ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.
Soalan kawan PPSi saya dari PSIS membuatkan saya tersenyum. ‘Bolehkah manusia bebas daripada stress?’ (soalan ini merujuk kepada tagline PRS PSP iaitu “BEBAS STRESS”.)
Menjawab persoalan beliau saya memilih utuk menulis tentang stress sekadar perkongsian bersama.
Stress terdiri daripada dua komponen. Positive stress dan negative stress. Stress yang positif merujuk kepada tekanan biasa yang kita alami hari-hari bagi menjana kebolehan. Sebagai contoh tekanan untuk menyara keluarga, tekanan untuk mendapat penghargaan dan banyak lagi tekanan yang biasa gunakan sebagai motivasi atau penggerak kehidupan kita. Stress jenis ini banyak memberi manfaat.
Manakala stress yang negatif pula berlaku apabila terdapat lambakan emosi yang menggangu kefungsian normal kita sebagai individu. Sehubungan itu, stress negative ini boleh membawa risiko yang buruk terhadap emosi maupun kesihatan diri. Menjawab persoalan kawan saya, memang manusia tidak boleh bebas daripada stress, namun xbermakna kita tidak boleh meminimakan kehadiran pengaruh stress dalam diri kita. Jadi hari ini saya ingin berkongsi 5 tips & cara yang biasa diguna pakai untuk menghilangkan stress dengan berkesan iaitu :
1 - Mulakan dengan teknik mengawal pernafasan dengan tenang dan tersusun.
Bernafas adalah perkara paling asas dalam hidup manusia. Gunakan udara yang dianugerahkan tuhan ini untuk mengembalikan kesegaran di dalam minda dan jasad dengan secukupnya. Pejamkan mata dan kosongkan fikiran.. tarik nafas perlahan-lahan dan sedalam-dalamnya. Merujuk kepada Dr H.M Tuah Iskanadar dalam kursus beliau yang saya pernah hadiri, teknik yang betul untuk relaks adalah dengan menggunakan kaedah 7:7:7 iaitu menarik nafas perlahan-lahan dalam kiraan 7, menyimpan nafas didada selama 7 saat dan menghembus nafas jua perlahan- lahan dalam kiraan 7. Ulang sehingga 7 kali dan ia akan memberi impak yang baik dengan oksigen yang cukup di dalam otak dan badan
2- Kenalpasti punca masalah dan buat keputusan (decision making).
Orang yang bijak adalah orang yg tidak lari apabila berdepan dengan masalah. Nilai dengan teliti masalah anda dan atur strstegi untuk menyelesaikannya. ( bOleh rujuk UPPsiK Bagi yang bermasalah untuk menyelesaikannya)
3- Berkongsi & melepaskan tekanan dengan beransur-ansur.
Sekiranya stress dan tekanan itu terlalu kuat sehingga tidak mampu dikawal lagi maka teknik 'melepas' itu boleh disalurkan ke tempat yang betul sama ada dengan bersukan jogging, tinju punching bag, main pc games, ping pong, memancing atau lain-lain hobi yang dapat menenangkan perasaan kita. Boleh juga berkongsi masalah itu dengan kaunselor maupun orang yang terdekat yang memahami kita
4 – Pertingkatkan kekuatan spiritual.
Kembali kepada sumber segala motivasi & inspirasi TERAGUNG. Di sinilah yang membezakan manusia yang percaya pada tuhan dan yang sebaliknya. Di dalam Islam, Allah swt adalah sumber segala motivasi terbesar pada hambaNya. Manfaatkan setiap kejadian agar kita menjadi hamba yang berfikir-fikir dan sentiasa bersyukur dengan segala yang dikurniakan.
Akhir kalam, walaupun banyak kaedah yang dapat kita sarankan bagi meredakan stress dalam diri individu, namun kekuatan sebenarnya terletak pada hati. Semoga bermanfaat!
MASLINA BT BAHTUN
PEGAWAI PSIKOLOGI
PSP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan