Halaman

Jumaat, 17 Jun 2011

5 Petua agar hidup diurus oleh Allah


Saya telah hadir mendengar bual bicara dari Kiyai Gymnastiar yang popular di Astro Oasis...bual bicara ini di adakan di PSP pada hari Jumaat yang lalu.

Tajuk perbincangan adalah berkenaan dengan intergriti dalam pekerjaan. Banyak telah saya dapat ilmu dari beliau...ingin saya kongsikan di sini sedikit ilmu tersebut...

Terdapat 5 us yang perlu kita praktikkan agar hidup kita tenang dan sentiasa diurus oleh Allah..

1. Hati harus tulus
2. Ibadah harus bagus
3. hidup harus lurus
4. Ikhtiar harus serius
5. Taubat terus menerus

1. Hati harus tulus - dalam pekerjaan kita perlu kerja dengan hati yang tulus.

2. Ibadah harus bagus - yang mana ibadah adalah asas dalam kehidupan, perlu dikukuhkan.

3. Ikhtiar harus serius - Allah suka akan orang yang bersungguh sungguh. Rezeki Allah tidak semestinya akan datang semua dari gaji kita sahaja. Allah telah menyiapkan rezeki untuk semua orang, namun harus bersungguh sungh berusaha..

4. Taubat terus menerus -
Ustaz aa gym memberikan sedikit contoh.

Misalannya kita sedang memandu kereta. kita tidak nampak jalan di hadapan kerana cermin kereta yang kotor. Apakah yang harus kita lakukan terlebih dahulu? adakah perlu kita tercari cari jalan ataupun membersihkan cermin yang kotor yang menghalang pandangan ke jalan?
Bertaubat umpama membersihkan cermin yang kotor supaya kita boleh nampak jalan. Allah telah menyediakan jalan kehidupan untuk kita, namun kita tidak nampak kerana hati yang kotor..lalu taubat itu adalah pembersih hati supaya mudah kita nampak jalan kehidupan yang telah Allah sediakan untuk kita...

Namun begitu, bukan senang untuk kita istiqamah. maka Ustaz aa gym memberikan tips untuk kita beristiqamah dalam melakukan 5 us di atas:

1. Azam yang kuat
2. Terus mencari ilmu
3. Fikir bagaimana kita akan disayangi Allah
4. Latihan / muhajadah
5. kawan kawan yang soleh

Sedikit perkongsian latihan ikhlas:
- Amal jangan diketahui orang lain, amal jgn dilihat oleh orang lain, jgn ingin dipuji, jangan ingin dihargai.

Sebagai ingatan, orang hanya masih menyukai dan menghormati kita pada hari ini adalah hanya kerana Allah menutup aib kita daripada pengetahuan mereka. Oleh itu bersyukurlah kepada Allah dan cubalah untuk ikhlas dalam setiap amal perbuatan.

Fasa Marah Kanak-Kanak

Kalau anda semua perasan, kanak kanak pun ada fasa marah...budak lelaki dan perempuan berbeza skit...kalau perempuan, marah terus....kalau lelaki ada step...hehehhe...kalau tak percaya tengok kat bawah...

ni kalau budak perempuan marah...



kalau budak lelaki pula.....?

Fasa 1 : marah...


Fasa 2: agak marah (lihat mata dah nak masuk dalam)


Fasa 3: sangat marah...! (mata dah tak nampak dan batang sate telah dipegang tegak...peperangan bermula..)



So parents out there...watch out!........hehehheheh...

Rabu, 15 Jun 2011

Sayang menarik sayang, benci menarik benci

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

“Sayang menarik sayang, benci menarik benci” –Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah.

Setiap individu yang wujud didunia ini mempunyai kualiti yang sangat berbeza antara satu sama lain. Seharusnya tugas kita adalah untuk saling melengkapi. Acapakali dalam meniti kehidupan seharian kita menjadikan kelemahan orang lain itu sebagai suatu kehebatan buat kita. Namun bukankah lebih manis jika setiap kelebihan yang kita miliki kita jadikan amanah untuk membantu mereka yang lemah?. Dengan belajar untuk melengkapi orang lain, mudah-mudahan diri kita menjadi lengkap.

Jika ada yang membuat kesalahan maafkanlah dia, jangan membenci…..

Jika ada yang jahil bimbinglah dia, jangan menjauhkan diri….

Jika ada yang menyakitkan hati bersabarlah, jangan saling mengeji…..

Doakanlah setiap insan yang acapkali menguji kesabaran diri, kerana kita jarang mampu membenci orang yang kita doakan…

Orang yang mencintai ketidaksempurnaan orang lain adalah insan yang paling sempurna hidupnya. Hari ini saya masih belajar untuk menjadi sempurna, InsyaAllah, semoga perkongsian ini dapat menjadikan kita semua insan yang menuju kesempurnaan.

MASLINA BT BAHTUN

PEGAWAI PSIKOLOGI

Politeknik Seberang Perai

Kisah Benar: Kasih Seorang Ibu

Kisah benar ini berlaku ketika gempa bumi yang kuat melanda Wen Chuan, Si Chuan, China pada 12 Mei 2008 yang mengorbankan hampir 68,000 orang (mengikut statistik daripada Wikipedia).

12 Mei 2008 Wen Chuan, Si Chuan, China merupakan salah satu daerah yang paling teruk dilanda gempa bumi. Sukarelawan yang bertugas menyelamatkan mangsa pada saat itu menemukan suatu pemandangan yang begitu memilukan.

“Lihat itu, ada seorang wanita di sana”.
Di sebalik runtuhan kelihatan jenazah seorang wanita, dan kelihatan ada sesuatu di bawahnya, seorang bayi.

Ibu itu berada di dalam keadaan berlutut, menahan kepala dan tangannya ke tanah sebagai perisai anaknya dari runtuhan bangunan.

Si anak yang berusia sekitar 3-4 bulan tidak luka sama sekali kerana dilindungi oleh badan ibunya. Malah ketika bayi tersebut dijumpai, dia begitu nyenyak sekali tidur seolah-olah tidak menyedari apa yang berlaku disekelilingnya.

Seorang penyelamat menemukan telefon bimbit dalam bungkusannya. Di dalamnya terdapat mesej yang tertulis:

“Anakku sayang, bila kamu selamat, ingatlah..Mama mencintai kamu selamanya”

Si anak kehilangan ibunya. Tetapi sepanjang hidupnya pasti dia tidak akan dapat lupakan pengorbanan ibunya.


Bayi tersebut ketika diselamatkan daripada runtuhan.


Inilah wajah ibu tersebut bersama bayi dan suaminya.


sumber: www.izoblog.com

Rabu, 8 Jun 2011

Steven Aitchison : 21 days to a new habit.

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

Steven Aitchison : 21 days to a new habit.

Bahan yang saya baca daripada penulis blog Change Your Mind And Change Your Life ini membuat saya terpanggil untuk berkongsi secara ringkas beberapa fakta menarik yang terkandung dalam artikel ini. Semoga bermanfaat dan dapat disesuaikan dalam konteks kehidupan seharian kita.

* Kajian membuktikan yang setiap tabiat baru dapat dikekalkan selepas amalan selama 21 hari.

* Jika anda memulakan suatu tabiat baru, (contoh : berhenti merokok, mula bersenam) jangan beritahu diri anda( minda sedar) bahawa anda terpaksa lakukan perubahan itu seumur hidup tetapi anda hanya perlu lakukan perubahan itu selama 21 hari.

* Jika anda memberitahu diri anda bahawa perubahan ini perlu dilakukan seumur hidup, banyak perkara yang anda pertimbangkan dan kebiasaanya membawa kepada perasaan ragu-ragu. Perasaan ragu-ragu ini selalunya merencatkan setiap tindakan yang anda akan ambil.

* Selepas 21 hari, tabiat baru dan rutin baru akan terbentuk dan minda sedar anda akan dapat membuat pertimbangan yang lebih jelas dan wajar.

* Jadi mulai esok, jika ada perubahan yang perlu anda lakukan, cuba secara istiqamah selama 21 hari. Dan lihat sendiri hasilnya.

p/s: Saya pernah sarankan seorang kawan untuk menukar rutin selama 21 hari selepas kehilangan pasangan. Alhamdulillah selepas 21 hari perubahan ketara berlaku pada status emosi beliau. Sometimes you don’t miss the person but you just miss the routine..

MASLINA BT BAHTUN

PEGAWAI PSIKOLOGI

Politeknik Seberang Perai

Selasa, 7 Jun 2011

Penyakit Mental Apa itu penyakit mental?


• Penyakit mental adalah penyakit yang melibatkan gangguan pada fungsi otak yang
boleh menyebabkan perubahan kepada proses pemikiran, perasaan dan tingkah-laku
seseorang yang mengakibatkan gangguan untuk menjalani aktiviti seharian dengan
baik.

• Kajian pemantauan penyakit yang dijalankan di Malaysia pada tahun 1996 mendapati
hampir 11.1% daripada golongan dewasa Malaysia dikesan mengalami penyakit
mental.

• Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan penyakit mental adalah
antara 5 penyakit utama yang menyebabkan hilang-upaya di seluruh dunia dan
dijangkakan pada tahun 2020 penyakit ini akan menjadi penyebab kedua tertinggi.

Adakah semua penyakit mental serupa?

Penyakit mental bukanlah hanya sejenis penyakit sahaja. Ia terdiri dari berbagai kategori
penyakit. Secara umumnya penyakit mental boleh dibahagikan kepada 3 kumpulan utama:

1. Neurosis:
o Mereka yang tergolong di dalam kumpulan ini lazimnya mengalami perubahan dan gangguan di dalam pemikiran, perasaan dan kelakuan tanpa menjejaskan kewarasan mereka.

o Individu yang mengalami penyakit neurosis selalunya sedar akan keadaan
kesihatan mereka.Fungsi harian mereka mungkin terganggu sedikit. Antara
contoh penyakit neurosis adalah seperti berikut:

�� Kemurungan
�� Kemurungan adalah perasaan sedih yang melampau dan berpanjangan. Sedih adalah perasaan yang sering kita alami.

Akan tetapi jika perasaan sedih itu terlalu berat untuk ditanggung dan berpanjangan melebihi tempoh 2 minggu serta menganggu fungsi kehidupan seharian maka ia bukanlah sedih lazim tetapi penyakit kemurungan.

�� Kebimbangan
�� Penyakit ini digejalai oleh perasaan bimbang, resah dan gelisah. Seseorang itu akan berasa tertekan, tegang, berpeluh, berdebardebar dan berasa takut melampau akan bahaya yang mereka tidak ketahui puncanya

2. Psikosis:

Mereka yang mengalami penyakit psikosis mengalami perubahan yang amat
ketara di dalam pemikiran, perasaan dan tingkahlaku mereka. Kewarasan
mereka juga terjejas

o Penderita akan berasa keliru dengan mengalami suara-suara ghaib berkomunikasi dengan mereka. Ia dikenali sebagai halusinasi. Mereka juga mempunyai kepercayaan pelik yang tidak dikongsi oleh orang lain dan menyebabkan reaksi melampau dari pesakit berkenaan. Ia dipanggil delusi.
Antara contoh delusi ialah - ada orang mahu menganiaya atau berbuat jahat kepada mereka menyebabkan mereka bertindak menyerang orang yang disyakinya secara membahayakan

o Mereka mungkin bercakap dengan merapu / mengarut; berkelakuan aneh seperti bercakap seorang, ketawa atau marah dengan tiada bersebab.

Contoh psikosis yang sering dialami adalah:

�� Schizophrenia :

�� Antara ciri utama ialah: halusinasi; delusi; kecelaruan pemikiran, kecelaruan pertuturan dan tingkahlaku. Prestasi kerja mereka juga merosot dengan ketara.

�� Kecelaruan manik-depresif (dwikutub):

�� Penyakit ini mengakibatkan mereka mengalami perubahan ketara dari segi emosi. Mereka sering hilang kawalan dan menjadi terlalu gembira (fasa manik) atau terlalu sedih (fasa
kemurungan).

