Hari ini saya ingin berkongsi gambar satu program bersama anak yatim Rumah
Permata Kasih, Taman Pauh pada tahun lalu (mohon klik pada gambar untuk imej lebih besar). Rumah ini adalah
merupakan rumah perlindungan bagi anak- anak yatim yang terletak di Taman Pauh,
berhadapan Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang. Rumah ini juga telah ditubuhkan oleh bekas pelajar politeknik ini. Penghuni paling kecil berumur hanya baru berumur 4 tahun.
Tujuan perkongsian ini adalah untuk kita sama-sama
berhenti seketika dan melihat sejenak apa yang ada di sekeliling kita, masih
ramai rupanya di luar sana yang jauh kurang bernasib baik berbanding kita…..untuk keterangan lanjut, sila lawati blog mereka iaitu http://rumahpermatakasih.blogspot.com/ .
Sumbangan juga boleh disalurkan secara bank in ke akaun maybank mereka.
(MBB- 557090309604 - PUSAT JAGAAN PERMATA KASIH )
SEBARANG PERTANYAAN ATAU SUMBANGAN HUBUNGI :
Assalamualaikum, Bolehkah confirm sama ada berita Berita Harian bahawa rumah anak yatim permata kasih ini adalah cawangan Global Ikhwan yang telah diharamkan kegiatannya oleh JAKIM? Mengikut berita yang disebarkan, penghuni bukanlah anak yatim tetapi ditinggalkan di sana sebab ibubapa sibuk dengan kegiatan Global Ikhwan. Setahu saya yang tinggal berdekatan, anak-anak di rumah ini tidak belajar di sekolah aliran biasa iaitu SK Pauh Jaya. Terima kasih.
BalasPadam~mahani
salam, saya tidak dapat mengesahkan perkhabaran tersebut, namun kanak-kanak di rumah ini bersekolah di SK Jalan Baru... SK pauh Jaya biasanya mempunyai pelajar yang ramai dan selalu penuh..saya rasa better puan berhubung sendiri dengan pemilik rumah anak yatim ini.
BalasPadamAs salam.Saya dah call Jakim.Confirm under Global Ikwan.Kanak2 bukan yatim tapi yatim ilmu kononnya kata Global Ikwan.Puan juga blh call Jakim bahagian akidah.Sedih saya sbb saya berzakat disana.
BalasPadamAssalamualaikum w.b.t.
BalasPadamMEMOHON SUMBANGAN UNTUK PAKAIAN PERSEKOLAHAN DAN
KEBAJIKAN DANA BAGI SESI 2015
Merujuk perkara diatas adalah dimaklumkan bahawa RUMAH PERMATA KASIH adalah sebuah pusat kebajikan dan pendidikan yang menaungi seramai 20 orang terdiri daripada anak –anak yatim,anak fakir miskin ,asnaf zakat .Dan yang masih bersekolah rendah.PUSAT JAGAAN PERMATA KASIH kini bernaung di bawah PERTUBUHAN PERMATA AL MAHABBAH
2.Sumbangan dan tajaan yang diperlukan adalah untuk persekolahan lelaki dan perempuan seperti berikut:
Baju sekolah ( L&P) RM20.00 x 20 = RM 400.00
Seluar dan kain RM20.00 x 2 = RM 400.00
Tudung RM12.00 x 17 = RM 204.00
Beg sekolah RM30.00 x 20 = RM 600.00
Buku & alat tulis RM50.00 x 20 = RM 1000.00
Kasut sekolah RM20.00 x 20 = RM 400.00
Duit belanja kesekolah RM 2/ sehari
3.Sebarang sumbangan berbentuk wang tunai atau cek bertulis ,bolehlah dimasukkan ke atas nama
** PUSAT JAGAAN PERMATA KASIH - 557090309604 ( MAYBANK)
4.Sebarang pertanyaan dan urusan bolehlah menghubungi:
PUAN HAFIZA HAMID -01128490178
PUAN ROZLINA RASID -0184010349