Halaman

Isnin, 26 April 2010

Penawar Sakit Ketika Buang Air Kecil

salam sejahtera semua,

lama sungguh saya tak update, saya benar2 minta maaf. kesibukan dalam tugas hakiki menyebabkan saya perlu meninggalkan seketika blog saya. namun tetap jga rindu untuk update...

dalam saya tak update ini, saya sebenarnya telah mengalami sakit yang sebelum ini tak pernah saya rasai. sakit tersebut ialah sakit ketika buang air kecil....hmmm nampak cam kelakar je kan? tapi bila dah rasa barulah kita tahu nikmat lawas membuang air kecil.

keadaan tersebut berlaku apabila saya terlalu sibuk hingga menunda untuk pergi ke tandas. tandas tak jauh pun, cuma beberapa langkah sahaja dari meja saya. Entahlah, nak dijadikan cerita...selepas seminggu, saya pun dapati saya mula mengalami masalah nak buang air. dah la sakit, tak lawas pula. sekejap saja sudah nak kena pergi tandas lagi...sungguh2 saya insaf ketika itu. mana tak nya..buang air kecil selama ini tak pernah saya fikirkan kesulitannya, kini saya rasainya.

Alhamdulillah, saya berjumpa dengan satu petua. iaitu minuman dari daun misai kucing. tapi, mana la saya nak cari pokok ni. dah tu kena jemur pula seminggu. akhirnya saya terfikir akan banyak produk teh misai kucing. lantas terus saya pergi beli. alhamdulillah, lepas sahaja saya minum SATU KALI sahaja, terus tak sakit dah. ALHAMDULILLAH...

Pokok Misai Kucing memang banyak khasiatnya. Rasanya elok juga kita bertukar kepada teh yang menyihatkan ini. Tambahan pula rasanya yang lebih sedap. cubalah sendiri...


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails