Halaman

Isnin, 31 Mei 2010

Syaitan Dalam Kehidupan Manusia

(gambar hiasan : http://www.galeriilmu.com.my/blog/?p=992 )

MUKADDIMAH

Allah swt telah menyuruh kita menjadikan syaitan sebagai musuh. Firman Allah swt:

إِنَّ الشَّيْطَانَ لَكُمْ عَدُوٌّ فَاتَّخِذُوه عَدُوّاً ُ
Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, maka anggaplah ia musuh(mu),
(6 : 35 al-Fatir)

Boleh kata semua manusia akan mengakui syaitan sebagai musuhnya. Namun tidak ramai yang mengetahui bagaimana cara untuk menghadapi syaitan dan manakah ruang-ruang yang mana syaitan akan masuk pada diri insan. Ini adalah sebahgian dari ruang-ruang yang perlu seorang manusia tutup agar syaitan tidak memperdayanya.

SYAITAN BERMALAM DI DALAM HIDUNG

إذا استيقظ أحدكم من منامه فليستنثر ثلاث مرات فإن الشيطان يبيت على خياشيمه
“ Apabila seseorang kamu bangun dari tidurnya hendaklah dia memasukkan dan mengeluarkan air dari hidungnya tiga kali. Sesungguhnya syaitan bermalam di dalam lubang hidungnya.” Hadis riwayat Bukhari dan Muslim

SYAITAN KENCING DI DALAM DUA TELINGA

Apabila diberitahu kepada Nabi saw tentang seorang lelaki yang tidak bangun tahajud dan bangun ketika watu sudah subuh. Nabi saw bersabda:

ذاك الرجل بال الشيطان في أذنيه
“ Lelaki itu telah dikencing syaitan di dua telinganya.” Hadis sahih Bukhari dan Muslim.

SYAITAN MASUK DALAM MULUT YANG TERBUKA MENGUAP

إذا تثائب أحدكم فليمسك بيده على فيه فإن الشيطان يدخل
“ Apabila seseorang menguap hendaklah dia menutup dengan tangannya. Sesungguhnhya syaitan masuk ke dalam mulutnya yang terbuka.” Hadis sahih Muslim.

SYAITAN KETAWA MELIHAT MANUSIA YANG BERKATA “AAAAAH “ SEMASA MENGUAP

Nabi saw bersabda:

ولا يقل آه آه فإن أحدكم إذا فتح فاه فإن الشيطان يضحك منه
“ Dan janganlah seseorang itu berkata “aaaaaaaa” semasa menguap. Syaitan akan ketawa bila dia membuka mulut semasa menguap.” Hadis riwayat Ahmad.

MEMAKI ORANG MEMBANTU SYAITAN UNTUK MEROSAKKAN MANUSIA

Seorang lelaki mencela seorang yang dikenakan hukuman sebat kerana minum arak. Nabi saw bersabda:

لا تقولوا هكذا لا تعينوا عليه الشيطان
Janganlah kamu berkata sedemikian kepada orang yang dihukum. Janganlah kamu membantu merosakkan dia.” Hadis sahih Bukhari.

Moral: Oleh itu janganlah kita memaki walaupun orang yang sudah jelas kesalahannya. Memaki hamun dalam apa jua keadaan adalah dilarang. Mudah2an maki hamun yang ada pada ceramah, dakwah, shoutbox dan sebagainya dapat dielakkan.

SYAITAN TIDAK MASUK RUMAH YANG DIBACA SURAH BAQARAH

Nabi saw bersabda:

لا تجعلوا بيوتكم مقابر فإن الشيطان ينفر من البيت الذي تقرأ فيه سورة البقرة
“ Janganlah kamu jadikan rumah-rumah kamu sebagai kubur2. Sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibaca surah al-Baqarah.” Hadis sahih Muslim

Faedah: Siapa yang baru masuk rumah atau rumahnya diganggu maka digalakkan utuk dibaca surah al-Baqarah beramai2.


SYAITAN MAKAN DARI MAKANAN YANG TIDAK DIBACA BISMILLAH DAN BERMALAM PADA RUMAH YANG TIDAK DIMASUKI DENGAN BISMILLAH

Sabda Rasulullah yang maksudnya :
“ Apabila seorang lelaki memasuki rumahnya dan menyebut nama Allah semasa masuk dan menyebut nama Allah semasa makan. Syaitan akan berkata kepada kuncu2nya “Kamu tidak ada tempat bermalam dan tidak ada makan malam.” Apabila dia masuk kerumahnya tanpa menyebut nama Allah syaitan akan berkata “ Kamu semua mendapat tempat bermalam.” Apabila dia tidak menyebut nama Allah semasa makan , syaitan akan berkata “ Kamu mendapat makan malam dan tempat bermalam.” Hadis sahih Muslim (2018).

MAKANAN JATUH YG DIBIARKAN ADALAH HABUAN SYAITAN

إذا سقطت لقمة أحدكم فليمط عنها الأذى وليأكلها ولا يدعها للشيطان
“ Apabila jatuh sebahgian suapan makanan kamu. Hendaklah kamu buang kotoran yang melekat pada makanan dan hendaklah dia makan. Jangan biarkan ia dibiarkan untuk dimakan oleh syaitan.” Hadis sahih Muslim (2034)

SYAITAN PENGGANGGU SOLAT

Suatu hari Amru bin abi al-As mengadu Rasulullah saw:
“ Ya Rasulullah sesungguhnya syaitan telah menggangguku solat dan menimbulkan was-was dalam bacaanku.”

Rasulullah saw pun menjawab:

ذاك شيطان يقال له خنزب فإذا أحسسته فتعوذ بالله واتفل على يسارك ثلاثا
“ Itulah syaitan yang dipanggil khinzab. Apabila engkau merasai gangguannya hendaklah engkau minta perlindungan dari Allah dan ludah ke kirimu tiga kali.”

Amru berkata:
“Aku melakukan apa yang Rasulullah sarankan , lalu Allah menghilangkan segala gangguan syaitan tersebut.” Hadis sahih Muslim.




MINUM BERDIRI BERSAMA SYAITAN

Nabi saw bertanya kepada orang yang minum berdiri: “Adakah engkau suka minum bersama dengan kucing?”

Dia menjawab “Tidak”

Nabi saw bersabda:

قد شرب معك من هو شر منه الشيطان
Sesungguhnya kamu telah minum dengan mahkluk yang lebih teruk dari kucing iaitu syaitan.” Hadis Ahmad –sahih.

SYAITAN SEMAKIN BESAR BILA DIMAKI

Seorang sahabat Nabi saw telah memaki syaitan apabila binatang tunggangannya terjatuh. Nabi saw bersabda:

مثل البيت ويقول : بقوتي ولكن قل : لا تقل تعس الشيطان فإنك إذا قلت ذلك تعاظم حتى يكون
بسم الله فإنك إذا قلت ذلك تصاغر حتى يكون كالذباب
Janganlah kamu berkata “ Celaka syaitan.” Kalau kamu berkata begitu syaitan akan berasa besar diri seperti rumah dan berkata “ mendapat kekuatan ku.” , tapi hendaklah kamu berkata “ Dengan nama Allah.” Apabila berkata sedemikian syaitan akan jadi hina sehingga seperti lalat.” Hadis Abu daud (4982) – sanad sahih

PENUTUP

Terdapat ratusan lagi ruang-ruang syaitan utk memperdaya manusia seperti yang terdapat dalam hadis2 Nabi saw. Ini adalah sebahgian yang saya sempat tulis. Ingatlah bahawa syaitan akan cuba menyesatkan manusia selagi nyawa manusia itu dikandung badannya. Rasulullah saw bersabda:

إن الشيطان قال : وعزتك يا رب لا أبرح أغوي عبادك ما دامت أرواحهم في أجسادهم
قال الرب : وعزتي وجلالي لا أزال أغفر لهم ما استغفروني
Sesungguhnya syaitan berkata “ Demi kemulianmu hai tuhan. Aku akan sentiasa menyesatkan hamba-hambamu selagi mana nyawa berada di tubuh mereka.” Tuhan menjawab “ Demi kemulian dan keagunganku aku akan sentiasa mengampunkan mereka selagimana mereka meminta ampun kepadaku.” Hadis riwayat Ahmad – sanad hasan

Rujukan: Al-Idoh wat Tabyin oleh Muhammad Abdullah al-Imam.

Selasa, 25 Mei 2010

Benefits of Honey in Weight Loss


source: http://www.organicfacts.net/health-benefits/animal-product/benefits-of-honey-in-weight-loss.html

The benefits of honey can be seen in your weight loss program as well. If you are trying to lose weight, honey can be of great help to you. But before we move on to the benefits of honey in weight loss we should address the concerns people have regarding honey.

Many people ask: Isn't honey a type of sugar? Does it not add any weight? Won't the calories in honey negate your weight loss efforts?

You are right - honey contains sugar. But unlike refined sugar, honey contains vitamins and minerals too. Normally, to digest sugar, the vitamins and minerals stored in body are utilized, rendering the body devoid of these nutrients. These nutrients are essential to dissolve fats and cholesterol. Thus when you eat too much sugar, you tend to increase weight not just because of the calories, but due to lack of vitamins and minerals. On the contrary, honey being a good source of nutrients, helps you in reducing weight.

Honey and warm water: Normally fat remains as an un-used resource in your body adding bulk and weight. It is believed that honey mobilizes this stored fat. When this fat is burnt to provide energy for your daily activities, you see a gradual decrease in your weight and obesity levels. It is suggested that you drink this honey (about one tablespoon daily), with equal amount of warm water.

Honey and lemon juice: Honey can also help in weight loss, when consumed with warm water and lemon juice. Many people drink this formula, first thing in the morning to reduce their weight.

Honey and cinnamon: Another useful recipe is cinnamon powder with honey and warm water. Take one tablespoon of cinnamon power, one tablespoon of honey and one cup of warm water, mix the ingredients properly and drink this mixture empty stomach. It is not clear how this mixture helps in weight loss; however, many people claim to have derived benefits from its regular consumption.

Honey also improves your digestion and helps in weight loss. Hence honey is also consumed after dinner after overeating.

Finally, many people stop eating food to reduce their weight. Beware of such practices. If you don't eat sufficient food (which involves calories, vitamin, minerals, fibers) your immune system will become weak. Your weight loss program should focus on reducing the intake of calories and not stopping the intake of calories. Further, you should also increase the daily expense of calories by regular exercise.

Source of Photos: PhotoXpress (weight loss) and 00dann (cinnamon)

Jumaat, 21 Mei 2010

Lindungi Anak Di Alam Siber

pic source: http://creativebeginnings.org/Baby%20and%20Computer%20-%20FAQ's%20Page.JPG

Sumber : CyberSecurity Malaysia

Melindungi kanak-kanak, remaja di alam siber

20 Mei 2009 (Utusan Malaysia)
Oleh HUSIN JAZRI


GOLONGAN kanak-kanak dan remaja adalah merupakan golongan yang terbesar dalam penggunaan Internet pada masa kini. Oleh yang demikian, mereka adalah golongan yang paling mudah menjadi mangsa kepada penjenayah siber.

Tidak dinafikan dengan adanya kemudahan Internet, ia memberi banyak faedah kepada kanak-kanak dan remaja untuk menimba ilmu. Di samping itu, mereka juga menggunakan Internet sebagai salah satu cara untuk berkomunikasi sesama mereka seperti di ruang sembang dan di laman web sosial.

Namun remaja kini tidak menyedari tentang wujudnya bahaya dengan mendedahkan maklumat peribadi dan membuat posting mengenai aktiviti seharian mereka, contohnya melalui laman web sosial.

Laman web sosial seperti Facebook, Friendster, MySpace dan lain-lain lagi telah menjadi trend di kalangan remaja pada masa kini. Mereka menggunakan laman web tersebut untuk berinteraksi serta meluaskan lagi rangkaian persahabatan tanpa menyedari akan bahaya yang terdapat seandainya kegiatan mereka disalahgunakan. Ini memberi peluang kepada penjenayah siber untuk mengintip gerak geri dan kegiatan mereka.

Berdasarkan kepada satu kes yang dilaporkan kepada CyberSecurity Malaysia, seorang remaja perempuan menjadi mangsa di mana penjenayah siber setelah membuat posting di laman web dengan memberikan nombor telefon serta gambar mangsa kepada orang ramai.

Lanjutannya, mangsa telah diganggu oleh orang yang tidak dikenali yang mengatakan bahawa mangsa ada menyediakan perkhidmatan yang tidak bermoral di laman web itu.

Di ruang sembang pula, kanak-kanak dan remaja terutamanya gemar mencari kenalan baru di ruangan ini. Mereka lebih mudah terdorong untuk memberikan maklumat peribadi kepada rakan baru siber seperti memberi nombor telefon, alamat rumah dan jantina.

Mereka juga mudah terpedaya dan sering terpengaruh dengan pujukan kenalan mereka seperti bersetuju untuk berjumpa. Tanpa disedari, perbuatan itu mengundang bahaya dan menjurus kepada jenayah seperti culik dan kes rogol.

Justeru itu, adalah dicadangkan agar ibu-bapa dapat memberi lebih perhatian dan pengawasan kepada anak-anak mereka di dalam penggunaan Internet. Salah satu cara ialah meletakkan komputer di tempat terbuka seperti di ruang tamu.

Di samping itu ibu-bapa juga perlu menasihati anak-anak mereka supaya tidak berkomunikasi dengan individu yang tidak dikenali di alam siber. Remaja juga tidak digalakkan untuk mendedahkan terlalu banyak maklumat peribadi melalui laman web sosial. Mereka digalakkan agar mengehadkan profail kepada rakan-rakan yang terdekat sahaja.

Bagi para pembaca yang ingin mendapatkan nasihat dan panduan keselamatan Internet dengan lebih lanjut, anda bolehlah melayari www.esecurity.org.my atau www. cybersecurity.my. Pembaca juga boleh membuat sebarang aduan yang berkaitan dengan masalah siber dengan menghantar emel ke cyber999@cybersecurity.my.

LT. KOL. (B) HUSIN JAZRI ialah Ketua Pegawai Eksekutif, CyberSecurity Malaysia.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails