melibatkan keadaan yang tidak serius hinggalah kepada keadaan yang membahayakan nyawa.
Tanda-tanda dan gejala
Ini bergantung kepada sebab, umur dan penyakit-penyakit yang berkaitan dengan seseorang kanak-kanak itu. Secara amnya, kanak-kanak akan mengalami :
■Demam panas
■Batuk dengan atau tanpa kahak
■Sakit dada
■Tiada selera makan, tidak mahu makan
■Rasa tidak sihat, sering merengek
■Pernafasan laju atau susah bernafas
■Muntah atau cirit-birit
Adakah jangkitan kuman paru-paru ini serius?
Jangkitan kuman paru-paru boleh menjadi sangat serius dalam masa yang singkat terutamanya di kalangan kanak-kanak kecil. Kanak-kanak boleh mengalami kekurangan air (dehidrasi) atau kekurangan oksigen. Kanak-kanak yang mengalami tanda-tanda berikut perlu dimasukkan ke hospital:
■Pernafasan laju
■Sukar untuk bernafas
■Bibir menjadi biru
■Batuk berdarah
■Tidak boleh makan atau minum atau tidak kencing
■Pernafasan laju
■Sukar untuk bernafas
■Bibir menjadi biru
■Batuk berdarah
■Tidak boleh makan atau minum atau tidak kencing
Apakah rawatan untuk jangkitan di paru-paru?
Jenis rawatan bergantung kepada tahap jangkitan. Kebanyakannya adalah tidak serius dan disebabkan oleh virus, oleh itu sistem pertahanan badan memainkan peranan utama untuk melawan penyakit ini. Apabila jangkitan kuman ini disebabkan oleh bakteria, antibiotik akan diberi oleh doktor.
Untuk jangkitan yang tidak serius, ubat boleh diberi dalam bentuk pil.
Anda Boleh mencuba rawatan ini dirumah:
■Paracetamol
■Rehat yang secukupnya
■Minum air yang banyak
Untuk jangkitan yang tidak serius, ubat boleh diberi dalam bentuk pil.
Anda Boleh mencuba rawatan ini dirumah:
■Paracetamol
■Rehat yang secukupnya
■Minum air yang banyak
Sekiranya jangkitan menjadi lebih serius ubat akan diberikan melalui suntikan.
Jika jangkitan kuman di paru-paru ini berlarutan atau menjadi kritikal, anak anda perlu dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan oksigen, antibiotik dan sokongan perubatan yang lain.
Apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan jangkitan kuman ini?
Jika jangkitan kuman di paru-paru ini berlarutan atau menjadi kritikal, anak anda perlu dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan oksigen, antibiotik dan sokongan perubatan yang lain.
Apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan jangkitan kuman ini?
Mengekalkan amalan cara hidup sihat. Amalan kebersihan diri dan persekitaran yang baik. Teruskan penyusuan susu ibu. Mengambil immunisasi boleh mencegah jangkitan kuman di paru-paru. Contohnya:
■Vaksin batuk kokol (pertussis) dan demam campak (measles) - wajib untuk semua kanak-kanak di bawah Program Immunisasi Kanak-Kanak Negara (National Childhood Immunization Programme)
■Vaksin influenza (untuk kanak-kanak tertentu yang berisiko tinggi contohnya masalah pernafasan yang kronik, penyakit jantung dan masalah kurang pertahanan badan)
■Vaksin pneumococcal (juga untuk kanak-kanak yang berisiko tinggi contohnya kanak-kanak yang tiada limpa, sakit buah pinggang yang kronik dan kanak-kanak yang menerima rawatan yang melemahkan sistem pertahanan badan)
Jika anda merasa anak anda termasuk dalam golongan kanak-kanak berisiko tinggi, sila dapatkan nasihat doktor.
thnx...
BalasPadamsama sama.. sharing is caring :)
BalasPadamanak saya mengalami jangkitan paru2 yg kronik sehingga dktor mngambil tulang sum2nya.. apakah rawatan yg paling berkesan utk anak saya? :.-(
BalasPadamsaya tidak pasti berkenaan rawatan. saya berdoa dan berharap agar sakitnya berkurangan dan tidak berpanjangan..
BalasPadamanak saya pun baru2 ni di dr suspek ada jangkitan kuman dekat paru2.... risau nya....
BalasPadamsaya faham benar perasaan puan...saya juga pernah merasainya...jgn lupa, anak kena minum air masak banyak..
BalasPadamanak saya sudah 6 kali masuk hospital..di sebabkan jangkitan ini...risau di hati hanye tuhan yg tahu....tapi skg begantung pada pam ....sya berdoa semoga cepat sembuh
BalasPadamanak saya pun dulu keluar masuk hospital..alhamdulillah semasa dia berusia 3 tahun, asma telah beransur ansur kurang dan sekarang tidak perlu kepada pam biru dan coklat lagi..sekarang dalam usianya 4 tahun, saya amalkan beri anak minum minyak kelapa dara, madu Iran dan susu kambing Higoat. Alhamdulillah, kesihatan anak bertambah baik..
PadamSalam,
BalasPadamank buah saya sekarang dimasukkan ke icu dsebbkan jangkitan kuman pada paru2nya,sehingga ke hari ini sudah 4 hr dia tidak sedarkn diri.umur nye baru 2 minggu,sy xtahu ingin berkata apa,cuma adakah bayi ini akn dpt disembuhkan?kerana perkabaran tbaru yg sy terima,mukanya sudah pucat.bolehkah sy tahu kenapa ini terjadi kerana dia tidak mengalami simptom2 diatas kecuali pada mlm kejadian semasa dia ingin menyusu dia telah muntah darah n darah keluar melaui hidung,adakah disebabkan persekitaran yg tidak bersih ataupun darah yg kotor?
saya rasa anak buah puan bukan mengalami jangkitan biasa seperti yang anak saya dan rakan rakan lain alami. saya tidak rasa bahawa ia adalah faktor persekitaran yang kotor. pasti ada sebab lain. saya berdoa semoga semuanya selamat.
BalasPadambolih ke manusia hidup dengan menggunakn sebelah paru-paru sahaja? paru-paru sebelah lagi dah keras
BalasPadamSalam.sy ade ank brumur 1.4bln die bt0k b'pjgn la..da dkat sbln.ble bwk hospital keraja'n dktr ckp ade simptom asma tpi kate'ye kanak2 y 2thn kebwh xkn dpt asma.tpi sy isaw la ble die pnt die akn bt0k n dade b'bnyi seprti bkahar..tpi die aktif n xmragam cume kurg mkn..bhaye ke kalau dibia kn?
BalasPadamsalam...anak saya berumur 5 bulan...ape yang merisaukan tgah malam nak ke pagi je suhu badan dia naik/dman bila siang ok .....agak kerap berulang..adakah ini tanda2 jangkitan kuman jugak..???
BalasPadamsalam sejahtera kwn2..berkenaan dengan batuk berpanjangan,apa yang saya buat dahulu..jika dah makan ubat tak ok, saya akan bawa pada klinik yang boleh sedut kahaknya..sebab, selagi tak sedut, selagi tu la dia dok batuk...then as prevention,saya bagi anak saya makan madu khaula..alhamdulillah, anak jarang dapat batuk dah..
BalasPadamberkaitan dengan demam mlm, anak saya dulu pun selalu jadi camtu..memang sebab jangkitan juga...tapi kalau kita cepat bagi ubat seperti saranan doktor, insyaallah ok..cuma lebihkan minum air masak...sebab air juga boleh turunkan panas badan..
BalasPadamassalamualaikum anak saya turut terkena jangkitan berkenaan sehingga dirawat hospital PICU alor setar dalam keadaan kronik menyebabkan sel darah telah terkena jangkitan berkenaan..anak saya sekarang terpaksa menggunakan rawatan pakar-pakar bagi memulihkan keadaan dan dortor menyatakan keadaan anak saya dalam kritikal...punca jangkitan masih dalam pemerhatian doktor..
BalasPadamSalam..ank sya skng brusia 2 thun 7 bln.. mngidap paru2 kronik sjak lahir..msa lahir ank sa lemas trtelan air ketuban,2 mggu ank sya koma dh 2bln 18 ari ari ank sya brada d nicu...ank sya trpaksa pakai oksigen kt umah shingga umur 9 bln..sdhnya hanya allah yg tau..tp alhamdulillah skng ank syg bransur sht..msh jmpa pakar 4 bln skali..ape yg merisaukan sy bila ank sy dmam..batuk n selsema akn mnyusul..sy rsau pkirkan pnyakitnya,adakah bleh sembuh sepenuhnye..
BalasPadamsalam boleh tak terangkan rawatan di hospital yg doktor beri pada bayi kita anak saya 51 hari sekarang di ada jangkitan kuman pada paru2 saya macam tak boleh terima kenyataan ni...
BalasPadamsalam, sekiranya anak kita ada jangkitan kuman di paru paru, doktor akan bagi gas 4jam sekali, dan masuk air di tangan baby...ni pengalaman saya...
BalasPadamsaya baru saja kehilangan ank lelaki yg berumr 9bln pd 21.4.2013 akibat jangkitan kumn dlm paru.beliu dmsukkn dihospital selayang pada 12.4.13 dwad kanak2 biasa sahja dan pada 21.4.d pndahkn ke nicu dan pada hari itulah beliu tlh meninggalkn saya buat selama2nya
BalasPadam