Halaman

Khamis, 24 Mac 2011

Fakta Wanita Vs Lelaki

(gambar hiasan : http://www.cronixsoul.com/men-vs-women/ )


(from email...)

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh & Salam Sejahtera

Semoga bermanfaat .

ü Lelaki akan mengubah fikiran 2 hingga 3 kali lebih kerap berbanding wanita. Kebanyakkan wanita mengambil masa yang sangat panjang untuk membuat keputusan berbanding lelaki. Tetapi setiap kali mereka membuat keputusan mereka tidak akan mengubahnya.

ü Berdasarkan jumlah peserta yang menduduki ujian IQ sejak daripada mula diperkenalkan, secara puratanya wanita mempunyai kecerdasan IQ yang lebih berbanding lelaki.

ü Wanita dapat mengingati wajah lebih baik berbanding lelaki terutamanya wajah wanita lain.

ü Lelaki lebih berkecenderungan untuk menolong orang lain berbanding wanita.

ü wanita lebih bersikap pesimistik dalam menganggarkan hasil kerja sendiri.

ü Kebanykkan wanita percaya mereka hanya bagus dalam beberapa bidang dan tidak mampu melakukan semua perkara!

ü Wanita lebih mudah cemas dan bimbang berbanding lelaki.

ü Lelaki lebih kurang bercakap berbanding perempuan. Dianggarkan lelaki menuturkan 12,500 perkataan sehari dan wanita menuturkan sebanyak 25,500 perkataan dalam sehari.

ü Pengkaji Stanford University mendapati wanita mempunyai sense of humor yang lebih baik berbanding lelaki.

ü Wanita secara puratanya menghabiskan 2 tahun daripada usia mereka dengan melihat cermin manakala lelaki cuma menghabiskan sekitar 6 bulan.

ü Neurosaintis di University College London membuktikan wanita lebih mempunyai sifat empati berbanding lelaki.

ü Kajian Stanford University membuktikan bahawa lebih lelaki mampu menyelesaikan masalah yang rumit 50 peratus lebih cekap berbanding wanita.

ü Lelaki ketawa dengan lebih kuat, lebih lama dan lebih kerap berbanding wanita.

MASLINA BT BAHTUN

PEGAWAI PSIKOLOGI

PSP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails