Beg tangan merupakan satu keperluan penting bagi setiap wanita. Ia bukan sahaja digunakan untuk mengisi barang, tetapi turut dijadikan aksesori untuk digayakan setiap masa. Disamping itu, terdapat pelbagai jenis beg tangan wanita yang berada di pasaran, sama ada dari jenis clutch, satchel, hobo, dan sebagainya. Kesemuanya mempunyai pelbagai bentuk dan fungsi serta peminatnya yang tersendiri.
Dalam pemilihan dan penggayaan beg tangan, ia terselit rahsia disebalik peribadi seseorang itu sendiri. Contohnya seperti penggayaan beg tangan yang terdiri dari jenis clutch, ia menggambarkan bahawa wanita tersebut memiliki keyakinan dan kepercayaan diri yang kuat dalam menjalani kehidupan sehariannya. Disamping itu, ia juga menggambarkan bahawa wanita ini dapat menjadi seorang kawan yang baik kepada sesiapa sahaja dan merupakan seorang kawan yang setia menemani tidak kira disaat susah mahupun senang.
Beg jenis clutch ini merupakan sejenis beg tangan kecil yang lebih merupai seperti purse ataupun wallet. Kebiasaanya ia tiada tali atau sebarang pemegang, maka ia selalunya dipegang dalam tangan ataupun dikepit dibawah ketiak. Selain itu, beg jenis ini tidak boleh mengisi barang yang terlalu banyak atau barang yang terlalu besar. Maka, kebiasaanya wanita menggayakan beg jenis clutch ini untuk menghadiri majlis-majlis tertentu sahaja.
Selain clutch, antara jenis beg tangan lain yang sering wanita gayakan adalah beg dari jenis satchel. Satchel merupakan beg tangan jenis kecil, yang biasanya mempunyai tali galas yang panjang. Biasanya wanita yang menggayakan beg tangan jenis satchel ini merupakan wanita yang berperwatakan lemah lembut dan bersopan santun. Namun begitu, wanita jenis ini merupakan seorang yang amat tegas dan tekun dalam setiap pekerjaan yang dilakukannya.
Disamping itu, wanita yang menggayakan beg tangan jenis satchel ini juga merupakan seorang yang peramah serta melayan orang-orang di sekelilingnya dengan baik dan amat disenangi oleh semua pihak. Selain itu, wanita dari kategori beg ini juga mempunyai impian yang besar dan akan sentiasa berusaha untuk berjaya mencapai impiannya, serta seorang yang suka menggembara bagi menimba pengalaman-pengalaman baru.
Beg tangan yang bersaiz besar atau lebih dikenali sebagai jenis hobo, turut digayakan oleh wanita. Lazimnya, beg tangan jenis ini mempunyai dua jenis tali, dimana ia boleh digayakan dengan dua cara. Sama ada di galas dengan menggunakan tali panjang, ataupun di galas dengan menggunakan tali pendek. Beg tangan jenis ini boleh mengisi barang yang banyak dan sangat sesuai bagi mereka yang sering melakukam aktiviti luar.
Selalunya wanita yang menggayakan beg tangan jenis hobo ini, merupakan seorang yang aktif, suka meneroka perkara-perkara baru serta mempunyai banyak minat dalam apa jua perkara. Sebenarnya perkataan ‘Hobo’ itu sendiri dalam bahasa inggeris turut membawa maksud suka merantau ataupun suka akan cabaran. Disamping itu, wanita dari kategori beg hobo ini juga merupakan seorang yang agak bijak serta sering memiliki idea-idea yang bernas dalam sesuatu perkara. Namun begitu wanita dari kategori ini turut mempunyai kelemahan, iaitu mereka sering kurang fokus dalam apa jua perkara yang dilakukannya serta seorang yang cepat berputus asa, apabila sesuatu yang diusahakannya menemui kegagalan.
Berikut merupakan beberapa jenis beg tangan yang sering digayakan oleh wanita dan setiap satunya mempunyai keperibadian yang tersendiri. Ini menunjukkan bahawa wanita merupkan seorang yang berketerampilan dalam apa jua situasi serta bijak dalam menggayakan fesyen dalam kehidupan seharian. Dengan ini, diharapkan ia dapat memberikan ilham untuk wanita, dalam pemilihan beg tangan di masa hadapan.
gud info.btw i dh follow,follow me back ya if u dun mind
BalasPadamthank you... :) i`ll follow u...
BalasPadam