Halaman

Sabtu, 25 Julai 2009

Jangkitan Kuman Di Paru Paru Anakku


Saya baru sahaja balik setelah tiga hari berada di wad kanak kanak Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang. Anak kedua saya yang baru berusia 9 bulan telah mengalami jangkitan kuman dalam paru paru. Alhamdulillah, keadaan anak saya beransur pulih.

Kepada pembaca yang mempunyai anak yang batuk dan selesema, jangan lupa untuk perhatikan cara pernafasan mereka. Jika dadanya berombak dan pernafasan laju dan berbunyi, janganlah bawa ke klinik biasa. Kerana ia menunjukkan kemungkinan paru paru mereka sedang mengalami masalah. Ini kerana jika oksigen yang diperlukan berkurangan, kemungkinan yang terburuk adalah berdepan dengan risiko kematian. Baca info di bawah untuk ketahui lebih lanjut berkenaan jangkitan kuman dalam paru paru.

(sumber: http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Kanak-kanak/JangkitanParu-parukanak_kanak.php)

Jangkitan Kuman Di Paru-paru

Pengenalan




Sistem pernafasan manusia terbahagi kepada bahagian atas dan bahagian bawah. Bahagian bawah terletak di dalam dada dan terdiri daripada saluran pernafasan dan pundi-pundi udara (air sacs). Jangkitan kuman di paru-paru boleh melibatkan saluran pernafasan (bronchitis) dan pundi-pundi udara (pneumonia). Secara amnya, jangkitan kuman di tisu paru-paru dikenali sebagai pneumonia. Ia adalah jangkitan kuman yang biasa di kalangan kanak-kanak kecil dan orang-orang tua. Ia disebabkan oleh virus atau bakteria. Kadangkala ia juga disebabkan oleh jangkitan awal pada sistem pernafasan di bahagian atas (batuk dan selsema) yang merebak ke bahagian bawah sistem pernafasan. Jangkitan kuman ini boleh melibatkan keadaan yang tidak serius hinggalah kepada keadaan yang membahayakan nyawa.

Tanda-tanda dan gejala

Ini bergantung kepada sebab, umur dan penyakit-penyakit yang berkaitan dengan seseorang kanak-kanak itu. Secara amnya, kanak-kanak akan mengalami :

■Demam panas
■Batuk dengan atau tanpa kahak
■Sakit dada
■Tiada selera makan, tidak mahu makan
■Rasa tidak sihat, sering merengek
■Pernafasan laju atau susah bernafas
■Muntah atau cirit-birit

Adakah jangkitan kuman paru-paru ini serius?

Jangkitan kuman paru-paru boleh menjadi sangat serius dalam masa yang singkat terutamanya di kalangan kanak-kanak kecil. Kanak-kanak boleh mengalami kekurangan air (dehidrasi) atau kekurangan oksigen. Kanak-kanak yang mengalami tanda-tanda berikut perlu dimasukkan ke hospital:

■Pernafasan laju
■Sukar untuk bernafas
■Bibir menjadi biru
■Batuk berdarah
■Tidak boleh makan atau minum atau tidak kencing

Apakah rawatan untuk jangkitan di paru-paru?
Jenis rawatan bergantung kepada tahap jangkitan. Kebanyakannya adalah tidak serius dan disebabkan oleh virus, oleh itu sistem pertahanan badan memainkan peranan utama untuk melawan penyakit ini. Apabila jangkitan kuman ini disebabkan oleh bakteria, antibiotik akan diberi oleh doktor.
Untuk jangkitan yang tidak serius, ubat boleh diberi dalam bentuk pil.
Anda Boleh mencuba rawatan ini dirumah:

■Paracetamol
■Rehat yang secukupnya
■Minum air yang banyak
Sekiranya jangkitan menjadi lebih serius ubat akan diberikan melalui suntikan.
Jika jangkitan kuman di paru-paru ini berlarutan atau menjadi kritikal, anak anda perlu dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan oksigen, antibiotik dan sokongan perubatan yang lain.

Apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan jangkitan kuman ini?

Mengekalkan amalan cara hidup sihat. Amalan kebersihan diri dan persekitaran yang baik. Teruskan penyusuan susu ibu. Mengambil immunisasi boleh mencegah jangkitan kuman di paru-paru. Contohnya:

■Vaksin batuk kokol (pertussis) dan demam campak (measles) - wajib untuk semua kanak-kanak di bawah Program Immunisasi Kanak-Kanak Negara (National Childhood Immunization Programme)
■Vaksin influenza (untuk kanak-kanak tertentu yang berisiko tinggi contohnya masalah pernafasan yang kronik, penyakit jantung dan masalah kurang pertahanan badan)
■Vaksin pneumococcal (juga untuk kanak-kanak yang berisiko tinggi contohnya kanak-kanak yang tiada limpa, sakit buah pinggang yang kronik dan kanak-kanak yang menerima rawatan yang melemahkan sistem pertahanan badan)
Jika anda merasa anak anda termasuk dalam golongan kanak-kanak berisiko tinggi, sila dapatkan nasihat doktor.


Isnin, 20 Julai 2009

Rancang Dana Persaraan Sebelum Berumur 30 Tahun

(sumber: http://janaduitunittrust.wordpress.com/2008/08/17/rancang-dana-persaraan-sebelum-berumur-30-tahun/ )


Oleh RUSMA IBRAHIM
(Dipetik drpd. rencana Utusan Malaysia)

JIKA anda berusia kurang daripada 30, besar kemungkinan anda belum memikirkan tentang persaraan anda. Dan tiada sebab untuk anda merancang sejauh itu? Persaraan adalah sesuatu yang sangat jauh ke hadapan dan apabila masa itu tiba, anda menyangka anda sudah meraih sejuta ringgit dan hidup dalam kegembiraan? Salah.
Realitinya sangat berbeza seperti berikut:

1. Walaupun persaraan seperti dilihat masih jauh lagi, sebenarnya tidak.

2. Sejuta ringgit memang jumlah wang yang besar, tetapi hanya segelintir daripada kita akan memiliki simpanan sebanyak itu.

3. Selepas bersara, kebanyakan kita akan hidup selama 20 hingga 25 tahun lagi tanpa sebarang pendapatan.

4. Inflasi akan menghakis kuasa membeli simpanan anda.

5. Secara purata, seorang yang bekerja dan mempunyai simpanan persaraan sebanyak RM100,000, akan membelanjakan duit tersebut dalam tempoh 10 tahun saja.

Panik? Jangan. Mengambil berat? Ya.

Rakyat Malaysia harus memikirkan dengan serius tentang simpanan bagi persaraan masing-masing dan mengambil langkah proaktif untuk membuat perancangan mengenainya termasuk mereka berusia kurang daripada 30 tahun atau baru memulakan kerjaya.

Ketika ini, sebahagian besar pekerja sektor swasta di Malaysia bergantung sepenuhnya kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk persaraan mereka. KWSP adalah skim tabungan yang mewajibkan ahli menyimpan sekurang-kurangnya 11% daripada pendapatan bulanan mereka dan 12% daripada majikan mereka. Ini bermakna 23% daripada pendapatan seseorang disimpan setiap bulan dalam akaun KWSP masing-masing. Kadar caruman 23% ini hanya kadar yang diwajibkan. Ahli dan majikan atau kedua-duanya boleh menyimpan melebihi kadar tersebut.

Berdasarkan rekod KWSP, purata simpanan seorang ahli KWSP adalah RM100,000 apabila mencapai usia 54 iaitu setahun sebelum bersara. Bagaimanapun, sebahagian besar pesara didapati menghabiskan keseluruhan wang itu dalam tempoh kurang daripada 10 tahun.

Purata jangkaan hayat rakyat Malaysia pada umur 55 tahun ialah : 83 tahun untuk wanita dan 78.6 tahun untuk lelaki. Bayangkan jika seseorang itu bersara pada umur 55 tahun dan menghabiskan simpanan KWSP dalam tempoh 10 tahun. Bagaimana mereka membiayai kehidupan selama 13 hingga 18 tahun lagi?

Selain daripada jumlah simpanan yang ada ketika bersara, faktor-faktor berikut juga perlu diambil kira:

1. Inflasi dan peningkatan kos sara hidup

Jika anda seorang kanak-kanak pada 70-an dan 80-an, anda mungkin pernah mendengar ibu bapa anda mengatakan, “Bila saya mendapat gaji pertama, saya berikan semuanya kepada emak, dan emak berikan saya RM50 untuk dibelanjakan.”

Bagus sekali. Daripada muda lagi telah mula menabung tetapi persekitaran sekarang adalah berbeza. Cara hidup dan keperluannya telah berubah. Dalam lain perkataan, golongan muda hari ini perlu mengeluarkan banyak wang untuk kehidupan harian berbanding ibu bapa mereka.

2. Perubahan norma sosial

Walaupun era memberikan seluruh gaji kepada emak anda mungkin sudah berlalu, pekerja muda hari ini masih memberikan sejumlah kecil gaji mereka kepada ibu bapa mereka sebagai penghargaan.

Bagaimanapun, aliran ini akan berubah bagi generasi akan datang. Hari ini, lebih ramai orang berkahwin dan mempunyai anak pada usia yang lebih tua, sekali gus menyebabkan mereka mempunyai anak kecil untuk dibiayai termasuk bagi perbelanjaan pendidikan anak- anak walaupun mereka sudah mencecah usia persaraan.

3. Kos dan keperluan perubatan

Semakin kita tua, semakin kita memerlukan rawatan perubatan. Kos perubatan pula semakin meningkat dengan mendadak. Kita akan menghadapi kesulitan kewangan untuk membiayai rawatan perubatan terutama golongan yang tidak mempunyai insurans perubatan.

Jika semua faktor ini diambil kira, kemungkinan besar simpanan KWSP kebanyakan ahli tidak mencukupi untuk memenuhi semua keperluan persaraan mereka. Jalan penyelesaiannya ialah berusaha meningkatkan simpanan untuk persaraan mengikut kemampuan masing-masing.

Tetapi bagaimana?

Menabung! Menabung! Menabung! Sebenarnya tiada jalan mudah. Menabung sebahagian pendapatan bulanan anda dengan tujuan persaraan dan tidak membelanjakan simpanan tersebut sebelum anda bersara membolehkan anda memiliki simpanan dalam jumlah yang lebih besar untuk persaraan.

Disiplin diri sangat penting. Anda harus menetapkan sasaran simpanan setiap bulan. Bandingkan pendapatan bulanan dengan perbelanjaan perlu seperti hutang rumah dan kereta, insurans, makanan, pengangkutan dan lain- lain. Kemudian tentukan jumlah yang akan disimpan setiap bulan. Pastikan anda berdisiplin dalam soal simpanan ini. Apabila anda mendapat gaji, keluarkan jumlah yang ditetapkan dan masukkan ke dalam akaun simpanan itu.

Katakan anda tinggal dengan ibu bapa anda dan mempunyai pendapatan bersih kira-kira RM2,500 sebulan. Anda perlu membayar ansuran pinjaman kereta, bayaran skim insurans, membayar bil telefon mudah alih, memberikan sejumlah kecil kepada ibu bapa anda setiap bulan, selain membantu membayar dua atau tiga bil di rumah. Anda mungkin boleh membuat perkiraan seperti ini:

Baki gaji anda pada setiap akhir bulan adalah RM570. Daripada berbelanja wang berkenaan secara tidak berfaedah, mengapa tidak anda menyimpan sebanyak RM200 atau lebih untuk masa depan anda?

Jika anda mempertimbangkan untuk menyimpan RM200 sebulan bagi keseluruhan tempoh kerjaya anda, katakanlah selama 30 tahun, jumlah keseluruhan simpanan anda ialah RM72,000. Jika dicampur faedah ke atas simpanan tersebut, jumlah ini dengan mudah akan berganda kepada RM144,000 apabila anda bersara. Dicampur dengan simpanan KWSP sebanyak RM100,000, anda akan bersara dengan lebih selesa.

Anda juga tidak harus lupa bahawa wang yang disimpan akan bertambah dan apabila ia bertambah, anda perlu bijak untuk menabung dan di mana ia harus dilaburkan. Mempelbagaikan saluran simpanan memerlukan anda membuat keputusan yang bijak. Bertanya dan belajar mengenai manfaat menyimpan wang dalam simpanan tetap dalam institusi kewangan terkemuka atau melabur dalam saham amanah.

Anda juga boleh membeli insurans yang memberikan perlindungan sepanjang hayat, kemalangan, perubatan, endowmen, dan juga pendidikan untuk anak-anak. Jika anda memiliki insurans tersebut, anda tidak perlu mengeluarkan simpanan KWSP bagi membiayai kos perubatan yang tidak dijangka atau membayar yuran pendidikan tinggi anak-anak di kemudian hari. Ini akan memastikan simpanan KWSP untuk persaraan adalah lebih besar nilainya.

Hartanah juga satu bentuk pelaburan yang baik dan harus dipertimbangkan selepas seseorang mempunyai simpanan yang mencukupi. Walaupun KWSP membenarkan ahli mengeluarkan simpanan daripada Akaun II untuk membeli rumah, adalah lebih bijak wang simpanan KWSP anda tidak dikeluarkan jika anda mampu mendapatkan pembiayaan perumahan daripada bank.

Persaraan dan perancangan kewangan memerlukan banyak pertimbangan, perancangan dan disiplin. Menabung ketika memulakan kerjaya pada usia muda akan memudahkan dan mengurang beban pada kemudian hari.

Walaupun menabung wang bukan sesuatu yang mudah terutama dengan pelbagai tarikan daripada pasaran pengguna, ia adalah kaedah yang membolehkan anda bersara dengan lebih selesa. Kepada mereka yang berhadapan dengan masalah untuk menabung, terdapat satu lagi pilihan akhir yang mudah bagi memastikan anda mempunyai simpanan yang mencukupi apabila bersara iaitu bersaralah pada usia 75 tahun!

Keajaiban Kismis

(Sumber: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0714&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm )



Ramai yang melihat harga kismis agak mahal, sedangkan snek ringan lain yang mungkin sama harga dengan kismis tidak menyediakan khasiat kepada anak-anak.


Apabila ditanya apakah snek makanan ringan untuk kanak-kanak, jawapan yang biasa diterima adalah makanan seperti keropok, ais krim, gula-gula, lolipop, kerepek ubi kentang dan jeruk.
Walaupun sedar pelbagai kesan sampingan yang negatif terkandung dalam makanan ringan tersebut terutama penggunaan monosodium glutamate (MSG), gula dan pengawet yang tinggi, masih ramai ibu bapa tetap mengamalkan diet makanan ini.


Apa kata mulai hari ini, anda cuba ubah persepsi terhadap snek makanan iaitu menggantikannya dengan bahan makanan yang lebih berkhasiat.
Kismis adalah salah satu alternatif bahan makanan yang wajar dijadikan snek makanan kepada anak-anak. Justeru, anda perlu mengubah persepsi bahawa kismis hanya bahan makanan yang dimakan sewaktu menjelang peperiksaan, majlis keramaian tertentu atau dimasukkan ke dalam roti atau kek.



Menurut Pakar Pembangunan Kanak-Kanak di sebuah hospital tempatan, Ruth Liew, ramai yang semakin lupa bahawa, kismis mempunyai kandungan gula daripada buah yang asli. Ia mampu memberi tenaga yang konsisten kepada kanak-kanak.
"Memang gula-gula mampu memberi tenaga yang lebih, tetapi ia akan menyebabkan kanak-kanak menjadi hiper dan menjadi lemah apabila kandungan gula itu mula merosot.
"Berlainan dengan kismis. Dengan kismis, kanak-kanak akan dapat tenaga yang seimbang dan menyihatkan badan.


"Ia juga makanan ringan yang lebih baik daripada gula-gula. Gula-gula boleh meninggalkan kesan kerosakan pada gigi kanak-kanak dan tenaga yang diperoleh juga tidak sekata," jelas Ruth pada satu sesi penerangan tentang kebaikan kismis kepada media di Kuala Lumpur baru-baru ini.


Katanya, kanak-kanak masa kini tidak lagi gemar dengan makanan yang terlalu pelbagai, sebaliknya mereka lebih gemar makanan yang lebih santai. Oleh kerana itu, ibu bapa perlu menjadikan kismis sebagai snek makanan ringan untuk anak-anak yang masih bersekolah.
Tambah Ruth, untuk menjadikan kismis sebagai snek ringan kepada anak-anak, ibu bapa perlu memainkan peranan.


Bagi kanak-kanak atau golongan remaja yang sudah biasa atau gemar menikmati kismis begitu sahaja, ia bukan satu masalah lagi kepada ibu bapa.
"Bila mereka tengok TV, jangan bagi mereka kuaci atau keropok sebaliknya beri mereka kismis. Bekalkan juga kismis ketika ke sekolah," katanya.
Namun, jika ada yang tidak gemar menikmati kismis dalam bentuk mentah, ia boleh dicampur dalam pelbagai hidangan lain dengan cara mempelbagaikan makanan yang dicampur dengan kismis dalam hidangan waktu pagi, petang dan malam.


"Mereka mungkin tidak akan memilih kismis, tetapi ibu bapa perlu tahu khasiatnya. Terus beri galakan kepada anak-anak dengan mempelbagaikan masakan.
"Anda boleh campur kismis ke dalam bubur, sup, atau sayur-sayuran yang biasa dimakan anak-anak," kata Ruth yang mengakui ia juga boleh diamalkan dalam diet orang dewasa.
Ruth yang menerima reaksi daripada ibu bapa yang memberi kismis kepada anak-anak juga memberitahu, hasil yang diperoleh amat positif.


"Ada ibu bapa mula mempelbagaikan cara pemakanan dan ada juga yang memberi kismis seperti memakan vitamin setiap hari.
"Malah, ada juga anak-anak yang gembira dengan amalan makanan anggur kering itu," jelas Ruth yang turut mengamalkan memakan kismis sejak kecil lagi.
Dalam Islam, kismis sudah lama disaran untuk pemakanan kanak-kanak kerana ia adalah makanan tambahan yang mampu merangsang minda dalam melahirkan generasi genius.
Menyedari kebaikan kismis dan kemampuannya menjadi snek dalam makanan kanak-kanak, masyarakat Barat turut mula mengambilnya dalam diet mereka.


Penelitian Christine D.Wu dari Universiti Illinois, Chicago, Amerika Syarikat mendapati kismis mengandungi antioksidan yang dapat melawan bakteria penyebab kerosakan gigi dan gusi.
Antara antioksidan itu adalah asid oleanolic, oleanolic aldehyde, betulin, asid betulin dan 5-(hydroxymethyl)-2-furfural
Asid oleanolic mampu menghambat pertumbuhan dua spesies bakteria penghuni mulut iaitu streptoccus mutan, penyebab plak dan kerosakan gigi serta porphyromonas gingivalis, penyebab penyakit periodontal.


Sementara itu, pakar pemakanan dari sebuah hospital swasta, Tan Yen Sing, berkata, kajian juga mendapati kismis yang kaya dengan potassium dan rendah dalam sodium membantu mengurangkan tekanan darah tinggi.
"Malah, khasiat daripada kismis juga boleh mengurangkan risiko strok dan melemahkan perkembangan penyakit-penyakit organ dalam badan.
Selain itu juga, kismis mengandungi fiber dan asid tartaric. Ia juga baik untuk kesihatan tulang dalam badan anda.


Katanya, kismis mempunyai banyak khasiat pemakanan, serat, antioksidan, vitamin dan kalium yang merupakan nutrien penting untuk badan.
"Saya menafikan memakan kismis akan membuatkan anda gemuk. Ia adalah mitos. Ini kerana, manis yang ada pada kismis adalah manis buah-buahan yang asli.
"Ia juga mudah untuk dibawa dan boleh dipelbagaikan dalam masakan seisi keluarga," ujar Tan Yen Sing.



Rabu, 15 Julai 2009

PILIH KASIH TERHADAP ANAK-ANAK



(sumber: http://adikbijak.3.forumer.com/index.php?showtopic=154&st=0&#entry1034)


Membeza-bezakan Kasih Sayang Antara Anak-anak

SEORANG anak pasti menyedari diri mereka kurang disayangi ibubapa
berbanding adik beradik lain. Situasi tersebut amat melukakan hati
mereka kerana diperlakukan sebegitu oleh ibubapa sendiri. Melalui
layanan, perhatian, kasih sayang, kehendak yang dituruti, anak-anak
tahu samada mereka disayangi samada lebih ataupun kurang daripada
adik beradik mereka yang lain.

Agama tidak membenarkan ibu bapa membeza-bezakan kasih sayang
terhadap anak-anak sebaliknya mereka bertanggungjawab mendidik dan
memberi sesuatu kepada setiap anak dengan adil dan samarata.

Ramai ibu bapa melakukan kesilapan terhadap anak-anak dengan membeza-
bezakan kasih sayang terhadap mereka. Perbezaan kasih sayang ini
biasanya dibuat atas dasar kecantikan paras, kepandaian dan
kepintaran, kesempurnaan fizikal dan mental, kerajinan dan pelbagai
kelebihan lain yang mungkin tidak ada pada diri anak-anak yang lain.

Anak-anak yang menjadi mangsa perbezaan kasih sayang biasanya berasa
kehilangan tempat berpaut, tempat perlindungan dan rasa tidak
diperlukan lagi dalam sesebuah keluarga. Mereka sentiasa memendam
rasa dan sering memikirkan tentang kekurangan diri di samping
tertanya-tanya sebab-sebab yang membuatkan ibu bapa tidak menyayangi
mereka. Anak-anak yang diperlakukan sedemikian akan cuba melakukan
sesuatu untuk menarik perhatian ibu bapa mereka. Malangnya setiap
tindakan yang dilakukan oleh si anak sering dianggap tidak kena oleh
ibu bapa mereka.

Sebaliknya bagi anak-anak yang mendapat kasih sayang daripada ibu
bapa pula akan merasakan diri mereka disayangi. Anak-anak yang
merasakan dirinya dilebihkan mungkin bangga dan ego, manakala anak
yang kurang mendapat kasih sayang akan berasa iri hati, dengki,
rendah diri, benci dan dendam terhadap adik-beradik yang lain
termasuk ibu bapa itu sendiri. Permusuhan mungkin akan timbul
disebabkan tidak ada penyatuan dan persesuaian jiwa antara adik-
baradik seperti menyakiti adik-beradik yang lain, menyorok atau
mengoyakkan buku atau pakaian, menuduh orang lain membuat kesilapan
yang dilakukannya atau seumpamanya yang boleh menimbulkan kemarahan
ibu bapa.

Anak-anak yang meningkat remaja sering menjadi terlalu sensitif dan
mempunyai sifat ingin membebaskan diri sekiranya menghadapi tekanan
dalam diri mereka. Apabila mereka merasakan diri mereka tidak
dikasihi seperti adik-beradik yang lain, mereka cepat membuat
penafsiran yang diri mereka tidak diperlukan dan dihargai oleh ibu
bapa mereka. Lantaran itu terdapat kecenderungan untuk si anak
mengambil tindakan membebaskan diri daripada ibu bapa mereka sama ada
keluar dari rumah tanpa pengetahuan ibu bapa atau meninggalkan
keluarga untuk mencari kehidupan lain yang dirasakan dapat memberikan
ketenangan jiwa kepadanya.

Keadaan anak-anak yang hidup di luar kawalan ibu bapa itu ditakuti
akan membawa kepada penyelewengan yang lebih teruk ke arah kerosakan
dan kemusnahan yang lebih mencemaskan pada masa depan. Kemungkinan
besar jika tidak ditangani dengan sebaik-baiknya mereka akan terjebak
ke dalam gejala-gejala buruk seperti menghisap dadah, meminum arak
dan lain-lain perbuatan salah laku hingga ke peringkat jenayah.

Sekiranya yang menjadi mangsa perbezaan kasih sayang adalah anak
gadis, kerap terjadi keadaan seperti mereka akan mengambil sesuatu
tindakan yang agak nekad dengan meninggalkan rumah dan memilih untuk
tinggal bersama rakan-rakan, lari dari sekolah, bekerja di tempat-
tempat yang tidak sepatutnya pada usia yang terlalu muda dan
sebagainya.

Sementara itu, bagi anak-anak yang mendapat kasih sayang yang lebih
daripada ibu bapa juga mereka tidak terlepas daripada kesan-kesan
negatif yang sering mempengaruhi kehidupan mereka. Selain menjadi
manja, suka mengadu dan kurang rasa hormat terhadap adik-beradik yang
lain, anak-anak yang mendapat kasih sayang seperti ini kerap kali
mempamerkan sikap negatif seperti suka berbangga, ego dan riak,
tinggi diri, suka berhias, minat kepada peralatan mewah dan
seumpamanya. Sifat-sifat ini di antara lain timbul kerana tindak-
tanduk ibu bapa yang memberi layanan yang agak berat sebelah di
antara anak-anak mereka.

Ibu bapa harus sedar, kehadiran anak-anak adalah sebagai aset yang
perlu dijaga sebaik-baiknya agar mendapat pulangan yang baik apabila
mereka tiada lagi di dunia ini. Anak-anak perlu dididik secara sama
rata dan dengan penuh kasih sayang. Sikap adil yang ditunjukkan oleh
ibu bapa dalam memberi kasih sayang kepada anak-anak mereka akan
membuahkan hasil yang baik. Keadilan yang dipaparkan akan membuka
ruang kepada kehidupan sekeluarga yang akan dipenuhi dengan kasih
sayang, hormat- menghormati dan sayang-menyayangi.

Untuk mengelakkan sebarang kesan negatif yang mungkin timbul hasil
daripada perbezaan layanan antara anak-anak, berikut diperturunkan
langkah-langkah positif yang perlu diambil:

Agama menegah ibubapa mengamalkan perbuatan membeza-bezakan kasih
sayang di antara anak-anak mereka.

Ibubapa harus menyedari bahawa anak-anak mempunyai perasaan, berjiwa
halus, emosi, bisikan kalbu dan curahan nurani. Belajar selami hati
dan perasaan mereka ini.

Yakini benar-benar bahawa anak-anak anda adalah unik. Yang cantik
adalah unik dan yang hodoh juga adalah unik. Yang pandai adalah unik
dan yang kurang menyinar pun adalah unik. Belai dan bangunkanlah ciri-
ciri keunikan anak-anak anda itu.

Ibubapa harus bijak untuk melihat dan mengenalpasti potensi yang ada
dalam diri anak-anak. Ramai ibubapa hanya mampu melihat potensi
lahiriah sahaja. Banyak lagi potensi yang tidak sedia terjelma
mempunyai ribuan kemungkinan akan terserlah pada suatu masa nanti.
Ibubapa harus memainkan peranan membantu menyerlahkan potensi anak-
anak itu.

Ingatlah bahawa sebarang kesilapan walau sekecil mana pun akan
mempunyai kesan dan padah yang tidak mungkin dapat dibayangkan.
Sesungguhnya anda melakukan sesuatu kezaliman seandainya ini berlaku
ke atas anak anda. Penyesalan pada hari muka tidak ada ertinya lagi.


Pendapat saya: Janganlah membeza bezakan anak anak kita...jika kita pun sebagai ibu bapanya tidak suka kepada anak sendiri, kepada siapalah anak kita hendak mengadu dan bermanja...jika itu yang terjadi kepada kita sewaktu kecil dahulu, jangan dibalas dendam itu kepada anak kita. Sesungguhnya memaafkan itu lebih baik jika kita mengetahuinya.

Jangan biarkan masa bersama anak di biar berlalu pergi tanpa kenangan indah. Spend your time to know your children. Never let them walk away from you alone. Or you just let the best thing in your life fade away.


Selasa, 14 Julai 2009

Darah Dan Personaliti Diri


Tahukah anda yang darah di dalam badan kita boleh menggambarkan personaliti? Baca seterusnya artikel di bawah:

(sumber: http://www.blogcatalog.com/search.frame.php?term=rahsia+personaliti&id=ea44e0cfc053cea7af4f389e3fd82ad5)

Adakah jenis darah yang mengalir dalam tubuh kita mampu menggambarkan personaliti sebenar diri kita sendiri? Menurut salah sebuah institut di Jepun, kajian yang dilakukan ke atas jenis-jenis darah yang mengalir di dalam tubuh manusia ternyata mampu memberi gambaran terdekat mengenai keperibadian individu itu sendiri. Lets check it out..


DARAH O
Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan. Sekiranya menginginkan sesuatu, anda akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya anda dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu anda juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri anda sendiri.Oleh yang demikian anda harus lebih bijak mengawal emosi diri anda agar tidak dikuasai dengan tekanan.


DARAH A
Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup anda. Anda gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan anda juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan. Anda bijak bergaul dengan individu di sekeliling dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan anda.


Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri anda itu melambangkan bahawa anda tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya anda agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat. Anda harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja anda itu, kesihatan diri pula yang terabai.


DARAH B
Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan anda. Anda lebih selesa dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula anda adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara. Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, anda lebih gemar melaksanakannya dengan cara anda sendiri. Anda adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri anda untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu.Anda adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap anda yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri anda dan sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Anda harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.


DARAH AB
Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini. Anda juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekeliling anda berasa selesa untuk berdampingan dengan anda. Anda juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria.


Namun ada satu perkara yang harus anda perbaiki dalam diri anda itu. Anda perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri anda sendiri.


Namun begitu, pada saya ini mungkin adalah salah satu faktor kecil sahaja yang mempengaruhi diri. Sebenarnya masih banyak lagi faktor faktor lain yang menyumbang kepada pembentukan personaliti diri...

Isnin, 13 Julai 2009

Makanan Di OLDTOWN WHITE COFFEE TIDAK HALAL



Pernah tak anda teringin nak melepak atau minum minum di kedai kopi kat atas ni? kan ni kedai kopi famous...ala ala cina skit la...macam ragu ragu nak masuk...tapi bila ada pekerja melayu dan bertudung, kita pun mesti jadi tak ragu ragu kan?.....Huuuiii...bahaya tu!!!! Pandai kan diorang ni...ambil pekerja melayu untuk tutup / mengaburi mata pelanggan... Macam mana dengan sijil halal yang dipaparkan...? Baca Artikel di bawah: (Sumber : http://ipohmalay.blogspot.com/2009/01/makanan-old-town-white-coffee-tidak.html )
"Old Town White Coffee dalam laman webnya menyenaraikan semua sijil yang diperolehinya termasuk sekeping sijil pengesahan halal oleh Majlis Agama Islam Perak untuk White Cafe Sdn. Bhd. pada produk KOPI, TEH DAN SERBUK MOCCHA SAHAJA. Sijil tersebut hanya laku pada Kopi Putih Pekan Lama yang berasal dari Pekan Lama di Ipoh.

Selain dari itu, TIADA SIJIL HALAL dikeluarkan untuk pemasaran makanan yang tersedia di situ. Anda boleh mencarinya jika ada.





Namun dengan sekeping sijil tu, pihak OTWC telah menggunakannya pada laman webnya tetapi jelas menyatakan bahawa sijil tersebut adalah untuk hidangan minumannya.
Siapa yang sanggup rugi dengan mengatakan "tiada sijil halal dikeluarkan untuk makanan kami"?Adakah hanya dengan meletak tanda NO PORK & LARD ( Tiada daging babi dan lemak babi ), ianya menjamin bahawa minyak haiwan yang dihasilkan dan kepingan daging dari Asia Timur serta ketul-ketulan ayam adalah bukan bangkai (tidak disembelih mengikut syarak)?
Mulai hari ini, anda YANG TIDAK TAHU, pasti akan merasa ragu untuk menikmati hidangan di Old Town White Cafe dan anda dinasihati untuk untuk menjauhi premis tersebut.
Bagi yang YANG TIDAK PEDULI, terpulang. Sebagai Ahli Sunnah Wal Jamaah (BUKAN SYIAH), saya perlu menasihati anda supaya jangan mendatangkan fitnah ke atas agama Islam.

Jumaat, 10 Julai 2009

Bag Names And Types

Do you know your bag type or name? If no, then u have to take a look at down here and hope that can get some ideas on world of bag...

(source: Jusco Pearl Megazine March 2009)

Quick Guide To The World Of Bags


Now You Can get clued in on what's What!

Tote:

An open -top bag with straps or handles.





Hobo Bag:


A crescent-shaped shoulder bag.




Duffle:


Tall shoulderbag, often with a wider opening on top.



Field Bag:

A flap-top shoulderbag with utility-type closure (buckles, snaps, etc)





Clutch:

A small, handheld bag or a larger, geometric shape that is tucked under the arm.




Satchel:

A large, handheld bag





Baguette:

Long and rounded shoulder bag resembling the namesake bread.





Messenger:

A large, soft shoulder bag with long straps (often worn across the body)





Cigar Box:


A small, boxy, hard bag.






Pouch:

A soft, small bag




Kelly bag:


A classic Hermes style named after Grace Kelly; a large, structured handbag with distinctive hardware closures.













Elakkan Beri Ubat Batuk,Selsema Pada Bayi Anda !

Adakah bayi anda sering selsema dan batuk? Selamatkah ubat yang kita beri pada bayi kita? Baca artikel di bawah sebelum anda beri lagi ubatan tersebut kepada mereka. Info ini penting untuk kita ketahui dalam membuat pertimbangan yang sewajarnya demi kesihatan anak anak kita..
(Sumber: http://www.malaysiakini.com/news/108137 )

Ubat batuk, selesema tidak sesuai budak bawah 2 tahun


Kebanyakan ubat batuk dan selesema tidak sesuai digunakan bagi kanak-kanak berumur bawah dua tahun, demikian penemuan terbaru Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) Kementerian Kesihatan.

Susulan itu, Bernama melaporkan, PBKD memutuskan untuk mengehadkan penggunaan produk untuk merawat batuk dan selesema bagi kanak-kanak, kata Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, Eisah A Rahman.

Amaran keselamatan seperti "Tidak sesuai digunakan di kalangan kanak-kanak yang berumur di bawah dua tahun" dan "Digunakan dengan berhati-hati dan mengikut nasihat doktor/ahli farmasi bagi kanak-kanak yang berumur di antara 2 hingga 6 tahun" wajib dinyatakan dengan jelas pada label dan sisipan bungkusan produk berkaitan, katanya dalam satu kenyataan.

Produk-produk terlibat adalah sediaan cecair melalui mulut yang mengandungi antihistamin (seperti Brompheniramine, Chlorpheniramine, Clemastine, Dexbropheniramine, Diphenhydramine, Pheniramine, Promethazine dan Triprolidine), antitusif (seperti Dextromethorphan dan Diphenhydramine) dan dekongestan (seperti Ephedrine, Phenylephrine dan Pseudoephedrine) yang digunakan untuk rawatan batuk dan selesema.

Eisah dipetik berkata produk sedia ada di pasaran berkemungkinan tidak mempunyai kenyataan amaran pada label produk mereka.

Tambah pegawai kanan kementerian itu, apabila memberi ubat batuk dan selesema kepada kanak-kanak yang berumur lebih daripada dua tahun, ibu bapa dan pengguna perlu mengikut aturan pemakanan yang dijelaskan.

Pengambilan ubat batuk dan selesema boleh membahayakan jika diberi melebihi dos yang disarankan, memberi terlalu kerap atau mengambil lebih satu jenis ubat yang mengandungi bahan aktif sama.

"Kebanyakan kandungan dalam persediaan ubat batuk dan selesema mengandungi campuran beberapa bahan ubat dan pemberian lebih daripada satu jenis ubat boleh menyebabkan dos yang berlebihan sekiranya tidak berhati-bati," Eisah dipetik berkata semalam.

Tambahnya lagi, demam biasa tidak memerlukan rawatan perubatan yang khusus, kerana kebiasaannya batuk dan selesema yang dialami kanak-kanak boleh sembuh dengan sendirinya.

"Selesema daripada jangkitan virus boleh ditangani dengan rehat, pengambilan air yang mencukupi dan mementingkan keselesaan pesakit," katanya seperti dilaporkan.

Bagaimanapun, kata Eisah, jika simptom berlarutan dan semakin teruk atau tidak menunjukkan tanda-tanda pulih atau disertai dengan demam, mukus pekat dan kahak, pengguna perlu mendapatkan nasihat doktor.


Khamis, 9 Julai 2009

Kaki Bentuk Kasut



(Source:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0705&pub=Kosmo&sec=Kesihatan&pg=ke_01.htm )


Apabila kerap memakai kasut tumit tinggi yang bermuncung tirus, jari-jari kaki akan merapat dan membentuk bonjolan.

--------------------------------------------------------------------------------


DENGAN usia menginjak awal 50-an, keadaan jari kaki Salmah tidak seperti dahulu lagi. Bukan disebabkan oleh tubuhnya yang semakin berisi, sebaliknya perubahan bentuk fizikal pada jari kakinya.

Ibu jari kaki kanannya yang sebelum ini lurus kini mula merapat ke kanan sehingga menindih jari kedua. Ruang antara jari-jari kecil kaki pula semakin menyempit.

Di bahagian luar ibu jari kakinya pula, satu bonjolan keras seakan tulang terbentuk. Pada mulanya Salmah menganggap perubahan ini berlaku disebabkan faktor usia, namun bonjolan itu sering luka dan berterusan membengkak.



HALLUX VALGUS ialah satu kecacatan




Sebenarnya, apa yang dialami Salmah bukan satu anomali perubatan malah ia kerap berlaku pada kebanyakan wanita lain.
Menurut Pakar Bedah Kaki dan Pergelangan Kaki, Dr. Khairul Faizi Mohammad, apa yang dihadapi Salmah adalah sejenis kecacatan yang dikenali sebagai Hallux valgus.


"Keadaan ini biasanya dikaitkan dengan tekanan terhadap bahagian sisi ibu jari kaki yang dipanggil bunion. Ia berisiko menjadi lebih serius bila bahagian sisi jari kaki bergeser dengan kasut.
"Apabila kerap memakai kasut tumit tinggi yang bermuncung tirus, jari-jari kaki akan merapat. Ditambah dengan bebanan yang perlu ditampung pada bahagian hadapan kaki apabila berdiri lama, tulang di bahagian itu berisiko untuk dibentuk mengikut acuan kasut.


"Lama-kelamaan ibu jari kaki akan merapat ke arah jari kecil dan berputar. Bunion pula akan bertambah besar dan mengeras.
"Seperti yang dialami Salmah, jari kecil akan saling merapat sehingga tiada ruang antara jari. Keadaan ini bukan sahaja menyakitkan malah bagi sesetengah orang, mereka mudah terkena serangan kulat air kerana kaki mereka sentiasa basah," katanya.
Kecacatan ini boleh juga terjadi semasa kanak-kanak kerana 72 peratus keadaan ini boleh diwarisi daripada ibu.
"Tetapi kebanyakan kes bunion terjadi atas faktor pemakaian kasut bertumit tinggi dan sempit di hadapan," jelas Khairul.


Maka tidak hairanlah 90 peratus penghidap kecacatan ini adalah golongan wanita. Mula membentuk simptom pada usia akhir 30-an, keadaan akan bertambah serius sekiranya tidak dirawat.
Secara umum, kecacatan Hallux valgus terjadi dalam dua hingga empat peratus populasi sesebuah negara. Peratusan ini adalah sama untuk populasi yang memakai kasut dan berkaki ayam.
Walau bagaimanapun, peratusan ini meningkat kepada 48 peratus bagi mereka yang memakai kasut bertumit tinggi dan bermuncung kecil.


Bagaimana mengelak Hallux valgus?


Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil pada peringkat awal untuk melambatkan proses kecacatan ini.
"Elakkan daripada memakai kasut bertumit tinggi dan kasut yang bermuncung tirus. Bagi mereka yang berkaki leper atau tapak kaki rata, plantar orthosis yang melengkung perlu digunakan bagi memberi sokongan kepada kaki," ujar Khairul.
Seeloknya, kasut yang bermuncung lebar yang menyamai saiz sebenar hujung kaki perlu menjadi pilihan setiap kali anda membeli kasut.


Kasut yang diperbuat daripada kulit yang lembut pula memberi jaminan keselesaan kerana ia boleh dibesar dan dilebarkan berbanding kasut yang diperbuat daripada material lain.
"Bagi mereka yang mempunyai masalah Hallux valgus, satu perkara yang perlu diingat, elakkan kasut yang mempunyai kelim atau jahitan yang bila dipakai akan terkena bahagian bunion.
"Geseran ini bukan sahaja membengkakkan bonjolan malah melukakannya. Untuk mengurangkan bengkak, letakkan ais di kawasan tersebut," beritahu Khairul.


Hanya ada satu cara untuk menghilangkan Hallux valgus iaitu pembedahan. Terdapat 110 jenis pembedahan yang boleh dilakukan untuk mengembalikan kaki pada keadaan normal.
Namun, tidak ramai yang tampil untuk merawat kecacatan ini kerana pada anggapan mereka ia bukan sejenis penyakit kritikal dan mereka tidak akan mati kerananya



Selasa, 7 Julai 2009

Malas Dengan Rangkaian Kecantikan?

Anda semua nak cantik? Tapi malas betul nak pakai itu ini kan? Yelah...mana la ada banyak masa untuk tujuan tu...pagi dah terkocoh kocoh bersiap ke pejabat. Dalam pada nak pakai bedak, anak dah guling guling mintak dukung, malam...hmmm..lepas penat masak dan makan serta solat, kekadang tertidur tak sedarkan diri...waduh waduh..tu juga la yang terjadi kat saya yang berumur 28 tahun dan beranak 2 orang ni..

Setelah penat jelajah internet ni akhirnya saya jumla la satu produk...produk ni satu dan dia tunggal saja...merangkumi pembersih, penyegar, scrub, toner, krim pencerah siang malam,bedak asas, krim jerawat,jeragat dan anti penuaan...Hmmm...tak caya? Dan yang penting, tak der bahan kimia dan tak perlu basuh..Menarik kan? Teruskan membaca...artikel seterusnya saya ambil dari http://ecpiwater.wordpress.com/2009/04/09/ecpi-anggun/

(sumber : http://ecpiwater.wordpress.com/2009/04/09/ecpi-anggun/)



ECPI Anggun diformulasikan dengan menggunakan inovasi teknologi spacetime (gabungan teknologi jisim dan inovasi teknologi tenaga gelombang) yang menggabungkan keseluruhan elemen dandanan dan perawatan kecantikan di dalam satu produk sahaja. ECPI Anggun menggabungkan 85 jenis bahan yang terdiri daripada herba terpilih, sari buah-buahan, multivitamin serta dipertenagakan dengan ribuan tenaga gelombang dari bahan-bahan yang telah diperakui kehebatannya bagi di dalam penjagaan dan perawatan kecantikan. Inovasi teknologi ini menjadikan ECPI Anggun sebagai produk pelbagai guna yang memenuhi keperluan kehidupan masakini.






Fungsi ECPI Anggun

Dandanan Kecantikan
ECPI Anggun produk lengkap yang menjadikan proses dandanan sangat mudah. Sesuai untuk kehidupan masakini.
Pembersih Muka
Bertindak memerangkap serta menyerap kotoran serta minyak pada kulit muka dengan cara yang sangat berkesan. Menjadikan kulit kelihatan bersih dan segar.


Skrub
Bertindak sebagai skrub bagi menanggalkan sel-sel kulit mati serta menghalus dan melicin kulit.


Pelembab
Kombinasi bahan semulajadi dengan tenaga gelombang bertindak meransang fungsi kulit bagi mengawal kelembapan kulit secara semulajadi


Penyegar
ECPI Anggun bertindak mengembalikan serta mengekalkan keremajaan kulit anda. Membina keanjalan kulit agar sentiasa segar dan sihat sepanjang masa.


Bedak Asas
Bahan-bahan yang digunakan juga dirumuskan bagi menghasilkan bedak asas secara semulajadi. Gosok perlahan-lahan secara berterusan dan ia akan menimbulkan kesan yang meratakan warna kulit muka anda secara semulajadi.


Perawatan Masalah Kulit
ECPI Anggun kaya dengan bahan serta tenaga gelombang yang dapat membantu mengatasi semua permasalah berkaitan kulit
1. Membantu mengatasi masalah jangkitan virus
2. Membantu mengatasi masalah jangkitan bakteria
3. Membantu mengatasi masalah jangkitan fungus
4. Membantu mengatasi masalah alergi
5. Membantu mengatasi masalah gigitan serangga
6. Membantu mengatasi masalah resdung
7. Membantu mengatasi masalah gatal-gatal kulit
8. Membantu mengatasi masalah panau
9. Membantu mengatasi masalah kurap
10. Membantu mengatasi masalah jerawat
11. Membantu mengatasi masalah jeragat
12. Berperanan sebagai agen anti ageing
13. Mengurangkan garis-garis kedutan
14. Meiembutkan dan melicinkan kulit
15. Meningkatkan keanjalan kulit
16. Melindungi kulit dari pancaran matahari
17. Menegangkan kulit
18. Mencerahkan kulit
19. Menanggalkan kulit mati
20. Menghilangkan kesan parut
21. Melancarkan perjalanan darah
22. Meransang fungsi kulit
23. Mengembalikan keseimbangan fungsi kulit
Harga sebotol ECPI Anggun Pesona ialah RM89.90


Saya dah guna dah...dah hampir 2 bulan. Memang mudah sangat, cuma goncang sebelum guna dan titiskan beberapa titik ke tapak tangan sebelum sapu ke muka. Mula mula guna memang pedih, gatal...rasanya pun agak masin. Mungkin disebabkan kandungan garamnya. Tapi lepas gua beberapa minggu, dah tak rasa camtu lagi...tapi buka cam rasa macam pakai produk pengelupasan. Tak ada rasa terbakar...kena matahari pun tak rasa apa...

Tapi lepas sebulan saya pakai, saya rasa kulit semakin ok (tak kusam) jerawat walaupun ada tapi tak la mengganggu...yang jelas muka jadi berseri...hubby pun perasan...so saya rasa ok lah kalu saya introduce product ni kat semua. Tapi pantang product ni jangan dekatkan ia dengan peralatan elektronik dan cahaya matahari...

so kengkawan yang berminat boleh berhubung dengan saya atau beli di pusat2 jualan Gresundheit atau ke http://ecpiwater.wordpress.com/

Selamat mencuba....


Spring Clean Your Vanity Case

(Source: Jusco Pearl Magazine - March 2009 )

Did you know your favorite blush comes with an expiry date? Before you think about putting that blush on, take a quick read here to find out when you should bid farewell to some of your favorite make-up items.

Here to think about: Make-up that has been kept too long is actually best breeding ground for bacteria. Make-up is made up of various ingredients, and just like everything else, these ingredients have a use-by date.



Not only that, if you continue using it, it can actually create havoc on your skin (think breakout and rashes).

What exectly is the lifespan of each cosmetic product you own? Here is our quick guide for you:
Foundation And Face Powder
Lifespan: SIX MONTH TO TWO YEARS
take a look at its texture, if it is oily and thick then it is time to get rid of it.
Eyeliner
Lifespan: SIX MONTH
Eyeshadow
Lifespan: TWO YEARS
But if you use cream eyeshadows, it can only last up to six month. Always change the applicator, as that is where bacteria will gather the most.
Lipstick And Lip Gloss
Lifespan: TWO YEARS
But dont expect the colour to remain the same. it wont look as fresh on your lips as it was the first day you brought it.
And like mascara, dont pump air into your lip gloss as this will promote bacteria breeding.
Blush
Liafespan: UP TO TWO YEARS
You can keep it to two years because of its powder form. Using the creammy one, you can keep it tops for one year. Assuming you are using your fingers to apply, this will cause acceleration in bacteria building.
Three Ways To Know If Your Make-Up Off :
Scent - if it smell like mold or fungus, toss away immediately
Date - Most products come with an expiration date. Pay attention to it.
Storage - Are you the type to leave your make-up averywhere? Beware of the bacteria. Some products are also sensitive to heat, cold and light. Products like these can easily go bad if exposed to the sun.






















































Khamis, 2 Julai 2009

Lagi Berkenaan Perubatan Elektronik

Hari ini saya nak kongsikan dengan para pembaca berkenaan dengan Perubatan Elektronik. Setelah mendapat kebenaran dari Dr (EM) Zulkarnain Bin Sulaiman MD (Open International University) untuk menyiarkan artikel beliau di dalam blog saya, maka pun tanpa berlengah dan sungguh teruja, telah mengkompilasikan artikel artikel beliau berkenaan perubatan elektronik. Selebihnya pembaca kena baca sendiri di blog beliau (http://kumpulanperubatanelektronikterengganu.blogspot.com). Beliau juga sudi untuk menjawab kemusyukilan pembaca.

Berikut adalah kompilasi artikel beliau:
(sumber : http://kumpulanperubatanelektronikterengganu.blogspot.com)

(Terima kasih Dr (EM) Zulkarnain Bin Sulaiman)

Satu-satunya kaedah rawatan terkini yang menggabungkan semua jenis perubatan moden, tradisional, holistik dan sains theo fizik moden dalam usaha menyembuhkan semua jenis penyakit serta mengembalikan kesihatan secara semulajadi menurut fitrah kejadian manusia.

Sangat berkesan - Tanpa dadah - Tanpa Steroid - Tanpa bahan toksik
- Tanpa bahan kimia - Tanpa kesan sampingan - Bersih - Suci - Halalan Thoyyiba

Apa itu Perubatan Elektronik?

Perubatan elektronik merupakan kaedah perubatan terkini yang dihasilkan melalui proses 'Electromagnetic Coding' ke atas bahan-bahan yang diperlukan bagi merangsang dan memperbaiki sistem organ yang meliputi sistem psikologi, saraf, tulang, otot, limpatik, pernafasan, penghadaman, peredaran darah, perkumuhan, endrokrin, pembiakan dan sistem otak.

Serangan penyakit atau gangguan terhadap fungsi organ juga ditunjukkan melalui gangguan terhadap 'Wave Patten' dan 'Wave Lenght' sesuatu organ.

Bahan-bahan yang diperlukan bagi merangsang fungsi organ dan gelombang sesuatu penyakit dikodkan secara 'Electromagnetic Coding' bagi digunakan samada di dalam bentuk 'Constructive Wave Interference' atau 'Destructive Wave Interference'

Bagaimana Perubatan Elektronik Mengembalikan Kesihatan Menurut Fitrah Manusia

Di dalam tubuh manusia terdapat racun dan penawar terhadap segala penyakit bagi memastikan kesihatan tubuh badan. Kesemuanya ini dikawal oleh 'Central Nerve System' (CNS) yang bertindak mengawal dan mentadbir perjalanan kesihatan tubuh badan seseorang.

Contohnya apabila tangan kita terluka, 'Central Nerve System' (CNS) akan menghantar maklumat kepada organ yang berkaitan untuk membekukan darah di kawasan tersebut.
Keupayaan sistem tubuh badan merawat diri sendiri, bertepatan dengan fitrah kejadian manusia. Di mana, manusia adalah makhluk Tuhan yang diciptakan dengan sebaik-baik kejadian dalam keadaan serba lengkap.

Walaubagaimanapun, dengan pengambilan makanan yang mengandungi bahan kimia dan toksik, udara yang dipenuhi partikel, pencemaran udara yang berluasa, lubang ozone yang dikatakan membesar dilangit, pelbagai radiasi, sayur-sayuran dan buah-buahan yang disuburkan dengan bahan kimia, kandungan klorin yang tinggi di dalam air, malahan pelbagai vitamin yang kebanyakannya adalah bersifat sintetik dan bukan dari makanan semulajadi serta kurangnya rangsangan terhadap penawar di dalam badan, menyebabkan daya ketahanan sensitiviti 'Central Nerve System' menjadi lemah. CNS yang lemah dan kadar toksid yang tinggi menyebabkan organ gagal mengeluarkan enzim yang mencukupi bagi menyahkan bahan berbahaya yang ada di dalam badan.

Beza Perubatan Biasa (berasaskan jisim)

1. Menggunakan teknologi yang berasaskan ilmu biologi dan kimia
2. Hubungan yang terpisah di antara jasmani dan rohani
3. Menahan dan membenam penyakit
4. Merawat simtom penyakit
5. Menggunakan konsep `Stationary Interference’ dan `Constructive Interference’
6. Menggunakan bahan atau jisim yang dipercayai mampu merawat sesuatu penyakit.
7. Peningkatan tenaga yang diperlukan bergantung kepada jumlah jisim yang digunakan.
8. Penggunaan bahan mengandungi bahan kimia, steroid atau bahan yang mempunyai unsur unsur tersebut.
9. Bertindakbalas melalui proses osmosis

Beza perubatan Elektronik

1. Menggunakan teknologi berasaskan ilmu sains Theo Fizik
2. Rawatan terhadap sesuatu penyakit mengambil kira keseluruhan aspek jasmani dan rohani.
3. Mengeluarkan dan membongkar penyakit
4. Merawat punca penyakit
5. Menggunakan konsep Constructive Interference And Destructive Interference serta Damping Off
6. Menggunakan tenaga gelombang ‘Electromagnetic’ sesuatu remedi dan kod penyakit
7. Peningkatan sesuatu tenaga boleh dilakukan tanpa melibatkan penggunaan jisim
8. Tidak mengandungi bahan kimia atau bahan yang mempunyai unsure unsur tersebut.
9. Tidak mempunyai kesan sampingan
10. Bertindak melalui proses `Potential Difference’
(OPAM Machine)
Mengapa perlu beralih kepada Perubatan Elektronik

Kerana Perubatan Elektronik tidak menggunakan sebarang dadah, steroid, bahan toksik dan bahan kimia yang boleh mendatangkan kesan sampingan.

Penggunaan bahan kimia, steroid atau dadah dalam perubatan hanya untuk menahan sakit sesuatu penyakit dan hanya tertumpu kepada pemulihan terhadap simptom sesuatu penyakit tanpa merawat punca penyakit tersebut.

Penggunaan bahan kimia, steroid, dadah atau bahan bertoksid juga akan menyebabkan gangguan terhadap 'Central Nerve System' (CNS) yang akan mengakibatkan kemunculan penyakit baru (kesan sampingan) akibat kegagalan 'Central Nerve System' (CNS) di dalam mengawal fungsi organ dengan baik.
Sebaliknya, Perubatan Elektronik pula bertindak merangsang 'Central Nerve System' (CNS) bagi mengaktifkan dan merawat fungsi organ serta meningkatkan sistem imun tubuh badan secara semulajadi.

Pendekatan Perubatan Elektronik lebih kepada mengeluarkan toksid dan penyakit yang terdapat di dalam badan seorang pesakit, dengan membunuh akar umbi sesuatu penyakit tersebut.
Perubatan Elektronik juga laksana scanner yang mampu mengesan penyakit yang telah lama terpendam mahupun penyakit yang mendatang.

Rabu, 1 Julai 2009

Merancang Keluarga - IUD

(sumber: http://www.geocities.com/alam_penyakit/KaedahAlatInstrauterinIUD.htm#Kaedah%20pencegah%20kehamilan )

Kaedah Alat Instrauterin (IUD)

Kaedah-kaedah pencegah kehamilan merupakan satu keperluan penting bagi merancang saiz dan masa yang tepat untuk mendapatkan anak. Ini adalah penting terutama bagi mereka yang baru bersalin atau mempunyai masalah kesihatan mengandung untuk mengelak dari mengandung. Salah satu cara mencegah kehamilan adalah dengan penggunaan Alat Instrauterin (IUD).

Alat Instrauterin (IUD) ini merupakan satu alat diperbuat dripada plastik berbentuk `T' dan dimasukkan ke dalam uterus oleh doktor. Terdapat dua benang halus pada satu hujung yang tergantung kearah serviks. Wanita boleh merasai benang alat Instrauterin (IUD) melalui pemeriksaan sendiri. (Sila berbincang dengan doktor anda.) Benang ini berfungsi untuk pemeriksaan bagi memastikan alat IUD masih berada di dalam keadaan yang betul dan tidak tertanggal atau jatuh. Benang ini juga digunakan untuk menarik alat IUD keluar apabila tidak lagi diperlukan.


Alat Instrauterin (IUD) adalah alat fleksibel yang mengganggu pergerakan sperma dalam ruangan uterin. Alat Instrauterin (IUD) bertindak dengan membuatkan badan menyangka terdapat bayi di dalam kandungan. Ini menghalang berlakunya kesuburan dan juga menghalang benih melekat pada dinding rahim.
Terdapat dua jenis IUD iaitu:-


Paragard Copper T 380A yang melindungi terhadap kehamilan selama 10 tahun. Terdapat lilitan dawai tembaga pada lengan "T". Paragard Copper T 380A boleh dikeluarkan oleh wanita pada bila-bila masa yang dikehendaki. Selepas 10 tahun, Paragard Copper T 380A perlu dikeluarkan oleh doktor terlatih.
Progestasert Progesterone berbentuk "T" yang perlu diganti setiap tahun. Progestasert Progesterone mengandungi hormon progestin yang dibebaskan secara perlahan-lahan.

Bagaimana IUD berfungsi.

Apabila IUD berada dalam kedudukan yang betul, kemungkinan untuk mengandung menjadi tipis. Kenapa ini terjadi tidaklah difahami sepenuhnya, tetapi kemungkinannya IUD itu membuat badan menyangka terdapat janin dan akan bertindak balas untuk menghentikan proses persenyawaan yang baru. Selain itu kemungkinan IUD menyebabkan telur bergerak pada kadar berlainan oleh itu menghalang proses persenyawaan.

Dawai tembaga pada T tembaga mungkin toksik kepada sperma olehitu menghalang sperma daripada sampai kepada telur. Dengan IUD Progestasert, hormon yang dibebaskan meningkatkan lendiran serviks dengan itu menghalang pergerakan sperma. IUD juga mengubah dinding rahim menyebabkan telur yang disenyawakan gagal melekat pada dinding rahim.

Alat IUD berfungsi dalam pelbagai cara. Tiada siapa yang faham sepenuhnya bagaimana alat IUD berfungsi untuk mencegah kehamilan. Maklumat di atas menjelaskan bagaimana alat IUD berfungsi mengikut kefahaman pada masa kini.


Pemasangan alat IUD
Untuk menggunakan IUD seseorang perlu mengikut langkah berikut :-

Pergi berjumpa doktor untuk pemeriksaan untuk memastikan samada selamat bagi anda menggunakan IUD. Anda akan ditanya mengenai sejarah perubatan dan diperiksa termasuk ujian bagi sesetengah penyakit kelamin.

Doktor akan memastikan masa yang sesuai untuk pemasangan IUD. Alat IUD boleh dipasang bila-bila masa asalkan anda tidak mengandung. Sesetengah doktor lebih gemar memasang IUD ketika masa haid untuk memastikan wanita tidak mengandung. Tambahan lagi, serviks lebih renggang pada masa ini, dan meletakkan alat IUD lebih mudah bagi wanita. Sesetengah yang lain gemar memasang pada pertengahan bulan kerana ini mengurangkan risiko jangkitan. Serviks juga lebih terbuka pada pertengahan kitaran bulan ketika masa subur. Sebaik sahaja IUD diletakkan, anda mungkin mengalami kekejangan atau merasa pening. Untuk beberapa bulan pertama, adalah normal untuk berhadapan dengan haid yang tidak menentu, pendarahan haid yang lebih banyak, atau merasa pening.

Anda harus sering memeriksa benang IUD sebelum melakukan hubungan dan selepas habis haid. Anda juga perlu memeriksa benang IUD sekiranya mengalami kekejangan luar biasa ketika haid. Gunakan jari yang bersih untuk memeriksa benang IUD berhampiran dengan serviks. Pada pertengahan kitaran haid, serviks mungkin berada pada kedudukan lebih tinggi, dengan itu lebih sukar diperiksa. Sekiranya kedudukan benang tidak berubah, IUD berada dalam kedudukan yang betul. Sekiranya anda gagal merasai benang atau merasa plastik, alat IUD mungkin terkeluar dari kedudukannya dan anda boleh hamil. Amat jarang alat IUD terkeluar daripada rahim tanpa disedari. Sekiranya anda merasa IUD terkeluar, anda dinasihat untuk mengelakkan daripada melakukan hubungan seks sehingga diperiksa. Sekiranya tidak, gunakaedah mencegah kehamilan yang lain.

Berjumpa dengan doktor untuk mengeluarkan IUD sekiranya :-

Tamat tempoh masa :-

10 tahun bagi Paragard Copper T 380A
1 tahun untuk Progestasert Progesterone
Anda mengandung atau ingin mengandung.
Anda ingin berhenti memakai IUD.
Berjumpa doktor sekiranya anda mendapat tanda-tanda amaran :-

Kesan sampingan

Setiap IUD mempunyai kesan sampingan yang berlainan. Kesan sampingan bagi Paragard Copper T 380A adalah :-


Haid yang lebih lama, lebih banyak, atau tidak menentu. Keadaan ini boleh membawa kepada masalah kekurangan darah "anemia".
Kekejangan masa haid yang menyakitkan.

Kesan sampingan bagi IUD Progestasert Progesterone adalah :-


Haid tidak menentu, atau pendarahan yang ringan antara tempoh haid. Keadaan ini disebabkan oleh hormon progestin.
Kekejangan masa haid yang menyakitkan. Bagaimanapun IUD Progestasert Progesterone sering mengurangkan kehilangan darah haid dan kekejangan.

Masalah penggunaan Alat Instrauterin (IUD)
Terdapat beberapa masalah yang boleh berlaku disebabkan oleh penggunaan IUD termasuk :-


Jangkitan atau keradangan pelvik.
Ia biasanya berlaku pada beberapa minggu pertama pemasangan. Ini biasanya disebabkan oleh penyakit kelamin yang sediaada ketika IUD dipasang. Keadaan ini perlu dirawat dengan teliti. Sekiranya tidak dirawat ia boleh mengakibatkan kemandulan atau lebih teruk lagi mengakibatkan kematian.

Bocor atau koyak pada rahim atau serviks.
Masalah ini berlaku ketika pemasangan dan yang amat jarang berlaku.
Penyingkiran IUD.
Tanda IUD terkeluar termasuk cecair faraj, sakit atau kekejangan pada perut, haid tidak menentu, perbezaan pada panjang benang IUD, dan Alat IUD dapat dikesan pada serviks.

Keguguran
Sekiranya seseorang wanita mengandung ketika pemasangan IUD, terdapat peluang sebanyak 50% keguguran.

Mengandung luar rahim "Ectopic Pregnancy"
Wanita yang memakai IUD berkemungkinan berhadapan dengan mengandung luar rahim "Ectopic Pregnancy" sekiranya dia mengandung berbanding dengan wanita yang tidak memakai IUD.


Tanda-tanda amaran.


Tanda-tanda amaran mengenai masalah pemakaian IUD adalah seperti berikut :-


Lambat haid, pendarahan haid tidak menentu atau banyak yang tidak normal (mungkin disebabkan oleh mengandung atau jangkitan.)
Sakit perut, sakit ketika melakukan hubungan seks (mungkin disebabkan jangkitan mengandung luar rahim "ectopic pregnancy infection"
Rasa kurang sihat, demam, sejuk (kemungkinan jangkitan)
Tali IUD hilang atau berubah panjangnya. (kemungkinan IUD hilang, atau beralih kedudukan.)

Terdapat beberapa sebab apabila doktor akan menasihatkan untuk mengelak penggunaan IUD. Kebanyakannya bersangkut paut dengan keradangan pelviks (PID) ketika beberapa bulan awal selepas pemasangan. Ini termasuk :-


Penyakit kelamin semasa atau yang lalu, atau jangkitan pelviks atau masalah sejarah mengandung luar rahim yang lalu.
Faktor risiko jangkitan penyakit kelamin seperti jumlah pasangan hubungan seks juga dipertimbangkan oleh doktor. Sekiranya wanita mempunyai rancangan untuk mengandung pada masa hadapan, doktor mungkin menyarankan kaedah yang lain. Ini disebabkan sekiranya berlaku radang pelvik, kemandulan mungkin berlaku.
Selain itu sekiranya wanita normal telahpun berhadapan dengan masalah pendarahan, sebab sebenar pendarahan perlu dikenal pasti sebelum pemasangan IUD.

Memastikan keberkesanan IUD.

Dianggarkan 0.8 bagi pengguna Paragard Copper T 380A dan sehingga 2 peratus bagi pengguna Progestasert Progesterone IUD akan mengalami kehamilan yang tidak dirancang dalam tahun yang pertama. Selain itu terdapat kegolongan kecil wanita yang berhadapan dengan masalah pendarahan haid disebabkan oleh penggunaan Alat Instrauterin (IUD).

Untuk memastikan kaedah IUD berkesan pemakainya digalakkan untuk mengambil langkah seperti berikut :-

Sering memeriksa benang IUD
IUD perlu ditukar mengikut jadual yang disyorkan.
10 tahun bagi Paragard Copper T 380A
1 tahun untuk Progestasert Progesterone
Pantau sebarang tanda jangkitan terutama pada beberapa bulan pertama.

Kelebihan dan kekurangan IUD.

Ada yang gemarkan penggunaan IUD disebabkan :-

Tidak menghalang hubungan seks.
Berkesan untuk menghalang kehamilan.
Mudah digunakan dan tahan sehingga 10 tahun bagi Paragard Copper T 380A

Ada yang tidak gemarkan kaedah IUD disebabkan :-

Boleh menyebabkan pendarahan yang lebih banyak
Boleh menyebabkan masalah kesihatan yang mengakibatkan kemandulan.
Tidak menghalang daripada penyakit kelamin.
Memerlukan pengawasan doktor ketika pemasangan dan pengeluaran IUD.

Penggunaan Alat Instrauterin (IUD) tidak mampu menghalang daripada jangkitan penyakit kelamin. Penggunaan Alat Instrauterin (IUD) hanyalah bertujuan untuk merancang kehamilan semata-mata.
Bagi wanita yang tidak sesuai menggunakan Alat Instrauterin (IUD), masih terdapat cara-cara lain bagi mengelakkan kehamilan yang tidak dirancang. Anda perlu berbincang dengan doktor agar dapat memastikan kaedah yang digunakan bersesuaian dengan diri anda.

Kaedah Merancang Keluarga


(sumber : http://www.geocities.com/alam_penyakit/KaedahPencegahKehamilan.htm )

Kenapa merancang kehamilan bayi anda.

Kaedah pencegah kehamilan merupakan satu keperluan penting bagi merancang saiz dan masa yang tepat untuk mendapatkan anak. Ini adalah penting terutama bagi mereka yang baru bersalin atau mempunyai masalah kesihatan mengandung untuk mengelak dari mengandung. Selain itu apabila seseorang mencapai usia akhir baligh sekitar 10 tahun bagi wanita, ini beerti dari segi biologi tubuh mereka telahpun bersedia untuk berfungsi sepenuhnya untuk mengandung dan melahirkan anak.

Bagaimanapun mengandung terlalu awal dikatakan boleh menambah risiko mendapat barah pangkal rahum. Selain itu mungkin terdapat wanita yang telahpun berkahwin tetapi masih ingin menumpukan kepada karear mereka dan belum bersedia untuk menimang cahaya mata. Bagaimanapun adalah perlu diingat bahawa mengandung terlalu lewat, melebihi umur 40 tahun, meningkatkan komplikasi kepada bayi seperti penyakit Sindrom Down "Down Syndrome". Sekiranya masih hendak mengandung, berbincanglah dengan doktor anda dengan teliti.

Wanita yang terlalu kerap bersalin turut berhadapan dengan risiko mendapat masalah penyakit reput tulang (Osteoporosis) apabila usia telahpun lanjut, terutama dikalangan mereka yang tidak mengambil kalsium yang secukupnya ketika mengandung.


Kaedah mencegah kehamilan.

Terdapat pelbagai jenis kaedah pencegah kehamilan yang berada di pasaran bergantung kepada keperluan dan kesesuaian dengan pengguna. Pada masa kini, kebanyakan kaedah pencegah kehamilan lebih khusus kepada wanita. Sungguhpun begitu, amat penting bagi kedua-dua pasangan untuk bersama-sama memahami kaedah pencegah kehamilan dan keberkesanannya agar kaedah pencegah kehamilan dapat digunakan dengan berkesan. Penggunaan kaedah pencegah kehamilan yang tidak betul mengurangkan lagi keberkesanannya. Kedua-dua pasangan juga perlu menyedari bahawa walaupun dengan penggunaan kaedah pencegah kehamilan yang betul masih terdapat risiko berlakunya kehamilan.

Selain itu, kebanyakan kaedah pencegah kehamilan juga tidak dapat menghalang penyebaran penyakit kelamin. Oleh itu hubungan rambang hendaklah dielakkan sebagaimana dituntut dalam ugama. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan, remaja melayu merupakan jumlah paling ramai yang hamil diluar nikah. Ini mungkin disebabkan mereka jahil akibat yang akan berlaku disebabkan perbuatan mereka seperti masalah kehamilan atau masalah penyakit kelamin. Maklumat yang diberikan diharap akan membolehkan mereka membuat keputusan yang sewajarnya.

Diantara jenis-jenis kaedah pencegah kehamilan yang terdapat dipasaran adalah seperti berikut :-

Alat Instrauterin (Intra-Uterine Device - IUD)

Diafram

Bahan Pembasmi Sperma "Spermisida"

Implan `Norplant'

Kaedah semula jadi (Natural Family Planning)

Kondom

Pembedahan Bilateral Tubal Ligation



Pembedahan Vasectomy

Pil Perancang Keluarga "Kontraseptif"

Span (Sponge)

Suntikan Progestin dan Progesteron

Tudung servik (Cervital Cap)

Amatlah penting anda berbincang dengan doktor tentang penggunaan kaedah yang bersesuaian dengan usia, dan rancangan berkeluarga anda. Sesetengah kaedah merancang keluarga tidak dapat diubah kembali seperti pembedahan Bilateral Tubal Ligation, atau pembedahan Vasectomy. Sesetengah kaedah merancang keluarga seperti IUD, atau Diafram mempunyai jangka masa terhad dan perlu dibuka setelah tamat tempoh. Penyalahgunaan dan menggunakan kaedah tersebut melebihi tempoh yang ditetapkan akan menimbulkan kerumitan "komplikasi" pada masa akan datang apabila anda merancang untuk menimang anak.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails