Halaman

Selasa, 28 September 2010

Kematian Bayi Di Taska - Ilmu Pertolongan Cemas Wajib Ada Pada Semua Individu.


Sedihnya bila buka akhbar, kebelakangan ini banyak sangat kes kematian bayi di taska...kebanyakkannya adalah kerana kecuaian pengasuh memberi susu tanpa pengawasan. Kes tercekik susu di taska ini perlu mendapat pembelaan sewajarnya agar ibu bapa dan bayi tidak terus menjadi mangsa keadaan.

Dalam masa yang sama, kejadian ini boleh juga berlaku di rumah semasa bayi dijaga oleh kita sendiri. Jadi apakah langkah pertama yang patut kita lakukan?

Pertama kita sebagai ibu bapa,penjaga dan juga pengasuh perlu melengkapkan diri dengan ilmu pertolongan cemas. Ini kerana tempoh untuk kita membawa bayi tersebut ke klinik berhampiran mengambil masa mungkin paling cepat 5 minit. Sedangkan otak manusia tidak boleh terputus bekalan oksigen selama 3 minit. Untuk bayi, masanya adalah lebih singkat lagi. Jika melebihi tempoh ini, maka kita akan berada pada tahap kritikal sebelum menemui maut. Namun jika oksigen dapat disalurkan segera, peluang untuk hidup adalah cerah.

Maka untuk memberikan oksigen pada waktu kritikal ini adalah dengan cara memberi CPR kepada mangsa. Kaedah CPR ini perlu dipelajari secara teori dan praktikal. Alhamdulillah saya telah menganjurkan kursus pertolongan cemas pada awal tahun ini dengan pihak Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) sebagai jurulatih. Memang pihak JPAM mengakui bahawa masyarakat kita kurang benar ilmu pertolongan cemas.

JPAM menyediakan kursus secara percuma.Mungkin selepas ini rakan rakan pembaca boleh berhubung terus dengan JPAM KL - Bahagian Latihan untuk pertanyaan. No telefon JPAM KL adalah 03-26871300 , jika mereka tanya nak bercakap dengan siapa boleh nyatakan EXT 1454 En Fuad, EXT 1459 En Mustafa dan EXT 1456 Aji Asri.

Jika rakan pembaca berada di luar KL, anda juga perlu berhubung dengan no di atas untuk sebarang permohonan kursus.

Adalah diharapkan dengan perkongsian ini, akan membuka ruang untuk lebih melebarluaskan ilmu pertolongan cemas ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails