Halaman

Selasa, 28 September 2010

Kematian Bayi Di Taska - Ilmu Pertolongan Cemas Wajib Ada Pada Semua Individu.


Sedihnya bila buka akhbar, kebelakangan ini banyak sangat kes kematian bayi di taska...kebanyakkannya adalah kerana kecuaian pengasuh memberi susu tanpa pengawasan. Kes tercekik susu di taska ini perlu mendapat pembelaan sewajarnya agar ibu bapa dan bayi tidak terus menjadi mangsa keadaan.

Dalam masa yang sama, kejadian ini boleh juga berlaku di rumah semasa bayi dijaga oleh kita sendiri. Jadi apakah langkah pertama yang patut kita lakukan?

Pertama kita sebagai ibu bapa,penjaga dan juga pengasuh perlu melengkapkan diri dengan ilmu pertolongan cemas. Ini kerana tempoh untuk kita membawa bayi tersebut ke klinik berhampiran mengambil masa mungkin paling cepat 5 minit. Sedangkan otak manusia tidak boleh terputus bekalan oksigen selama 3 minit. Untuk bayi, masanya adalah lebih singkat lagi. Jika melebihi tempoh ini, maka kita akan berada pada tahap kritikal sebelum menemui maut. Namun jika oksigen dapat disalurkan segera, peluang untuk hidup adalah cerah.

Maka untuk memberikan oksigen pada waktu kritikal ini adalah dengan cara memberi CPR kepada mangsa. Kaedah CPR ini perlu dipelajari secara teori dan praktikal. Alhamdulillah saya telah menganjurkan kursus pertolongan cemas pada awal tahun ini dengan pihak Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) sebagai jurulatih. Memang pihak JPAM mengakui bahawa masyarakat kita kurang benar ilmu pertolongan cemas.

JPAM menyediakan kursus secara percuma.Mungkin selepas ini rakan rakan pembaca boleh berhubung terus dengan JPAM KL - Bahagian Latihan untuk pertanyaan. No telefon JPAM KL adalah 03-26871300 , jika mereka tanya nak bercakap dengan siapa boleh nyatakan EXT 1454 En Fuad, EXT 1459 En Mustafa dan EXT 1456 Aji Asri.

Jika rakan pembaca berada di luar KL, anda juga perlu berhubung dengan no di atas untuk sebarang permohonan kursus.

Adalah diharapkan dengan perkongsian ini, akan membuka ruang untuk lebih melebarluaskan ilmu pertolongan cemas ini.

Jumaat, 24 September 2010

Tahniah PSP - Tempat Ketiga 15th FIRA Robot World Cup Bangalore, India 2010

15th FIRA Robot World Cup Bangalore, India 2010 PSP TEMPAT KETIGA


Pasukan Malaysia di Bangalore,India

Pada 15-19 September 2010 yang lalu, Politeknik Seberang Perai Pulau Pinang (PSP) bersama dengan Politeknik Ungku Omar Ipoh telah menyertai pertandingan 15th FIRA Robot World Cup Bangalore, India 2010.

Pasukan PSP (Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang) tempat Ketiga

Pasukan PSP diterajui oleh seorang pensyarah ;En. Sazali Bin Husin dan tiga orang pelajar Diploma Kejuruteraan Elektronik semester akhir iaitu : Amir Hamzah Bin Abu Bakar, Abdul Salam Bin Ali dan Muhammad Akram Amin Bin Mohd Noor telah berjaya mengharumkan nama negara dengan memperolehi tempat ketiga bagi kategori Robot Mirosot 5 Vs 5 dalam pertandingan tersebut.

Pasukan PSP dan Pasukan China
Pasukan PSP sebelum itu telah berjaya menjadi juara kumpulan sebelum kalah dgn mata 3-7 kepada pasukan dari China di pusingan yang seterusnya. Juara bagi kategori ini adalah pasukan dari Slovakia dan tempat kedua adalah pasukan dari China.

Ini adalah satu pencapaian yang amat membanggakan dan ditambah lagi dengan peserta negara nagara lain adalah pelajar peringkat PHD dan ijazah sarjana muda, manakala peserta Malaysia adalah pelajar peringkat Diploma sahaja.

Pelajar PSP juga berani bergaul dan berbual bersama professor dan pelajar dari negara negara lain. Ini merupakan pengalaman manis mereka dan kejayaan ini adalah untuk semua.

Piala yang dimenangi Pasukan PSP

Untuk pengetahuan semua, FIRA atau Federation of International Robot-soccer Association adalah persatuan sedunia ditubuhkan pada Jun 1997 dan pertandingan FIRA Cup pernah berlangsung di Australia, Brazil, China, Perancis dan Korea. Tujuan pertandingan robot ini diadakan adalah untuk memahami dan menghayati konsep sains dan teknologi yang digunakan dan percaya dengan minat yang ada, ia akan menyuntik kemahiran sains dan kejuruteraan untuk tujuan pembangunan insan secara am nya.

Persatuan ini mengendalikan pertandingan robot dalam beberapa kategori. Bagi kategori Mirosot, peserta perlu menggunakan teknik kecerdikan buatan (Artificial Intelligence) dan membina sharp sensing and precise real-time control pemain soccer mereka. Pertandingan ini sama seperti soccer biasa cuma peraturan sedikit berbeza dan pemainnya adalah ROBOT! Robot ini bergerak dan bermain dengan pasukan lawan dengan sendiri tanpa bantuan manusia (human off). Seperti pertandingan FIFA World Cup soccer, tiada siapa yang tahu pasukan manakan yang akan memenangi pertandingan sehinggalah wisel penamat.


Pertandingan Mirosot 5 Vs 5
Semoga dengan adanya penyertaan aktif PSP dalam bidang Robot soccer ini, Politeknik Seberang Perai khususnya dan politeknik politeknik Malaysia yang lain am nya akan dapat melonjakkan diri di mata dunia.

Tahniah PSP!

Link - link yang berkaitan : http://www.fira.net/








Khamis, 23 September 2010

Kenapa Lama Tak Update?

Hmmm...sori sangat...sebab saya busy melawat dan menyertai komuniti dalam web lain....

saya sebenarnya dalam usaha menurunkan berat badan...beberapa bulan yg lalu berat saya adalah 64-65kg....maybe nampak cam tak berat sangat...tapi saya nampat terlalu tembam dan besar...so saya pergi mendapatkan komuniti yg boleh menyokong saya berdiet...

so saya leka di sana dan terlupa di sini...sekarang berat saya adalah 58kg...saya lost almost 7kg...skang saya amalkan pemakanan sihat dan senaman...saya suka pilates dan stepper..

so...apakah laman web inspirasi saya tu?

www.kelabdiet.com

www.sususejat.com

www.jomkurustoday.blogspot.com


kepada pembaca yg nak turunkan berat badan,saya sarankan join kelabdiet.com ni...byk sgt suka duka kwn2 di sini yg kami kongsi bersama.....yg paling utama kami sentiasa menyokong satu sama lain walaupun saling tidak mengenali...best kan?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails