ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.
Bahan yang saya baca daripada penulis blog Change Your Mind And Change Your Life ini membuat saya terpanggil untuk berkongsi secara ringkas beberapa fakta menarik yang terkandung dalam artikel ini. Semoga bermanfaat dan dapat disesuaikan dalam konteks kehidupan seharian kita.
Jika anda memulakan suatu tabiat baru, (contoh : berhenti merokok, mula bersenam) jangan beritahu diri anda( minda sedar) bahawa anda terpaksa lakukan perubahan itu seumur hidup tetapi anda hanya perlu lakukan perubahan itu selama 21 hari.
Jika anda memberitahu diri anda bahawa perubahan ini perlu dilakukan seumur hidup, banyak perkara yang anda pertimbangkan dan kebiasaanya membawa kepada perasaan ragu-ragu. Perasaan ragu-ragu ini selalunya merencatkan setiap tindakan yang anda akan ambil.
Selepas 21 hari, tabiat baru dan rutin baru akan terbentuk dan minda sedar anda akan dapat membuat pertimbangan yang lebih jelas dan wajar.
Jadi mulai esok, jika ada perubahan yang perlu anda lakukan, cuba secara istiqamah selama 21 hari. Dan lihat sendiri hasilnya.
MASLINA BT BAHTUN
PEGAWAI PSIKOLOGI
Politeknik Seberang Perai
Tiada ulasan:
Catat Ulasan