Halaman

Rabu, 27 Mei 2009

PPSMI...Pandangan seorang ilmuan..

Mari kita teliti Ringkasan pandangan Prof. Dr Muhammad Haji Salleh
seorang sasterawan Negara dan juga penulis puisi dan kritikan dalam
bahasa Inggeris. Beliau banyak kali diminta pendapatnya tentang
penggunaan bhs Inggeris dalam Pengajaran Matematik dan Sains
disekolah.

Berikut adalah pandangan beliau dalam Utusan Malaysia Ahad 28 Disember 2008

"Bahasa Melayu bukan sahaja suatu alat komunikasi dan medium
untuk mendapatkan ilmu tetapi terkandung di dalamnya cara berfikir,
nilai masyarakat, konsep alam, ilmu tradisional, agama dan budaya
Melayu/Malaysia dan juga jatidirinya.

Dengan memberi tempat yang lebih dominan kpd bahasa Inggeris
untuk bidang-bidang terdinamik maka kita merampas kemungkinan
bahasa Kebangsaan kita untuk menjadi bahasa besar dan serba
boleh.


Satu kajian oleh Open Universiti di London yg meramal dalam
30 tahun bahasa Melayu akan menjadi bahasa keempat terbesar
di dunia. Oleh itu menjadi tanggungjawab kita untuk memupuk
bahasa yg tua lagi indah ini supaya benar2 menjadi bahasa
dunia.

Disebalik kajian ini juga mendapati bahawa bahasa Inggeris
tidak lagi menjadi bahasa pertama di dunia malah hanya mendapat
tempat bahasa ketiga, iaitu selepas Mandarin dan Sepanyol.

Berikut adalah hujjah mengapa bahasa Melayu harus kembali dijadikan
bahasa Matematik dan Sains di sekolah dan Universiti.;

1. Tujuan pencapaian b.Inggeris di sekolah2 di Malaysia boleh dibaiki
dengan kaedah mengajar yang lebih baik dan sikap terhadap bahasa
yg lebih sihat. Sekiranya kita merujuk kpd pengalaman negara Belanda
maka kita akan menemui contoh bagaimana bhs Inggeris, Perancis
dan Jerman hanya diperkenalkan pada peringkat sekolah Menengah.

Tetapi oleh kerana cara pengajaran yg baik dan berkesan, maka
selepas sekolah menengah, pelajar2 ini sudah boleh bercakap
dan menulis dengan baik dalam bahasa Inggeris.
Malah lebih baik dari pelajar Malaysia bercakap bahasa Inggeris.
(Walaupun setelah belajar 11-13 tahun)

Kita juga perlu merujuk kpd model pengajaran bahasa dari Dernmak,
Sweden,Scandinavia,Belanda,Belgium,Switzerland dan Norway
yang bangga dengan bahasa ibunda mereka sendiri tetapi dapat
menggunakan bahasa antarabangsa lain dgn baik.

2. Seperti sering diulang penghujah Pemenang Anugerah Nobel dalam
semua bidang, termasuk sastera, bukan saja datang dari negara2 berbahasa
Inggeris tetapi lebih banyak daripada negara yang bukan berbahasa Inggeris seperti Perancis, Jerman, sepanyol, India dan Bangladesh.

Yang mencermerlangkan mereka bukan bahasa Inggeris tetapi ilmu yang baru,
wawasan kemanusiaan, jati diri dan kajian yang penuh tekun.

3. Beberapa masalah kita bukan berpuncakkan penguasaan bahasa
Inggeris yg kurang cekap tetapi budaya kerja yg tidak rapi dan disiplin
yang tidak ketat. Terdapat banyak negara yg menggunakan bhs Inggeris
sbg bahasa di sekolah tetapi nampaknya agak kucar kacir pentadbiran,
serta ekonomi dan ilmunya. Disebaliknya, di Malaysia, bahasa Melayu
sbg bahasa Kebangsaan telah membawa kita jauh ke dalam dunia industri,
sains dan teknologi serta ilmu.

4. Sekiranya kita tidak kembalikan bhs Melayu kpd semua bidang ilmu,
maka kita terutama kerajaan BN akan dituduh sejarah sebagai pemusnah
bahasa Melayu, sebuah bahasa yg lama dulu menjadi lingua franca
daerah Asia Tenggara dan untuk bbrp dekad bangkit dan kuat semula
hinggalah diturun darjatnya kerana arahan supaya menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa yg lebih penting, kerana bidang-bidang terpilih diajar dlm bahasa ini.

5. Dgn keputusan penggunaan bhs Inggeris utk bidang2 terpilih iaitu matematik dan sains, maka dgn sendirinya kita telah mencipta dua jenis warganegara Malaysia
- yg pertama; menguasai bahasa Inggeris dan sains dan teknologi.
- yg kedua ; warganegara yang berbahasa Melayu dan menguasai
bidang sastera dan sosial- iaitu bidang2 yg dianggap tidak penting
dan dianggap rendah darjatnya..

6. Saya tidak membantah pengajaran bhs Inggeris sbg bhs antarabangsa,
malah ingin mencadangkan supaya lebih banyak bahasa antarabangsa
diajar. Namun untuk perkembangan budaya dan jatidiri bangsa Malaysia
kita perlu mempunyai sebuah bahasa persatuan yg perlu dipelajari,
didalami dan dibanggai oleh seluruh rakyat Malaysia. Sementara itu,
kerajaan harus mengajar bahasa ibunda pelajar2 ini dari peringkat
sekolah rendah supaya bahasa itu tidak pupus.

Dalam bandingan dgn Thailand dan Indonesia, rakyat Malaysia tidak
menguasai bahasa Kebangsaannya, tidak bangga dengan budayanya,
dan tidak jelas jati dirinya. Sebab antara lainnya sastera dan budaya tidak
menjadi matapelajaran penting.

Bersama bahasa Melayu yg teratur dan rapi, pelajar harus diperkenalkan
kepada karya-karya penting sastera Melayu diperingkat sekolah rendah
dan menengah secara wajib. Inilah yg dilakukan oleh semua negara Anglo-
Saxon, Perancis, Jerman, China, Jepun dan Koera. Hanya di Malaysia,
anak-anak(dan sekarang ini orang dewasa) tidak pernah mengenali atau
membaca karya agung leluhur mereka seperti 'Sulatus Salihin', 'ikayat
Hang Tuah' atau 'Tuhfat al Nafis' yg banyak melukis bangsa Melayu/Malaysia,
jatidiri dan nilai-nilainya.

7. Sekarang ini bahasa Melayu sedang melemah di sekolah,di Institusi
Pengajian Tinggi, di peringkat negara, media massa dan kehidupan
secara amnya.

Sekiranya bahasa ini tidak diberi ruang untuk hidup dalam dunia dan disiplin baru yang mencabar, dengan sendirinya bahasa Inggeris akan masuk kembali menjajah dan kita akan menjadi tidak lebih dari pengguna dan peminjam bahasa dan konsep-konsep yg tersimpan dalam bahasa itu.
Sementara itu, konsep2 tempatan, keindahannya, muziknya akan hilang dari bangsa Melayu yang diamanahkan untuk mewarisinya.

Banyak lagi hujjah yg hendak ditulis, tetapi hujjah yg telah ditulis sudah mencukupi
untuk kesempatan kali ini. Saya amat berharap agar bahasa Kebangsaan kembali
diberikan martabat ilmu, makna jatidiri dan budayanya, seperti selayaknya
sebuah bahasa yg besar dan tua.

SESUATU BANGSA YANG TIDAK MENGHORMATI BAHASANYA
BIASANYA TIDAK AKAN DIHORMATI OLEH BANGSA LAIN YANG
MENGHORMATI BAHASANYA SENDIRI "

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails