Halaman

Jumaat, 26 Februari 2010

Sakit Kepala / Migrin




sumber - http://www.kumpulanperubatanelektronikterengganu.blogspot.com/

Hampir setiap orang pernah merasakan pening atau sakit kepala. Data perubatan juga menunjukkan bahawa 90% masyarakat dunia pernah mengalami gangguan ini sekali atau dua kali dalam setahun. Sakit kepala juga menjadi alasan terbanyak kedua seseorang untuk bertemu doktor samada di klinik atau hospital.

Sakit kepala ialah satu keadaan di mana sakit kepala terjadi disebabkan oleh aliran darah dan perubahan kimia di otak. Perubahan ini akan menyebabkan arteri yang membekalkan darah ke otak tersekat dan menimbulkan sakit kepala diikuti oleh rasa tidak selesa pada perut, loya dan pening.Ia juga kadangkala menimbulkan kesan pada pandangan dan menimbulkan satu fenomena pada pemandangan yang dipanggil aura.

Ia adalah satu keadaan neurologikal yang biasa dialami oleh penduduk negara maju dan membangun. Ia biasa menyerang pada peringkat usia selepas baligh. Sakit kepala ialah sejenis penyakit keturunan dan mempunyai kecenderungan untuk berulang. Wanita mempunyai kecenderungan mengidap migrain yang lebih tinggi berbanding lelaki (75%), kebiasaan sebelum haid dan selepas menopaus.

Sakit kepala yang berlaku berulang, berdenyut-denyut selalunya terjadi sebelah kepala sahaja. Ada juga yang bermula di sebelah kepala dan kemudiannya melarat kedua-dua belah kepala. Dalam kes yang teruk, migrain menyebabkan pening, loya, muntah, cirit-birit, pengekalan cecair badan (retention of fluid) dan sensitif kepada bunyi atau cahaya.


PUNCA SAKIT KEPALA

1. EMOSI DAN STRES

Beban pekerjaan yang terlalu berat sering sekali menyebabkan sakit di kepala. Ini kerana setiap yang menimbulkan ketegangan atau stres akan membuatkan kita lebih mudah diserang sakit kepala atau migrain. Sakit kepala yang disebabkan oleh tekanan emosi ini disebut sebagai sakit kepala fungsional atau tension headache.

Gejalanya bermula dengan ketegangan di otot leher, bahu, dan tengkorak akibat tekanan emosi. Sakitnya selalu dimulai dari kepala di sebelah belakang, menuju ke hadapan, lalu ke kedua sisi kepala. PUrutan ringan di bahagian tersebut boleh mengurangkan sakit kepala, namun setelah beberapa ketika sakit akan kembali semula.


2. PERUBAHAN HORMON

Sakit kepala yang diakibatkan oleh perubahan hormon ini biasanya merupakan sakit kepala berat yang terjadi di salah satu sisi kepala. Umumnya, sakit kepala ini dirasakan lebih berat berbanding sakit kepala akibat ketegangan. Pengidap sakit kepala pada wanita kira-kira tiga kali lebih ramai dibandingkan dengan lelaki. Penyebab utama ialah kerana perubahan hormon.


3. PERUBAHAN CUACA

Kenaikan suhu udara seringkali menyebabkan timbulnya sakit kepala berat. Dalam sebuah kajian yang dijalankan, 7.5% responden mengalami sakit kepala ketika cuaca panas.


4. BAUAN YANG KUAT

Pernahkah Anda merasa pening ketika mencium bauan minyak wangi? Bauan minyak wangi yang kuat boleh menyebabkan pening kepala. Belum diketahui mengapa hal ini terjadi, namun para saintis mendakwa bau yang memiliki aroma yang kuat akan merangsang sistem saraf. Selain wangian, bau cat dan bahan kimia juga boleh menyebabkan sakit kepala.


5. AKSESORI RAMBUT

Cara kita menghiasi rambut juga boleh mempengaruhi kepada kepala. Mengikat rambut terlalu kuat boleh membuat jaringan tisu di kepala menjadi tegang dan mengundang sakit kepala. Penyepit rambut dan topi yang terlalu sempit akan menyebabkan sistem saraf kepala menjadi lemah.


6. SENAMAN

Senaman yang terlalu berat, termasuk juga hubungan seks yang terlalu kerap juga boleh menyebabkan sakit kepala. Kegiatan fizikal yang berlebihan boleh membuat pembuluh darah di kepala dan leher bengkak dan tertekan. Sakit kepala yang disebabkan senaman yang tidak teratur atau seks lebih mudah menyerang orang yang sering terkena migrain.


7. TRAUMA
Sakit kepala juga akan menyerang apabila seseorang itu pernah mengalami kecederaan terutama di bahagian kepala walaupun kecederaan tersebut hanya sedikit. Namun ia boleh mendatangkan kesakitan di kepala berminggu-minggu lamanya.


8. MELAMBATKAN MAKAN TENGAHARI

Perut yang kosong kerana tidak sempat makan tengahari boleh menyebabkan seseorang itu sakit kepala. Perut kosong juga boleh membuatkan gula di dalam darah turun, sehingga menyebabkan badan merasa kurang berupaya.

Oleh itu, makanlah tepat pada waktunya dengan makanan yang seimbang. Hindari memakan makanan manis seperti cokelat dan makanan ringan (snek) untuk mengisi perut yang kosong. Gula dari makanan manis akan membuat gula di dalam darah naik mendadak dan seterusnya akan turun lebih rendah lagi.


9. ALERGI

Gangguan allergi sering disertai dengan gejala hidung berair, mata merah dan kerongkongan terasa sakit. Kemunculannya dapat ditimbulkan oleh makanan tertentu atau segala sesuatu yang boleh menimbulkan alergi.


10. MEROKOK

Merokok termasuk dalam penyebab sakit kepala, bukan cuma terhadap orang yang merokok, tetapi juga perokok pasif di sekitarnya. Kandungan nikotin akan menyebabkan pembuluh darah ke otak menyempit sehingga mengakibatkan aliran darah ke otak berkurang.


11. KAFEIN

Mereka yang sering sakit kepala biasanya gemar meminum kopi. Kadang-kadang kafein boleh menjadi kawan, namun kebiasaannya ia akan menjadi lawan bagi orang yang mengidap penyakit sakit kepala.


12. RESDUNG

Biasanya mereka yang mengidap resdung akan mengalami sakit kepala. Apabila lubang hidung tersumbat atau selesema berpanjangan, aliran darah menuju ke kepala akan mengalami gangguan sehingga menyebabkan sakit kepala atau migraine.


MIGRAIN

Migrain berlaku apabila seseorang itu mengalami sakit kepala yang berulang-ulang, berbeza tahap kesakitannya, kekerapan dan jangka masa serangan.
Perkataan migraine berasal dari perkataan Perancis yang bermaksud sakit kepala sebelah.

Biasanya serangan sakit kepala sebelah boleh menyebabkan sakit kedua-dua belahnya.
Migrain juga dikenali sebagai hemikrania, perkataan Greek yang membawa maksud sebelah tengkorak. Ia juga dikenali sebagai vascular headache.


JENIS MIGRAIN

1. Migrain tanpa aura
2. Migrain dengan tanda aura
3. Opthalmoplegic migraine
4. Status migrain


PUNCA MIGRAIN

1. Genetik/keturunan.

2. Aktiviti saraf ‘trigemino’ yang mengawal saraf dalam kepala dengan ‘neurotransmitter’ yang dipanggil substance P dan lain-lain’neurotransmitter’ sperti ’stamine’ dan kinine’ menyebabkan urat-urat darah dalam kepala mengembang dan berdenyut.

3. Aktiviti yang berlebihan pada pangkal otak mengakibatkan ‘neurotransmitter’ seperti ‘norephenepherine’ dan ’serotinin’ yang menjadikan urat darah sempit, kembang dan mengakibatkan rasa sakit.

4. Perubahan saiz diameter urat darah yang bergerak dalam kepala berbeza-beza dari masa kesemasa dalam satu serangan (spreading digemia.

5. Pengeluaran serotinin yang berlebihan dari sel platlet darah.

6. Tekanan perasaan atau ’stress’.

7. Terlalu banyak minum minuman yang berkafein seperti kopi atau minuman beralkohol.

8. Cahaya yang sangat terang.

9. Perubahan cara tidur atau tidak cukup tidur.

10. Letih yang keterlaluan.

11. Pengambilan pil ‘ contraceptive’.

12. Haid yang tidak teratur.

13. Pengambilan pemanis tiruan seperti sakarin.

14. Daging yang ditahan lamakan (preservative) supaya tidak mengandungi natrium dan sodium glutamate.

15.makanan yang mengandungi histamine, ‘vasoctive agent’ dan MSG (Monosodium Glutamat).


TANDA MIGRAIN

1) MIGRAIN TANPA AURA

a. Rasa berdenyut-denyut di sebelah kepala dimana, pesakit ternampak bayangan bergaris- garis.
b. Sering terjaga dari tidur akibat kesakitan yang amat sangat.
c. Berasa sangat loya, muntah dan terlalu sensitif pada cahaya dan bunyi.
d. Denyutan yang dirasakan amat sakit, apabila disentuh penghidap boleh pengsan.


2) MIGRAIN DENGAN TANDA AURA

a. Ianya jarang berlaku.
b. Pesakit akan mengalami pandangan seolah-olah ternampak garisan (line) yang membesar dan kemudiannya hilang.
c. Penghidap akan terasa mabuk, kebas-kebas pada bahagian dalam badan beberapa minit sebelum serangan.


2) OPTHALMOPLEGIC MIGRAIN

a. Ianya terlalu jarang berlaku.
b. Sakit kepala yang keterlaluan boleh menyebabkan mata jadi juling dan buta sementara.
c. Mata akan menjadi sepet sebelum menjadi juling (retinal migraine).
d. Pesakit boleh hilang pandangan dalam masa beberapa minit.


4) STATUS MIGRAIN

a. Ia berlaku apabila seseorang itu mengalami migrain yang teruk dan berterusan.
b. Boleh mengakibatkan penghidapnya mendapat strok.
c. Migrain yang berlaku berulang-ulang pada kanak-kanak menyebabkan mereka muntah-muntah dan sakit perut yang berulang-ulang.


5) BENTUK SERANGAN MIGRAIN

a. ’Severe’ rasa berdenyut-denyut pada bahagian sebelah kepala atau keduanya.
b. ‘Local’ - kulit bertukar menjadi merah sedikit atau kelihatan pucat.
c. ’Pallor’ - berpeluh-peluh.
d. ‘Sono’ - sensitif terhadap bunyi bising
e. ’Photophobea’ - sensitif pada cahaya
f. ’Speak’- percakapan menjadi perlahan untuk elakkan sakit kepala


RAWATAN DI KUMPULAN PERUBATAN ELEKTRONIK

Sakit kepala atau migraine mempunyai pelbagai jenis. Antara jenis sakit kepala seperti:-

• Sakit kepala karena belaku ketegangan. Gejalanya diawali dengan ketegangan di otot leher, bahu dan tengkorak akibat tekanan emosi. Sakitnya selalu berawal dari kepala belakang, merambat ke depan, lalu ke kedua sisi kepala.

• Sakit kepala kerana migrain. Umumnya sakit kepala yang dirasakan lebih berat berbanding sakit kepala akibat ketegangan. Migrain selalunya dirasakan pada satu sisi kepala saja dan sering juga di belakang salah satu mata. Maka, muncullah istilah “sakit kepala sebelah”. Pengidap migrain pada wanita tiga kali lebih ramai dibandingkan dengan lelaki.

• Sakit kepala kerana pelbagai gejala. Gangguan ini terutama menyerang kaum lelaki. Gejalanya berupa berdenyut luar biasa dan umumnya terfokus di sekitar rongga mata dengan mata berair dan hidung selesema.

• Sakit kepala kerana pelbagai komplikasi penyakit lain seperti sinusitis, mata berair, selesema berpanjangan, batuk berpanjangan dan akibat penyakit kronik seperti kanser, senggugut, dan pelbagai penyakit lain.

• Tumor, stroke, atau mungkin sukar tidur juga menjadi penyebab sakit kepala mendadak yang berdenyut. Akibatnya, tubuh terasa lemah dan disertai dengan penglihatan yang kabur. Sakit kepala ini bermula dengan dengan kecil dan semakin parah di pagi hari.

• Jika sakit kepala disertai dengan demam dan sakit leher, kemungkinan Anda diserang meningitis.

• Apabila sakit kepala muncul tiba-tiba dan sangat berdenyut, pertandanya ialah terdapat pembuluh darah arteri di otak yang pecah. Jika ini terjadi, ia dapat mengancam nyawa.

Jika anda mengidap sakit kepala berpanjangan atau magrain dan membuat rawatan di Kumpulan Perubatan Elektronik, kami bersedia membantu anda dengan memberikan anda ubat khusus merawat sakit kepala dan migrain secara semula jadi.

Ubat yang kami bekalkan hanyalah berbentuk tablet diperbuat dari glukos yang dipancarkan ribuan penawar gelombang elektromagnetik bertujuan supaya ia dapat memperbaiki kerosakan DNA pesakit migrain, memperbaiki sistem saraf kepala dan menguatkan imunisasi tubuh.

Anda dikehendaki bersabar apabila mengamalkan perubatan elektronik, kerana antara fungsi Perubatan Elektronik ialah laksana scanner terapi dalaman yang berfungsi sebagai urutan dalaman.

Jika terdapat sel-sel dan saraf tubuh pesakit yang tidak berfungsi dengan baik, maka Perubatan Elektronik akan berusahaya memperbaikinya secepat mungkin, kerana tenaga yang terkandung di dalam perubatan elektronik lebih kuat dan lebih halus berbanding nano ( 125,000 kali ganda).

Oleh itu, mereka yang mengidap sakit kepala atau migrain dan mengamalkan Perubatan Elektronik akan berasa sakit sedikit di bahagian kepala. Ini adalah fenomena biasa, kerana Perubatan Elektronik bertindak secara semula jadi dan pesakit akan merasai tindak balas ubat buat seketika.

Anda dinasihatkan supaya janganlah putus ubat kerana ia adalah proses penyembuhan sedang berlaku. Ini diibaratkan laksana kita membersihkan longkang rumah kita yang sudah tersumbat bertahun-tahun lamanya.

Ketika kita sedang membersihkan longkang tersebut, longkang akan bertambah kotor buat seketika. Namun, apabila kita siram dengan air sebanyak mungkin dan kotoran mengalir ke longkang besar, maka longkang rumah kita akan bertambah bersih.

Begitu juga di dalam Perubatan Elektronik. Anda digalakkan meminum air sebanyak mungkin supaya penyakit anda akan mengalir mengikut perkumuhan tubuh secara semula jadi seperti melalui air kencing, pembuangan air besar, peluh dan kahak.

Jika anda tidak tahan dengan tindak balas Perubatan Elektronik, anda disarankan mengurangkan dos ubat yang dibekalkan iaitu makan dua kali sehari sehingga anda merasa selesa. Selepas itu anda dikehendaki mengamalkan perubatan elektronik seperti biasa iaitu tiga kali sehari. Jangan putus ubat. Anda dikehendaki mengamalkan Perubatan Elektronik selama empat hingga enam bualan sehingga penyakit anda benar-benar pulih.

Natijahnya, Perubatan Elektronik sangat sesuai untuk penyakit seperti sakit kepala, migraine, tumor, saraf otak dan pelbagai penyakit berkaitan saraf kepala.

Rabu, 24 Februari 2010

Al Quran Dan Terjemahan Kata demi Kata (word by word)

Betapa nikmat membaca al-Qur'an kalau faham kata per kata dari setiap ayat seperti orang Arab ..."

selalunya kita membaca makna ayat hanya dari kitab terjemahan sahaja. bagi orang biasa seperti saya, tentu sahaja tak tahu sepatah apa pun bahasa arab,pastinya hanya mampu membaca tanpa tahu makna perkataan arab tersebut. namun kini ada terjemahan by perkataan di samping terjemahan by ayat dan sebab ayat diturunkan.

di dalamnya ada juga review dari pakar2 agama di Malaysia dan indonesia.

untk info lebih lanjut,klik sahaja pada banner kat sebelah kanan blog ini...

saya dah dapatkannya, kini giliran anda pula.

PERTAMA DI DUNIA

- maksud di bawah setiap ayat al-Qur'an

- mempermudah kita memahami erti dan isi al-Qur'an

- dilengkapi Asbabun Nuzul yang memperkayakan al-Qur'an ini



Kelebihan Tafsir Quran Per Kata

- Tafsir umum yang ringkas, bukan sekadar terjemahan, disusun berdasarkan kata per kata dari setiap ayat al-Qur’an

- Mudah dibaca dan difahami, baik secara terpotong-potong kata per kata atau pun secara ayat per ayat.

- Disusun dengan merujuk kepada buku-buku Tafsir yang mu’tabar

- Dilengkapi dengan Asbabun Nuzul, iaitu informasi tentang keadaan dan latar belakang turunnya setiap ayat.

- Dilengkapi juga dengan terjemahan.

- Sesuai untuk bacaan setiap hari.

Sila layari http://www.bacaquran2u.com/index.php?ref=inaazs81

Rabu, 10 Februari 2010

Merangsang penggunaan otak kanan kanak-kanak

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Merangsangpenggunaanotakkanankanak-kanak/Article/index_html


IBU BAPA sering mempunyai harapan yang tinggi untuk melihat anak menjadi insan yang pandai.

Satu teknik yang mula dipraktikkan di Malaysia adalah kaedah Shicida iaitu mendidik anak-anak berfikir menggunakan otak kanan yang diajar masyarakat Jepun.

Ini kerana otak kanan lebih efektif berbanding otak kiri, tetapi ia perlu dipraktikkan dengan lebih kerap untuk mengaktifkan penggunaannya. Antara kaedah yang boleh dipraktikkan ibu bapa termasuk:

Ketika anak hendak tidur, bisikkan ke telinganya dengan sepenuh hati dan sejujurnya yang kita sayangkan mereka. Ketika hendak tidur atau dalam keadaan tidur ayam, otak kanan sedang bekerja manakala otak kiri tidur. Usah lakukan dalam keadaan marah kerana ia tidak akan menjadi.

Gerak kerja tangan adalah hasil daripada otak kanan, jadi cuba ajar anak anda main tanah liat, cat air, melukis, gunting kertas dan seumpamanya.

Kemudian, kemas bersama. Selain itu, cuba lukis gambar contohnya rama-rama dengan hanya sebelah badan, kemudian minta anak-anak sambung melukis mengikut apa yang dilukis di bahagian satu lagi.


Ini sekali gus dapat mengaktifkan penggunaan otak kanan. Difahamkan, penggunaan kayu penyepit makanan boleh mengaktifkan kerja tangan, sekali gus membantu menggerakkan otak kanan.

Jangan marah atau tengking anak sebab mereka boleh menyimpan semuanya dalam otak kiri. Jika ia dilakukan secara tidak sengaja, kembali semula pada cara pertama dan minta maaf pada mereka dengan ikhlas.

Cuba bina daya imaginasi mereka dengan cara bercerita dan kemudian suruh mereka menyambung semula cerita itu.
Main teka-teki dengan mereka. Letakkan satu barang dalam kotak dan kemudian suruh mereka teka barangan berkenaan. Untuk permulaan, berikan mereka pilihan untuk menggambarkan jenis barang dalam kotak itu seperti memberitahu warna atau bunyi.

Lama-kelamaan mereka boleh bangunkan deria keenam dengan menumpukan perhatian kepada benda yang berada dalam kotak. Ini semua adalah untuk mengaktifkan otak sebelah kanan. Cuma, usah lakukan permainan itu dalam tempoh yang lama kerana ia mungkin membosankan, hanya lakukan selama setengah jam sehari.

Isnin, 1 Februari 2010

Pakar Kanak-kanak: Lewat bercakap



http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/20091230124823/Article/indexp_html


“ANAK saya berusia dua tahun tetapi masih belum bercakap. Bukan tidak boleh atau tidak faham percakapan orang tetapi apabila ditanya, dia hanya menjawab sepatah dua.

“ANAK saya berusia dua tahun tetapi masih belum bercakap. Bukan tidak boleh atau tidak faham percakapan orang tetapi apabila ditanya, dia hanya menjawab sepatah dua.

“Namun apabila sepupunya yang tua setahun daripadanya datang ke rumah, banyak juga perkataan keluar daripada mulutnya,” keluh seorang ibu bercerita mengenai anaknya.

Sebenarnya ada ramai kanak-kanak yang boleh dikategorikan sebagai lewat bercakap. Dianggarkan lima hingga 10 peratus kanak-kanak mengalami gangguan perkembangan yang menyebabkan proses penguasaan bahasa dan percakapan menjadi lambat.

Ibu bapa perlu tahu, perkembangan bahasa tidak hanya merujuk kepada percakapan tetapi juga bentuk komunikasi lain seperti bahasa isyarat, tulisan dan kemahiran visual.

Lewat bercakap boleh disebabkan beberapa masalah dengan:


Kebolehan bercakap (ada masalah pada korda suara dan lidah)

Kemasukan percakapan (masalah pendengaran)

Pemprosesan percakapan (masalah pada otak atau gangguan perkembangan pertuturan)

Dua jenis masalah lambat bercakap ialah kelewatan ekspresif (kesusahan menggunakan percakapan untuk meminta atau berinteraksi) atau kelewatan reseptif (sukar menafsir atau memahami percakapan orang). Ada juga kanak-kanak yang mengalami gabungan kedua-dua keadaan di atas.

Kebanyakan kanak-kanak yang lewat bercakap juga mengalami gangguan perkembangan bahasa (DLD) dengan kelewatan ekspresif tetapi perkembangan kemahiran bahasa visual (mengenali ibu bapa dan objek, bertindak balas terhadap ekspresi muka, mematuhi arahan yang disertakan gerak badan atau tangan yang memberitahu anda mahukan sesuatu atau menuding jari ke arah objek diinginkan) yang normal seperti kanak-kanak lain.

Kanak-kanak ini juga menunjukkan kefahaman normal terhadap percakapan orang lain, kemahiran mendengar (mengenal dan menoleh ke arah bunyi), mematuhi arahan mudah tanpa perlukan ditunjuk dengan perbuatan oleh orang yang memberi arahan, boleh tunjuk anggota badan atau objek yang disebut walaupun sesetengahnya turut mengalami sedikit kelewatan reseptif.

Namun jika diberikan rawatan awal (terapi pertuturan), kebanyakan kanak-kanak boleh bertutur dengan baik apabila masuk sekolah.

Sesetengah kanak-kanak yang menunjukkan tanda kelewatan ekspresif hanya lambat bercakap dan kelewatan tersusun iaitu perkembangan pertuturan berlaku secara berperingkat.

Perkembangan pertuturan dan penguasaan bahasa kanak-kanak ini akan menjadi normal dengan peningkatan umur tanpa sebarang rawatan.

Malangnya sehingga kini tiada kaedah membezakan atau menentukan sama ada seseorang kanak-kanak mengalami kelewatan tersusun yang boleh bertutur dengan peningkatan umur dengan kanak-kanak yang memerlukan terapi.

Masalah pendengaran juga boleh menyebabkan kanak-kanak lewat bercakap. Justeru, kanak-kanak yang disyaki mengalami masalah ini perlu dibawa menjalani ujian pendengaran.

Jangan anggap mereka boleh mendengar hanya kerana kanak-kanak ini menunjukkan tindak balas kepada bunyi tepukan yang kuat, loceng atau datang apabila dipanggil dari bilik sebelah.

Punca lain kelewatan bercakap termasuk masalah membabitkan otak seperti terencat akal dan autisme. Selain kelewatan ekspresif dan reseptif, perkembangan kemahiran bahasa visual (mengenali objek, bertindak balas terhadap mimik muka, mematuhi arahan dengan ditunjukkan pergerakan tangan) juga lambat.

Bagaimanapun, keadaan ‘berat mulut’, malas bercakap atau mempunyai ramai adik beradik yang lebih banyak bercakap atau dibesarkan dalam keluarga bertutur dua bahasa tidak menyebabkan masalah kelewatan bercakap.

Senarai di bawah adalah sebagai panduan terhadap perkembangan percakapan kanak-kanak. Kanak-kanak yang menunjukkan pencapaian 75 peratus, perkembangan pertuturan mereka boleh berlaku secara normal. Namun ini hanya panduan, dapatkan nasihat pakar kanak-kanak jika anak anda tidak menunjukkan perkembangan seperti disenaraikan. Kelewatan bercakap jika disebabkan kurang pendengaran perlu dikenal pasti seawal mungkin.



Perkembangan percakapan

Bayi baru lahir — Boleh mendengar dan membezakan sama ada bunyi datang dari kiri atau kanan. Mereka akan menggerakkan kepala ke arah sumber bunyi. Bayi anda juga sepatutnya boleh memberi tindak balas kepada bunyi perlahan. Bayi mula senyum dan menunjukkan gerak balas kepada seseorang pada umur sebulan dan mengenali suara ibu bapa pada umur satu hingga 2½ bulan


Tiga hingga enam bulan — Bayi boleh meniru bunyi percakapan

Empat hingga lapan bulan — Bayi menyebut satu suku kata (contoh ba, da, ga, gu)

Lima hingga sembilan bulan — Bayi menyebut beberapa suku kata berulang-ulang (contoh bababa, lalala)

Enam hingga 10 bulan — Bayi mula menyebut perkataan mudah yang kerap didengar (emak, ayah, tak)

Lima hingga 10 bulan — Kebanyakan bayi boleh menyebut mama, dada — yang tidak hanya merujuk kepada ibu dan ayahnya

Enam hingga sembilan bulan — Kebanyakan bayi boleh mengikut atau mematuhi arahan pendek yang disertakan dengan pergerakan badan atau tangan. Contohnya meminta dia memegang objek atau tangan anda. Dalam lingkungan umur tujuh hingga 11 bulan, bayi sepatutnya boleh mematuhi arahan ringkas tanpa perlu ditunjuk dengan tangan

Tujuh hingga 12 bulan — Sudah pandai menggunakan perkataan mama, emak atau ayah dengan betul

Sembilan hingga 14 bulan — Biasanya sudah boleh menyebut satu patah perkataan (selain emak, ayah)

10 hingga 15 bulan — Sepatutnya bayi boleh menunjuk ke arah objek yang dikehendakinya

11 hingga 20 bulan — Anak anda seharusnya boleh menyebut empat hingga enam perkataan (selain emak, ayah atau nama adik beradik)

14 hingga 21 bulan — Si kecil boleh mematuhi arahan dua langkah tanpa bantuan pergerakan tangan (contoh ‘Duduk di sini dan makan’). Pada umur 14 hingga 18 bulan, dia seharusnya boleh menunjukkan dua atau lebih anggota badan dan meningkat kepada enam anggota badan pada umur 22 bulan

16 hingga 20 bulan — Kanak-kanak boleh menyuarakan kehendaknya dalam satu perkataan (jus, susu, lagi, banyak)

18 hingga 22 bulan — Si kecil sudah boleh menggabungkan dua perkataan atau ayat mudah seperti ‘hendak susu’ atau ‘mahu lagi’

16 hingga 24 bulan — Kanak-kanak seharusnya sudah boleh menguasai lebih 50 patah perkataan

19 hingga 26 bulan — Menggunakan perkataan saya, awak walaupun kadangkala terbalik. Kebanyakan kanak-kanak boleh menyebut perkataan dengan baik apabila berumur 30 bulan

24 bulan — Percakapannya boleh difahami separuh oleh orang lain atau individu yang jarang berjumpa kanak-kanak berkenaan

24 hingga 32 bulan — Boleh menamakan empat gambar

26 hingga 32 bulan — Boleh bercakap dalam dua hingga tiga ayat mudah

27 hingga 34 bulan — Boleh memahami dua arahan dalam satu ayat contohnya ‘Letak cawan di atas meja atau sebelah buku’

29 hingga 34 bulan — Boleh menamakan dan kegunaan sekurang-kurangnya dua objek. Kanak-kanak seharusnya boleh mengenali satu warna pada umur 2½ hingga 3¼ tahun dan empat warna pada umur tiga hingga 4½ tahun

Tiga tahun — Hampir 75 peratus pertuturannya boleh difahami orang yang jarang bertemu kanak-kanak ini. Pada umur ini mereka boleh menguasai lebih 250 perkataan. Pada umur empat tahun, percakapannya seharusnya boleh difahami sepenuhnya dan mampu menguasai 600 perkataan

Saringan pendengaran boleh dilakukan pakar kanak-kanak melalui satu ujian mudah (audimetri) apabila mereka boleh memberi kerjasama (biasanya selepas umur empat tahun). Kanak-kanak (dari dilahirkan hingga empat tahun) perlu berjumpa pakar pendengaran untuk ujian selanjutnya.

Jika anda fikir anak anda lewat bercakap, bawa si kecil untuk jalani ujian pendengaran. Pada masa sama kanak-kanak yang ada masalah lewat bercakap juga perlu dirujuk kepada pakar terapi pertuturan atau pakar psikologi jika perlu secepat mungkin.

Pada masa sama ibu bapa juga boleh membantu meningkatkan percakapan anak dengan:

Membaca buku kepada anak, terutama buku bergambar di mana anda boleh mengajaknya untuk menunjuk atau menamakan objek

Gunakan bahasa mudah apabila bercakap dengan anak, dibantu dengan gerak badan atau tangan. Tanya banyak soalan kepada anak. Pastikan anda ‘bercakap’ dengan si kecil dan bukan memberi arahan

Beri tindak balas segera apabila anak bercakap untuk memberi dorongan kepadanya

Ulang perkataan atau ayat anak anda dengan menambah beberapa perkataan lagi bagi memanjangkan ayat berkenaan

Sabar melayan anak dan jangan marah jika dia melakukan kesilapan. Beri masa untuk anak menghabiskan ayatnya

Jangan paksa anak bercakap.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails