Halaman

Jumaat, 16 Ogos 2013

Buku Kaca Permata oleh Datuk Jamil Sulong

Assalammualaikum, salam sejahtera...

rindu betul untuk update blog ini...cuma kadang-kala tak tahu apa yang sesuai untuk dikongsikan...

Oklah, kali ini saya ingin kongsikan satu kegilaan saya yang tak dapat dibuang...iaitu membeli belah di ONLINE...antara barang-barang yang saya suka beli ialah seperti pakaian, alat senaman, dan paling banyak sekali adalah BUKU...

Buku yang saya nak kongsikan pada kali ini bertajuk Kaca Permata Memoir Seorang Pengarang oleh Datuk Jamil Sulong.

kredit : www.dawama.com


Saya amat meminati gambar2 lama, cerita2 lama..pendek kata...apa yang lama, semua saya suka..sebab setiap yang lama itu, ada sejarahnya yang tersendiri (dan saya sangat suka sejarah)....saya bertuah, kerana buku-buku Dewan Bahasa Dan Pustaka kini boleh dibeli secara online (serta pembayaran online). Tambah best lagi, buku ini sebenarnya telah lama diterbitkan, namun pihak DBP masih ada lagi stoknya...

Dalam buku berkulit tebal ini, seorang pengarah emas ini telah banyak menceritakan kisah2 lama berkaitan dengan bidang filem melayu...sesungguhnya saya berasa amat bertuah, kerana semasa saya membaca buku ini...beliau masih lagi hidup...dan antara pengarah yang saya kira ceritanya paling banyak yang best dan kemas dari pelbagai segi...ingat lagi cerita " Bawang putih Bawang Merah"..." Dayang Senandong - yang seniwati sarimah jadi kulit gelap hitam kemudian putih semula...banyak lagi lah...dan semuanya adalah filem fav saya....

beliau menceritakan betapa sukarnya kerja2 seni orang dahulu, dengan kekurangan pengalaman...masih juga dapat menghasilkan sesuatu yang saya kira menakjubkan...

Saya kira, pelaburan saya membeli buku ini amat berbaloi...sesuai dengan minat saya...banyak sekali gambar2 lama, serta cerita2 dulu2, yang tak pernah saya ketahui termuat di dalam buku ini...

Kepada Datuk Jamil Sulong dan family beliau, terima kasih yang tidak terhingga kerana berjaya menulis buku ini...penghargaan yang besar perlu diberikan kepada beliau atas besarnya jasa beliau dalam sejarah perfileman melayu tanahair... 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails