pic source: www.yaariclub.com
Rancang dan bekerjalah dengan apa yang ada di tangan. Jangan bimbang akan hal-hal tidak menentu
dalam angan-angan. Yang di tangan itulah
yang sebenar. Yang dalam angan-angan itu
masih samar. Kita tidak mungkin hidup
dalam dua alam yang samar – masa lalu yang telah jadi memori; masa depan yang
masih ilusi. Hidup hakiki ialah hari
ini. Itulah yang realiti. Kata cerdik pandai: “Beradalah di tempat kamu berada.” Maksudnya, jangan lari dari reality. Usah absent minded. Hidup dan beradalah dalam hari ini. Jangan khuatiri hari esok. Jangan bimbangkan hari semalam.
Susun jadual hidup harian dan ikutilah dengan tenang. Hidup umpama membaca lembaran demi lembaran
dari sebuah buku yang sangat tebal.
Jangan gerun hanya melihat ketebalan buku itu, hingga hilang ‘mood’
untuk membacanya. Atau terlalu gelojoh,
hingga membaca secara meloncat-loncat tanpa mengikut tertib mukasurat. Bacalah dari muka surat pertama, kedua,
ketiga dan seterusnya.
Begitulah juga dalam
soal ‘membaca’ kehidupan ini. ………….
Hidup adalah satu pusingan perubahan yang tidak
henti-henti. Hukum alam menetapkan
bahawa yang tidak berubah hanyalah perubahan.
Oleh kerana itu adalah satu kerja gila jika kita hendak menyelesaikan
‘masalah-masalah’ masa depan yang hakikatnya belum berlaku. Jangan cuba mengambil ‘tempat’ Tuhan untuk
mengawal semua perubahan kerana yang mampu mengawalnya hanyalah Dia yang tidak
berubah-ubah.
Seorang manusia walau bagaimana kuat sekalipun, tidak akan
mampu menanggung derita masa lalu dicampur beban kebimbangan masa depan, lalu
dipikul bersama masalah pada hari ini.
Tiga beban dalam satu masa boleh menyebabkan seorang genius dihantar ke
hospital sakit otak.
“Masa lalu adalah kelmarin yang telah mati. Masa depan adalah esok yang belum lahir…………
tetapi selamatkanlah hari ini yang sedang hidup.” Mungkin anda akan bertanya, kalau begitu salahkah kita merancang untuk masa
depan? Tidak. Pendek angan-angan bukan bererti tidak
bersedia untuk hari esok. Fikirkan hari
esok, tetapi jangan khuatir.
Banyak
bezanya antara fikir dan khuatir………
(from forwarded email..)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan