Assalamualaikum dan salam sejahtera.
“Sayang menarik sayang, benci menarik benci” –Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah.
Setiap individu yang wujud didunia ini mempunyai kualiti yang sangat berbeza antara satu sama lain. Seharusnya tugas kita adalah untuk saling melengkapi. Acapakali dalam meniti kehidupan seharian kita menjadikan kelemahan orang lain itu sebagai suatu kehebatan buat kita. Namun bukankah lebih manis jika setiap kelebihan yang kita miliki kita jadikan amanah untuk membantu mereka yang lemah?. Dengan belajar untuk melengkapi orang lain, mudah-mudahan diri kita menjadi lengkap.
Jika ada yang membuat kesalahan maafkanlah dia, jangan membenci…..
Jika ada yang jahil bimbinglah dia, jangan menjauhkan diri….
Jika ada yang menyakitkan hati bersabarlah, jangan saling mengeji…..
Doakanlah setiap insan yang acapkali menguji kesabaran diri, kerana kita jarang mampu membenci orang yang kita doakan…
Orang yang mencintai ketidaksempurnaan orang lain adalah insan yang paling sempurna hidupnya. Hari ini saya masih belajar untuk menjadi sempurna, InsyaAllah, semoga perkongsian ini dapat menjadikan kita semua insan yang menuju kesempurnaan.
MASLINA BT BAHTUN
PEGAWAI PSIKOLOGI
Politeknik Seberang Perai
Tiada ulasan:
Catat Ulasan