3. Kecelaruan Personaliti:

o Secara asasnya kecelaruan ini membuat seseorang itu mengalami kecacatan perwatakan atau karekter. Masalah yang dialami ini boleh menberi kesan kepada perhubungan interpersonal dengan orang di sekelilingnya.

Apa yang menyebabkan berlakunya penyakit mental?

Penyebabnya tidak diketahui dengan tepat. Kajian masih dijalankan untuk memperincikan
punca sebenar penyakit ini. Namun terdapat beberapa faktor yang menyumbang terjadinya
penyakit mental.

1. Faktor genetik/ keturunan:

o Ahli di dalam keluarga yang mempunyai sejarah penyakit mental berisiko lebih tinggi berbanding populasi yang tiada sejarah penyakit berkenaan.

2. Gangguan bahan kimia dalam otak:

o Bila bahan kimia dalam otak yang dikenali sebagai neurotransmitter tidak berfungsi dengan baik gejala penyakit mental akan muncul. Sebagai contohnya:

�� Schizophrenia: Penghasilan dopamin secara berlebihan

�� Kemurungan: Paras serotonin terlalu rendah

�� Mania: Paras serotonin meningkat secara melampau

�� Kebimbangan: terdapat gangguan di dalam pengeluaran dan fungsi noradrenalin

3. Jangkitan virus:
�� Mengikut kajian ada penyakit akibat jangkitan virus telah dikaitkan dengan kemunculan penyakit mental.

4. Sejarah hidup yang getir:
�� Sebagai contoh: mengalami proses kelahiran yang sukar, kehilangan ibubapa semasa kecil, terlalu banyak mengalami cabaran hidup yang sukar

5. Keadaan sosio-ekonomi yang rendah:
�� Faktor kemiskinan, tiada kemudahan asas atau keganasan di dalam masyarakat boleh meningkatkan masalah penyakit mental.

Bolehkah penyakit mental diubati?

• Ya
• Kemajuan dalam bidang perubatan moden telah membolehkan penemuan ubat-ubat yang lebih berkesan di dalam merawat penyakit mental.

• Hampir semua ubat yang digunakan untuk merawat penyakit mental mengambil masa
sebelum kesan positifnya boleh dilihat. Kesabaran meneruskan pengambilan ubat
secara konsisten amat digalakkan.

• Selain ubat psikotropik pendekatan sokongan seperti kaunseling, psikoterapi, terapi
kognitif, terapi berkelompok, terapi keluarga, pendidikan psikologi, terapi pemulihan
carakerja dan pemulihan psiko-sosial telah terbukti sama pentingnya.

Di manakah bantuan boleh diperolehi?
Semua hospital dan klinik kesihatan di Malaysia mempunyai anggota yang telah dilatih untuk
memberi rawatan kepada mereka yang mengalami masalah penyakit mental. Pakar psikiatri
akan dirujuk untuk kes-kes yang rumit.

Adakah sebarang ujian yang boleh mengesan kewujudan
penyakit mental?
• Ya..

• Mereka yang ingin mengetahui status masalah kesihatan mental mereka boleh
mengambil satu ujian yang mudah dan ringkas iaitu Kajiselidik Kesihatan General
Health Questionnaire (GHQ).(Anda memerlukan Adobe Acrobat Reader untuk melihat dokumen tersebut)

• GHQ adalah satu kaedah saringan bagi menilai tahap kesihatan mental individu. Ia
bagaimanapun tidak dapat menggantikan pemeriksaan dan penilaian yang lazim
dijalankan oleh anggota kesihatan mental yang terlatih.

• Terima kasih di atas usaha anda mengambil ujian GHQ

• Jika skor anda < 4 = : Anda tidak mengalami masalah kesihatan mental yang ketara.
Anda masih boleh mengekalkan atau meningkatkan lagi tahap kesihatan mental anda
dengan mengikut petua-petua dan garis panduan yang disyorkan

• Jika skor anda > 5 =: Anda mengalami masalah kesihatan mental yang ketara.
Adalah mustahak agar anda bertemu anggota kesihatan mental yang terlatih untuk
menjalani penilaian selanjutnya.

Rujukan
• www.medscape.com/medscape/Psychiatry/clinicalupdate
• American Psychiatric Association

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails