Halaman

Rabu, 27 Jun 2012

Pertandingan ROBOT SOCCER FIRA 6TH FIRA MALAYSIA CUP 2012 di Politeknik Seberang Perai

     Politeknik Seberang Perai (PSP) pada tahun ini telah terpilih sebagai penganjur bagi Seminar Dan Pertandingan ROBOT SOCCER FIRA 6TH FIRA MALAYSIA CUP 2012. Program ini berlangsung selama seminggu bermula dari 25 Jun 2012 hingga 29 Jun 2012. Sebanyak 21 kumpulan dari 20 politeknik seluruh Malaysia telah menyertai ditambah dengan penyertaan 2 team dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).


    Dua kategori telah dipertandingkan iaitu Mirosot 5 Vs 5 dan SimuroSot 5 Vs 5. Selain daripada itu, terdapat pameran dan juga klinik berkaitan dengan robot diadakan khusus untuk pengunjung. Untuk hari ini, sebanyak 9 buah sekolah sekitar PSP telah sudi datang bertandang. Selain daripada menyaksikan pertandingan secara langsung, penerangan juga telah diberikan oleh pelajar-pelajar politeknik sendiri kepada pengunjung. Pengalaman menarik ini adalah sesuatu yang baru kepada mereka. Keyakinan berkomunikasi mereka bertambah baik dan ini dapat dilihat dari segi kecekapan mereka melayani setiap pertanyaan yang diajukan. Walaupun agak keletihan oleh kerana sambutan pengunjung yang amat menggalakkan, namun mereka tetap bersemangat untuk terus memberikan pendedahan dan menarik minat para pengunjung untuk lebih mengenali dunia robot.

Berikut adalah beberapa gambar sepanjang hari ini (27 Jun 2012).


Padang untuk Pertandingan Mirosot 5 Vs 5

Perlawanan PSP melawan PUO sedang berlangsung

Pensyarah Teknikal PSP dan Setiausaha Program sedang menyaksikan perlawanan berlangsung

PSP di dalam akhbar Metro 27 Jun 2012


      Untuk rakan-rakan PSP, tahniah di atas penganjuran yang julung kali diadakan di sini. Saya sendiri selaku AJK Pertandingan mengakui telah banyak belajar dan menimba pengalaman hasil dari penglibatan di dalam program ini. Saya amat akui bahawa semangat kerjasama PSP sangat tinggi. Ada AJK yang sanggup berkampung dan tak balik rumah, ada yang balik lewat malam, ada yang lupa nak makan pun ada! 


Tahniah PSP !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails