Isnin, 30 Januari 2012

Khasiat Susu Kambing

senyum-kambing


Luangkan masa sebentar untuk membaca artikel yang sangat menarik ini. 

cuba lihat kambing. sentiasa tersenyum kan? tenang tak hati?

senyuman membahagiakan baik yang memberi mahupun yang menerima. orang yang mudah tersenyum, sihat tubuh badan dan seterusnya membentuk karektor yang terpuji. itu jugalah antara khasiat minum susu kambing dan makan daging kambing. daging yang sihat kerana sifat kambing yang mudah tersenyum.

kalau ditanya mengapa anak-anak zaman kini walau bijak tetapi sombong dan degil, mungkin salah satu jawabannya adalah kerana banyak disogokkan dengan susu lembu. ehh.. minum susu lembu, kita bawa karektor lembu sebab dna lembu tidak terurai. jadi, tidak hairanlah anak-anak zaman sekarang tinggi IQnya tapi rendah ESQ. apa pepatah melayu kata tentang lembu? B—- macam lembu. masyaallah . nauzubillah.

nak diet? juga amalkan minum susu kambing dan makan daging kambing.
sukar merasa diri dikasihi? juga jawabannya pada susu kambing dan daging kambing. di bawah ini saya masukkan sedikit maklumat tentang kambing.

Kambing sering dikaitkan dengan penyakit darah tinggi. Tetapi hakikat sebenarnya banyak sungguh manfaat, khasiat dan kesan daripada kambing sama ada memakan dagingnya, minum susunya atau digembala sehingga ia digelar terapi kambing.

Salah satu bahan yang terdapat dalam darah yang menjadi punca kepada penyakit darah tinggi dan obesiti ialah kolestrol daripada sumber seperti berikut;
  1. Kolestrol daripada minyak tumbuhan seperti minyak sawit, minyak bunga matahari, minyak soya, minyak jagung dan sebagainya (kecuali minyak zaitun).
  2. Kolestrol daging lembu dan ayam.
  3. Kolestrol tepu daripada makanan laut (kecuali ikan) iaitu sotong, udang, ketam, kerang, siput.
  4. Kolestrol tepu daripada organ dalaman haiwan seperti hati, limpa, perut, usus, dan organ-organ lain seperti telinga, lidah, mata, dan sebagainya.
  5. Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti oleh kolestrol tumbuhan seperti keropok lekor, tauhu goreng, taugeh goreng, telur goreng (bahagian kuning telurnya) dan sebagainya.
  6. Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti oleh sodium (garam pengawit) seperti daging berger atau daging di restoran makanan segera.
  7. Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti Vitamin C seperti daging yang diperah limau atau mengambil herba chitosan (herba slimming) atau kuah laksa yang diperah limau atau amalan meminum jus oren setelah mengambil makanan tinggi protein.
  8. Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti karbon seperti ikan bakar, sate atau daging panggang.
Daging kambing tidak memiliki protein yang tinggi, oleh itu ia terkecuali daripada membentuk sebarang ikatan kolestrol akibat amalan pemakanan seperti yang dinyatakan di atas. lalu, ia sangat baik sebagai pengurai kolesterol.

Ikatan kolestrol tepu boleh dicegah sekiranya terdapat Omega 3 di dalam darah, tetapi Omega 3 tidak mampu mengurai kolestrol yang telah terbentuk. Hanya ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol lembut) sahaja yang boleh menguraikan ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol kasar). Oleh itu, kolestrol yang terbentuk dalam badan tidak boleh diurai dengan sebarang bahan melainkan ia hanya boleh diurai dengan kolestrol kambing sahaja. kerana hanya kambing yang mempunyai kolesterol tetapi kolesterolnya adalah kolesterol pengurai.

Vitamin C dan chitosan yang digunakan untuk menyelaputi protein akan mengakibatkan pembentukan kolestrol yang lebih bahaya sekiranya ia diserap oleh darah. Kandungan kolestrol tepu jenis ini sekiranya terdapat banyak dalam darah akan mengakibatkan masalah jantung. uraikanlah kolesterol  itu dengan kolesterol kambing.

Sodium (sejenis garam) yang digunakan untuk mengawit daging serta untuk menyedapkan rasa daging akan membentuk kolestrol tepu yang halus. Biasanya kaedah ini digunakan untuk membuat daging berger. Selain itu memakan makanan yang tinggi protein yang dicampurkan dengan perasa makanan seperti Mono Sodium Glitumat (MSG) juga akan membentuk kolestrol tepu yang sangat halus. Ia boleh dipam naik ke bahagian otak dan sekiranya tersekat, ia akan menyebabkan strok.

Pencegah Penyakit Darah Tinggi Dan Obesiti
Kolestrol kambing boleh menguraikan kolestrol dalam darah punca kepada penyakit darah tinggi. Kolestrol kambing yang menguraikan darah yang tercemar dengan kolestrol tepu akan menyebabkan isipadu darah meningkat. Pesakit darah tinggi yang mengambil daging kambing akan mengalami gejala penguraian akibat peningkatan isipadu darah seperti pening.
Walaupun daging kambing bertindak sebagai pengurai protein yang terbaik, tetapi pesakit darah tinggi yang tidak tahan dengan kesan pembongkaran penguraian ini dinasihatkan agar tidak mengambil daging kambing sebagai terapi. Tetapi bagi mereka yang tidak mengalami masalah tekanan darah tinggi dinasihatkan agar mengamalkan pemakanan daging kambing untuk mengelakkan penyakit darah tinggi.

Kolestrol yang gagal dicerna oleh hati akan disimpan dalam bentuk lemak di bawah permukaan kulit. Dalam jumlah yang banyak ia akan menyebabkan masalah obesiti (kegemukan). Pesakit obesiti yang mengambil daging kambing akan mengalami masalah tekanan darah yang tidak stabil dan turut mengalami pening kepala akibat kesan pembongkaran kolestrol tepu oleh kolestrol kambing. Selain itu, daging kambing akan membakar lemak yang berlebihan dalam badan. Kesan pembakaran lemak akan mengakibatkan gejala pembongkaran seperti panas badan, berpeluh dan telinga berdengung.
namun, apabila diteruskan terapi kambing ini sehingga menjadi resonan, kita bukan sahaja sembuh malah karektor menjadi positif kembali kesan pembongkaran asid urik dan angin dari darah dan tubuh.

Mencantikkan Kulit
Dalam daging kambing turut terdapat Vitamin C semulajadi yang tidak teroksida. Vitamin C tidak teroksida amat penting untuk pembinaan dan ketahanan sel kulit. Vitamin C yang tidak teroksida akan menyeimbangkan dan mengurangkan bebanan fungsi hempedu dan mencantikkan kulit.
Pengambilan protein tinggi yang berlebihan akan menyebabkan ia tersimpan di bahagian bawah kulit akan mudah teroksida dan bertindak balas dengan sel kulit untuk membentuk tenaga. Proses ini akan menyebabkan kulit kelihatan hangus dan gelap sekiranya berjemur di bawah sinaran matahari. Vitamin C daripada daging kambing akan memberi lebih ketahanan terhadap kulit daripada bertindak balas terhadap protein yang terkena cahaya matahari.
Mengamalkan memakan daging kambing adalah salah satu cara semula jadi untuk mendapatkan kulit yang putih dan cantik.

Meningkatkan Rasa Kasih Sayang Dan Kegembiraan
Sistem darah  berkaitan dengan kawasan Thalamus . Thalamus berfungsi menjaga kasih sayang. Sistem darah yang sihat dan kuat akan memastikan bahagian Thalamus juga kuat dan membantu mewujudkan perasaan kasih sayang.
Jantung yang menerima kolestrol daging kambing akan lebih lembut dan lancar pergerakannya. Jantung yang lembut akan mewujudkan perasaan yang gembira. Jantung yang lancar pergerakannya akan mudah tersentuh dan terpesona dengan sesuatu yang mengusik perasaannya. Oleh itu ia akan membahagiakan dan mewujudkan perasaan kecintaan.
Mereka yang mengamalkan memakan daging kambing dan minum susu kambing, akan merasa tenang dan gembira dan mudah merasa getaran kasih sayang. Sekiranya anda menghadapi masalah sukar merasai nikmat kasih sayang dan getaran kecintaan, silalah amalkan memakan daging kambing.

Sumber Penjanaan EQ (Emotional Quotient)
Selain kolestrol pengurai dan Vitamin C, kambing juga mempunyai mineral ringan yang amat baik untuk pembentukan sel hati, merangsang rembesan hormon daripada Kelenjar Pineal , Kelenjar Pitutary , Hati , Hempedu , Pankreas , Kelenjar Adrenal  serta hormon pembiakkan ovari dan testis.
Tindak balas logam ringan terhadap keseimbangan hormon dalam badan akan membantu meningkatkan tahap kematangan dan penghayatan seseorang. Mengamalkan memakan daging dan meminum susu kambing akan menjadikan pemikiran bertambah pantas, tajam dan tahap ingatan meningkat. Ketika itu penghayatan dan kematangan akan terbentuk dengan matap atau disebut emotional quotient EQ.
Sekiranya anda mahu anak-anak menjadi bijak insya Allah, amalkan memakan daging kambing atau meminum susu kambing.

Antibiotik Semulajadi
Semua haiwan mengeluarkan peluh yang berbau. Bau ini sebenarnya ialah hormon yang betindak sebagai antibiotik untuk mencegah penyakit. Daging kambing tidak rosak walaupun tidak disimpan dalam peti sejuk kerana penghasilan hormon ini.
Mengamalkan memakan daging kambing dapat menguatkan antibiotik semula jadi tubuh. Mereka yang kerap memakan daging kambing akan terhindar daripada penyakit berjangkitan seperti demam dan selsema.

Pengembala kambing tidak akan berbau badannya terutama di bahagian ketiak jika kerap berada di kandang kambing. Mereka yang mengalami masalah ketiak hangit boleh merawat penyakit tersebut dengan mencuba mengembala kambing.

Pengaruh Karektor
Setiap makanan yang kita makan tidak kira sama ada daging atau tumbuhan akan mempengaruhi karektor kerana di dalam makanan yang bersifat organik tersebut turut terdapat DNA dan RNA yang bersenyawa dengan sel tubuh badan kita untuk memberikan sesuatu manfaat dengan cara memindahkan maklumat diri kepada pemakannya.

Makanan dalam bentuk sayuran akan mempengaruhi sifat enzim manakala makanan dalam bentuk daging akan mempengaruhi sifat karektor organ. Contohnya cendawan yang bersifat parasit, bertindak menyerap tenaga yang tidak baik daripada badan seperti tenaga kanser. Tetapi mengambilan cendawan yang berlebihan akan menyebabkan badan menjadi letih kerana kita kehilangan tenaga. 

Contoh haiwan pula, misalnya sotong suka mengkaji dan mencuba perkara baru. Di dalam laut sotong bersifat suka mencuba dan kekuatan ingin tahu yang tinggi walaupun memahami ia seuatu yang mudarat. Mereka yang mengamalkan memakan sotong dalam jumlah yang banyak akan bersifat kuat ingin mencuba sesuatu yang tidak pernah dilakukan walaupun mengetahui ia bahaya. Contoh percubaan bahaya sotong ialah gemar meneroka atau masuk ke tempat baru, suka memakan umpan candat secara beramai-ramai. Contoh ayam ialah haiwan ini terlalu kuat cemburu, mengamalkan memakan daging ayam dengan kerap akan menjadikan diri kuat cemburu yang melulu. Daging khinzir pula adalah sebaliknya iaitu tidak tahu rasa cemburu atau malu. Pesakit diabitis yang mengambil insulin (semua insulin berasal daripada insulin khinzir) sudah tidak ada rasa cemburu lagi, sedangkan ketika peringkat awal menghidap penyakit diabitis, tahap cemburunya amat melampau.

Karektor Kambing
Kambing mempunyai karektor seperti berikut;
1. Tegas.
2. Berpendirian.
3. Matang.
4. Berani kerana benar, berani menegakkan keadilan dan kebenaran.
5. Memahami arahan.
6. Gembira dan tahap kecintaan yang tinggi.
7. Tinggi EQ (emotional quotient).
8. Kadar instinct, intuisi, naluri dan gerak rasa yang tinggi.
9. Tersenyum.

Ketegasan kambing dapat dilihat dengan membuat percubaan menarik dan menolaknya. Contohnya kambing yang diikat lehernya dengan tali, apabila ditarik dia akan tegap dan mengundur untuk melawan tarikkan. Jika kita menolak badannya ke belakang, dia akan melawan dan seperti hendak mara ke hadapan. Jika kita berada di sisinya, cuba tolak ke tepi sebelah sana, dia akan rapat ke kita. Jika kita tarik ke arah kita, dia akan menjauhkan kita. Maksudnya apabila kambing berdiri, dia berdiri dengan tegap dan tegas.

Kambing hanya akan bergerak jika diberi arahan dengan ikhlas. Kita boleh arahkan kambing masuk atau keluar kandang, balik ke kandang, jangan makan pokok bunga atau tanaman orang lain, jangan merayau jauh-jauh dan sebagainya. Arahan perlulah berserta dengan hati yang ikhlas dan penuh kasih sayang, insya Allah memelihara kambing amatlah menyeronokkan.
Dakwaan yang menyatakan mengembala kambing menguji kesabaran atau mendidik supaya menjadi seorang yang penyabar rasanya kurang tepat. Kenyataan yang tepat ialah mengembala kambing akan meningkatkan rasa kecintaan, kegembiraan, kepuasan dan penghayatan yang tinggi di samping menjana EQ yang tinggi. Pengalaman sebenar hanya dapat dirasai jika kita mengembala kambing itu sendiri.

Rahsia Janggut Dan Senyuman
Semua kambing berjanggut dan sentiasa tersenyum. Janggut mempunayi banyak rahsia. Salah satunya ialah janggut menyimpan rahsia persahabatan. Bermaksud, mereka yang berjanggut mempunyai kesetiaan dalam persahabatan yang tulus dan ikhlas, bersatu dan bekerjasama dalam kumpulan serta tidak mengkhianati sahabat.
Senyuman ialah rahsia konduktor (dalam bentuk gelombang visual boleh lihat) yang akan mengalirkan kalam hati melalui rasa kasih sayang. Aliran rasa kasih sayang ini akan melancarkan pematuhan gerakan tenaga dalam falsafah Hukum Keseimbangan.
Senyuman ialah satu ciri facial therapy yang akan merawat pelbagai penyakit. Oleh itu, kambing ialah sejenis haiwan yang mempunyai tahap kesihatan yang tinggi dan boleh membekalkan daging yang bersih dan selamat daripada sebarang jenis jangkitan.
Rawatan Penyakit Darah Tinggi
Pesakit darah tinggi dinasihatkan agar tetap mengambil kambing dalam proses merawat penyakit darah tinggi sebegai ketahanan tubuh untuk mengelakkan penyakit ini berulang kembali.
minumlah susu kambing dan makan daging kambing untuk merawat diri dan membentuk peribadi terpuji.


Jumaat, 20 Januari 2012

Pemikiran punca kita gagal

sumber :http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0120&pub=Kosmo&sec=Varia&pg=va_01.htm 

ANAK-ANAK juga sering disogok dengan pemikiran kononnya subjek Sains dan Matematik adalah subjek yang sukar. - Gambar hiasan

SESI persekolahan sudah pun bermula. Ramai daripada kita kembali sibuk menghantar dan mengambil anak ke dan dari sekolah. Saban hari, kita juga mengharapkan kejayaan anak-anak, baik dalam bidang akademik atau sahsiah diri.
Bagaimanapun, harapan semata-mata tidak memadai untuk membuahkan kejayaan kepada mereka. Ada isu psikologi yang sesekali menyebabkan impian kita tergendala. Ia boleh berpunca daripada ibu bapa, guru-guru atau ahli masyarakat. Namun, hal ini jarang kita sedari.
Dalam kehidupan seharian, ada satu simptom yang selalu berlaku, walaupun kita mungkin tidak menyedarinya.
Ia berlaku dalam kognitif pemikiran kita. Simptom ini yang dinamakan sebagai nujuman penyempurnaan kendiri atau dalam istilah bahasa Inggeris, self fulfilling prophecy.
Simptom ini berlaku apabila kita meramalkan sesuatu tingkah laku terlebih dahulu. Kemudiannya, ia disusuli dengan tindakan-tindakan kita bagi membolehkan tingkah laku yang kita andaikan itu benar-benar berlaku.
Misalnya, Ali mengandaikan bahawa Abu ialah seorang yang sombong. Andaian tersebut menyebabkan setiap kali Ali terserempak dengan Abu, dia tidak akan bertegur sapa atau menghulurkan senyuman.
Pendidikan
Tentulah, Abu juga tidak akan menegur Ali juga kerana tidak ada wajah mesra daripada Ali. Hasilnya, Abu yang mungkin bukan seorang yang sombong, kemudiannya benar-benar menjadi individu yang sombong.
Pernahkah ini berlaku dalam hidup anda? Ia selalu berlaku tetapi kita tidak menyedarinya. Ia selalu terjadi, tetapi kita tidak mengetahuinya.
Bagaimana pula dalam konteks pendidikan anak-anak? Di sekolah, biasanya terdapat kecenderungan guru mengandaikan pelajar yang duduk di barisan belakang sebagai malas dan tidak berminat dalam pembelajaran. Sesekali mereka juga diandaikan sebagai pelajar yang nakal. Hasilnya, guru tersebut tidak memberi perhatian kepada pelajar di barisan belakang. Keutamaan hanya diberikan kepada pelajar di barisan hadapan. Disebabkan kurang perhatian, pelajar di barisan belakang kemudiannya benar-benar gagal dan menjadi mereka yang nakal.
Dalam keadaan bagaimanakah simptom ini berlaku?
Kita juga sering melihat anak-anak sekolah yang ponteng dan melepak di belakang bangunan atau kaki lima pusat beli-belah. Sesekali kita juga melihat mereka merokok atau melakukan sesuatu yang tidak bermoral. Walaupun kita tahu bahawa anak-anak ini berkemungkinan ponteng sekolah, tetapi kita tidak menegurnya. Minda psikologi kita telah terlebih awal memberikan isyarat bahawa mereka ini anak-anak nakal dan tidak berminat dengan pelajaran. Masa depan mereka bakal binasa kerana kedegilan mereka.
GURU-GURU seharusnya memberi perhatian yang sama rata kepada semua pelajar di dalam kelas.- Gambar hiasan
Justeru tidak ada ahli masyarakat yang mengambil tahu, walaupun gejala ponteng ini hanya berlaku di belakang kawasan perumahan mereka, hasilnya pelajar tersebut benar-benar menjadi pelajar yang bermasalah. Mereka ini asalnya mungkin hanya sekadar suka-suka. Natijah daripada pemikiran kita tadi, mereka juga mungkin bermasalah pada kemudian hari.
Semua ini sebenarnya ialah reaksi psikologi yang selalu berlegar dalam kehidupan kita tanpa kita sedari.
Mata pelajaran Sains dan Matematik telah dianggap sebagai subjek yang sukar. Bahkan, kita selalu menyebutnya. Selain guru Sains dan Matematik, guru-guru lain juga menyebutnya.
Kurang minat
Pelajar-pelajar yang pernah gagal dalam Matematik dan Sains juga selalu menyebutnya. Terpedaya dengan mitos yang dikembangkan dalam masyarakat, anak-anak kita juga menyangka bahawa Sains dan Matematik ialah subjek yang sukar. Kesannya, mereka tidak berminat untuk mengulangkaji mata pelajaran tersebut.
Mereka juga yakin gagal dalam subjek tersebut. Lama-kelamaan, akibat kurang berminat dan tidak mengulangkaji, Sains dan Matematik yang asalnya mungkin sekadar subjek seperti subjek yang lain, menjadi mata pelajaran yang benar-benar susah. Mereka pula gagal.
Inilah sebenarnya kekangan minda yang selalu membantutkan kejayaan anak-anak kita di sekolah. Kita mengandaikan bahawa dengan menghantar anak-anak ke sekolah setiap hari, mereka akan membawa pulang sesuatu yang membahagiakan.
Namun, kita terlupa, adakalanya kita sendirilah yang meramal kegagalan mereka. Mudah-mudahan kita semua terhindar daripada simptom ini.

Selasa, 20 Disember 2011

Tiada Masa, Tapi Nak Buat Banyak Perkara.


Allah SWT menganugerahkan manusia masa...setiap orang mempunyai masa yang sama banyaknya...Ya, 24 jam sehari...Di dalam 24 jam ini, semua manusia mempunyai pelbagai keperluan dan keinginan untuk mengisi masa masing-masing. Selain bersolat dan beribadah, masa diisi dengan bekerja, tidur dan bersilaturahim sesama manusia. Ada juga yang ingin melakukan hobi, bersukan, berhibur, belajar  dan lain-lain...

Sering kali kita berasa seolah-olah tidak cukup masa. Di awal pagi kita bangun, mengemas diri, dan kemudian menjalankan rutin masing-masing. Tengahari rehat, petang pulang semula ke rumah. Baru sahaja merebahkan badan malam pun menjelma. Sedar -sedar, esoknya pagi menjengah sekali lagi...Bosan, cukup bosan pada rutin hidup yang sama setiap hari. Tiba-tiba kita akan mula berfikir, alangkah baiknya jika aku menjadi itu, jika aku menjadi ini. Mungkin aku akan bahagia jika aku tidak terbeban dengan tugas dan rutin sebegini....

Sedarkah kita, apa yang difikirkan itu mungkin sahaja seolah-olah kita memperkecilkan apa yang telah ditentukan untuk kita? Siapakah yang menentukan ini semua? Adakah kita sedang mengomel menyalahkan diri sendiri atau Allah Yang Maha Berkuasa?

Sesungguhnya Allah menentukan segalanya. Namun Allah menyuruh kita berusaha. Saya juga akui kadangkala merasa amat terbeban dengan tugas sebagai pendidik. Dengan bebanan tugas sampingan, saya hampir kelelahan mengejar waktu menyiapkan kerja sebelum pulang lewat petang. Bila sampai di rumah, saya benar-benar tidak punya tenaga untuk melaksanakan apa yang saya mahu laksanakan. Saya juga punya keinginan untuk masa senggang yang panjang yang mana saya boleh membaca buku kegemaran saya, mencuba resipi baru, menjahit baju, menghias rumah...ya, seperti surirumah sepenuh masa. Namun, Allah mentakdirkan saya untuk turut sama menyumbang membangunkan modal insan di dunia ini. Adakah boleh saya menolak amanahNya? Oleh itu, bagaimana boleh saya dapat semua perkara kecil yang saya inginkan?

Pertama sekali, perlu ada penetapan semula minda. Sebagai seorang hamba Allah, dan bergelaran sebagai anak, isteri, ibu, dan pekerja sekaligus, sudah tentu masa yang ada perlu dibahagi-bahagikan dengan sewajarnya. Jika dulu, saya sebagai hamba Allah, anak dan pelajar sahaja, kurang tanggungjawab dan banyak masa terluang. Namun sekarang dengan sebanyak ini gelarannya, kita perlu terima dahulu hakikat yang kita punya banyak tanggungjawab, sedikit waktu senggang.

Sering kali kedengaran keluhan "tak sempat" tak sempat nak berjemaah, tak sempat baca Al- Quran...nak habiskan 1 ayat Al-Quran pun tak sempat. Tak sempat..tak sempat...benarkah tak sempat? Atau kita masih berharap agar mempunyai banyak masa lapang seperti zaman-zaman kita kurang tanggungjawab dahulu? Masa itu takkan lapang dengan sendirinya, melainkan kitalah juga yang melorongkan sedikit ruang untuk kita bernafas. Allah memberikan kita hak untuk memilih. Kita boleh memilih untuk terus hanyut dalam rutin yang membosankan, atau ditengah-tengah kesibukan, kita berhenti sebentar melayani keperluan kita yang lain demi untuk membolehkan kita rasa kita bernyawa ( dengan syarat tidak melanggar syariatNya.)

Sesungguhnya, sentiasa ada masa untuk semua perkara yang  ingin kita buat walaupun tidak sebanyak masa terluang seperti pada masa-masa kita yang lalu...dengan melakukan apa yang kita ingini tanpa melanggar batas syariatNya, kita akan rasa lebih bersemangat dan bersyukur atas setiap nikmat yang dilimpahkanNya yang mungkin selama ini kita tidak ambil peduli pun. Bersyukurlah di atas siapapun diri kita hari ini, tidak perlu bercita-cita ingin menjadi orang lain, kerana mungkin kita sebenarnya tidak sesuai atau tidak sanggup pun untuk menjadi orang lain.

Selasa, 13 Disember 2011

Tamak


Imam Ahmad meriwayatkan bahawa Rasullullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Sekiranya anak cucu Adam memperoleh dua lembah emas, sudah pasti mereka mahukan lembah yang ketiga. Tidak akan ada kepuasan bagi anak Adam itu melainkan jasadnya dikuburi tanah. Sesungguhnya Allah akan memberi keampunan kepada orang-orang yang bertaubat."

Orang yang bersikap tamak tidak pernah mengambil tahu tentang perkara yang dilakukannya untuk mendapatkan apa yang diingini. Dalam fikiran orang tamak adalah setiap perkara yang dilakukannya adalah betul, sedangkan banyak benda yang dilakukannya telah menyalahi syarak, banyak jiwa yang terguris dan kehidupan orang lain menjadi kucar-kacir.

Petikan buku "Orang orang Yang Utama Dipikat Syurga" Global Aksara

Rabu, 7 Disember 2011

Niat Kerana Allah


Pada dasarnya, semua amal yang kita lakukan harus diniatkan kerana Allah semata. Jika kita melakukannya dengan niat kerana Allah, maka amal sekecil apa pun akan mendapatkan balasan dari Allah. Sebaliknya, bila kita melakukannya tanpa niat kerana Allah ( berdasarkan usaha manusia), maka kita hanya memperolehi pujian atau sesuatu yang kita usahakan itu. Di akhirat, kita tidak akan mendapatkan balasan apa-apa pun atas amal tersebut. 


Rasullullah SAW bersabda:
"Allah mengumpulkan semua orang dari berbagai zaman pada hari kiamat. Saat itu, ada seseorang yang akan berseru, 'Barangsiapa menyekutukan Allah dengan seseorang dalam berniat, maka hendaklah ia mencari pahala dari orang itu. Sesungguhnya, Allah adalah zat terkaya dari semua sekutu." (HR Ahmad, Tirmizi, dan Ibnu Majah)

petikan buku : "Ketika mulut dikunci tangan dan kaki bersaksi" Global Aksara

Selasa, 6 Disember 2011

Isteri solehah pasti pelihara 10 sifat

Oleh Dr Hafidzah Mustakim

DALAM satu program wanita, seorang ibu berumur lewat usia 40-an berbual mesra sambil bertanya kepada saya: “Diam tak diam, saya dah nak dapat menantu lelaki. Along Hasanah akan berkahwin bulan depan, kita ni terlalu sibuk dengan kerjaya dan kehidupan, sehingga tidak perasan anak dah semakin besar dan akan berumah tangga.”

Saya membalas : “Kita perlu mengingat dan membekalkan nasihat yang pernah kita peroleh dulu daripada orang berpengalaman dan berilmu kepada mereka.

"Dulu pernah mendengar, pada masa mula-mula hendak kahwin. Tetapi, apa salahnya kita dengar untuk kesekian kalinya. Ia menjadi kata-kata hikmat dan pengajaran yang lebih bermakna. Kita dan ramai kawan masa muda-muda masih ingat nasihat itu.”

Perbualan saya dengan wanita itu mengingatkan kepada wasiat seorang ibu solehah pada zaman kegemilangan Islam.

Mari hayati pesanan isteri ‘Auf bin Muhlim Ashaibani kepada puterinya ketika hendak bernikah dengan al Haris bin Amr, raja negeri Kandah. Sewaktu utusan diraja hendak membawa pengantin untuk disampaikan kepada raja, ibunya berwasiat kepada anak perempuannya:

“Wahai anakku! Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu, aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya, tetapi ia sebagai peringatan untuk yang lalai dan pedoman kepada yang berakal.

Andai kata wanita tidak memerlukan suami kerana berasa cukup dengan kedua ibu bapanya, tentu ibumu adalah orang yang paling berasa cukup tanpa suami. Tetapi wanita diciptakan untuk lelaki dan lelaki diciptakan untuk mereka.

Wahai puteriku, Sesungguhnya engkau akan meninggalkan rumah tempat kamu dilahirkan dan kehidupan yang telah membesarkanmu untuk berpindah kepada seorang lelaki yang belum kamu kenal dan teman hidup yang baru. Kerana itu, jadilah 'budak' wanita baginya, tentu dia juga akan menjadi 'budak' bagimu serta menjadi pendampingmu yang setia.

Peliharalah sepuluh sifat ini terhadapnya, tentu ia akan menjadi perbendaharaan yang baik untukmu.

Pertama dan kedua, berkhidmat dengan rasa puas serta taat dengan baik kepadanya.

Ketiga dan keempat, memerhatikan tempat pandangan matanya dan bau yang diciumnya. Jangan sampai matanya memandang yang buruk daripadamu dan jangan sampai dia mencium kecuali yang harum daripadamu.

Kelima dan keenam, memerhatikan waktu tidur dan waktu makannya, kerana lapar yang berlarutan dan tidur yang terganggu dapat menimbulkan rasa marah.

Ketujuh dan kelapan, menjaga hartanya dan memelihara kehormatan serta keluarganya. Perkara pokok dalam masalah harta adalah membuat anggaran dan perkara pokok dalam keluarga adalah pengurusan yang baik.

Kesembilan dan kesepuluh, jangan membangkang perintahnya dan jangan membuka rahsianya. Apabila kamu tidak mentaati perintahnya, bererti kamu melukai hatinya. Apabila kamu membuka rahsianya kamu tidak akan aman daripada pengkhianatannya.

Kemudian janganlah kamu bergembira di hadapannya ketika dia bersedih atau bersedih di hadapannya ketika dia bergembira. Jadilah kamu orang yang sangat menghormatinya, tentu dia akan sangat memuliakanmu.

Jadilah kamu orang yang selalu sepakat dengannya, tentu dia akan sangat belas kasihan dan sayang kepadamu.

Ketahuilah, sesungguhnya kamu tidak akan dapat apa yang kamu inginkan sehingga kamu mendahulukan keredaannya daripada keredaanmu, dan mendahulukan kesenangannya daripada kesenanganmu, baik dalam hal yang kamu sukai atau yang kamu benci dan Allah akan memberkatimu.”

Nasihat di atas seharusnya diterima dengan beberapa asas penting:

l Suami yang dicari adalah suami yang beriman lagi taat kepada perintah Allah.

l Ketaatan kepada suami adalah wajib dengan syarat beliau tidak melakukan perkara yang bertentangan dengan syariat Allah.

l Begitulah hukum Allah, di sana sentiasa ada ‘dua bahagian muka syiling’. Kalau diperhati setiap nasihat di atas, perbuatan kita yang positif akan menghasilkan reaksi dan tindak balas positif juga dengan izin Allah.

Saya sering mengingatkan diri sendiri sebagai isteri dari muda hingga sekarang dan masih sangat mempercayai bahawa: "Kita hanya boleh mengubah diri sendiri. Percayalah apabila kita berubah, persekitaran dan orang di sekeliling juga akan berubah secara positif.”

Penulis ialah doktor perubatan persendirian dan AJK JIM Pusat serta boleh dihubungi melalui
wanitajim0@yahoo.com

Penuaan dan Mati


"Sebagai sunnatullah yang berlaku atas orang-orang yang telah terdahulu sebelum(mu), dan kamu sekali-kali tidak akan mendapatkan perubahan pada sunnatullah."

Penuaan dan kematian ialah dua perkara yang tidak dapat dihindari. Sunnatullah tersebut ialah kehendak Allah SWT terhadap manusia. Sebab, dunia bukan tujuan, melainkan tempat meraih apa yang Allah kehendaki. 

Akhirat ialah tujuan dari kewujudan manusia dan penciptaan seluruh makhluk Allah di muka bumi ini. Tempat manusia yang kekal ialah syurga atau neraka, sedangkan dunia hanyalah tempat persinggahan sementara atau bagai terminal untuk berehat. Ia bagaikan seseorang yang berteduh di bawah pokok kemudian pergi.

Petikan buku : "Misteri Alam Barzakh" Global Aksara

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails