Halaman

Selasa, 21 April 2009

Kemahiran Keibubapaan

(Dikongsikan dari laman web http://www.myhealth.gov.my)

Apakah jenis-jenis gaya keibubapaan?
Apakah gaya keibubapaan yang lebih sesuai ?
Apakah kebaikan dari gaya keibubapaan yang positif?
Apakah keburukan gaya keibubapaan yang negatif?
Cadangan ke arah menjadi ibu bapa yang positif

Apakah jenis-jenis gaya keibubapaan?
Ibu bapa lazim menggunakan beberapa gaya seperti yang dinyatakan di bawah:

Gaya Keibubapaan & Ciri-ciri

Berwibawa (Authoritative)

Ibu bapa tegas dan boleh mengawal keadaan
Sedia mendengar pandangan anak
Boleh bertolak ansur jika perlu
Anak-anak membesar dalam suasana penuh kemesraan
Kanak-kanak dijangka untuk berkelakuan intelektual seiring umur dan sosial mereka.

Mengabaikan atau cuai (Neglecting)

Ibu bapa tidak ambil peduli di mana anak mereka berada, apa aktiviti yang dilakukan, siapa kawan-kawannya, tidak tahu hal ehwal pelajarannya serta suasana persekitaran sosial anak mereka.
Ibu bapa terlalu buntu atau sibuk dengan kehidupan dan tugas mereka.

Memanjakan (Indulgent)

Ibu bapa hanya menurut keperluan dan tuntutan anak.
Kurang menetapkan batasan terhadap anak.

Kuku besi (Authoritarian)

Ibu bapa yang terlalu mengawal ketat dan tidak boleh bertolak ansur dengan anak-anak
Menetapkan harapan tinggi dan tidak munasabah terhadap anak-anak
Gagal menjalinkan kemesraan dan komunikasi dua hala.

Apakah gaya keibubapaan yang lebih sesuai ?

Gaya keibubapaan berwibawa kerap dirujuk sebagai Keibubapaan yang positif. Ia adalah gaya keibubapaan yang paling berkesan. Ibu bapa yang berwibawa adalah ibu bapa yang:
Peka dengan perlakuan anak dan memberi galakan, rangsangan serta bimbingan melalui pendekatan disiplin yang asertif dan tidak kasar.
Berinteraksi secara positif, di samping menyemai emosi yang bersesuaian serta bertanggungjawab.
Dapat membantu anak-anak mengawal diri dengan menetapkan batasan dan peraturan rumah.
Gaya keibubapaan yang lain adalah kurang berkesan.

Apakah kebaikan dari gaya keibubapaan yang positif?

Mengeratkan hubungan antara ibu bapa dan anak
Meningkatkan rasa harga diri anak
Menggalakkan disiplin diri anak
Mengajar anak berfikir untuk diri sendiri
Menyediakan peluang untuk ibubapa membimbing anak
Membantu anak mempunyai kawalan diri.
Apakah keburukan gaya keibubapaan yang negatif?
Merendahkan rasa harga diri anak
Anak gagal mempunyai sikap asertif
Anak menjadi tidak bertanggungjawab dan kurang matang
Perhubungan antara ibu bapa dan anak menjadi kurang mesra
Anak yang kerap memprotes secara melampau
Cadangan ke arah menjadi ibu bapa yang positif.

Cadangan ,Maklumat dan Contoh bagaimana melakukannya

1.Luangkan masa berkualiti bersama anak

Memperbaiki perhubungan sihat antara ibu bapa dan anak.
Menyediakan peluang kepada ibu bapa untuk mengenali, memahami dan membimbing anak

Minta izin anak untuk turut serta (contoh: "Boleh ibu / ayah bermain dengan awak?")
Tunjukkan yang anda berminat dengan aktiviti anak anda (contoh: "Tengah buat apa tu? ; Boleh tunjuk abah macam mana nak main ni?)
Raikan kejayaan apabila anak telah mencapai sesuatu (contoh: "Wow, awak dapat jawapan yang tepat. Hebatnya!")

2.Kerap menggunakan ungkapan pujian

Penggunaan pujian amat penting. Pujian membuat kanak-kanak memahami apakah tingkah laku yang baik, merasai ibu bapa menyayanginya dan dapat meningkatkan rasa harga dirinya.

Kata-kata negatif tidak membantu malahan boleh merosakkan rasa harga diri anak.

Anak tidak dapat belajar cara memperbaiki dirinya bila disindir atau dimaki. Malah perasaan takut dan marah akan bersarang dalam dirinya. Contoh: takut melakukan kesilapan, takut ibu bapa akan memarahi atau memukulnya jika ia tidak melakukan sesuatu dengan baik. Akhirnya anak akan terus takut untuk mencuba.

Panggil anak dengan namanya atau panggilan yang mesra.
Pastikan anda menjelaskan kepadanya apa kebaikan yang telah dilakukannya.
Nyatakan perasaan anda ("ibu gembira dengan apa yang awak lakukan; "syabas! Ayah amat bangga")
Beri perhatian tambahan terhadap perlakuan positifnya melalui sentuhan, dakapan, ciuman atau tepukan.
Luahkan pujian serta merta dan secara konsisten setiap kali mereka berkelakuan baik.

3.Tetapkan peraturan dan undang-undang di rumah

Setiap keluarga mesti mempunyai peraturan di rumah yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh ahli keluarga.

Anak perlu tahu apa yang seharusnya mereka patuh. Adalah penting setiap ibu bapa menyatakan dengan jelas kepada anak akan peraturan-peraturan tersebut. Kerap berlaku di mana ibu bapa memarahi anak apabila berlaku sesuatu masalah tanpa memperjelaskan perlakuan yang diingini mereka.
Apabila anak berkelakuan yang tidak wajar:

Terangkan apakah tingkah laku yang tidak baik (Contoh: memukul kawan yang mengambil alat permainannya)
Jelaskan mengapa tingkah laku itu tidak wajar
Tunjukkan padanya perlakuan pilihan yang lebih sesuai.
Terangkan kepadanya apakah kesan positif dari tingkahlaku yang sesuai.
Contohnya: "Menjerit, meraung dan memekik adalah tidak sopan dan bising. Jika kamu memperlahankan suara kamu dan beritahu saya apa yang kamu mahu dengan sopan barulah saya akan dengar permintaan kamu itu."

Bawa bertenang. Bercakaplah dengan gaya yang tenang dan sopan. Anak anda akan meniru perbuatan anda.

Jangan marah anak anda semasa anda merasa amat marah kerana pada masa itu anda tidak dapat berfikir dengan baik. Akibatnya anda gagal menjadi contoh yang baik untuk anak anda belajar mengawal perasaan marahnya nanti.


4.Jangan peduli / jangan ambil endah

Ada ketikanya ibu bapa akan menegur tingkah laku anak tetapi anak tetap berbuat sebaliknya dari apa yang dikehendaki ibu bapa.

Pada ketika ini amat penting untuk ibubapa memahami bahawa anak mahukan perhatian dengan perbuatan tersebut. Oleh itu ibu bapa tidak patut mengendahkan perbuatan anak itu. Langkah ini dipanggil "ignoring" atau "tak ambil endah"

Langkah yang patut dilakukan adalah:

Jangan pandang kearahnya
Jangan bercakap dengannya
Asingkan diri darinya seperti keluar dari bilik
Ibu bapa perlu faham bahawa anak kadangkala mahu menguji kesabaran ibu bapa. Oleh itu jangan endahkan ia pada masa itu sehingga ia berkelakuan seperti yang diingini.

Apabila ini berlaku, beri perhatian kepadanya dan bertanya apa yang dikehendakinya. Amat penting untuk anak faham bahawa hanya kelakuan yang baik sahaja yang akan mendapat perhatian ibu bapa.

5.Anak membuat keputusan

Amat penting membimbing anak berfikir untuk diri sendiri dan ibu bapa perlu menolong anak melalui proses atau langkah-langkah membuat keputusan. Elakkan terus membuat keputusan untuk anak.
Pastikan apakah masalahnya.
Bantu anak berfikir cara-cara menyelesaikan masalah

Tentukan langkah yang boleh diambil. "Lakonkan" cara penyelesaian itu
Tanya anak jika itu cara yang boleh dilakukan
Cuba penyelesaian itu.
Bincang bersama jika cara itu berkesan. Jika cara itu tidak berkesan, ulang balik proses membuat keputusan

6.Kemahiran tambahan

Keibubapaan adalah satu cara hidup. Pelbagai situasi boleh timbul dari masa ke semasa yang menuntut kemahiran tambahan
Beri anak anda pilihan untuk menggalakkan ia membuat keputusan seperti "Awak hendak makan atau...."
Beri peringatan awal kepada anak sebelum waktunya seperti "30 minit lagi masuk waktu tidur"
Jika anda mahu anak anda menurut kehendak anda, beri arahan yang anda hendak ia lakukan dengan kata kerja seperti "Tolong simpan mainan kamu", "Jalan perlahan-lahan", "Cakap baik-baik"
Gunakan langkah 'Apabila..... kemudian" untuk menjelaskan kepada anak anda kesan tingkah lakunya seperti "Apabila kamu siap membasuh pinggan, kamu boleh bermain dengan kawan-kawan"
Biarlah tuntutan atau harapan anda bersesuaian dengan apa yang anak anda boleh lakukan.

Ahad, 19 April 2009

Bagaimana anak prasekolah membina sikap

(Artikel ini dipetik dari blog http://cikgumala.blogspot.com -sangat bagus untuk pengetahuan ibubapa dan guru...)

Anak Prasekolah belajar untuk mendapatkan pengetahuan tentang diri mereka sendiri dan dunia di sekitar mereka

1. Belajar dengan Meniru

Seorang anak prasekolah adalah seperti sehelai kertas tisu, yang menyerap setiap titik informasi yang ditemuinya, dan kemampuan untuk mengikuti contoh sangat mengagumkan. Anak prasekolah belajar banyak dari prilaku mereka dengan mengamati dan meniru orang-orang disekitar mereka. Anak prasekolah belajar cara berprilaku dan berinteraksi dengan orang lain dengan mencontoh orang-orang disekitarnya. Mereka juga mempelajari sikap, nilai, pembentukan pribadi dan beberapa kebiasaan dengan mengikuti contoh yang mereka lihat.

Ibubapa memainkan peranan secara langsung dalam proses pembelajaran anak, kerana orang tua adalah guru pertama bagi anak Jadi fikirkan setiap prilaku Kita secara hati-hati. Apa yang Kita katakan dan lakukan di depan Anak akan membentukf ikirannya. Kita menyukai nya atau tidak, kita adalah contoh terpenting baginya, jadilah teladan yang baik untuk anak.
Selain Ibubapa, Guru,rakan sebaya dan TV sangat memberikan pengaruh yang kuat pada anak. Oleh karena itu pilihlah persekitaran, tontonan yang baik untuk anak.

2. Belajar melalui eksperimen

Cara lain bagi anak prasekolah untuk belajar adalah dengan mengalami hal-hal yang ada disekitar mereka. Anak prasekolah mengeksplorasi setiap hal yang dapat mereka sentuh, lihat, dengan cium, rasakan dan lakukan. Mereka bereksperimen sementara mereka bereksplorasi. kehidupan anak sekolah dipenuhi dengan uji kaji dan “bagaimana jika”. “Apa yang terjadi jika saya lakukan ini ?” Apa yang terjadi jika saya mengatakan “Kamu bodoh ” ?
Banyak prilaku anak prasekolah adalah hasil dari keperluan alamiah mereka untuk menguji batas-batas dan mempelajari cara kerja dunia di sekitar mereka secara spesifik, bagaimana Anda akan bereaksi. Reaksi Anda pada anak prasekolah akan menjadi pelajaran dan akan membentuk kepribadian dan sikap mereka dan ini bersifat kekal. Ajarkan anak Anda tentang prilaku yang bernilai dengan mendorongnya dan apa yang tidak bernilai dengan sikap tidak menyerah.

3. Belajar melalui Integrasi

Sementara otak seorang anak prasekolah berkembang, terbentuklah sambungan-sambungan baru di dalam otaknya yang di dapati melalui proses belajar dan pengalaman. Anak prasekolah menggabungkan apa yang sudah mereka dapati dengan mengikuti contoh yang mereka pelajari menerusi eksperimen dan eksplorasi untuk membentuk informasi baru, akhirnya mereka mulai berfikir untuk diri mereka sendiri.
Pada usia sekitar 3 tahun, anak-anak mulai menggunakan apa yang sudah dipelajari untuk membuat genelarisasi. Tingkat pemahaman yang baru ini lalu dialihkan dan dimanfaatkan dalam situasi baru dan digunakan untuk memecahkan masalah baru.
Mulailah memantau apa yang dipelajari anak Anda dan bagaimana mereka berprilaku. Perhatikan apa yang mereka lakukan dan dengarkan apa yang mereka katakan. Bimbing mereka menjalani proses penemuan ini. Tunjukkan hal-hal yang mereka lakukan dengan baik untuk mendorong dan memberikan kesan balik yang positif, beritahukan mereka jika mereka sudah di jalan yang benar.Berikan dorongan ketika proses mempelajari sesuatu yang baru atau persiapkan anak Anda untuk situasi yang sulit dengan mengulang pengalaman positif yang dicapai sebelum ini.

4. Fantasi dan Khayalan

Orang dewasa menggunakan fantasi sebagai cara untuk melarikan diri dari dunia nyata, sementara anak pra sekolah menggunakan fantasi sebagai cara untuk memahami dunia nyata. Anak prasekolah menggunakan fantasi dan bermain pura-pura untuk membentuk dan menghubungkan diri dengan realiti dimana mereka akan menjadi sebahagian darinya. Kita menyebutnya “khayalan” . Mereka berpura-pura menjadi ibu, ayah, nenek, guru dan doktor karana mereka adalah orang-orang dewasa yang mereka kenal dan mereka ingin seperti mereka. Berpura-pura menjadi orang dewasa memberikan perasaan akan kemampuan dan kekuasaan dalam diri anak pra sekolah; mereka merasa sudah dewasa.

5. Belajar Melalui Cerita

Anak prasekolah dapat belajar banyak dengan mendengarkan cerita yang sebenarnya maupun fantasi .Membaca untuk anak adalah kegiatan yang berharga yang menciptakan ikatan dan memberikan saat-saat manis di antara Anda berdua, sambil juga mengembangkan minat baca yang akan berlangsung seumur hidup. Ketika Anda membacakan cerita untuk anak, Anda mendorong ketrampilan kognitif dan bahasa. Buku memperluas dunia anak dengan memberikan informasi dan pemahaman tentang hal-hal yang belum pernah dialaminya secara langsung.
Denga membaca cerita tentang anak-anak lain yang memiliki situasi serupa, Anda membantu anak menyelami fikiran dan perasaannya. Ketika menggunakan cerita untuk mengajar , anak dapat belajar bagaimanamembuat keputusan dari melakukan pilihan yang baik dan pilihan yang buruk. Membaca untuk anak dapat membantu Anda mengajarkan bagaimana berperilaku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails